Thursday, March 31, 2011

Video sex Anwar: Yusry KRU mungkin dipanggil

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam proses membuat pengesahan pakar mengenai kesahihan bahan-bahan bukti yang diterima berkaitan rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin parti politik.

Setiausahanya, Datuk Ghazali Md. Amin berkata, justeru, PDRM berharap semua pihak bersabar dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

"Kita meminta agar semua pihak tidak membuat spekulasi kerana takut mengganggu perjalanan siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ghazali ketika dihubungi tidak menafikan kemungkinan akan memanggil pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa, Yusry Abdul Halim untuk membantu dalam siasatan video berkenaan.

"Saya tidak menafikan akan memanggil mana-mana individu yang dipercayai boleh membantu dan terlibat dalam siasatan rakaman video tersebut," katanya.

Rakaman video berdurasi 20 minit sukar dipalsukan, kata pengarah dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim.

Bagaimanapun, menurutnya, ia juga bergantung kepada sudut rakaman itu diambil.

“Jika tempoh masanya pendek, tidak mustahil ia boleh dipalsukan. Tetapi jika tempoh rakaman itu 20 minit dan sudut rakaman berubah, ia agak mustahil untuk dipalsukan.

“Video tidak sama dengan gambar yang lebih mudah dipalsukan,” katanya kepada Sinar Harian minggu lalu.

Beliau mengulas berhubung satu rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin parti pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali yang didedahkan kepada media di Hotel Seri Carcosa Negara di ibu negara, pagi Isnin minggu lalu.

Yusry adalah penerbit yang menggunakan kaedah penggunaan kesan khas visual dalam filemnya, termasuk epik terbarunya, Hikayat Merong Mahawangsa.

Rakaman video selama 20 minit yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang itu dianggap beberapa pihak sebagai palsu.

Pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Video sex Anwar: Setakat ini belum ada tangkapan: Hishamuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini menafikan laporan media bahawa beberapa tangkapan telah dibuat berhubung video seks yang didedahkan oleh 'Datuk T' minggu lalu.

“Tidak pada pengetahuan saya,” katanya ketika diminta mengesahkan tangkapan berkenaan pada sidang medianya di bilik mesyuarat bangunan parlimen.

Jumaat lalu, The Star Online melaporkan bahawa bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan polis tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.

Akhbar harian Inggeris milik MCA itu seterusnya memetik Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Ghazali Md Amin bahawa tiga orang telah ditangkap, pada versi sebelah malamnya.

Bagaimanapun edisi cetak The Star pada Sabtu lalu pula melaporkan hanya dua orang ditangkap tetapi mereka bukan Rahim mahupun Shazryl Eskay.

Katanya siasatan juga hanya berkisar kepada laporan yang dibuat oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Video Sex Anwar: Meskipun diancam bunuh saya tetap bertanggungjawab: Shuib

Anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka 'Datuk T' - Datuk Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab di sebalik tayangan video seks baru-baru ini yang menujukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Sebelum ini, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa Shuib yang juga bendahari PERKASA dan bapa saudaranya, tidak terlibat dengan video itu.

"Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari, Khamis lalu.

Namun, Shuib bertegas segala-galanya yang didedahkan sebelum ini adalah betul.

"Saya tahu ia (video itu) adalah kebenaran. Saya tahu semua ini adalah betul dan sebab itu saya sertai kumpulan Datuk T. Jika tak betul, saya tak akan setuju,” katanya.

Kenyataan Johari Abdul itu hanya melindungi bossnya.

Rakaman video 22 minit itu ditayangkan kepada beberapa wartawan terpilih pada 21 Mac lalu oleh seorang lelaki misteri yang menamakan dirinya 'DatukT'. Selang beberapa hari, Datuk T diperkenalkan sebagai kumpulan tiga anggota yang terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Shuib.

Bagaimanapun Shuib tidak hadir pada sidang akhbar Rabu lalu dan ini menimbulkan spekulasi bahawa mungkin beliau menyertai secara tidak rela.

Shuib juga berkata beliau ada menerima ancaman bunuh.

Namun, beliau menolak laporan New Straits Times, semalam yang mendakwa beliau secara sukarela mengenakan tahanan rumah ke atas dirinya. Katanya, beliau masih keluar dari rumah.

"Polis hanya beritahu saya supaya berhati-hati,” katanya sambil menafikan juga beliau diberi perlindungan polis.

Shuib juga berkata polis telah mengambil keterangannya sebanyak dua kali, yang terbaru adalah dua hari lalu.

Beliau berkata masih menghuni di rumahnya di Kuala Lumpur tetapi bergurau bahawa beliau akan 'bersembunyi' di kampung halamannya di Sungai Petani, tidak lama lagi.

Nazri: TI-M "shut Up"

Bantuan kepada rakyat semasa pilihanraya menurut Transpirasi Antarabangsa Malaysia (TI-M) merupakan rasuah, kenyataan ini bagi mengulas kenyataan Nazri Aziz sebelum ini, bahawa bantuan seumpuma itu bukanlah bentuk rasuah.

Nazri memberi kenyataan demikian berasaskan keputusan mahkamah pada tahun 1981-bahawa bantuan seumpama itu oleh kerajaan semasa pilihanraya bukan lah rasuah.

Kerajaan menurut Nazri memberi bantuan kepada rakyat sama ada semasa pilihanraya ataupun tidak.

Nazri juga membidas dakwaan TI-M bahawa SPR tidak bebas. Kalau sekiranya SPR tidak bebas bagaimana Pembankang boleh menang empat negeri dan 82 parlimen semasa PRU-12? Apa kah pihak TI-M mendakwa bahawa kemenangan pembangkang itu dimenangi secara bebas dan adil; sedangkan yang dimenangi oleh UBN tidak adil? Semua itu mengarut kata Nazri.

TI-M merupakan badan yang tidak bebas dan tidak adil-mereka disusupi oleh pemikiran pembangkang, kerana itu apa sahaja yang dilakukan oleh badan-badan yang dilantik oleh kerajaan-mereka menganggapnya melakukan tindakan yang tidak bebas dan tidak adil.

Nazri juga menyarankan kepada TI-M agar mencari individu daripada syurga untuk dilantik sebagai pengerusi atau pegawai-pegawai SPR. Jika tidak mampu-- maka mereka perlu :shut Up" dan "mind their own business" kata Nazri.

Saya bukan musuh wanita-saya jaga wanita: Bung Moktar

Ahli parlimen kontroversi Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) hari ini mendakwa beliau menghadapi 'ganguan seksual' daripada beberapa kumpulan wanita berhubung kenyataannya bahawa pemandu wanita adalah penyumbang kemalangan jalanraya.

Dakwanya, kenyataan beliau “diputar belitkan oleh pihak pembangkang” bagi menunjukkan sikapnya yang seksis.

“Selepas kenyataan saya diputar belitkan, saya menjadi fokus wanita di negara ini, termasuk kumpulan-kumpulan wanita.

“Saya mohon bantuan speaker kerana ini ganguan seksual ke atas saya,” katanya semasa perbahasan soalan tambahan.

Bung menafikan kenyataannya sebelum ini menjadikan wanita sebagai sasaran. Katanya, beliau hanya menekankan berhubung jumlah kemalangan yang tinggi antara tahun 2000 dan 2009, iaitu pada 370,000 kes.

“Sebab itu saya kata JKR (Jabatan Kerja Raya) perlu memastikan jalan-jalan kita mesti diturap tar. Kita mahu jalan tetapi jika ia mengakibatkan kemalangan, ini amat bahaya.

“Sebab itu, wanita tidak harus tersinggung. Saya tiada niat memperkecilkan (wanita). Wanita adalah anugerah Allah dan mesti dijaga sebaik mungkin...

“Tolong jangan anggap saya seorang seksis atau musuh anda. Saya jaga mereka (wanita) juga,” katanya sambil disambut gelak ketawa.

Wednesday, March 30, 2011

Video sex Anwar: Sandiwara Anwar sendiri!!!

Kenapa AYT percaya bahawa Video Sex Anwar adalah sandiwara Anwar sendiri?

1. Sebaik pra tonton Video itu Anwar telah menafikannya-malah menyebut bahawa lelaki dalam video tersebut walaupun mirip wajahnya, namun perut lelaki itu lebih buncit daripada perutnya; sedangkan Anwar sendiri belum menonton video itu.

2. Pra tonton video itu bertepatan dengan diterimanya tiga barang bukti yang disita daripada lokap IPKKL- di mana pada tiga barang tersebut terdapat padanan DNA lelaki Y yang dijumpai pada anus Mohd Saiful Bukhari Azlan-pengadu kes sodomi II.

3. Anwar dengan pantas membuat laporan polis, sedangkan sebelum ini-Umi dan Nalla-juga menjaja bahawa Anwar pernah melakukan sex dengan Samsidar Taharin isteri kepada Azmin Ali-namun, Anwar tidak pun membuat laporan polis-malah menganggap Umi hanya seekor nyamuk.

4. Eskay adalah kawan rapat Anwar. Melalui Eskay maka dibuat lah skrip- seolah-olah Anwar melakukan hubungan sex dengan pelacur. Untuk tujuan itu, maka dicarilah individu yang seiras dengan Anwar-dimake-up sedikit, maka mirip lah seperti Anwar. Tujuan skrip ini adalah apabila siasatan polis terbukti bahawa pelaku dalam video itu bukan lah Anwar-maka akan menguatkan alibii Anwar bahawa sodomi dan sex yang dituduh kepadanya merupakan muslihat dan konspirasi Umno. Ini lah moral pada skrip yang dilakonkan oleh Anwar dan Eskay.

5. Tidak masuk akal, orang bukan politik seperti Eskay-tiba-tiba menikam belakang Anwar? Eskay dalam hal ini dipergunakan oleh Anwar-agar supaya orang Umno seperti RTC dan Shuib terpancing-atas dasar-Eskay adalah teman rapat Anwar. Apabila orang Umno dalam hal ini RTC terlibat-maka mudah lah Anwar menuding jari kepada pemimpin Umno.

6. Buktinya selepas sahaja pra tonton video itu, Anwar dengan lancang menuduh DS Najib dan DS Hishamuudin terlibat dalam rakaman video tersebut.

7. Kenapa rakaman itu dibuat dalam HITAM PUTIH-tidak lazim digunakan pada masa kini. Tujuan perakaman dalam Hitam-Putih agar supaya RTC-yakin bahawa pelaku itu adalah Anwar.

