Monday, February 28, 2011

PRK Kerdau: Usaha sabotej BN-terbongkar

BN didakwa secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan.

Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk.

Semua penduduk yang agak tua yang enggan dikenali berkata mereka didatangai beberapa orang yang mahu memberikan "bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka.

"Kami diminta mengundi BN dan kami diberahu bahawa sesiapa yang menyokong pembangkan tidak akan mendapat bantuan," dakwanya.

Malaysiakini difahamkan kira-kira 100 kotak diedarkan petang tadi.

Kotak itu, dengan pelekar gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin.

Ia juga dilekatkan dengan tulisan "Akhirkan Zaman Miskin".

Seorang lelaki yang memakai kemeja-t BN, dipercayai membantu mengedarkan kotak itu, berkata hanyalah "satu bentuk bantuan".

Tetapi apabila ditanya lanjut, beliau hanya menjawab "tak ada apa-apa".

Sementara itu Timbalan Pengerusi PAS Pahang Hamzah Jaafar yang ditemui di tempat itu mendakwa perkara itu merupakan satu bentuk rasuah.

Manakala ADUN Tras daripada DAP Chong Siew Onn pula berkata perkara itu bertentangan dengan undang-undang pilihan raya dan akan melaporkannya kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya. Dipetik dari Malaysiakini

Sodomi II: Esok Lelaki Y akan didedahkan?

Jika tiada bantahan atau penanguhan-esok akan terdedahlah siapa lelaki Y, di mana DNAnya dijumpai dalam rektal Mohd Saiful.

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menarik esok dengan pihak pendakwaan mahu membawa saksi baru, sekali gus mewujudkan kaitan antara koleksi bukti sampel kes kali ini.

Profil DNA setakat ini diperoleh daripada tuala, berus gigi dan botol air mineral.

Dalam keterangannya minggu lalu, ahli kimia Nor Aidora Saedon, yang merupakan saksi pasukan pendakwaan berkata, penemuan graf menunjukkan adanya dua profil DNA pada sampel bukti iaitu “Lelaki Y” dan profil DNA yang tidak diketahui.

Pada 23 Februari lalu, beliau memberitahu bahawa profil-profil DNA yang ditemui pada barangan itu secocok dengan “Lelaki Y” tidak dikenali, yang air maninya ditemui pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar) yang mengadu dia diliwat oleh bekas majikannya Anwar.

Pasukan pendakwaan diketuai Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden belum lagi mengaitkan Anwar dalam mana-mana profil DNA yang ditemui pada Saiful.

Peguam-peguam Anwar membayangkan mereka kemungkinan memohon untuk mengemukakan penghujahan atau mengemukakan bantahan, bergantung pada siapa yang pasukan pendakwaan hendak bawa bagi memberi keterangan dan bagaimana kaitan akan diwujudkan.

“Ya, akan ada kemungkinan tinggi diadakan perbicaraan dalam perbicaraan... tetapi di peringkat sekarang terlalu awal. Kita kena tunggu apa yang akan berlaku esok, dan kita bergerak dari sana,” kata peguam pembela Anwar Sankara Nair selepas perbicaraan hari ini.

Perbicaraan akan disambung esok.

Fakta Kes: Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan itu bersambung hari ini untuk pemeriksaan balas ke atas ASP Fauziah Che Mat yang menghasilkan cetakan imej tujuh kenderaan dan individu yang direkodkan dalam rakaman CCTV di kondominium Bukit Damansara itu di mana Mohd Saiful mendakwa beliau diliwat oleh Anwar.

Mahkamah Jalan duta: Peguam Anwar menyoal balas pakar CCTV

Sodomi II diteruskan hari ini. Anwar tiba ditemani Sankara Nair.

Peguam Anwar meneruskn menyoal balas pakar CCTV ASP Fauziah Che Mat daripada PDRM.

Pada khamis ASP Fauziah berkata telah diarah oleh pegawai penyiasat sodomi II DSP Jude Blacious Pereira untuk melihat beberapa individu berserta kereta yang keluar masuk di kondominum di jalan setia Kasih Bukit Damansara-di mana sodomi II berlaku pada 26 Jun 2008.

Walaupun saksi itu tidak menyebut nama-nama yang terdapat dalam CCTV itu-namun- ASP itu diarah mengenalpasti pengadu Mohd Saiful Buhkari Azlan dan tertuduh Anwar Ibrahim.

Selamat kah DUN Kerdau bagi BN?

Memang tidak dinafikan bahawa sokongan padu penorka Felda dan Felca (Faktor 3+1) kepada BN adalah penyumbang kepada kemenangan pada setiap pilihanraya.

Pada PRU-12 majoriti BN sebanyak 1615, 1300 undi daripadanya adalah sumbangan Felda 22, 23 dan 25. dan Felca Makmur.

Pada PRU-12 BN mendapat undi 4135 daripada 6655 pengundi yang turun mengundi (78.8%) daripada keseluruhan 8451. Jumlah undi popular Bn adalah 62 peratus, manakala PAS mendapat undi popular 38 peratus.

DUN Kerdau adalah kawasan majoriti melayu yang mewakili 89 peratus daripada 8999 jumlah pengundi yang berdaftar, selebihnya adalah pengundi cina (505) dan lain-lain termasuk orang asli 484 pengundi.

Gugusan Felda Kerdau mempunyai 3721 pengundi berdaftar atau mewakili 41.35 peratus jumlah pengundi yang berdaftar. Berdasarkan rekod- 72 peratus pengundi Felda adalah penyokong dan mengundi BN, jika ini dapat dipertahan pada pengundian 6 Mac depan, maka dengan mudah BN telah ada pengundi simpanan seramai 2138 undi. Trend pengundian biasanya antara 78-80 peratus. Jika cuaca baik pada 6 Mac, maka jumlah pengundi yang diperkiirakan akan menunaikan kewajiban mereka adalah seramai 7200 pengundi. Separuh daripada undi ini adalah 3600. Disebabkan undi simpanan BN telah ada seramai 2138, maka BN hanya perlu mendapat undi diluar Felda seramai 1463 untuk menang dengan majoriti mudah.

Melihat perkiraan di atas kertas-tidaklah sukar bagi BN mengekalkan DUn Kerdau, apatah lagi-kunjungan Perdana Menteri seharian semalam di DUN Kerdau dan peruntukan sebanyak 10 juta ringgit untuk pembangunan di kawasan itu-menambah impak lagi kepada sokongan pengundi kepada calon BN.

Jika sebelum penamaan calon pada 26 Febaruari lalu, calon Pas yang mencuba untuk kedua kalinya Hassaundin Salim, mengatakan-bahawa satu kejutan akan berlaku di Kerdau-mungkin menjadi gimik politik bagi parti Pas.

Bagi calon PAS, kemenangan Pas pada kawasan majoriti melayu ini adalah penanda aras tumbangnya Putrajaya.

Selain itu, jika benarlah berlaku, bahawa BN kecundang, ianya satu isyarat, kesan dan cukup bermakna yang mendalam terhadap perjalanan politik Pahang khasnya dan nasional amnya.

Kali ini: Nik Aziz tidak minta dilahirkan sebagai melayu

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu.

Beliau juga berkata adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini.

"Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT," katanya.

Nik Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam.

Dr Mahathir berkata Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, bangsa Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam.

Nik Aziz berkata semua bangsa adalah sama dan tidak ada keistimewaan kepada satu-satu bangsa sebagaimana juga bangsa Arab sendiri kecuali seseorang itu Islam dan beriman kepada Allah SWT.

"Kalau pada bangsa, tentu bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Jahal (masuk syurga) tetapi Allah SWT telah menyatakan awal-awal lagi dia (bapa saudara Nabi) adalah ahli Neraka," katanya.

Mengenai Islam yang diperjuangkannya, Nik Aziz berkata ia adalah Islam sederhana yang diletak di tempat yang tinggi dan menentang tindakan melampau yang bertentangan dengan agama.

Bagaimanapun, beliau mengakui agak sukar untuk mengembalikan Islam sebenar sebagaimana air yang mengalir dari hulu sungai tidak sama dengan air di muara.

"Setelah mengalir jauh, pastinya melalui pelbagai rintangan, sampah sarap dan pelbagai kekotoran, untuk minum (air di muara) kena tapis dulu, kita kena rebus (masak) dulu," jelasnya.- Bernama

Sunday, February 27, 2011

Yuhaizad-calon PAS Merlimau: Belum apa-apa lagi sudah menipu

Sebaik sahaja diumumkan sebagai calon oleh Presiden Pas Hadi Awang, semasa diberi peluang memperkenalkan dirinya-salah satu pencapaiannya adalah Pernah menjadi ahli Gerakan Belia 4B Jasin.

Berasaskan dakwaan itu- Penasihat gerakan itu Datuk Hassan Rahman menafikan bahawa calon Pas itu pernah menjadi ahli Gerakan belia itu.