Video Sex Anwar: Eskay mahu Anwar jawab lima soalan

“Datuk T”, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyifatkan video seks didakwanya melibatkan ketua pembangkang itu sebagai “anugerah Allah.”

Dalam tulisan terbaru blog Kickdefella hasil satu pertemuan semalam, ahli perniagaan itu berkata beliau yakin semua yang berlaku sekarang adalah petunjuk Allah s.w.t.

Shazryl Eskay merupakan salah seorang daripada tiga “Datuk T” mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu.

Pertemuan semalam turut dihadiri seorang lagi “Datuk T” iaitu Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ia disertai lima orang blogger dan seorang pengarang media alternatif.

Kata blog itu, Shazryl Eskay mengerjakan Haji pada tahun 2010 merasakan ini adalah “jawapan dari Allah s.w.t.”

“Saya mahu semua orang tahu. Saya tidak minat politik dan saya rakan karib Anwar. (Dari satu sudut) Saya lihat kehadiran Anwar dalam politik Malaysia, bagus untuk ‘check and balance’.

“Saya bukan ahli Umno dan mana-mana parti pun. Tetapi, saya suka bila pembangkang kuat supaya kepentingan rakyat terjaga,” katanya.

Bagaimanapun blog itu memetik Shazryl Eskay berkata, “tetapi Anwar bukan manusia yang rakyat kenal. Cukuplah rakyat ditipu. Anwar kena berhenti dan letak jawatan.”

Malah Eskay juga berkata, beliau tidak mahu penyokong-penyokong Anwar menyerangnya kerana jika mereka terus berbuat demikian, Eskay mendakwa dia akan bertindak balas.

“Jangan biar saya dedahkan lebih banyak,” katanya.

Jumaat lalu, Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, Shazryl Eskay ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Anwar dari arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media, 21 Mac lalu.

Rakaman video seks itu mendakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur China.

Menurut Mohamad Mahti, Shazryl Eskay marah kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menjadi saksi dalam kes samannya berkaitan projek jambatan bengkok yang diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kes itu sedang berlangsung di mahkamah dan Megat Junid pernah menjadi menteri dalam Kabinet Dr Mahathir.

“Selepas beliau bercakap dengan marah mengenai Anwar, beliau mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar), berkata ‘saya akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar, dengan apa jua cara pun,” katanya.

“Sekarang awak semua tanya Anwar lima soalan,” Shazryl Eskay dipetik berkata.

Menurut blog Kickdefella hari ini, soalan-soalan tersebut ialah “pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?”

“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Shazryl Eskay.

“Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog,” kata Eskay kepada sekumpulan blogger dan penulis media alternatif.

“Saya tidak takut kepada Anwar…” akui Shazryl Eskay, yang mengakui kekuatan penyokong-penyokong Anwar tetapi akur bahawa di dalam dunia ini, ada yang lebih berkuasa.

Azmin disiasat

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali disiasat di bawah Seksyen 27(5) Akta polis dan Akta Hasutan semepena satu majlis di perkarangan pusat khidmatnya Jumaat lalu, kerana selain majlis itu tiada permit polis, akan tetapi juga, ucapan-ucapan yang diperdengarkan kepada kira-kira 1,500 orang yang hadir pada malam itu, bersifat hasutan.

Para pemimpin PKR termasuk Anwar Ibrahim hadir pada majlis itu, dan berucap mengapi-apikan rakyat agar ikut jejak rakyat Tunisia, Mesir dan Libya-bagi maksud menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat.

Video seks Anwar: Gani Patil nafi Datuk T terlepas

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengetepikan tanggapan seorang bekas pegawai kanan polis- Datuk Mat Zain Ibrahim bahawa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik akan terlepas daripada dakwaan berkaitan pendedahan skandal video seks.

Gani berkata-setakat ini beliau belum melihat kertas siasatan, atas sebab itu-beliau belum boleh memberi komen mengenai kes itu. Tunggu lah katanya-sehingga siasatan polis selesai dan diserahkan pada pejabat peguam negara, selepas itu-"saya akan beri komen" kata peguam negara itu.

Isnin lalu, trio yang dikenali sebagai Datuk T telah mendedahkan rakaman video sex yang kononya melibatkan Anwar Ibrahim. Pada petang itu juga, Anwar menafikan bahawa lelaki dalam video itu adalah dirinya, walaupun wajah mereka seiras, atas sebab-perut lelaki dalam video itu lebih buncit daripada dirinya. Setakat ini, Anwar belum mengaku pernah menonton video itu.

Anwar membuat laporan polis pada selasa berkaitan dengan video tersebut, berikutan itu pihak polis menubuhkan pasukan khas di bawah seksyen 292 CPC.

Setakat ini, belum ada apa-apa perkembangan siasatan polis, walaupun trio Datuk T (RTC, Eskay dan Shuib)telah diambil keterangan mereka, termasuk penyerahan rakaman asal video itu dan seutas jam tangan jenama omega-yang dikatakan kepunyaan Anwar Ibrahim.

Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis Dang Wangi berhubung video itu, yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu.

Kelantan:Ahli Perniagaan Dibunuh Dan Disumbat Dalam Bonet Kereta

RANTAU PANJANG: Seorang lelaki yang dipercayai ahli perniagaan dijumpai mati dengan mayatnya disumbat dalam bonet kenderaan miliknya di Simpang Empat Salam dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, mayat lelaki itu yang dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh lebih lapan jam sebelum ditemui.

"Pihak polis menerima laporan daripada seorang penjual air tebu memaklumkan mengenai penemuan sebuah kenderaan jenis Toyota Vios berwarna hitam yang berada dalam keadaan mencurigakan dan tidak berkunci di kawasan itu.

"Hasil pemeriksaan pihak polis yang tiba di kawasan itu kira-kira pukul 10 malam tadi membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai ahli perniagaan berusia 56 tahun," katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.

Beliau berkata, lelaki itu dipercayai berasal dari Batu Dua, Jalan Kota Baharu-Kuala Krai berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemui pada mayat tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati mangsa dibunuh di Kampung Tok Pelanduk, Rantau Panjang iaitu kira-kira lima kilometer dari tempat mayat ditemui. - BERNAMA

Video lucah Anwar: Datuk T boleh dilindungi dibawah akta saksi: Nazri

Trio Datuk ‘T’ yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang tidak akan dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.

Menteri di Jabatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz (gambar), berkata mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta itu kerana mereka telah mendedahkan maklumat itu kepada orang awam.

Bagaimanapun, mereka boleh dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi sekiranya berlaku pertuduhan bersabit dengan video seks itu selepas siasatan dilakukan.

“Apabila seseorang itu telah memaklumkan atau menzahirkan kepada awam bahawa dialah yang telah memberikan maklumat itu, maka akta itu (Akta Pemberi Maklumat) tidak boleh dipakai lagi ke atasnya,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

“Sesiapa sahaja yang pergi kepada akhbar atau menzahirkan kepada akhbar tentang maklumat, maka tidak boleh dilindungi. Maka apa yang saya katakan sebagai ‘kemungkinan’ sebelum ini, tidak lagi boleh dipakai,” katanya.

Pada Isnin, Nazri berkata trio Datuk ‘T’ yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Shuib Lazim akan dilindungi di bawah kedua-dua Akta berkenaan sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.

Nazri turut menegaskan tidak wujud campur tangan dari pihak kerajaan dalam siasatan yang dijalankan terhadap kes itu seperti yang didakwa oleh pembangkang.

Katanya pertimbangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rakaman video seks itu hanya akan diputuskan selepas siasatan penuh mengenai perkara selesai dijalankan.

“Paling terbaik sekali adalah serah kepada polis untuk menyiasat dan tunggu keputusan siasatan, barulah kita tahu apa tindakan selanjutnya,” katanya.

Menjawab desakan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang mahu kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja, Mohamed Nazri berkata kerajaan tidak takut untuk menubuhkan suruhanjaya itu sebaliknya masih menunggu hasil siasatan polis. — Bernama

Tuesday, March 29, 2011

Komik lucah Anwar: Nurul Izzah malu-lalu lapor polis

Petang tadi Nurul Izzah membuat laporan polis di IPD Dang Wangi.Laporan dibuat kerana berasakan komik kartun bertajuk "Kisah Juara Raja Lawak" memalukan bapanya si 'anugerah tuhan' menuurut ibu Nurul.

Entah apa isi dan cerita komik itu, sehingga Nurul-wakil rakyat Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR itu perlu membuat laporan pada institusi-yang mereka tidak percaya-polis.

Kata Nurul,kartun didalam komik itu mirip bapanya, tetapi bukan bapanya.

Ada kah laporan ini, ada lah strategi berantai selepas pendedahan video lucah Anwar oleh temannya- Eskay-bagi tujuan meminta simpati!!!

Siapa tahu komik tersebut adalah karya penyokong pakatan sendiri yang sengaja membuatnya sebagai umpan untuk menyerang Barisan Nasional.

Nurul mendesak agar pemimpin politik supaya menolak politik lucah.Katanya rakyat mahu pertahan etika moral dan pemimpin berwibawa sahaja.Seolah-olah menyindir bapanya sendiri.

PERKASA menghadapi masalah dalaman-kepimpinan akan dirombak

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali mengesahkan pertubuhan itu akan akan membuat rombakan kepimpinannya di pelbagai peringkat tidak lama lagi.

Menurut Ibrahim, tindakan bagi mengukuhkan organisasi itu akan dibuat dalam mesyuarat bulanan Dewan Tertinggi PERKASA pada bulan ini juga, yang tinggal lagi beberapa hari.

"(Pada) Masa ini ada yang memegang dua jawatan pusat dan negeri di mana ada yang tidak mampu dan ada yang mempunyai prioriti sendiri," kata Ibrahim.

Kenyataan itu dibuat ketika desas-desus 'tempangnya' sayapnya apabila Ketua Wirawati Raihan Sulaiman Palestine meletakkan jawatan manakala ketua Wira Arman Azha Abu Hanifah dijangka bakal menyusul petang ini.

Dilaporkan kedua-dua jawatan penting itu merupakan jawatan lantikan.

Ibrahim bagaimanapun setakat ini mendakwa masih tidak tahu menahu tentang ura-ura peletakan jawatan itu dan menegaskan bahawa rombakan yang akan dilakukan sebagai "hal biasa".

"Setahu saya tak ada apa (berlaku)," katanya ketika ditanya tentang laporan sebuah portal berita pagi ini bahawa Arman meletakkan jawatan ekoran "konflik dalaman yang tidak selesai".

Dalam kenyataannya petang ini, Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas membayangkan penggantian nama baru dalam hirarki PERKASA belum selesai apabila meminta anggotanya yang berminat memikul tanggungjawab menghubungi sekretariatnya.

"Saya mengalukan sesiapa saja ahli PERKASA yangg bersedia memberi komitmen demi perjuangan sebuah bangsa umat Melayu-Islam untuk menyertai kepimpinan PERKASA secara sukarela," katanya.

Manakala teka-teki berhubung status Arman telah selesai apabila Ketua Wira Perkasa tersebut mengesahkan beliau meletakkan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta. Bagaimanapun beliau yang merupakan ahli seumur hidup akan kekal dalam Perkasa.

NIK Aziz salah seorang pemimpin agama "Syaitan bisu" : Hadi Awang

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu video lucah terbaru yang ditujukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

“Di mana kalangan yang suka bercakap selama ini, jangan jadi syaitan bisu... yang diarahkan untuk berkata yang benar tapi tidak lakukan adalah syaitan bisu,” kata Hadi lagi.

Semalam di Stadium Melawati sempena ceramah video lucah Anwar-walaupun Nik Aziz turut hadir, namun MB Kelantan itu tidak memberi ceramah atau komen mengenai video lucah Anwar itu, sebaliknya NIK AZIZ hanya berdoa dan bertakbir 3 kali. Hadi Awang berucap mendahului Nik Aziz sempena majlis itu. Nik Aziz merupakan pemimpin terakhir di majlis tersebut; yang ditunggu-tunggu ucapannya pada malam itu.

Menurut Hadi tindakan Datuk T mendedahkan video lucah Anwar itu merupakan satu kezaliman.

“Jadi sebagai rakyat kita diwajibkan untuk tidak terlibat dengan kerja-kerja mungkar ini, percayalah pemimpin Barisan Nasional (BN) . . . kamu tidak akan kekal buat selama-lamanya . . . percayalah fitnah dan kezaliman yang kamu lakukan ini adalah tanda bahawa perubahan akan berlaku,” kata Hadi ketika menyampaikan ceramah selepas program solat hajat dan Pidato Khas ‘Menangkis Fitnah Jahat’ di Stadium Melawati di sini malam tadi.

Awal minggu lalu, negara dikejutkan dengan tindakan “Datuk T” mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang, didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat, dengan pelacur dari China.

Tiga “Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.

Menurut Hadi, pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu disifatkan beliau sebagai “permainan politik” kotor dan bertentangan dengan ajaran Islam.

“Kita sedang mengalami satu peristiwa permainan yang sangat kotor bukan sahaja mengikut ajaran Islam bahkan ia bercanggah dengan amalan demokrasi yang diamalkan manusia sejagat.

“Kita sedang mengalami satu kecelaruan yang amat menakutkan di seluruh dunia dan apa yang berlaku ini wajib untuk kita lakukan perubahan,” katanya.

Kata Ahli Parlimen Marang ini, mengikut undang-undang Islam mana-mana individu dituduh terlibat dalam satu perkara termasuk zina tidak boleh dianggap sebagai pesalah selagi ia tidak dibuktikan di mahkamah.

“Orang yang dituduh dianggap tak bersalah selagi tak dibuktikan dan sebarang tuduhan yang dibuat dalam negara bertamadun hendaklah melalui proses mahkamah dan keadilan, bukan melalui media atau perbualan masyarakat.

“Mengikut kaedah perundangan Islam atau hudud yang berkait dengan isu moral dan sebagainya ia akan ditolak jika berlaku kekeliruan dan ia dibuat di mahkamah bukannya orang lain,” katanya.

Tambah Hadi, kerajaan persekutuan sepatutnya mengambil sikap yang telus dan adil bagi membawa individu yang terlibat ke muka keadilan dan tidak sesekali berkompromi dalam perkara yang menyalahi undang-undang.

“Sepatutnya pihak berkenaan ambil tindakan, siasat siapa jurukamera, pelakon, penerbit dan pengedar . . . orang ini yang perlu disiasat.

“Jika kerajaan bertanggungjawab, maka kerajaan tidak akan terlibat dengan kemungkaran ini yang mana rakyat wajib mencegah kemungkaran daripada berlaku.

“Marilah kita melakukan perubahan supaya tidak ditimpa bencana,” katanya.

Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.

Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis

Majlis Pakatan bantah Video lucah- Nik Aziz hanya baca doa dan takbir 3 kali-Kenapa? sementara Anwar-Hadi-Kit Siang berapi-api

Cukup seminggu isu video seks dikaitkan dengan dirinya, Anwar Ibrahim pada Isnin hadir pada majlis ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat dan turut dihadiri oleh hampir semua pemimpin kanan Pakatan, termasuklah Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya.

Dalam majlis itu Anwar mendakwa bahawa dakwaan video sex yang membabitkan dirinya adalah langkah terakhir parti lawan bagi menghalang kemaraan Pakatan bagi menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

Mengulas video seks yang dikaitkan dengan dirinya, Anwar mempersoalkan kewibawaan Rahim dan membandingkannya dengan isu yang sama melibatkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sebelum ini.

"Dalam kes Soi Lek, siapa edar ditangkap. Dalam kes ini, siapa edar dirai. Kebetulan namanya (orang itu) Rahim Thamby Chik," sindir Anwar dalam ceramah itu.

Sambil mengaitkan Rahim dengan dakwaan rasuah yang membelenggu bekas pemimpin kanan Umno itu sebelum ini, Anwar juga mendakwa isu video itu ditimbulkan kerana pendakwaan terhadapnya di mahkamah dalam kes liwat membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah "lemah".

Manakala Lim pula dalam ceramahnya sebelum itu mempersoalkan kenapa Datuk T sebagai pihak di belakang penyiaran video itu kepada pihak media dan beberapa ahli politik tidak ditangkap sehingga sekarang.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Lim yang juga anggota parlimen Ipoh Timur mencadangkan diadakan persidangan meja bulat melibatkan keanggotaan daripada pelbagai parti, termasuk BN, NGO dan tokoh semua agama.

"Bagaimanapun, langkah pertama hendaklah tangkap Datuk T dan bawa ke muka pengadilan terlebih dahulu," kata pemimpin popular DAP itu lagi.

Manakala Abdul Hadi pula mengulas dakwaan terhadap Anwar itu daripada aspek agama yang mana dakwaan terhadap Anwar itu didakwanya tidak dibuat mengikut kaedah hukum Islam.

"Ini ditayangkan di hotel, bukan mahkamah... Sepatutnya siasat jenis kameranya, filem yang digunakan, siapa pelakonnya, siapa penerbitnya," katanya yang juga anggota parlimen Marang.

Bagaimanapun, acara puncak yang dinantikan, iaitu ceramah Nik Abdul Aziz mungkin mengecewakan ramai penyokongnnya apabila beliau hanya naik ke pentas bagi membacakan doa dan bertakbir tiga kali.Pemimpin veteran PAS itu tidak langsung berceramah. SATU PERSOALAN YANG SANGAT BESAR!!!!.

Video sex Anwar adalah muslihat Anwar sebab itu Wan Azizah enggan tonton

Menentukan kebenaran adalah tindakan yang mulia, atas sebab itu, Wan Azizah sebagai presiden sebuah parti perlu menonton video sex Anwar agar supaya komentar yang beliau dilontarkn mengenai video itu bernilai. Adalah palsu memberi komen pada sesuatu yang mana sesuatu itu belum pernah dilihatnya.

AYT juga belum lagi menonton video itu, namun AYT memberi komen bersandarkan kepada ulasan mereka yang menonton video itu termasuk ulasan Presiden KITA Datuk Zaid Ibrahim.

Ulasan Datuk Zaid sepertimana ditulisnya dalam blognya, beliau tidak mengulas bahawa yang ditontonnya itu adalah orang yang beliau kenali, namun Zaid meminta agar badan antarabangsa diminta untuk memastikan ketulinan rakaman video itu. Maksud tersiirat daripada ulasan Zaid itu adalah, memang benar apa yang tonton itu adalah Anwar Ibrahim, namun beliau tidak tahu apakah rakaman itu tulin.

Kini, rakaman asal video yang memaparkan Anwar itu sudah ditangan polis. Mereka yang bertanggungjawab mengenai pendedahan video itu, yakni trio-Datuk T telahpun disoal siasat oleh pihak polis. Tempat di mana video dirakam telah juga diperiksa oleh pihak polis.

Namun, yang pelik bagi AYT, kenapa kah rakaman video itu tiba-tiba muncul dikala, sodomi II Anwar menghampiri pengakhir? Anwar sebenarnya agar sukar menepis tuduhan sodomi II, ekoran diterimanya tiga barang bukti miliknya, di mana pada barang-barang tersebut, terdapat padanan DNA Lelaki Y yang terdapat pada anus mangsa yang mengaku diliwat oleh Anwar- Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Yang pelik juga, individu yang mendedahkan video sex Anwar itu adalah orang Anwar sendiri-Yakni Datuk Eskay. AYT merasakan, pendedahan video SEX Anwar itu adalah muslihat Anwar sendiri, bagi mengabui mata rakyat mengenai kes sodominya; atas sebab itu juga, Wan Azizah Wan Ismail isteri Anwar enggan membidas video lucah itu, sebaliknya Wan Azizah hanya berkata-adalah haram menontonnnya dan beliau tidak menyesal bersuamikan Anwar.

Monday, March 28, 2011

PRU Sarawak: SPR kenal pasti 9 kawasan panas termasuk kawasan Taib-Balingian

KUCHING, 28 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenalpasti sembilan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka sengit pada pilihan raya negeri Sarawak bulan depan, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata kawasan tersebut adalah Pantai Damai, Kota Sentosa, Batu Kawa, Kedup, Repok, Palawan, Nangka serta Balingian, yang bakal dipertahankan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Kita mengambil keputusan untuk berbuat demikian setelah mengambil kira pengalaman lepas di mana kempen dijangka sengit yang memerlukan pemantauan yang lebih teliti," katanya pada sidang akhbar di sini pada Isnin.

Wan Ahmad berkata, SPR akan menubuhkan 80 pasukan pemantau kempen pilihan raya kali ini dengan dua pasukan pemantau dikerahkan di sembilan kawasan panas tersebut.