Telah kelihatan bahawa calon PAS itu-belum pun apa-apa telah berani berbohong, apatah lagi- kalau dipilih nanti-pembohongannya akan semakin berleluasa.

Entah- apa? tujuan pembohongan Yuhaizad tersebut, mungkin untuk menarik simpati Gerakan Belia itu?.

Selain itu, calon Pas itu, ada seorang individu yang tidak mempunyai matalamat hidup, selain masih tergantung kepada isteri seorang guru dan masih lagi menumpang pada rumah kerajaan yang disediakan kepada isterinya.

Individu ini tidak akan mendapat tempat bagi pengundi Merlimau, undi yang akan diperolehinya adalah undi para pengundi yang memang tidak sealiran dengan kerajaan.

Yuhaizad menentang Roslan Ahmad daripada BN bagi PRK Merlimau dimana hari pengundian ditetapkan pada 6 Mac depan.

Calon Pas Merlimau menumpang pada isteri

Calon PAS Yuhaizad Abdullah (38) yang masih menumpang pada isteri dan masih menumpang pada rumah kerajaan adalah calon terbaik bagi PAS.

Seseorang yang belum mampu berdikari dan masih mendapat belas ikhsan kerajaan adalah calon terbaik PAS.

Ini lah individu yang dikatakan mampu memimpin penduduk Merlimau.

PRK Merlimau terpaksa diadakan disebabkan kematian penyandangnya pada 20 Januari lalu- Mohd Hidhir Abu Hassan.

Pada PRU-12 lalu Mohd Hidhir daripada BN menang dengan kelebihan undi 2,154.

DUN Merlimau mempunyai undi berdaftar seramai 10,679-yang terdiri daripada 6,935 kaum melayu, 2,218 kaum cina, 1,510 kaum india dan lain-lain 16.

Pas bergantung harap pada pengundi cina yang merupakan 20 peratus daripada keseluruhan jumlah undi.

DUN Merlimau termasuk dalam kawasan Parlimen Jasin dan semua 5 DUN termasuk Merlimau adalah kerusi BN.

Melaka mempunyai 28 DUN-23 DUN adalah BN dan 5 DUN dikuasai DAP.

Untuk rekod-sejak merdeka- kawasan-kawasan UMNO belum pernah ada yang jatuh ditangan parti lain-termasuk PAS.

Saturday, February 26, 2011

Anggota Kabinet seorang Gay?? ada kah??

Akibat tulisan bloger Another Brick in the Wall pada 24 Februiari 2011, maka ramai blogger Pakatan menyiar semua dakwaan itu dengan berbagai versi.

Tidak ketinggalan bloger MSO-Tinta Merah-menulis al-kisah anggota kabinet yang dikatakan gay tersebut. Malah- MSO menekankan bahwa kisah itu akan disiarkan melalui tabliod kelolahannya minggu depan.

Benar kah dakwaan itu? DS Najib kena siasat perkara ini. Pokok tidak bergoyang kalau tidak ditiup angin.

Gambar bertutup muka adalah anggota kabinet yang didakwa Gay itu.

Tulisan bloger itu seperti dibawah ini

Looking at the progress at Jalan Duta, there will be a prima facie case against Anwar Ibrahim and he has to prove himself as innocent.

Anwar is up against DNA forensic evidence and Saiful steady testimony in court to be supported by the three doctors that attend to Saiful, other witnesses and the CAMERA.

He will need to prove he has alibis to claim he is somewhere else. Can he proof the camera wrong?

Can his six alibis show they were around with Anwar when the camera proves otherwise?

Anwar is set for Bamboo River. Sodomy is a crime punishable by imprisonment.

Back in 1998, Tun Dr Mahathir dismiss him from Cabinet on a justifiable reason of moral and indecent behaviour before Anwar was brought to trial.

Will Najib dismiss a member of his cabinet if found to be gay?

Dato Seri ... as far as we can remember, this talk have been going on for more than three years.

There is a Cabinet Minister from Johor that is in the habit of going out socially with pretty young boys to restaurants and nite clubs in Kuala Lumpur and Johor Baru.

The can see this.

Source from his UMNO Division described him as intimately close with his Political Secretary, described as jambu by fellow youth member in the Division.

The Minister could be seen as touching the thigh of his Setpol and massaging his neck and shoulders with soft sensuous touch that made those witnessing uncomfortable.

One reliable source claim that there is a particular pretty boy that is particularly close with the Minister.

They pretty boy used to work at a corporate affair department of a major Bank in Kuala Lumpur but have moved to an International Invesment company.

The source claim to personally view an intimate telephone conversation between the 20 something former bank corporate affair officer with the Minister on the other side of the conversation.

The source verified the handphone number at the receiving end.

The conversation was intimate as they talked about indiscreet subject like performing the mandi wajib. The pretty boy was so close with the Minister that he could request for RM20,000 with ease.

The pretty boys revealed to our source that he used to meet the Minister at Nikko Hotel. He had laid bare his body to massage the Minister.

But the source's story stop short at the interesting part.

There will be no names revealed.

In case, anyone is guessing as Dato Seri Hishamuddin Hussein because this blog used to call him pondan for his indecisions at MInistery of Internal Affirs, our answer is No.

It is not Hishamuddin.

The story is already much talked within UMNO Johor. Don't tell me Najib doesn't know. In case he doesn't, he should get this investigated.

If Anwar had to face many ordeals for his criminal sexual orientation, this Minister can't stay on. He could be a major embarassment to Najib's transformational cabinet.

Morality must never be set aside.

Melayu Tidak Tamak- hanya minta separuh daripada haknya: Tun Mahathir

PASIR SALAK-PERAK: Malaysia makmur dan aman pada hari ini disebabkan kesediaan orang Melayu untuk berkongsi kuasa negara ini dengan kaum-kaum, kata Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan “perjuangan kami adalah halal.”

Bekas perdana menteri (gambar) mengatakan pendirian terbaru ini semasa berucap di hadapan sekitar 10,000 orang yang menghadiri Perhimpunan Perkasa Melayu Perak di Pasir Salak – salah satu lokasi bersejarah negeri utara Semenanjung ini.

“Kita tahu bahawa negara ini berjaya kerana kesediaan orang Melayu sanggup bekerjasama dengan kaum-kaum lain sepanjang 50 tahun untuk memerintah negara, bukan sahaja dengan orang Melayu tetapi juga dengan kaum-kaum lain.

“Kami sedia untuk berkongsi (kuasa) pemerintahan negara ini,” katanya yang juga penaung Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali.

Bagaimanapun dakwa Dr Mahathir, kedudukan orang Melayu lebih buruk berbanding kaum-kaum lain.

“Apa yang dimiliki oleh orang lain, kami tidak persoalkan. Itu hak mereka, tetapi hak sedikit yang kami ada, jangan ambil daripada kami,” kata beliau dengan merujuk kepada keistimewaan yang diperuntukkan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Perkasa juga mahu pendekatan afitmatif dalam DEB dipertahankan.

Dr Mahathir memberitahu bukan hasrat pihak kerajaan untuk menggunakan pendekatan keras untuk mengambil hak orang lain sebagaimana disaksikan di negara-negara lain.

Sebaliknya kata bekas presiden Umno ini, beliau hanya mahukan hak orang Melayu tidak dilarikan daripada mereka.

“Perjuangan kami adalah halal. Kami hanya berjuang untuk tempat di negara ini. Bukan banyak yang diminta walaupun kami merangkumi 60 peratus penduduk negara ini, kami hanya meminta 30 peratus, hanya separuh daripada itu,” katanya.

“Saya tidak fikir ia sesuatu yang tamak untuk meminta (hanya) separuh daripada apa yang menjadi hak kami,” katanya lagi.

Merlimau dan Kerdau apakah PRK terakhir sebelum PRU-13?

Mulai hari ini,BN dan PAS sekali lagi masuk gelanggang, kali ini di Merlimau dan Kerdau. Keputusan pemilihan ini amat penting bagi kedua-dua parti untuk mengukur prestasi masing-masing, andainya kedua-dua pilihan raya kecil itu adalah bagi kali terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Malah pengundian pada 6 Mac pula secara kebetulan, cuma dua hari saja sebelum ulang tahun Pilihan Raya Umum 2008.

Keputusan pada 6 Mac amat penting sebagai ukuran sejauh mana prestasi BN dan pembangkang sejak ‘tsunami politik’ 8 Mac. Ini perlu bagi menilai keupayaan masing-masing apabila tiba pilihan raya umum akan datang.

PRK Merlimau adalah sangat penting bagi Melaka kerana sejak merdeka, calon Umno di negeri itu tidak pernah kalah dan itulah kekuatan serta rekod bersih BN Melaka yang perlu dipertahankan di Merlimau.