Katanya pasukan itu akan diketuai oleh seorang pegawai SPR, dibantu oleh pegawai polis berpangkat Inspektor, pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan disertai oleh wakil parti-parti politik yang bertanding.

Menurut Wan Ahmad, pasukan tersebut akan menumpukan kepada perkara yang berkaitan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 seperti tindakan menggantung poster oleh parti yang tidak bertanding, kempen berbentuk provokasi yang menyentuh sensitiviti kaum.

"Mereka diberi kuasa untuk buat pemantauan dan membuat tindakan penguatkuasaan bila mana perlu dan ketua pasukan diberi kuasa untuk buat keputusan selepas berunding dengan pasukannya," katanya.

Ditanya mengenai Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel), Wan Ahmad berkata badan tersebut hanya sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dilantik oleh SPR untuk tujuan pemantauan sahaja.

"Tugas mereka (Mafrel) hanyalah melihat, memantau dan catat apa saja dan beri maklumbalas kepada SPR," katanya.

Menurut Wan Ahmad, SPR tidak akan melantik lagi NGO lain yang berminat untuk memantau PRN Sarawak, tetapi jika mereka masih berminat, mereka haruslah merujuk kepada Mafrel secara terus.

Mengenai jangkaan peratusan mengundi pada pilihan raya ini, Wan Ahmad berkata, pihaknya optimis peratusan mengundi lebih tinggi berbanding pilihan raya sebelumnya berdasarkan kesedaran rakyat yang meningkat mengenai hak mengundi.

"Kita juga mengharapkan cuaca baik pada hari mengundi," katanya.

SPR menetapkan hari penamaan calon pada 6 April manakala hari pengundian 16 April.

Sebelum DUN dibubarkan, Barisan Nasional (BN) menguasai 63 daripada 71 kerusi dengan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) menang 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dengan 12 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.

Parti pembangkang, DAP memenangi enam kerusi manakala PKR dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing satu kerusi.-- BERNAMA

Notis polis pada Azmin bertarikh 26 November 2011- memalukan!!!

Kerja semborono!!! patut pegawai polis yang menyediakan Notis itu diberi tunjuk sebab. Satu kesilapan kecil yang tidak perlu berlaku.

Notis di bawak seksyen 111 yang diserahkan pada Azmin awal pagi tadi untuk hadir ke Balai Polis gombak-ekoran kekecohan yang berlaku di di pusat khidmat masyarakatnya Jumaat lalu.

Menurut Azmin “Notis di bawah Seksyen 111 telah digunakan terhadap saya lewat malam tadi yang bertarikh 26 November 2011, ini bermakna polis terlalu cekap yang mana mereka sediakan notis lapan bulan lebih awal,”.

PKR Tidak Boleh Menjadi Teras Kepada Pakatan Pembangkang:Daim

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh menjadi teras kepada pakatan pembangkang kerana parti itu hidup kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan untuk Anwar.

Katanya bukan saja pakatan pembangkang tidak mempunyai asas politik yang kukuh, dalam PKR pun yang mana Anwar adalah penasihatnya, terus bergelumang dengan masalah.

"Bolehkah PKR menjadi teras kepada kumpulan ini dan bolehkah pakatan begini meyakinkan rakyat yang ia boleh menjamin masa depan bangsa dan negara lebih baik daripada Umno dan BN (Barisan Nasional) yang sudah membina negara seadanya selama lebih 50 tahun? tanyanya dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia yang disiarkan, Ahad.

Daim, bekas Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-Tugas Khas berkata pembangkang yang relevan ialah yang mengawasi dan menegur kerajaan, yang tidak chauvinistik dan tidak berpandangan sempit, yang boleh menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

"Jika kita perhati kepada keadaan parti pembangkang sekarang, jelas mereka tidak hilang arah. Cuma, masing-masing ada arah sendiri. Mereka mengamalkan prinsip kahwin monyet," katanya.

Daim berkata mereka juga mencedok format BN tapi secara setengah jalan saja, bukan sepenuhnya dan ini bukan satu alternatif yang unggul bagi rakyat.

"Pakatan Rakyat, saya pernah berkata, hanyalah satu konspirasi politik. Saya lihat kumpulan ini tak akan dapat capai kata sepakat dalam hal penting mengenai kebaikan negara kerana masing-masing parti taksub kepada pendirian dan prinsip sendiri," katanya.

Dalam wawancara itu Daim turut membidas Anwar kerana pendirian yang sentiasa berubah-ubah.

"Tanya kawan Anwar, mereka kata Anwar pakai macam-macam topeng sejak masih di universiti. Waktu dia jadi pelampau bahasa Melayu, bahasa Inggeris diketepikan hingga ramai anak kita yang lahir selepas tahun 1969 hilang kompetensi dalam bahasa Inggeris. Dalam dunia globalisasi, Internet dan teknologi komunikasi sekarang, kekurang fasihan warga kita dalam bahasa Inggeris adalah satu kemunduran.

"Tapi sekarang ini Anwar menjadi pejuang 'multi-culturalism' dan 'liberalisme utopia' pula, sehingga ada di kalangan mereka mempersoalkan kedudukan Raja-raja Melayu. Sikap dan tindakan politik begini yang menggadai segala harga diri, maruah, martabat dan prinsip untuk mendapat sokongan tertentu mengingatkan kita kepada watak utama drama Christopher Marlowe, Dr Faustus," katanya.

Daim juga berkata apa yang berlaku sehingga Anwar dipecat dari Umno bukan satu konspirasi politik.

katanya teori konspirasi politik itu sengaja dicipta Anwar kerana mahu dirinya dilihat sebagai 'The Fall Guy, iaitu insan yang dianiayai bagi meraih simpati serta sokongan bagi menutup hakikat kecacatan peribadi sendiri.

Katanya tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad dan jentera Umno di belakangnya, Anwar tak mungkin menjadi Timbalan Presiden parti.

Pada pengamatan ramai, Anwar tidak menunjukkan kebolehan luar biasa sebagai pentadbir. Tidak nampak sebarang 'reformasi' di mana-mana kementerian yang dipegangnya ketika menjadi Menteri, katanya.

"Kehebatannya lebih kepada seorang, yang pintar berpidato bagi membakar semangat dan emosi khalayak walaupun isi ucapan cuma igauan politik saja. Berdasarkan ini, sekarang ini rakyat tak yakin Anwar boleh jadi pemimpin yang berkesan, meskipun setelah kesnya di mahkamah selesai," katanya. BERNAMA

Sunday, March 27, 2011

Video lucah Anwar: Muslihat Anwar dan Eskay!!!!

Pada pagi Isnin tayangan video lucah, yang memaparkan seseorang mirip Anwar Ibrahim sedang melakukan hubungan sex dengan seorang wanita cina, di sebuah bilik Spa di Ibu negara. Beberapa jam selepas tayangan itu-Anwar melakukan sidang media di Pejabat PKR di Tropicana Petaling Jaya- dengan mengatakan bahawa lelaki itu walaupun mirip wajahnya, akan tetapi lelaki itu bukanlah dirinya, kerana perut lelaki itu buncit. (Nota hingga kini menutut Anwar-dia dan isterinya belum menonton video itu).

Seperkara, tiada siapa yang timbulkan PERUT BUNCIT, melainkan Anwar sendiri. Kini, Anwar menjaja ke sana kemari mengenai ISU PERUT BUNCIT!, seolah-olah orang lain yang mencipata isu itu.

Inilah gempaknya Anwar-ibarat orang yang mencuri-kemudian berteriak PENCURI! PENCURI! PENCURI!.

AYT hingga kini masih curiga, kenapa kewujudan video aksi sex Anwar itu, bertepatan, bahawa kes Sodomi II, hampir di penghujung jalan. Alibii Anwar dalam kes sodomi II, hampir punah, apabila pihak mahkamah menerima tiga barang bukti yang mengandungi DNA lelaki Y. DNA Lelaki Y adalah DNA yang dijumpai pada anus Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengaku diliwat Anwar, kali terakhir pada 26 Jun,2008 di sebuah Kondominum, di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur; antara jam 3.01 hingga 4.30 petang hari yang sama.

Jika sekiranya musuh politik Anwar, yakni Umno terlibat, bodoh sangat Umno ini? dah tahu musuh dah akan terkapai-kapai, kenapa pula dibayonetkan!!!? Sungguh tak masuk akal.

Eskay seorang daripada Datuk T adalah teman rapat Anwar, malah Eskay pernah merawat Anwar bertahun-tahun, semasa Anwar jatuh daripada kuda.

AYT yakin ada sesuatu yang muslihat antara Eskay dan Anwar. Untuk mengalih pandangan rakyat terhadap isu sodomi II, Eskay mendedah Video tersebut.

Anwar dan Eskay sudah membuat perancangan rapi. Eskay ditugaskan merealisasikan rancangan itu. Dalam merealisaikan rancangan, seseorang daripada Umno mesti dilibatkan. Oleh kerana RTC mempunyai rekod dendam atas Anwar, maka RTC Eskay pilih; tujuannya jika video itu terdedah, maka mudahlah Anwar menuding jari pada Umno dan pemimpinnya.

Benar juga, pada sidang akhbar Anwar selepas sahaja Video itu ditayangkan pada wartawan terpilih, Anwar terus mennuduh DS Najib, Hishamuddin dan polis adalah dibelakang rakaman dan penayangan video itu. Lakonan telah berjaya sesuai dengan skrip Anwar.

Skrip kedua yakni, isu perut Buncit-Anwarlah yang mencipta isu itu. Mungkin isu MATA tak laku lagi, maka kini isu Perut pula dijaja ke mana-mana. Agak-agaknya bila pula lambang PKR diganti daripada MATA KEPADA PERUT!!!

Pandangan Tun Daim ada kebenarnnya

Kekuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seorang belum tentu menjamin kemenangan BN, sebaliknya calon-calon BN mestilah bersih dan diterima rakyat, kata bekas menteri kewangan dan menteri tugas-tugas khas itu, Tun Daim Zainuddin.

Dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiar hari ini, beliau berkata, semua anggota BN mesti bersatu menghadapi parti lawan kerana bila Umno kuat, BN juga kuat dan kekuatan BN itu akan membawa kemenangan.

Beliau berkata, mood dan persepsi majoriti rakyat terhadap BN sudah lebih positif daripada 2008 dan ini terbukti melalui pilihan raya kecil yang diadakan.

Selepas pilihan raya umum 2008, BN menang lapan daripada 16 kerusi pilihan raya kecil tetapi sejak November 2010, BN menang semua lima kerusi pilihan raya kecil dengan majoriti yang lebih baik.

"Tetapi ini hanya pilihan raya kecil. Jadi jangan terlalu yakin. Salah satu sebab kekalahan 2008 ialah terlalu yakin.

"Rakyat masih memerlukan perubahan dan BN sepatutnya menyediakan perubahan ini," katanya.

Daim yakin bahawa Umno dan BN akan terus hidup berdasarkan kepada pengamatannya terhadap senario politik semasa.

Bekas menteri kewangan dan menteri tugas-tugas khas itu berkata selagi rakyat tetap berhemah dan bijak membezakan antara padi dan sekam, beliau percaya BN akan terus memerintah.

"Saya tak fikir BN boleh kalah lebih teruk daripada pilihan raya umum 2008. Situasi politik pada 2008 itu amat berbeza daripada situasi sekarang," katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiarkan akhbar itu hari ini.

Berikutan itu, Daim yang juga bekas bendahari Umno, menasihatkan pemimpin-pemimpin Umno dan (BN) supaya sentiasa mengawasi diri dan peka terhadap tentangan dan tuntutan rakyat.

Beliau mengingatkan jika mereka tidak waspada dan berhati-hati dalam semua tindakan, suasana tenang boleh bertukar menjadi keruh dalam sekelip mata.

"Maka, pemimpin Umno dan BN perlu sentiasa awas diri dan peka terhadap tentangan dan tuntutan rakyat, baik sekecil mana sekali pun, walaupun kita sedar tidak mungkin semua masalah dapat diselesaikan semahu-mahunya," katanya.

Daim juga berkata setiap wakil rakyat dan pemimpin BN harus bekerja keras untuk "menghidupkan" Umno dan BN dan bukannya "mencari hidup" daripadanya.

"Oleh itu setiap wakil rakyat, setiap pemimpin BN, baik yang kecil atau yang besar, harus sentiasa "turun padang", jangan tunggu "padang" datang kepada kita," katanya dalam wawancara panjang yang turut menyentuh pelbagai isu politik semasa tanah air.

Menurutnya menerusi acara turun padang, mereka boleh mendapat maklum balas yang betul untuk menyelesaikan masalah rakyat dan ini boleh mengukuhkan lagi Umno.

Beliau memberikan contoh bagaimana Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam yang sentiasa turun padang sama ada di majlis kenduri perkahwinan, kematian, kebakaran dan kemalangan.

"Kalau tak dapat hadir, (dia) hantar wakil lepas itu beliau hantar SMS. Beliau mesra dengan rakyat," katanya.

Daim, yang kini berusia 73 tahun, berkata bahawa jentera Umno dan BN juga harus digilap, diperbaiki dan dimodenkan seiring dngan perubahan sosial, teknologi maklumat dan ekonomi yang sentiasa berubah.

Beliau merujuk kepada cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendekatkan diri dengan rakyat menerusi blog dan twitter untuk "berbual" secara spontan dengan mereka terutama golongan muda.

"Kita harus ingat bahawa golongan muda kita sekarang jauh lebih berpelajaran, lebih jauh kepergiannya dan jauh lebih luas rangkaiannya jika dibandingkan dengan golongan muda selepas Merdeka," katanya.

"Mimpi mereka, harapan mereka, aspirasi mereka tentu berbeza daripada yang dialami oleh ibu bapa mereka," katanya.

Daim berkata Umno dan BN harus memahami semua perkara itu dengan jelas supaya dapat melaksanakan program-program yang berterusan yang boleh dihayati oleh golongan ini.

"Jika golongan ini berjaya diasuh untuk memahami, menghormati, menghargai dan menyayangi perjuangan Umno dan BN, maka bangsa dan negara pasti akan melihat esok yang lebih gemilang," katanya.

Daim juga mempersoalkan pembangunan yang dibawa untuk rakyat oleh negeri yang diperintah oleh parti pembangkang di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

"Berapa bilion ringgit modal asing baru terutama daripada negara Arab yang telah dibawa masuk oleh Penasihat Ekonomi Selangor itu (Datuk Seri Anwar Ibrahim)?

Menyentuh pandangannya mengenai perkembangan politik tanah air, Daim berkata keadaan politik secara keseluruhannya bertambah tenang dan rakyat nampaknya semakin matang dalam hal-hal politik.

"Usaha Datuk Seri Najib, sejak menjadi perdana menteri, untuk membina kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional adalah faktor utama yang menenangkan keadaan itu. Saya lihat Datuk Seri Najib sangat jujur dan ikhlas berusaha untuk membantu meninggikan taraf keselesaan hidup rakyat terutama bagi golongan rendah pendapatan dan miskin," katanya.

Mengenai pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai dirinya dalam buku "A Doctor in the House : The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad", Daim berkata beliau tidak pernah menjangka Dr Mahathir sanggup berterus terang sebegitu.

"Saya juga sangat berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana memberi penjelasan yang terang dan tidak berselindung mengenai tindakan-tindakan saya yang pernah menjadi tanda tanya sewaktu saya menjadi Menteri," katanya

Mengenai dirinya sekarang yang sudah agak lama menyepi dari arena politik negara, Daim berkata beliau sibuk seperti biasa walaupun tidak bertugas dengan kerajaan kerana masih sering bertemu para pelabur asing baik yang datang ke sini atau yang di luar negara, membantu mereka di mana perlu.

"Sejak berlaku krisis kewangan dunia saya banyak meluangkan masa di negara Teluk. Krisis kewangan itu menyebabkan mereka yang tidak menjadi mangsa mencari tempat pelaburan yang lebih stabil dan selamat seperti negara kita," katanya.Bernama

Sebelum terima lamaran Anwar sebagai suami saya mimpi banyak poster: Wan Aziziah

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak pernah menyesal bersuamikan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebalik siri dakwaan menyentuh soal moral Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, termasuk terbaru rakaman video seks.

“Saya tidak pernah menyesali. Sebelum Anwar, saya pernah menerima lamaran lain. Tetapi solat istikharah, apabila Anwar melamar untuk menjadikan saya isterinya, saya bermimpi melihat banyak poster yang seperti poster pilihan raya.

“Dan, semua poster ini adalah gambar Anwar. Bagi saya itu petunjuk yang diberi Tuhan. Maka saya pilih Anwar,” kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) (gambar) ini kepada Sinar Harian edisi hari ini.

“Allah janjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Allah tidak pernah mendustai kita. Jadi, tidak pernah timbul rasa kesal di hati saya. Ya! Saya tidak pernah menyesal,” kata beliau yang mendirikan rumah tangga dengan Anwar 30 tahun lalu.

Akhir 1990-an, Anwar berhadapan dengan tuduhan liwat dan salah guna kuasa.

Tiga tahun lalu, Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua yang kesnya sedang berlangsung.

Tiga hari sebelum pasukan pendakwaan menutup kes liwat kedua ke atas Anwar, tiga “Datuk T” membuat pendedahan rakaman video seks, yang didakwa dirakamkan pada 21 Februari lalu, dan dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Anwar menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai konspirasi politik pemimpin-pemimpin Umno.

Dr Wan Azizah berkata, sehingga kini keyakinan beliau dan keluarganya ke atas Anwar tidak pernah luntur.

“Saya sentiasa tanamkan dalam diri terima segala dugaan yang Allah datangkan. Melaluinya dengan sabar, sentiasa berdoa memohon Allah permudahkan segalanya dan tunjukkan kebenaran.

“Dan, saya tidak pernah membenarkan rasa sesal singgah di dada,” kata beliau.

Mengenai soalan keyakinan terhadap cita-cita Anwar untuk menjadi perdana menteri, Dr Wan Azizah berkata: “Sejak usia 20 tahun hingga sekarang, pelbagai perkara sudah dilaluinya. Insya-Allah dia mampu. Boleh.

“Sudah terlalu banyak dugaan ditempuhnya. Dengan dugaan yang pernah dilaluinya itu, Anwar boleh jadi perdana menteri yang bagus. Saya yakin itu,” kata bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Pada Ogos 2008, beliau mengosongkan kerusi itu untuk membolehkan Anwar bertanding, sekali gus menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Musa Aman langgar konsep BN: VK Liew

Konsep BN dilanggar dengan jelas oleh Ketua Menteri Sabah-Datuk Seri Musa Aman. Fakta yang merujuk kepada pelanggaran itu, adalah melalui perlantikan anggota kabinet negeri. Memang benar, bahawa perlantikan anggota kabinet adalah kuasa Ketua Menteri, namun perlu juga mengambil kira pandangan komponen parti yang membentuk BN.

Kini Anggota kabinet Sabah, dikuasai oleh wakil daripada Umno dan PBS. Jika ADUN Umno dipilih adalah logik, kerana komponen parti itu mempunyai ramai ADUN, dan juga merupakan salah satu komponen parti BN- yang menentang kerajaan PBS sejak tahun 1990.

Komponen parti BN asal adalah terdiri daripada parti AKAR (kini dibubarkan),LDP dan Umno.

PBS menikam belakang BN pada ambang pembuangan undi tahun PRU-1990, atas tindakan itu Umno masuk Sabah.

Pada PRU-1994, PBS tidak kalah, namun kehilangan majoriti di DUN Sabah-apabila dua ADUN PBS-yakni Datuk Lajim Okin dan Datuk Rubin Balang melompat pada Umno.

PBS menjadi pembangkang sehingga tahun 2002. 12 Tahun diperlukan oleh parti itu, memasuki semula pada BN atas perantara Presiden LDP yang juga Ketua Menteri Sabah-pada masa itu-Tan Sri Chong Kah Kiat.

Rakyat Sabah tidak lupa terutama bumiputera islam-selama pemerintahan PBS-islam masa itu sangat tertindas, atas sebab itu UMNO datang untuk menyelamatkan islam bumiputera.

Kini, parti dan pemimpin yang pernah ditentang oleh LDP-AKAR dan UMNO, bertapak semula di arena kepimpinan negeri atas kepututan Musa Aman-bukan berasaskan prinsip BN.