Malah di Kerdau, tidak kurang pentingnya terletak di negeri kelahiran DS Najib-Perdana Menteri. Apa kah faktor Najib akan mempengaruhi corak pengundian nanti, apatah lagi kegagalan PAS memberi impak di Tenang menjejaskan kredibilitinya yang sebelum ini mendakwa sebagai parti mewakili Melayu-Islam di negara ini.

Pada pilihan raya umum lalu, calon BN/Umno, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS di Merlimau, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi, manakala di Kerdau, Zaharuddin (BN/Umno) mengalahkan Hassanudin Salim (PAS) dengan majoriti 1,615 undi.

Justeru, sebarang keputusan daripada dua pilihan raya kecil ini amat penting kepada BN dan pembangkang kerana ia boleh dijadikan isyarat awal prestasi mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Bagi BN, keputusan di Merlimau dan Kerdau, akan menentukan sama ada momentum sokongan semula rakyat, seperti diperlihatkan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, berterusan, sekali gus meningkatkan keyakinan mereka dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pembangkang juga menaruh harapan kerana kemenangan di dua kerusi itu bagi mereka, pasti mengembalikan sokongan yang pernah diraih dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

PRK: Merlimau: Jangan ikut cara Normala-Makrof

Diingatkan kepada calon BN Roslan Ahmad jangan terikut gaya Normala-Makrof semasa PRK Tenang-ke hulu ke hilir berpakaian sedodon!

Kalau semua surat khabar berbahasa melayu tutup-rakyat akan sokong Pas: Hadi Awang

LAGi-LAGI surat khabar berbahasa melayu jadi sasaran Presiden PAS Datuk Hadi Awang.

Surat khabar berbahasa melayu (Harakah tidak??? suara keadilan??) di negara ini kata presiden Pas itu hanya memperbodohkan orang melayu-kerana sifat itu-maka orang melayu tidak tergamak menyokong Pas.

Perlu diingatkan bahawa pembaca surat khabar adalah mereka yang waras fikiran, tahu membezakan mana yang benar mana yang salah. Mereka tahu mengambil keputusan mana yang perlu disokong dan mana yang tidak. Pembaca tahu menilai mana yang benar dan mana yang palsu. Pembaca tahu mana yang retorik dan mana yang serius.

Dalam situasi terbuka abad ini-surat khabar cetakan bukan lagi boleh dikatakan boleh mempengaruhi mentaliti rakyat-sebaliknya-dunia siberlah yang banyak mempengaruhi tindakan, keputusan dan pilihan.

Rakyat kini boleh dikatakan rakyat berpendidikan, telah celik ilmu, celik IT, jadi tidak benarlah bahawa sokongan yang kurang daripada kaum melayu terhadap PAS disebabkan oleh surat khabar berbahasa melayu.

Rakyat menyokong sesuatu parti bukan kerana pengaruh surat khabar, akan tetapi sumbangan parti itu kepada rakyat.

Bagaimana rakyat boleh menyokong Pas, jika negeri yang ditadbirnya pun bukan betambah maju malah bertambah mundur. Kelantan misalnya-sebahagian besar pembangunan di negeri itu adalah atas ikhsan Barisnal Nasional, demikian juga negeri-negeri yang di kuasai oleh Pakatan-misalnya Pulau Pinang dan Selangor-sebahagian besar pembangunan di negeri-negeri itu adalah ikhsan kerajaan barisan nasional.

Berasas kepada keadaan ini, rakyat telah bijak memilih mana satu yang perlu disokong. Rakyat melihat kepada kenyataan bukan retorik atau janji-janji kosong. Kurangnya sokongan kaum melayu terhadap Pas bukan kerana surat khabar berbahasa melayu, akan tetapi rakyat tahu bahawa Pas tidak mempunyai kemampuan..

Kenapa PAS marah sangat gambar kartun ni?

PAS dikhabarkan akan membuat laporan Polis berkenaan gambar kartun ini yang tersebar meluas di kalangan masyarakat Dun N28 Kerdau.

Risalah yang menggambarkan DAP melompat kegembiraan sekiranya program 100 hari Pakatan Rakyat dilaksanakan itu, telah disifatkan sebagai satu cubaan hasutan melampau oleh pihak PAS.

Pengarah Pilihanraya PAS bagi Dun Kerdau ini, Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa pihak UMNO sebenarnya takut dengan Program 100 Pakatan Rakyat. Sebab itulah cubaan jahat seperti penyebaran risalah sebegini terpaksa dilakukan, kata Tuan Ibrahim.

Kalau kita tengok betul-betul, siapa yang takut sebenarnya dengan penyebaran risalah ni? PAS lah yang dilanda ketakutan kerana khuatir masyarakat Kerdau tahu siapa sebenarnya yang untung disebalik perlaksanaan janji buku Jingga.

Sebab itulah PAS cepat-cepat nak membuat laporan Polis supaya penyebaran risalah panas ni dapat ditarik balik. PAS tahu mereka pasti akan menerima malu jika masyarakat Kerdau mengetahui siapa sebenarnya yang berkuasa didalam Pakatan Rakyat.

Selama ini PAS sibuk mengatakan bahawa mereka yang paling dominan didalam gabungan PR. Tapi hakikatnya, PAS hanyalah dijadikan alat oleh DAP dan Anwar Ibrahim untuk memecah belahkan bangsa melayu di dalam negara.

Apa taknya, PAS melalui fatwa-fatwa menyeleweng para ulamaknya telah secara berleluasa menghukum rakyat yang memberikan sokongan kepada pihak Barisan Nasional (kerajaan Pusat).

Lihat saja sebelum ni di PRK Tenang. PAS dengan secara membuta tuli menjahiliyahkan pengundi yang memberi undi kepada calon Barisan Nasional. Inilah yang dimahukan oleh pemimpin DAP dan PKR supaya kekuatan politik bangsa melayu didalam negara tergugat.

Disebalik semua ni, PAS sebenarnya semakin dipinggirkan oleh bangsa melayu sendiri di seluruh negara. PAS yang menjadi barua kepada DAP dan tunggangan kepada Anwar bukan lagi menjadi satu rahsia.

Ini semua bakal menghancurkan PAS dari dalam jika mereka masih berdegil untuk meneruskan sumbang mahram dengan DAP serta PKR.

AYT yakin, PRK Kerdau akan menjadi permulaan kehancuran PAS dimata bangsa melayu keseluruhannya.

Friday, February 25, 2011

Sambungan Sodomi II: Ahli Kimia Tolak Kemungkinan Sampel Tercemar

KUALA LUMPUR: Seorang ahli kimia mengenepikan sebarang kemungkinan pencemaran ke atas satu tuala kecil yang diserahkan kepadanya oleh pegawai penyiasat Deputi Supritendan Judy Blacious Pereira yang boleh menyebabkan kehadiran profil DNA lain selain daripada "lelaki Y".

Nor Aidora Saedon (gambar) tidak bersetuju dengan peguam bela Ram Karpal Singh dan tetap dengan pendirian mengenai apa yang ditemuinya bahawa ia hanya satu profil DNA yang ditemui pada tuala itu.

"Tidak ada kemungkinan seperti itu memandangkan semua jaminan kualiti telahada di makmal kami dan analisis saya mengenai eksibit ini telah mengenepikan sebarang kemungkinan campuran profil-profil DNA pada tuala itu," kata Nor Aidora.

Saksi itu juga tidak bersetuju berhubung kehadiran "alel 18" pada graf elektroferogram yang tidak sepadan dengan profil DNA, sama ada kepunyaan Mohd Saiful, "lelaki Y" atau orang yang tidak dikenali, menandakan kehadiran profil kepunyaan orang lain.

Ram berhujah malah alel 18 wujud semasa pemeriksaan dijalankan oleh ahli kimia yang lain iaitu Dr Seah Lay Hong.

Alel adalah satu daripada dua atau lebih yang membentuk turutan DNA sesuatu gen tertentu. Setiap gen boleh mempunyai alel yang berbeza. Kadang kala, turutan DNA yang berbeza (alel) terjadi dalam pelbagai sifat, seperti warna.

Kadang-kadang, alel yang berbeza akan mempunyai keputusan yang sama dalam mengungkap sesuatu gen.Nor Aidora, saksi keenam pendakwaan dari Jabatan Kimia menjelaskan bahawa sebagai ahli kimia, beliau perlu meneliti analisis lengkap sesuatu profil DNA secara keseluruhan, bukan hanya berdasarkan satu lokus bagi profil itu seperti yang disebut oleh peguam bela.

"Kamu tidak boleh hanya ambil satu lokus dan berkeras mengatakan mengenai kehadiran lebih daripada satu profil DNA dan alasan kamu mengenai pencemaran benar-benar tidak tepat," katanya.

Nor Aidora yang dihujani dengan soalan daripada Ram Karpal kemudiannya memberitahu peguam bela itu supaya merendahkan suaranya.

"Tolong jangan jerit, saya berada di sini untuk membantu mahkamah," kata saksi itu.

Anwar, 63, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Menjawab soalan lain sama ada beliau menjalankan profil padanan dengan staf lain yang bekerja di makmalnya, Nor Aidora berkata protokol dan prosedur dalam jabatannya tidak pernah ditolak ansur.

Pada satu peringkat, Nor Aidora menoleh ke arah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan bertanya sama ada beliau mengikuti apa yang dijelaskannya mengenai cara beliau menjalankan analisis DNA itu dan kemungkinan padanan DNA.

"Kamu tidak perlu bimbang tentang saya, kamu teruskan," kata Mohamad Zabidin sambil tersenyum.

Ram Karpal juga terus mengulangi pertanyaan mengenai kemungkinan pencemaran sampel-sampel yang diserahkan kepadanya oleh DSP Judy, Nor Aidora berkata profil-profil DNA yang diperolehinya dari calitan-calitan berada dalam keadaan baik.

Perbicaraan itu bersambung Isnin untuk pemeriksaan balas ke atas ASP Fauziah Che Mat yang menghasilkan cetakan imej tujuh kenderaan dan individu yang direkodkan dalam rakaman CCTV di kondominium Bukit Damansara itu di mana Mohd Saiful mendakwa beliau diliwat oleh Anwar. - BERNAMA

BN Sarawak Sudah Sedia Hadapi Pilihan Raya Ke-10, Kata Taib Mahmud

BELADIN (SARAWAK), 25 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya negeri dan senarai nama calon juga telah diterima, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Sudah..sudah, kita (BN) sudah bersedia, calon pun sudah ada, saya tidak boleh umumkan nama calon sekarang," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Masjid Beladin Al-Amin di sini.

Abdul Taib yang juga Pengerusi BN negeri berkata senarai itu meliputi semua calon yang akan mewakili BN untuk merebut 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Pilihan raya Sarawak dijangka berlangsung dalam masa terdekat memandangkan penggal DUNnya akan berakhir pada 24 Julai ini. Pada pilihan raya negeri yang lepas BN menguasai 63 kerusi.

Sementara itu, mengulas tindakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) luar negara yang mengkritik kerajaan Sarawak, Abdul Taib berkata perkara itu adalah perbuatan nakal namun tidak akan menghalang kerajaan BN untuk terus membangunkan Sarawak.

Katanya BN tidak perlu melayan sebarang kritikan dari luar khasnya NGO kerana parti itu tahu apa yang perlu dilakukan untuk kebaikan rakyat Sarawak sendiri.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Taib berkata Sarawak telah berjaya keluar dari kelompok negeri miskin sejak 40 tahun lepas dan kini hampir 94 peratus rakyatnya telah bebas daripada belenggu kemiskinan.

Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu juga berkata kejayaan dasar politik pembangunan yang diperkenal kerajaan negeri ternyata berjaya membawa perubahan besar kepada kemajuan Sarawak.

Abdul Taib juga mengakui kejayaan Sarawak hari ini adalah hasil daripada keberanian pemimpin serta rakyat untuk menghayati pendekatan arus kemajuan tanpa perlu menoleh kebelakang.
-- BERNAMA

Jika Pas memerintah Malaysia senasib rakyat Mesir: Ali Rustam

Malaysia dijangka menerima nasib seperti Mesir yang dilanda rusuhan baru-baru ini jika PAS memerintah negara ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Beliau berkata ini kerana parti tersebut gemar menggunakan pendekatan demonstrasi dalam menangani sesuatu isu yang bukan saja tidak membawa kebaikan kepada rakyat malah turut memburukkan keadaan.

Sebaliknya, kata beliau sistem pilihan raya yang telah diguna pakai negara sejak sekian lama lebih patut menjadi kayu pengukur kepada siapa yang berhak memerintah.

"Rakyat boleh menyatakan pendirian melalui peti undi... demokrasi, sebab itu PAS dapat perintah Kelantan, dapat Kedah, DAP dapat Penang dan PKR dapat selangor.

"Saya percaya rakyat takkan terpengaruh untuk ikut demonstrasi, nak buat demonstrasi untuk apa, kita ada pilihan raya, gunalah, bertandinglah, lawan lah cakap...tapi janganlah fitnah, lepas itu rakyat sendiri akan tentukan," katanya kepada pemberita, di Jasin hari ini.

Beliau turut berharap pengundi di DUN Merlimau, menolak calon PAS Yuhaizad Abdullah yang menurutnya tidak berupaya membawa sebarang kebaikan untuk kawasan itu.

"Beliau ini cuma digunakan oleh PAS untuk menguji pilihan raya umum ke-13, kerana kita juga yang akan selesaikan masalah rakyat jelata, kita mendahulukan rakyat apa-apa hal mengikut dasar 1Malaysia, berbeza dengan PAS yang mendulukan DAP," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan PAS bahawa calon BN, Roslan Ahmad dipilih atas faktor keluarga, Mohd Ali berkata perkara itu menunjukkan mereka tidak mempunyai modal untuk memburuk-burukkan BN kerana isu keluarga membabitkan semua parti termasuk PAS, PKR dan DAP.

"Walaupun beliau (Roslan) anak Datuk Ahmad tapi Datuk Ahmad dah meninggal 32 tahun dulu. Roslan kebetulan dipilih bukan dia sebab anak ahli parlimen dulu tapi kebetulan dia AJK kawasan dalam parti dicalonkan," katanya.

Mengulas dakwaan PAS bahawa kerajaan negeri BN lambat menghantar pulang pelajar ke Mesir, walhal semua kerajaan pembangkang sudah berbuat demikian, beliau berkata kerajaan negeri BN tidak mahu tergopoh-gapah dan membahayakan nyawa pelajar.

"PAS dia punya kerja lumba sapa cepat hantar pelajar balik Mesir dulu, dia nak hantar cepat dia hantarlah, kita tengok keselamatan... pasal apa di Mesir masih lagi bergolak...kita jangan politikkan pelajar, ini nyawa kan.

"Kita pergi lewat apa salahnya, ini nak hantar besok pun boleh tapi kita kerajaan BN mengutamakan keselamatan pelajar, kalau belum selamat kita tak hantar," katanya.
- Bernama

Sambungan Sodomi II

Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan hari ini dengan sesi soal balas ke atas ketua unit paterniti DNA Jabatan Kimia, Nor Aidora Saedon.

Sesi soal balas hari ini adalah penting kerana Nor Aidora telah memberi keterangan bahawa DNA yang dianalisanya diambil dari sebuah botol air mineral, tuala, berus gigi milik 'Lelaki Y'.

Walau bagaimanapun ahli kimia itu berkata lelaki Y itu tidak diketahui identitinya kerana beliau tidak dibekal sampel DNA untuk perbandingan.

Semalam semasa CCTV kondominum telah dikenal pasti bahawa pengadu Mohd Saiful terlihat dalam CCTV itu-datang lebih kemudian daripada tertuduh namun meninggalkan kondo itu lebih awal.

Pakatan rakyat: Pakatan yang suka ikut-ikutan

Apabila rakyat Mesir bangkit pada 25 Januari lalu menuntut Hosni Mubarak berundur, kerana rakyat telah muak dengan kehadirannya sebagai pemimpin Mesir selama 30 tahun, penyokong pakatan juga ikut-ikutan tunjuk perasaan di depan Kedutaan Amerika.

Kali ini pula apabila rakyat Libya bangkit menentang pemimpin mereka-Muammar Gaddafi yang memerintah Libya sejak tahun 1969 dalam satu rampasan kuasa, penyokong Pakatan juga ikut-ikutan.

Sebenarnya tiadapun kaitan para penyokong Pakatan dengan rakyat Libya! Namun atas suka ikut-ikutan, maka merekapun ikut-ikutan menentang muammar Gaddafi atas nama solidariti.

Kesamaan antara Mesir dan Libya dengan Malaysia sebenarnya tiada apapun yang boleh disamakan dari segi politik. Kedua-kedua negara Afrika itu berkerajaan berasaskan ala tentera-dipilih secara demokrasi terpimpin-sedangkan di Malaysia kerajaan dipilih secara demokrasi bebas. Sebab itu, di Malaysia-parti pembangkang boleh menang.

Sebenarnya penyokong Pakatan adalah para penyokong yang tamak. Rakyat kini telah sedar mereka itu tamak, kerana itu sejak akhir-akhir ini, di semua PRK gabungan tiga parti itu ditolak rakyat.

Pada PRK Merlimau dan Kerdau-rakyat akan menyaksikan lagi, bahawa gabungan tiga tamak itu akan ditolak oleh rakyat.