Semalam dalam mesyuarat MKT LDP- parti itu merasakan bahawa Musa Aman telah bertindak diluar prinsip dan setiakawan BN. Asas kepada tindakan LDP itu, bahawa sebagai komponen tertua BN, para pemimpinnya tidak diberi peluang bagi sebarang jawatan agar supaya parti itu boleh menyumbang kepada pembangunan rakyat, sebaliknya perananan parti itu terus diketepikan. LDP kini hanya mempunyai seorang pembantu menteri pada kabinet Musa Aman dibanding parti Gerakan, yang tidak pun bertanding pada PRU-12 lalu, namun mempunyai dua jawatan menteri pada kabinet Musa Aman.

Sebagai rekod-semua kerusi yang ditandingi oleh LDP semasa PRU-12 lalu, telah dimenangi oleh parti itu dengan kemenangan besar.

Sebaliknya, parti PBS yang diterima oleh BN semula pada tahun 2002, kalah dua kerusi satu parlimen dan satu DUN, kedua-duanya kepada DAP. TKM kuota cina yang baru dilantik Datuk Dr Yee Moh Chai, hanya menang dengan majoriti 174 bagi DUN Api-Api, jumlah undi yang diperolehnya jauh lebih rendah dibanding undi yang diperolehi pembangkang (DAP+PKR), namun kerana pertandingan itu ada tiga penjuru, maka Yee Moh Chai menang.Yee Moh Chai dilantik pada kabinet Musa Aman, untuk mewakili kaum cina, namun jika dilihat pada undi yang diperolehinya, penyumbang kepada kemenangannya bukan pada saluran pengundi kaum cina, namun pada saluran bumiputera.

Semalam, pada sidang media VK Liew-Presiden LDP selepas mesyuarat MKT Parti itu, Presdien parti itu mengatakan, bahawa tindakan Musa Aman dalam melantik anggota kabinetnya serta pengerusi GLC, telah melanggar kesepakatan dan prinsip BN itu sendiri.

Tindakan Musa itu, telah mencipta satu gangguan dan keadaan yang merugikan kesafahman antara komponen parti.

Semasa rakaman video lucah Anwar: Anwar tiada Twit dan update FB

Catatan manual di bawah kononya twit Anwar-tetapi tiada rekod dalam twitter.
1040 malam: “Inshaallah”
1049 malam: “That's d Najib's plan. Our task: pursue reform agenda”
1050 malam: “Varsity students: Conscience of the majority”
1052 malam: “Modus operandi of rogue leaders”
1058 malam: “Bisa”
1103 malam: “Waras”
1103 malam: “Ada ruang bias ja”
1105 malam: “Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah di UGM”
1108 malam: “RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed”

Berikut rekod dalam twitter Anwar dan FBnya. Waktu yang dipersoalkan di mana Anwar semasa rakaman video itu dilakukan, memang tiada dalam rekod twitter dan FB Anwar. Waktu yang dipersoalkan ialah jam 9.30-10.35 malam. (Twitter dan Fb lambat 2 minit)

Saturday, March 26, 2011

Para dalang di balik Video lucah Anwar

Sebaik sahaja skandal video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan Isnin lalu, tumpuan orang ramai adalah siapakah dalang di sebalik pita itu.

Walaupun pelbagai nama dikemukakan, namun tugas mengenali mereka semakin mudah apabila pada pagi Rabu lalu, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah adalah mereka di sebalik video itu.

Beberapa jam selepas itu, Rahim dan Eskay pula tampil dan mendakwa mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim adalah 'Datuk T' yang bertanggungjawab di sebalik semua pendedahan itu.

Shazryl Eskay Abdullah, 51, dari Naka, Kedah, adalah seorang ahli fisioterapi yang pernah bekerja di Amerika Syarikat dan berkhidmat dengan sebuah pasukan di liga football negara itu dan juga pasukan kebangsaan mereka.

Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat dengan Persatuan Badminton Malaysia dan kini adalah seorang pengarah Aman Agropreneurs Sdn Bhd.

Pada 2005, beliau dilantik oleh Raja Thai sebagi konsul kehormat negara itu ke Malaysia di Langkawi bagi mewakili kepentingan rakyat Thai dan menjaga hubungan baik kedua-dua negara.

Sepanjang tahun 2006 hingga 2007, Eskay dan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai orang tengah bagi menyelesaikan konflik di selatan Thai yang dikenali sebagai Rundingan Damai Langkawi.

Sepanjang tempoh 2008 hingga 2011, beliau dilantik sebagai pengerusi kehormat konsular kor di Malaysia.

Namun, ahli perniagaan itu yang juga pernah merawat sakit tulang belakang Anwar, mencuri tumpuan awal bulan ini berikutan saman RM20 jutanya ke atas Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pengarahnya, Datuk Yahya A Jalil.

Fokus ke atas Eskay semakin menyerlah minggu ini, apabila beliau mengakui sebagai sebahagian daripada anggota kumpulan Datuk T bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang berperanan dalam pendedahan video lucah itu.

Rahim Tamby Chik adalah bekas ketua menteri Melaka dan pernah dilantik sebagai ketua pemuda Umno. Beliau pernah diberi pujian kerana dikatakan berjaya membangunkan Melaka daripada terus dibuai mimpi sebagai sebuah negeri mundur.

Beliau juga bertanggungjawab memindahkan pentadbiran negeri daripada kota Melaka ke Ayer Keroh.

Semua ini, sebelum beliau bersara daripada semua jawatan politik berikutan dakwaan terbabit merogol seorang gadis sekolah di bawah umur. Rahim telah menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Anwar adalah dalang di sebaliknya.

Beliau juga adalah dalam kumpulan Wawasan yang bersama Anwar, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin yang menamatkan kerjaya politik timbalan perdana menteri ketika itu, Tun Ghafar Baba.

Shuib Lazim sebelum dilantik sebagai bendahari PERKASA, Shuib adalah seorang senator dan ahli parlimen Sungai Petani. Beliau berasal dari Sungai Petani dan adalah juga bapa saudara kepada MP Sungai Petani ketika ini, Johari Abdul.

Beliau juga adalah bapa mertua kepada naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali pernah dilaporkan berkata Shuib telah memaklumkan kepadanya hasrat beliau ingin berundur sebagai bendahari.

Meskipun didakwa sebagai anggota ketiga kumpulan Datuk T, Johari mempertahankan bapa saudaranya dan berkata beliau tidak percaya yang Anwar adalah lelaki dalam video seks itu.

Video Lucah: Anwar cepat-cepat putar alam

Bayangkan Anwar pada selasa buat laporan polis di Balai polis Dang Wangi. Pada Rabu-identiti Datuk T didedahkan sendiri oleh kumpuluan itu. Sementara itu pihhak polis menubuhkan pasukan khas dan menyiasat video lucah itu di bawah seksyen 292 CPC.

Pada Khamis dua individu daripada kumpulan Datuk T ditahan di bawah 112 kanun keseksaan, diambil keterangan dan seterusnya dilepaskan atas jaminan polis.

Semalam seorang lagi kumpulan Datuk T di bawah langsung dari Kedah ke Bukit Aman.

Pasukkan khas polis-telahpun mmemeriksa lokasi di mana video dirakam.

Pihak polis yang menyiasat video lucah ini atas permintaan Anwar sendiri, tidak diberi peluang oleh Anwar. Anwar secara terus menerus menuding jari kepada DS Najib dan Umno sebagai pelaku merakam video lucah itu.

Semalam Anwar begitu gahirah sekali membuat fitnah kepada Umno dan DS Najib di satu majlis tanpa permit. Pihak polis terpaksa menyuraikan majlis memutar alam itu.

Anwar sepatutnya disiasat-kerana menganggu siasatan yang sedang berjalan, mencipta prajudis kepada pasukkan khas polis yang ditubuhkan.

Anwar sangat gusar mengenai video lucah tersebut, kerana sesiapa yang menonton video itu, pasti yakin, bahawa pelakon utama video itu adalah seseorang yang mirip Anwar.

Yang peliknya, walupun Anwar dah tahu bahawa pelaku itu hanya mirip dirinya, walaupun Anwar belum menonton video itu, tetapi Anwar begitu gelabah sekali.

Bagi pandangan AYT tunggu dulu siasatan polis--kemudian baru komen.

Keputusan SPM: Miera Leyana Layak Belajar Undang Undang

Walaupun enggan mendedahkan keputusan sebenar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterimanya pada 23 Mac lalu, pelakon muda Miera Leyana yakin keputusan itu membolehkannya menyambung pengajian dalam bidang undang-undang.

Bagaimanapun, kata pelakon filem Apokalips itu, dia masih mempertimbangkan sama ada untuk terus menyambung pengajian atau menumpukan perhatian dalam bidang lakonan yang kian berkembang.

"Alhamdulillah, keputusan SPM saya memuaskan dan boleh menyambung pengajian dalam bidang undang-undang seperti yang diimpikan.

"Cuma buat masa ini saya masih belum memutuskan untuk sambung belajar atau tangguhkan dulu kerana semakin sibuk dengan kerjaya lakonan," katanya kepada mStar Online, Jumaat.

Tambah gadis berusia 18 tahun ini lagi: "Menurut ibu saya, adalah lebih baik jika menumpukan perhatian pada salah satu bidang saja pada satu-satu masa.

"Jika hendak sambung belajar saya perlu ketepikan lakonan buat sementara waktu dan begitulah sebaliknya. Dia tidak galakkan saya lakukan dua kerja serentak."

Nama Miera Leyana melonjak serta-merta ekoran penampilannya yang seksi ketika menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, baru-baru ini.

Friday, March 25, 2011

Video Lucah dedahan Datuk T-Lelaki itu kalau bukan Anwar siapa?

Aktor dalam video sex dedahan Datuk T itu hanya mirip Anwar. Kalau demikian siapa lelaki mirip Anwar itu?

Kita tunggu lah siasatan polis. Lagipun, Datuk T bukan budak-budak. Mereka telah perkirakan akibat tindakan mereka itu.

Video lucah dedahan Datuk T-Banyak fakta akan terdedah-IGP

Siasatan polis terhadap rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang mendapat petunjuk awal apabila bilik sebuah hotel di ibu negara yang dikatakan menjadi lokasi rakaman video itu diperiksa.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin, berkata siasatan di tempat kejadian itu dijalankan bersama unit forensik PDRM selepas memperoleh maklumat.

"Dua individu ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis... kita turut memperoleh beberapa bahan bukti daripada mereka.

"Salah seorang daripada individu yang terbabit mendedahkan tempat di mana rakaman perlakuan seks itu berlaku," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, disoal siasat selama lima jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Mereka turut menyerahkan video aksi seks seorang lelaki dengan seorang wanita serta seutas jam tangan Omega.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis sedang mengenal pasti identiti individu yang kelihatan dalam rakaman video aksi seks terbabit.