Thursday, February 24, 2011

Sodomi II: Mohd Saiful antara individu dirakam CCTV kondominium

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes liwat membabitkan DatukSeri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi hari ini tertumpu kepada keterangan mengenai rakaman kamera tertutup memaparkan tujuh kenderaan dan beberapa individu termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan keluar masuk di lif tingkat lima Kondominium Desa Damansara tempat beliau didakwa diliwat oleh Anwar. Rakaman berkenaan turut mempaparkan visual kenderaan yang dipandu oleh Mohd Saiful dan lif yang digunakannya.

Mohd Saiful sebelum ini telah mengenal pasti di mahkamah bahawa beliau adalah individu yang memandu kenderaan berkenaan dan masa beliau menggunakan lif itu.

Pegawai penganalisis audio visual Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia di Cheras, Asisten Superintendan Fauziah Che Mat, memberitahu mahkamah bahawa beliau telah diarahkan oleh pegawai penyiasat kes berkenaan DSP Judy Blacious Pereira untuk membuat analisis secara terperinci data kandungan dua pemacu keras pada 3 Julai 2008.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hanafiah Zakaria,saksi itu berkata pegawai berkenaan memberitahu beliau bahawa kedua-dua pemacu keras mengandungi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dirakamkan pada hari kejadian pada 26 Jun 2008.

Fauziah memberitahu mahkamah bahawa pegawai penyiasat berkenaan telah membantunya dalam mengenal pasti beberapa kenderaan dan individu yang memasuki perkarangan Kondominium Desa Damansara antara 12 tengah hari dan 4 petang pada hari berkenaan.

Saksi pendakwaan kelapan itu menjelaskan bahawa beliau telah memuat turun segala data yang terdapat pada kedua-dua pemacu keras untuk memastikan segala data tidak terjejas akibat virus ataupun disebabkan faktor lain seperti kepanasan ataupun terkena cecair.

"Setelah memastikan kesemua data seperti mana terdapat dalam pemacu keras asal, saya menggunakan peralatan dan perisian khas yang terdapat di makmal untuk membuat analisis terperinci mengenai segala visual yang dirakamkan oleh CCTV dari bangunan berkenaan," katanya.

Anwar, 63, sedang menghadapi tuduhan meliwat Mohd Saiful, 25, yang merupakan bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ketika disoal lanjut oleh Mohd Hanafuah apakah arahan khusus oleh Pereira kepada beliau, Fauziah berkata beliau telah diarah untuk mengenal pasti visual dua kenderaan iaitu jenis MG Rover berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WMK6 serta sebuah kereta Fiat bernombor WPK 5925.

Kepada persoalan mengenai apa yang berlaku kepada dua pemacu keras yang asal diserahkan oleh Pereira, saksi itu berkata beliau telah memeterikannya dalam sebuah sampul dan menyerahkannya kepada pegawai penyiasat pada 24 Sept 2008.

Fauziah juga memberikan keterangan satu persatu mengenai setiap kenderaan dan invividu bermula dari kenderaan memasuki perkarangan utama kondominium, seterusnya individu dari setiap kenderaan menaiki lif di tingkat P1 ke tingkat lima.

Kenderaan berkenaan tiba antara 12 tengah hari dan 1 petang, dan kenderaan terakhir meninggalkan kondominium berkenaan pada 5 petang, katanya.

Visual rakaman ditayangkan di mahkamah, di mana satu pemacu keras mempaparkan visual di pintu keluar masuk kondominium dan satu lagi menayangkan individu-individu keluar masuk lif berkenaan.

Fauziah memberi keterangan secara terperinci mengenai gambar-gambar yang beliau memuat turun daripada rakaman berkenaan yang dikehendaki oleh Pereira.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak pasti siapakah pemilik kenderaan berkenaan ataupun individu-individu di dalam rakaman berkenaan.

Kepada persoalan lain oleh Mohd Hanafiah mengenai apakah beliau lakukan dengan kedua-dua pemacu keras yang asal, saksi itu berkata beliau telah masukkannya dalam sampul makmal dan sampul dimeterikan sebelum diserahkan kepada Pereira pada 24 September 2008.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok. -- BERNAMA

Jika benarlah Ijazah Al-Azhar boleh dibeli: Sungguh ramai pemimpin Pas berijazah Al-Azhar

Tiada isu! Demikian kata MB Pahang Datuk Adnan Yaakob. Pembangunan Kerdau telah bermula sejak lama. Kerdau dahulu lebih dikenali sebagai DUN Sanggang-dalam kawasan Parlimen Mentakab-kini termasuk kawasan parlimen kuala Krau.

Disebabkan tiada isu, maka Pembangkang terutama Pas mengarahkan kempen mereka kepada profile calon BN Syed Ibra.

Kononnya calon BN itu membeli sijil kelulusan daripada Universiti Al Azhar. Jika benarlah tuduhan pihak Pas itu, bahawa sijil Al-Azhar boleh dibeli, entah berapa ribu penyokong Pas pernah belajar di universiti itu dan kononya berkelulusan.

Rupanya ijazah-ijazah mereka adalah palsu dan hasil belian??.

Sementara itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob turut kesal dengan tindakan para penyokong PAS dan parti itu yang membuat dakwaan tidak berasas.

"Saya tengok sijil dia, kalau dia tak lulus tinggi, takkan saya nak ambil dia bekerja sebagai pegawai khas agama kepada menteri besar. Bodohlah saya ambil orang tak ada kelulusan.

"Tuduhan mengatakan dia tak ada kelulusan, itu satu pembohongan dan fitnah," katanya.

DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan Sabtu ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian ditetapkan pada 6 Mac depan.- Bernama

YB Tan Tee Beng (MP Nibong Tebal) akan masuk parti KITA

Twitter parti KITA melaporkan bahawa MP Nibong Tebal Tan Tee Beng akan menyertai parti itu.

Tan Tee Beng yang keluar daripada PKR Mac 2010-kini adalah wakil rakyat bebas di Parlimen.

Dakwaan setengah pihak sebelum ini bahawa Tan Bee Beng akan menyertai komponen BN ternyata meleset apabila beliau memilih parti KITA di mana Presidennya adalah Datuk Zaid Ibrahim.

Zairil "Khir Johari" bin Abdullah SOSPOL Lim Guan Eng-Satu pendedahan

Blogger Pure Shiite (satdthinks.blogspot.com) mendedahkan siapa Zairil Khir Johari Setiusaha politik baru Lim Guan Eng. Baca seterusnya pendedahan itu.

Dear Zairil "Khir Johari" bin Abdullah..how long have you been a Malay?

hehehehe.......

Kelakar giler babeng.....

Guan Eng appoints Malay political secretary

KUALA LUMPUR: Zairil Khir Johari has been appointed as political secretary to DAP secretary-general Lim Guan Eng with immediate effect.

Lim said Zairil, who is the son of the late Tan Sri Khir Johari, would be assisting him with political matters at both the party and national levels.

"I am confident that with his ability and experince in various fields, he will be a positive asset to our party," he added in a statement on Wednesday. More here

Let us do some basic Mathematics....campur tolak aje ...no partial differential integration I promise...

FACT 1

Born in Alor Star in 1923, the young Mohd Khir Johari had his early education at Malay schools in Jalan Bharu and Sungai Korok in his hometown. At nine and filled with trepidation, he entered the Sultan Abdul Hamid College in Alor Star to study English for the first time

In 1943, he married Puan Sri Kalsom Abdul Rahman, whom friends fondly remember as Che Tom, until her demise in 1994. They had seven children. The following year he married Christine. Go here

FACT 2

Zairil said he chose the DAP over Umno because the PR party shared “common goals” with what the late Khir had looked for in the “old” Umno.

“My father’s Umno is a completely different Umno from today’s Umno. When he joined Umno it was during pre-independence, his struggle was to free our country from the oppression of the British government. Now after more than 50 years of BN rule, the situation is such that people are being colonised, oppressed by our own people, we do not have any freedom.

“There are no civil liberties, so the struggle is still the same. It’s the same struggle, I am just using a different platform, that’s why I chose the DAP over Umno,” said the 28 year old who runs his own chocolate business. More here

Is Zairil the Step Son of Khir Johari or the Son of Khir Johari?

If He is 28 Years Old

and Khir Johari married Christine in 1995

2011 - 1995 = 16

Can we assume that he is a "Constitutional Malay" by virtue of his mother's conversion and his "underage" conversion at the age of 12 in 1995....

Siapa bapak dia?

Tak marah ke bapak dia anak dia convert masuk Islam? ....mana pergi semua pejuang Article 11????

So now why 'marketing' lebih on the Melayu part?

Now lets go back to what I wrote in A Souless Nation Called Home

Let us now go to the basic of the Constitutional Malay-

1. a person who professes the religion of Islam,

2. habitually speaks the Malay language,

3. And conforms to Malay custom

Now lets see is there anything there that is tied to Race in a biological sense?

OK….let me now turn the table….

If I convert and become a devout Buddist, marry a Chinese, makan babi, berak calit, pakai chop stick, speaks fluent Mandarin, Hakka, Cantonese and other Chinese dialects……….Am I a Chinese?

Go and ask that question to any Chinese friend you have? And the answer is a No with a straight poker face…

The thing is you can never become a Chinese unless you are by blood a Chinese…..just look at how they treat their half blood

now lets get back to the Malays….we adopted a Cultural Definition rather than a biological one

…one particular formula we need to understand is that

Constitutional Malay is not equal to the Malay from Antropology, Geographical and Linguistic Perspective.....it is one of a kind Cultural Perspective of the Malays unique only to Malaysia

what does that means then?.......In a simplest plain kongkalikong …..the Malaysian Malays are very Open and accommodating as a bunch of people…….or was it really difficult the define the Malay race from a biological perspective given the fact that the Malay Archipelago and its various suku kaum are so diverse in nature.....(this is one of the major reasons of the misunderstanding with Indonesians....how la to claim what is ours and theirs....we were border-less up till the time when the Europeans came to break all of us apart).....

Some folks may try to bring into the picture the argument that Islam should not be included as the definition of a Malay........I say why not? When Islam came to our shores, the Native Malays became Muslim and adopted the Islamic Values into their way of Life....as such Islam and Malay are an entity that cannot be treated separately in the context of Malaysian Malays. More here

So folks take a step back and look at the situation

Why does DAP kecoh lebih with this boy who is of Chinese Blood 100%?

And what is Zairil's full name ?

Is it Zairil Khir Johari bin Abdullah?

If I can quote Zairil himself on the issue

Tidak perlu pergi jauh. Setiap kali orang yang baru dikenali mendengar nama saya, seringkali saya akan ditanya: Eh, awak ni Melayu ke Cina? Nama macam Melayu, muka macam Cina.

Inilah jawapan saya: Saya anak Melayu. Saya juga anak Cina. Saya anak Bangsa Malaysia! More here

Why don't you be more specific..

Saya Anak Cina yang Masuk Islam dan Secara automatic Masuk Melayu sewaktu umur saya 12 tahun dan saya hanyalah Anak Tiri kepada Orang Melayu

baru betul brader...

Kenapa Dr Seah namakan DNA lelaki itu Lelaki Y???

Perkataan lelaki Y mula menjadi sebutan sejak minggu lepas selepas mula disebut oleh Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik Jabatan Kimia, Dr. Seah Lay Hong dalam perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim VS Saiful Bukhari.

Sejak dari hari itu ramai orang yang tertanya-tanya siapakah lelaki Y. Malah ada yang berkata bukan Anwar yang meliwat Saiful tetapi lelaki Y yang meliwatnya.

Sampai hari ini pun masih lagi ada orang yang bertanya krew Selangor Daily kenapa DNA lelaki Y yang ada pada badan Saiful. Ramai orang keliru nampaknya.

Oleh yang demikian kami mengambil keputusan untuk menjelaskan siapa lelaki Y supaya orang ramai tidak terus terkeliru atau dikelirukan.

Dr.Seah terpaksa menggunakan perkataan lelaki Y kerana beranggapan DNA tersebut tidak dapat dikenal pasti milik siapa. Maksud Y itu adalah tidak dikenali.

Lelaki Y tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim. Perkataan lelaki Y terpaksa digunakan kerana sehingga kini Anwar Ibrahim enggan memberikan darahnya untuk tujuan DNA.

Dr Seah tidak boleh menyebut terus terang ianya milik Anwar , ianya menjadi satu kesalahan kerana sehingga ke hari ini Anwar enggan menyerahkan sampel DNAnya secara rasmi.

Kita semua masih ingat pada tahun 2008 selepas ditangkap oleh polis Anwar enggan memberikan sampel DNAnya kepada polis. Sini

Sekiranya pada masa itu Anwar telah memberikan sampel DNAnya maka DNA lelaki Y tidak wujud pada hari ini. Ianya akan menjadi DNA Anwar Ibrahim. Perkataan lelaki Y akan diguna pakai sehingga Anwar memberikan DNAnya.

Sekiranya Anwar benar-benar tidak meliwat Saiful maka dia harus berani menyerahkan sampel DNAnya kepada pegawai penyiasat untuk membuktikan DNAnya tidak sama dengan lelaki Y.

Beranikah Anwar menyerahkan sampel DNA beliau ? Tulisan Asal sini

Wednesday, February 23, 2011

Sodomi II: Pakar Kimia (Saksi ke-6) mengsahkan DNA lelaki Y dominan pada barangan bukti

Seorang ahli kimia memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa profil DNA yang ditemuinya pada satu tuala kecil, berus gigi dan botol air mineral adalah sepadan dengan dua profil DNA dari dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nor Aidora Saidon berkata empat contoh diserahkan kepada beliau oleh pegawai penyiasat DSP Jude Pereira pada 17 Julai 2008 dan beliau membuat calitan daripada barang kes itu dan membuat rumusan secara positif kemudiannya yang mengesahkan DNA yang ditemui pada calitan itu menyerupai profil "lelaki Y" seperti yang dinyatakan dalam laporan kimia oleh Dr Seah Lay Hong, seorang lagi saksi dalam kes itu.

Katanya beliau juga mendapatkan sehelai rambut daripada tuala kecil itu tetapi tidak menemui apa-apa profil DNA yang sepadan profil milik "lelaki Y" itu.

Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin, pada sesi pemeriksaan utama, saksi keenaam pendakwaan itu berkata beliau mendapatkan empat calitan daripada tuala itu, dua daripada botol minuman berkenaan dan dua lagi daripada berus gigi.

Anwar, 63, sedang menghadapi tuduhan meliwat Mohd Saiful, 25, yang merupakan bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ketika ditanya oleh Noorin (Pihak pendakwa) sama ada beliau membandingkan analisis ulangan seiring ringkas daripada graf tiga barang berkenaan dengan graf contoh oleh Dr Seah, Nor Aidora berkata analisis beliau daripada graf menyerupai hasil yang ditemui oleh Dr Seah dan ini mengesahkan ia berkongsi profil DNA, dan datang daripada punca yang sama iaitu "lelaki Y".

Ekoran permohonan peguam bela Anwar, Karpal Singh, pihak pendakwaan bersetuju membekalkan satu salinan pangkalan data yang dirujuk oleh saksi berkenaan kepada pasukan pembelaan.

Sebaik saja salinan itu diserahkan kepada pihak pembelaan, seorang lagi peguam bela, Ram Karpal Singh, memohon agar mahkamah menangguhkan sesi pemeriksaan utama itu sehingga Jumaat memandangkan dokumen yang diserahkan itu adalah baharu dan ia perlu diteliti oleh seorang pakar, Dr Brian Mcdonald, yang membantu pihak pembelaan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersetuju dan mengarahkan pihak pendakwaan memanggil saksi baru esok.- Bernama

Mahkamah Jalan Duta: Terkini: DNA Lelaki Y ditemukan pada barangan bukti

Terkini: Aidora mengatakan bahawa DNA Lelaki Y terdapat pada berus gigi kecil putih, tuala good morning dan Air botol kecil.

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan saksi keenam pihak pendakwaan, iaitu ahli kimia, Nor Aidora Saedon memberi keterangan.

Nor Aidora memberitahu mahkamah bahawa beliau adalah ketua unit paterniti DNA, Divisyen Forensik, Jabatan Kimia Malaysia sejak 2008. Beliau menganggotai jabatan tersebut pada 1998.

Nor Aidora berkata sejak menyertai jabatan berkenaan beliau telah mengendalikan lebih kurang 100,000 sampel DNA.

Katanya lagi, beliau sering mengendalikan kes-kes berkaitan pembunuhan dan rogol serta kes-kes yang membabitkan analisis DNA dan memerlukan bukti DNA biologikal.

Perbicaraan bersambung dengan ahli kimia itu mengenal pasti lima barang kes yang terdiri daripada sehelai bulu, satu berus gigi kecil warna putih, sehelai tuala kecil jenama Good Morning yang turut terdapat sehelai lagi bulu dan satu botol air mineral plastik.

Tuesday, February 22, 2011

Pendapat Nik Aziz semakin meloyakan

Ketika majlis bertemu bloggers di Kuala Lumpur, Nik Aziz diajukan soalan kenapa PAS seolah2 tidak mahu melaksanakan hudud di Kelantan, Nik Aziz menjawab: :

“ Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan. Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran... Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua,” – Nik Aziz

Terbukti dengan jelas bahawa PAS sememangnya menggunakan agama Islam hanya sebagai alat politik untuk mengekalkan sokongan dan undi dari umat Islam yang mudah terpedaya.

Nik Aziz dengan lidah yang fasih terus berbohong kepada blogger dan orang ramai tentang alasan Pas tidak melaksanakan hudud walaupun sudah diluluskan di Kelantan.