Beliau berkata, siasatan kes itu masuk hari ketiga hari ini dan pasukan khas menjalankan siasatan dari pelbagai sudut, termasuk bagaimana rakaman video itu boleh wujud.

"Kita sendiri hendak tahu apa yang telah berlaku dan banyak isu lagi, justeru hentikan semua spekulasi dan beri peluang kepada pasukan polis untuk jalankan siasatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Peringatan Hari Polis ke-204 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur.

Ismail berkata, beliau percaya maklumat dan fakta baru akan diperoleh dalam masa terdekat hasil penyiasatan yang dijalankan.

"Siasatan mungkin berkembang terus dari fakta-fakta yang kita akan jumpa nanti," katanya.- Bernama

Video Sex Anwar: Dua lelaki ditahan-yang seorang mirip Anwar

Dua lelaki telah ditahan polis berhubung siasatan seks video di mana seorang lelaki yang dikatakan mirip seorang ahli politik terkenal mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur asing.

The Star Online yang memetik setiausaha polis, Bukit Aman, Timbalan Pesuruhjaya Datuk Ghazali Md Amin berkata beberapa barangan yang mungkin boleh digunakan sebagai bahan bukti juga dirampas daripada kedua-dua mereka.

Katanya, seorang daripada mereka juga memaklumkan kepada polis, lokasi di mana video seks itu dirakamkan dan pihak polis telah menghantar pasukan forensik bagi menyiasat lokasi tersebut.

Ghazali juga berkata kedua-dua lelaki berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan indentiti kedua-dua lelaki tersebut.

Semalam, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, untuk siasatan polis di Bukit Aman.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Selain Rahim, turut memberi keterangan berhubung video seks tersebut semalam ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Rabu lalu, Rahim dan Eskay mendakwa mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, adalah 'Datuk T' yang di sebalik tayangan video seks tersebut.

Mereka telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut.

Rahim dijadual mengadakan sidang akhbar di bangunan Risda, Jalan Ampang pada jam 3 petang ini. Beliau adalah pengerusi agensi kerajaan itu.

Pasti Datuk T yakin yang dirakam itu adalah Anwar- Mereka bukan budak ingusan!!!

Pihak polis telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Kumpulan yang mengelar diri mereka Datuk T, yang diketuai oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik, telahpun disiasat oleh pasukan khas polis itu selama 5 jam semalam.

Salinan asal video lucah itu berserta jam tangan omega telahpun diserahkan pada polis.

Jika sekiranya siasatan polis mendapati bahawa peran utama dalam video lucah itu adalah Anwar, apa kah pihak Anwar mempercahayainya? Anwar telah membuat laporan polis pada Selasa sehari setelah video lucah tersebut terdedah.

Para penyokong Anwar ada yang berdemonstrasi membantah video lucah itu, walaupun mereka belum menonton video itu. Malah kumpulan MP PKR telah membuat laporan polis mengenai video lucah itu. Berasaskan kepada tindakan spontan para penyokong Anwar itu, yakni membuat laporan polis, termasuk Anwar sendiri, ertinya mereka yakin terhadap pasukan khas polis yang telah dditubuhkan itu.

Yang menarik mengenai video lucah tersebut adalah ulasan Presiden KITA-DatukZaid Ibrahim. Dalam blognya semalam, Zaid tidak mengulas mengenai siapa pelakon utama dalam video lucah itu, namun Zaid meminta badan bebas antarabangsa untuk meneliti ketulinannya. Zaid, mungkin menonton video itu dan melihat bahawa aktor dalam video itu, adalah orang yang dia kenali. Zaid, tidak mahu terperangkap, kerana ketulinan video itu belum dikenal pasti.

Jika sekiranya, video lucah itu tulin? agak-agaknya apa yang Anwar boleh katakan?

PRU Sarawak:DAP tidak boleh berpakat dengan PKR: Setiausaha Agun DAP Sarawak

SIBU, 24 Mac (Bernama) -- Harapan untuk menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-10 nampaknya berkecai selepas perbincangan terbaru antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pertindihan kerusi menemui kegagalan.

Pakatan pembangkang terdiri daripada PKR, DAP, PAS dan parti yang berpusat di negeri ini, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Setiausaha Agung DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata parti itu meminta 18 daripada 71 kerusi, iaitu Padungan, Pending, Batu Lintang, Batu Kawa, Kota Sentosa, Simanggang, Balai Ringin, Bukit Assek, Pelawan, Dudong, Bawang Assan, Repok, Meradong, Kidurong, Senadin, Piasau, Pujut dan Bukit Kota.

"Dalam perbincangan itu, kami menyerahkan Padungan dan Senadin kepada PKR dengan harapan agar kami dapat memastikan pertandingan satu lawan satu tetapi PKR masih menegaskan supaya DAP bertanding hanya bagi 13 kerusi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata meskipun DAP melakukan kompromi, PKR masih berkeras supaya DAP menyerahkan Batu Kawah, Dudong dan Balai Ringin.

"Kami tidak dapat menyetujui permintaan PKR bagi tiga lagi kerusi meskipun kami menyerahkan dua daripadanya kepada mereka. Ini berita buruk. Perkara ini tidak bagus," kata Chong, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Sentosa dan Anggota Parlimen Bandar Kuching.

Chong berkata dengan perkembangan terbaru itu, parti berkenaan 'tiada pilihan' melainkan untuk melakukannya bersendirian tanpa menolak kemungkinan berlakunya pertandingan beberapa penjuru dan pembangkang bertanding menentang satu sama lain.

Bagaimanapun, beliau tidak mengetepikan bahawa beberapa usaha pada saat akhir boleh diambil untuk menyelesaikan masalah itu meskipun beliau tidak begitu optismitik mengenainya.

Pada pilihan raya negeri 2006, calon DAP dan PKR bertanding menentang satu sama lain di Padungan sungguhpun mereka berdepan penyandang daripada BN, Datuk Lily Yong Lee Lee.

Dominic Ng Kim Ho daripada PKR memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 1,417 undi.

Pencalonan akan diadakan pada 6 April manakala pengundian pula pada 16 April.-- BERNAMA

SPRM Soal Siasat Setiausaha Pengelola PKR Selangor

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menyoal siasat setiausaha pengelola Parti Keadilan Rakyat (PKR) Radin Shamsul Kamar dipercayai berhubung kes penyalahgunaan dana Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Mahad berkata proses soal siasat itu adalah prosedur biasa apabila SPRM menerima laporan berhubung dakwaan kes-kes berkaitan rasuah.

"Tujuan kita panggil ialah untuk menyoal siasat berhubung dakwaan dan laporan yang kami terima," katanya.

Jaafar enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai kes yang dikaitkan dengan Radin Shamsul berhubung soal siasat yang dijalankan hari ini.

Pada 24 Februari lepas, Pemuda Umno Selangor dan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan kononnya kerajaan PKR Selangor menyalah guna wang rakyat bagi membiayai penginapan anggota perwakilan parti pada kongres PKR November tahun lepas.-BERNAMA

Jam Omega- Video lucah Anwar sudah ditangan polis

Disebabkan jam omega dan rakaman video lucah yang konon dilakonkan oleh Anwar telah diserahkan kepada polis, maka sebarang ketulinan pemilikan jam tangan itu serta ketulinan rakaman video sudah tentu akan dipertikai oleh Anwar,pemimpin Pakatan dan penyokongnya. Sebabnya-mereka tidak percaya kepada polis.

Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang,serta menyerahkan seutas jam tangan untuk siasatan polis di Bukit Aman hari ini.Siastan yang hampir jam itu berakhir kira-kira 9.40 malam tadi.

Rahim turut mengulangi tuntutannya supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan."Jika ada suruhanjaya diraja dan kerajaan bersetuju (menubuhkannya), mungkin penyiasatan lebih rapi akan diadakan bagi memuaskan hati semua pihak bagi mencari kebenaran," katanya lagi.Tambahnya, video berkenaan boleh disiasat secara forensik bagi menentukan sama ada ia merupakan rakaman palsu ataupun telah diubahsuai.

Turut dipanggil memberi keterangan berhubung video seks tersebut hari ini ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.Difahamkan, siasatan ke atas Shazryl itu selesai pada kira-kira jam 10 malam.

Pada Rabu, Rahim, Eskay dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, mengakui mereka adalah 'Datuk T' yang di sebalik tayangan video seks tersebut.

Shuib, bagaimanapun dipercayai berada di luar negeri dan dijadualkan diambil kenyataannya pada Jumaat (hari ini).

Ketiga-tiga individu itu yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'Datuk T', telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut.

Thursday, March 24, 2011

Video Lucah dedahan Datuk T: Zaid sembunyikan sesuatu

Presiden KITA-Datuk Zaid Ibrahim mengaku menonton video itu. Dalam tulisan terbaru di blognya, Zaid berkata berdasarkan apa yang ditontonnya beberpa persoalan mesti dijawab dan sebaik-baiknya ia dilakukan oleh sebuah badan bebas.

Zaid enggan mengakui bahawa apa yang ditontonnya adalah orang yang dia kenali. Malah, Zaid hanya mencadangkan agar badan bebas Antarabangsa dilibatkan untuk menentukan ketulinan video itu.

Secara psikologi-berasaskan ulasan Zaid itu, memang timbul persepsi-bahawa apa yang disaksikannya melalui video itu adalah orang yang dia kenali.

Bagi AYT, siapapun yang terlibat merakam video itu, rakyat perlu berterima kasih pada mereka itu, kerana rakaman itu membabit individu yang mati-matian mahu menjadi pemimpin negara nombor satu, yakni Perdana Menteri.

Mungkin, ada segelintir rakyat Malaysia yang sanggup menerima seorang pemimpin yang penuh dengan kerja-kerja dosa, akan tetapi AYT yakin dan seyakinnya-majoriti rakyat negara ini tidak sanggup mempunyai pemimpin seumpama itu.

Video lucah Anwar: Nik Aziz diam membisu-petanda PAS tinggalkan Pakatan

Sejak PRK DUN Tenang, telah berputar-putar di kalangan pemimpin PAS, bahawa Anwar bukan lagi menguntungkan Pakatan tiga parti DAP-PAS-PKR, malah Anwar telah menjadi liabiliti; namun perasaan dalaman itu, belum diungkapkan.

Pada PRK kembar lalu-Merlimau dan Kerdau, desas desus dikalangan pemimpin akar umbi Pas, kehadiran Anwar bagi membantu jentera Pas, sebenarnya tidak disenangi, namun untuk menggambarkan bahawa Pakatan tiga parti itu-masih dapat berkerjasama, maka mereka membiarkan Anwar datang untuk berkempen.

Kita semua ketahui, bahawa ketiga-tiga PRK tersebut-kita menyaksikan bahawa calon-calon Pas dengan mudah kecundang.

Pas merasakan, isu yang menyelubingi Anwar, terutama kes sodominya, yang kini hampir dipenghujung-dan mudah sudah mendapatkan jawapannya- kepimpinan Anwar bukan sahaja menipiskan peluang Pakatan pada PRU-13 akan datang, malah besar kemungkinan, undi kaum melayu yang mengundi Pas pada PRU-12 lalu, akan bertukar haluan; apatah lagi, kes terbaru Anwar-yakni sebagai pelakon dalam video lucah sepertimana dakwaan Datuk T (T=trio) yang diketuai oleh bekas Ketua Menteri Melaka-Tan Sri Rahim Thamby Chik-yang pada suatu ketika terpaksa melepaskan jawaran Ketua Menteri-kerana isu menjalin hubungan dengan seorang wanita bawah umur. Menurut ceritanya-Rahim terpaksa melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka-atas desakan Anwar Ibrahim, yang mana ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri.

Datuk T semalam dengan beraninya mendedahkan identiti mereka. Datuk T, bukan sebarang orang-dianggotai oleh tiga orang bergelar Datuk. Rahim sendiri bergelar Tan Sri, manakala Eskay dan Shuib bergelar Datuk. Mereka tidak akan berani tampil dikhayalak ramai-jika pelakon dalam video lucah itu bukan Anwar. Tak kan Tan Sri Rahim, Eskay (teman rapat Anwar) dan Shuib tidak boleh cam Anwar!

Mungkin atas pertimbangan sepertimana yang disebutkan di atas-Menteri Besar Kelantan yang juga pemimpin spritual Pas hanya diam seribu bahasa.

Dalam diam-apa kah Nik Aziz akan membuat keputusan, bahawa Pas terpaksa meninggalkan Pakatan? Sama-sama kita tunggu. Namun, apapun yang Nik Aziz akan lakukan- pihak BN perlu terus berjuang sehingga parti pembangkang terus terkulai.

Perlantikan TKM Sabah-Kemelut Musa Aman-VK Liew bermula

Parti LDP merasa dipinggirkan dalam perlantikan TKM Sabah. Sebelum ini, Presiden LDP itu berkata, partinya menghormati bahawa perlantikan anggota kabinet negeri adalah kuasa Ketua Menteri, namun demi keadilan pada komponen parti, suara LDP juga perlu diambil kira.

Isu TKM Sabah bagi kuota cina, terus bergolak, ekoran keluarnya SAPP daripada BN Sabah selepas PRU-12 lalu.

Jawatan TKM kouta cina sebelum ini disandang oleh wakil daripada SAPP.

Selepas SAPP keluar BN, jawatan TKM tersebut diserahkan pada parti LDP. Ekoran keluarnya wakil LDP daripada parti itu, maka jawatan tersebut, menjadi kosong-ekoran pelucutan Peter Phang, minggu lalu.

Semalam, Musa Aman mengumumkan Timbalan Presiden PBS Datuk Yee Moh Chai sebagai TKM kuota kaum cina yang baru. Melalui perlantikan itu, kini dua TKM Sabah berasal daripada parti PBS.

PBS telah diterima semula kepangkuan BN-Sabah pada tahun 2002, selepas lebih sepuluh tahun sebagai parti pembangkang, ekoran peristiwa tikam belakang diambang pembuangan undi pada PRU-1990.

Ketidak puasan parti LDP sangat berasas, sebagai komponen tertua BN Sabah, wajar pimpinan negeri memberi muka kepada parti itu.

Mahkamah Jalan Duta: Sodomi II ditangguh sehingga 18 April

Pihak pendakwa telah menutup kesnya. Hari ini, tiga barang bukti telah ditandakan sebagai barang bukti mahkamah. Tiga barang bukti tersebut adalah sebatang berus gigi, tuala kecil dan sebotol air kecil berjenama cactus.

Mahkamah akan menyambung perbicaraan pada 18 April,2011. Tempoh dua minggu diperlukan bagi kedua belah pihak mempersiapkan hujah masing-masing.

Apa kah dalam tempoh dua minggu ini akan berlaku sesuatu di luar dugaan? Sebelum ini, banyak spekulasi, jika kes sodomi II tidak menyebelahi Anwar, ada kemungkinan besar Defacto Leader Pakatan itu, akan meminta suaka politik.

Sama-sama kita tunggu sehingga 18 April,2011.

Sodomi II: Peluang Anwar semakin tertutup

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengubah keputusan bicara dalam bicara sebelum ini untuk membenarkan berus gigi, tuala dan botol air yang diperoleh dari lokap tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan, dikemukakan sebagai bukti.

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwa untuk memaksa Anwar menyerahkan sampel DNAnya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima.

"Selepas mempertimbangkan bukti dengan kenyataan dari IO (pegawai penyiasat) dan pegawai yang menangkap (Supt Ahmad Taufik Abdullah) saya memutuskan bahawa tangkapan itu adalah sah.”

"Dengan itu, barangan yang diperolehi dari sel - (botol air minuman, berus gigi dan tuala) boleh diterima sebagai bukti,” katanya.

Berikutan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata beliau akan meminta dua saksi pendakwa (Dr Aidora Saideon dan Supt Amidon Anan) tampil sekali lagi bagi mengemukakan barangan tersebut untuk dijadikan bukti.

Dalam keputusannya, hakim Zabidin bagaimanapun menolak permohonan pendakwaan bagi memaksa Anwar memberikan sampel DNAnya.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga jam 9 pagi esok atas permohonan pihak pendakwa tanpa bantahan daripada Karpal Singh bagi membolehkan semua pihak membuat persiapan.

Sebelum ini pihak pendakwaan membuat dua permohonan - permohonan pertama bagi semakan semula keputusan perbicaran dalam perbicaraan yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti dan yang kedua bagi mengarahkan ketua pembangkang itu memberikan sampel DNAnya.

Permohonan bagi memaksa Anwar menyerahkan sampel DNA dikatakan sesuatu yang 'bukan lazim' dan belum pernah dilakukan dalam sejarah Malaysia, negara-negara Komanwel dan juga dunia, kata peguambela utama, Karpal Singh

Yusof pula telah berhujah bahawa sampel DNA Anwar adalah penting dan relevan bagi menentukan sama ada ia sepadan dengan DNA yang diambil dari sperma yang dijumpai di dubur pengadu kes berkenaan,Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Tidak pernah ada permohonan seumpama ini sebelum ini tetapi tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan... atau tidak Seksyen 165, Akta Keterangan tidak mempunyai makna. Kita mempunyai bukti tetapi atas sebab teknikal ia tidak dapat diterima (oleh hakim),” hujahnya minggu lalu.

Hakim Zabidin sebelum ini telah memutuskan bahawa sampel DNA dari tiga barangan - sehelai tuala, botol air minuman dan berus gigi - tidak boleh diterima kerana ia diperolehi dengan cara yang tidak sah.

Keputusan semalam dikatakan bukan sahaja sebagai satu tamparan akan tetapi menutup peluang kepada Anwar mengelak pertuduhan sodomi.

Ketua pembangkang itu daripada kandangnya berkata terdapat tekanan politik yang hebat bagi memaksa hakim menukar keputusannya sebelum ini.

Saya simpan jam omega Anwar: Eskay

Datuk Eskay Shazryl Abdullah petang semlam tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

"T ini (merujuk pada) trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari Pertubuhan Pribumi Perkara PERKASA.

Ditanya mengenai siapakah Datuk T yang sebelum ini dilaporkan masuk mengambil jam yang didakwa milik Anwar dalam bilik hotel, tempat adegan itu didakwa berlaku, Eskay Shazryl mengakui orang itu adalah dirinya.

Bercakap dalam sidang media di sebuah hotel di ibu negara petang tadi, Rahim mendakwa mereka bertiga - yang disifatkan sebagai "sahabat setiakawan" - tampil mendedahkan video itu kepada media memandangkan Anwar merupakan pemimpin tinggi dalam politik negara.

"Dia pemimpin tinggi, hendak jadi PM. Jadi kita mesti lihat akhlaknya," kata Rahim sambil mendakwa cuma mahu menegakkan kebenaran.

Walaupun memperoleh video itu kira-kira dua minggu lalu, mereka berkata hanya menayangkannya kelmarin kerana baru menemui tempat yang sesuai, dengan mempertimbangkan aspek "keselamatan".

Shazryl mengakui menyimpan video "tunggal" itu manakala Rahim pula mengaku menguruskan tempat tayangannya di sebuah hotel mewah di ibu negara.

Wednesday, March 23, 2011

Video Lucah Anwar: Rahim & Co we are the ones!!!

Tan Sri Rahim Thamby Chik pada Rabu mengesahkan beliau, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim adalah Datuk 'T' yang terlibat dalam mendedahkan skandal video seks kepada media Isnin lalu.

Bercakap kepada pemberita di Hotel Impiana, beliau turut menggesa kerajaan Persekutuan agar segera menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat ketulenan video seks tersebut.

Rahim yang juga Pengerusi Risda berkata, isu ini perlu segera disiasat kerana ia telah menjadi polemik negara.

Turut hadir di sidang akhbar yang diadakan itu ialah seorang lagi anggota 'Datuk T' - pendekan bagi perkataan Trio - ialah ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah.

Aggota ketiga - bendahari PERKASA dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim - tidak hadir.

Rahim akui beliau, Shazryl dedah rakaman video seks

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengaku ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay adalah lelaki misteri “Datuk T” yang mendedahkan rakaman video seks, yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat kepada media kelmarin.

Selain itu, beliau dan Shazryl adalah pihak yang bertanggungjawab mendedahkan rakaman video tersebut.

Kenyataan Akhbar Datuk Johari Abdul

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato' Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato' Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato' Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya ("Johari Abdul") adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato' Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato' Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato' Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato' Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

DATO' JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

Blog Archive