Memang Kelantan pernah digantung oleh MAGERAN untuk menyelamatkan rakyat Kelantan dari persengketaan politik sesama umat Islam. Tindakan ini diambil untuk mententeramkan keadaan sehingga kerajaan Kelantan dapat dipulihkan dan rakyat diselamatkan dari kancah perbalahan yang tidak berfaedah dan amat merugikan.

Dalam kes hudud ini, Nik Aziz dengan sengaja, secara kebudak-budakan dan kurang bijak mengaitkan MAGERAN sebagai alasan walaupun tidak kena mengena dengan enakmen hudud mereka.

Tun Mahathir hanya mengingatkan sekiranya berlaku kacau-bilau di kalangan rakyat bersabit dengan pelaksanaan hudud, maka Kerajaan Persekutuan akan mengambil tindakan. Ingatan Tun Mahathir hanyalah secara umum sebagai menasihati Kelantan implikasi pelaksanaan hudud itu. Tidak disebutpun akan diadakan MAGERAN atau apa-apa tindakan secara khusus.

Tetapi ustaz Nik Aziz yang memiliki lidah yang fasih mengeluarkan kata-kata untuk menyelamatkan diri dan partinya walaupun terpaksa bercakap perkara yang tidak benar.

Seluruh rakyat Malaysia sudah maklum bahawa Tun Mahathir sudah tidak lagi memegang tampuk kuasa pemerintahan dan Pas berkuasa penuh di Kelantan. Maka tentulah Pas boleh melaksanakan hudud yang telahpun mereka luluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan.

PRK Kerdau: Syed Ibrahim Syed Ahmad mewakili BN

Sebantar tadi, TPM TS Muhyiddin Yassin memgumumkan calon yang akan mewakili BN UMNO dalam PRK DUN Kerdau nanti adalah Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Syed Ibrahim Syed Ahmad Pegawai Khas Agama Menteri Besar Pahang. Selain itu beliau juga adalah Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan BN di Kampung Sri Ketumbit, Kerdau dekat sini hari ini. - Utusan

Turut hadir dimajlis berkenaan, YAB Menteri Besar Pahang, DSdR Adnan Yaakob.

Mahkamah Jalan duta:Pelbagai DNA pada Anal Saiful -akibat kontiminasi .

Pakar Kimia Dr Seah-penyebab Multiple DNA yang terdapat pada anal Saiful mungkin disebabkan kontiminasi permukaan- dimana Saiful duduk. Pelbagai DNA bukan bermakna- Saiful adalah homoseksual pasif.

Mahkamah Jalan duta: Adakah Saiful "Passive Homosexual?"

Term: Passive homesexuality is the man who is penetrated by another man. Usually referred to as a bottom.

Peguam utama Anwar Karpal Singh menyimpulkan bahawa Saiful adalah pengamal "Passive Homosexual" berasaskan temuan lebih sepuluh DNA lelaki di rektal pengadu tersebut.

Sodomi II: DNA Lelaki Y bukan berpunca daripada Air Mani

Terma:Ekstrak bukan sperma berasal daripada sel-sel badan yang lain selain daripada sperma.

Perbicaraan semalam-Peguambela Anwar Ramkarpal Singh mendakwa bahawa air mani yang ditemui di bahagian atas rektal Saiful ada kemungkinan air mani Saiful sendiri, namun demikian dakwaan itu bukanlah punca penemuan DNA lelaki Y yang ditemui dalam rektal Saiful.

DNA lelaki Y adalah berpunca daripada Ekstrak-bukan air mani.

Pada perbicaraan semalam-identiti lelaki Y masih misteri, atas sebab pakar kimia Dr Seah tidak dibekalkan dengan sampel perbandingan-selain sampel daripada pengadu-Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dr. Seah Lay Hong, 52, dari Jabatan Kimia berkata, ini kerana beliau hanya menerima sampel tompokan darah milik Mohd. Saiful Bukhari sebagai perbandingan profil DNA dan tiada sampel lain diperoleh untuk analisis yang dijalankannya.

Dalam analisis DNA tersebut, saintis forensik wanita itu yang merupakan saksi pendakwa kelima memberitahu, beliau hanya mengesan DNA pengadu, penyumbang profil DNA Lelaki Y dan seorang lagi penyumbang lelaki.

Lay Hong menyambung keterangan dalam pemeriksaan balas pada perbicaraan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 64, yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya itu yang berusia 26 tahun.

Kejadian didakwa berlaku di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebelum ini dilaporkan enggan memberikan sampel darah atau sebarang bahagian tubuh badan beliau kepada pihak polis untuk dijadikan sampel perbandingan bagi tujuan profil DNA.

Dalam keterangannya pada Khamis lalu, Lay Hong berkata, profil DNA Lelaki Y itu ditemui di bahagian dalam dubur dan permukaan dubur pengadu. Profil DNA Lelaki Y juga ditemui di seluar dalam kelabu milik Mohd. Saiful Bukhari.

Dalam pemeriksaan balas tersebut, Ram Karpal yang juga anak peguam Karpal Singh turut menimbulkan persoalan berhubung wujud beberapa profil DNA lain berdasarkan peratusan 'allele' yang didakwa tidak direkodkan dalam laporan kimia yang disediakan oleh Lay Hong.

Ia membabitkan satu profil DNA di bahagian bawah salur dubur dan di seluar panjang hitam milik Mohd. Saiful Bukhari.

Ram Karpal mendakwa, laporan kimia tersebut tidak menggambarkan sebagaimana yang ditunjukkan melalui graf elektropherogram kerana hanya sebahagian sahaja penemuan direkodkan oleh ahli kimia berkenaan.

Saksi itu bagaimanapun tidak memberi jawapan terhadap soalan berkenaan.

Menjawab soalan lain, Lay Hong tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa beliau gagal mematuhi piawaian antarabangsa ketika menyediakan laporan kimia berhubung ujian DNA yang dilakukannya.

Jelas saksi tersebut, apa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Antarabangsa Genetik Forensik itu hanya merupakan cadangan dan ia bukannya satu-satunya garis panduan yang seharusnya diikuti oleh beliau.

Walaupun mengakui tidak mematuhi garis panduan dalam jurnal persatuan yang turut dianggotai oleh beliau, saksi itu menafikan bahawa beliau telah bertindak berat sebelah dan tidak adil semasa menyediakan laporan tersebut.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kesan air mani, Lay Hong menyatakan, tidak semestinya kesan air mani pada seluar dalam akan melekat pada seluar panjang yang dipakai oleh Mohd. Saiful Bukhari.

Ini kerana, katanya, jenis kain akan mempengaruhi sama ada kesan air mani pada seluar dalam akan berpindah pada seluar panjang.

Bagaimanapun, sekiranya jenis kain tersebut membenarkan perpindahan sedemikian, maka wujud kemungkinan seluar dalam dan seluar panjang itu mempunyai kesan yang sama selain membawa unsur DNA Lelaki Y pada kedua-dua pakaian terbabit.

Saksi itu juga enggan memberi sebarang jawapan sama ada bersetuju atau sebaliknya bahawa kesan air mani sepatutnya boleh dilihat pada seluar dalam Levi's warna kelabu mangsa kerana ia satu hipotesis semata-mata.

Beliau menafikan kehadiran air mani mangsa di dalam dubur pemuda itu sendiri kerana walaupun analisis pada calitan kapas bertanda B8 (bahagian atas dalam dubur) menunjukkan kehadiran DNA mangsa lebih banyak berbanding Lelaki Y tetapi ia berada pada kategori ekstrak bukan sperma.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung.

Monday, February 21, 2011

Benarkah Air Mani di rektal Saiful itu air maninya sendiri???

Jika benarlah bahawa air mani yang dijumpai pada rektal/jubur Saiful itu adalah milik Saiful sendiri, maka kita sebenarnya menyaksikan satu perbicaraan PENIPUAN TERBESAR DALAM ABAD INI.

Dalam perbicaraan petang tadi Ramkarpal Singh, salah seorang peguam Anwar berhujah, penemuan laporan kimia menunjukkan air mani yang ditemui pada bahagian rektal sebenarnya adalah milik Saiful memandangkan profil DNA “12, 13” adalah lebih dominan berbanding profil DNA “Lelaki Y”.

Setakat ini pakar kimia Dr seah belum mengetahui siapa lelaki Y itu, memandangkan belum ada sampel yang diberikan kepadanya sebagai perbandingan.

Siapakah Lelaki Y itu? Anwar kah atau lelaki lain?.

Hujah peguam Anwar Ramkarpal Singh mengesyorkan kepada Dr Seah bahawa profil dalam B8 adalah milik Saiful, oleh itu (ia) boleh ditafsirkan bahawa air mani yang dikesan di bahagian duburnya sendiri,” kata Ramkarpal di mahkamah hari ini.

Dakwaan peguam Anwar itu adalah satu kejutan-kerana selama ini, sangkaan awal bahawa air mani yang diswab daripada rektal Saiful itu adalah air mani Anwar.

Mahkamah Jalan Duta: Setakat ini peguam Anwar masih gagal timbul keraguan

Dr Seah pakar kimia Malaysia berkata tidak timbul laporan yang bias menggunakan perisian penganalisis biosistem genetik dan ‘DNA view’ kerana sistem itu selalu dikemaskini dan kali terakhir pada tahun 2007.

Alat itu digunakan pada tahun 2008, untuk menganalisis sampel daripada tubuh Saiful yang mengaku diliwat dan melakukan oral sek terhadap Anwar Ibrahim.

Mujur alat penganalisis tersebut kali terakhir perisisannya dikemaskini pada tahun 2007, jika TIDAK ada kemungkinan pihak Anwar akan menuduh alat tersebut dimodifikasi untuk memperangkapnya.

Soalbalas peguam Anwar-Ramkarpal Singh berkisar pada masalah teknikal-yang menjurus kepada ketidakboleh percayaan kepada laporan Dr Seah.

Ramkarpal membangkitkan bahawa Dr Seah tidak menggunapakai piawaian antarabangsa seperti yang didisarankan oleh Persatuan Antarabangsa Forensik Genetik. Dr Seah berkata walaupun dia merupakan ahli persatuan antarabangsa itu akan tetapi boleh mengikuti garis panduan sendiri seperti yang disarankan oleh Persatuan Antarabangsa Forensik Genetik.

Beliau memberi keterangan pada perbicaraan kes Anwar, 63, yang didakwa meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Mahkamah Jalan duta: Ujian DNA sodomi II: Anwar mungkin terlepas

KEGAGALAN Dr Seah Lay Hong Ahli kimia Malaysia mengguna pakai piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh International Society of forensic Genetics ketika menyediakan laporan berhubung ujian DNA pada perbicraan kes sodomi II membabitkan Anwar Ibrahim-mungkin digunakan oleh pihak peguambela Anwar memohon kes ini dibatalkan atas masalah teknikal.

Mungkin Kes Sodomi I akan berulang-dimana kes tersebut digugurkan atas masalah teknikal-walaupun hakim menemukan bahawa Anwar telah melakukan pertuduhan yang dituduh kepadanya.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah juga turut menyoal doktor itu mengapa beliau gagal mematuhi arahan tersebut tetapi Seah gagal menjawab soalan berkenaan.

Petang ini mungkin ada perubahan mengenai ujian DNA ini apabila seorang lagi pakar kimia memberikan keterangan.

Dalam keterangannya pagi tadi Dr Seah memberitahu bahawa DNA lelaki Y sebenarnya dia sendiri tidak tahu kerana tidak ada sampel perbandingan diberikan kepadanya.

Kematian Beng Hock: Fakta baru ditemui

Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock dimaklumkan bahawa tiada bukti yang ditemui menunjukkan pembantu politik DAP itu melompat daripada sebuah tingkap di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Menurut penyiasat forensik, Mazli Jusoh Che Kob beliau tidak menjumpai sebarang tanda-tanda di sekitar rangka tingkap yang menunjukkan seseorang cuba keluar daripada tingkap berkenaan.

Pejabat SPRM itu terletak di tingkat 14, Plaza Masalam di Shah Alam manakala mayat Teoh dijumpai pada aras 5 di koridor berkenaan pada 16 Ju 2009 selepas beliau disiasat semalaman sebagai saksi.

Mazli yang disoal oleh wakil Majlis Peguam, Chris Leong, juga bersetuju jika seseorang ingin keluar mengikut tingkap mereka akan memegang rangka tingkap ataupun duduk di ambangnya - yang kemungkinan besar akan meninggalkan tanda-tanda.(Fakta baru)

Misteri kehilangan Masturah Abu Bakar-calon( PRO-M) UM

Poster Masturah Abu Bakar
KUALA LUMPUR, 20 Feb — Seorang calon pilihan raya Universiti Malaya (UM) Masturah Abu Bakar dilaporkan hilang sejak petang semalam oleh rakannya sekampusnya.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata polis menerima laporan pada pukul 12.20 tengah malam tadi mengenai kehilangan penuntut berusia 22 tahun itu, dan telah mengadakan operasi mencari mangsa di sekitar pangsapuri tempat ia berkempen tetapi tidak berjaya menemuinya.

Wan Abdul Bari berkata Masturah dilaporkan hilang kira-kira pukul 5 petang semalam semasa dia bersama seorang lagi rakannya berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam, yang menjadi tempat penginapan luar penuntut UM.

Rakan mangsa melaporkan bahawa Masturah pergi membeli tambah nilai kredit telefon dan meminta rakannya itu menunggu di Blok E, pangsapuri itu, dan “setelah lama menunggu, Masturah tidak muncul dan dia cuba menghubungi rakannya itu tetapi gagal,” katanya kepada Bernama di sini malam ini.

Wan Abdul Bari berkata selepas enam jam mencari bersama penduduk di kawasan berkenaan, rakannya kemudian membuat laporan polis.

Masturah, yang merupakan calon pro-Mahasiwa (Pro-M) UM, akan bertanding kerusi umum pilihan raya kampus itu esok, dilaporkan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dari orang yang tidak dikenali sebelum ini, katanya.

“Siasatan polis masih berjalan dan pada masa yang sama, pihaknya juga meneliti pelbagai kemungkinan dan motif kehilangan mahasiswa itu, termasuk unsur balas dendam,” kata Wan Abdul Bari.

Polis bagaimanapun mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang, katanya.

Semasa kejadian, Masturah yang berkulit sawo matang bercemin mata dan tinggi kira-kira 173 cm berpakaian baju kurung batik berwarna hijau dan merah jambu, berkot labuh warna hitam, bertudung warna merah jambu, dan berkasut sandal warna putih.

Sebanyak 43 kerusi MPP UM dipertandingkan pada sesi 2010/2011 yang merangkumi sembilan kerusi umum, 32 kerusi fakulti dan dua kerusi siswazah. — Bernama

Sunday, February 20, 2011

Nik Aziz ubah TUNE

NIK AZIZ sedar bahawa hanya sokongan kaum melayu selamatkan parti Pas. Sandaran terhadap DAP yang bertunjangkan kaum cina tidak akan mencapai matalamat parti itu. Bukti telah Nik Aziz ketahui-bahawa setiap PRK dimana calonnya adalah daripada PAS-walauupun hampir 80 peratus pengundi cina memangkah calon Pas-namun parti itu belum mampu mencapai kemenangan.

NIK AZIZ juga buntuh, apabila di kawasan majoriti Melayu, seperti di Galas, Manek Urai dan Tenang, sokongkan terhadap parti hanya berpunca daripada kaum melayu. Di sebabkan Pas bukan berjuang untuk kamu melayu, maka majoriti pengundi melayu menolaknya. Atas kesedaran itu- Nik Aziz mengubah TUNE politiknya. Semalam Nik Aziz melaungkan bahawa perjuangan PAS juga adalah perjuangan kaum Melayu-mempelagiat perjuangan UMNO.

Kini Nik Aziz sedar bahawa perjuangan PAS hanya mengutungkan DAP, kerana kaum melayu yang berjaya dipesongkan oleh PAS, setidak-tidaknya menambah undi calon-calon DAP, sehingga calon-calon DAP memperolehi kemenangan.

Pada PRU-13 akan datang, AYT menganggarkan bahawa calon-calon PAS akan berguguran di kawasan majoriti melayu, kerana kaum melayu telah tahu dan faham, bahawa PAS sebenarnya diperkuda dan dipergunakan oleh pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eang serta Karpal Singh.

Parti PAS akan putih mata, atas sebab itu sebelum mereka berputih mata, NIk Aziz mengubah TUNE, kini pula berkiblat kepada kaum melayu-dimana suatu ketika Nik Aziz pernah berkata bahawa MB Kelantan itu TIDAK BANGGA MENJADI MELAYU.

Namun yang jelas, perubahan TUNE Nik Aziz itu sudah terlambat. Kaum Melayu telah tahu bahawa perubahan TUNE atau nada itu-hanya bertujuan meraih undi kaum melayu.

Saya memang cemburu melihat Akim dengan wanita lain: Stacy

Stacy ketika majlis pengumuman rasmi sebagai duta Wall's Cornetto di Neutral Club, Jalan P. Ramlee, Khamis. - Foto SAMUEL ONG

KUALA LUMPUR: Biarpun hubungannya dengan penyanyi Akim, 20, hanya ditafsirkan sebagai rakan baik, namun hakikatnya penyanyi Stacy ,21, mengaku akan cemburu apabila melihat lelaki itu berdampingan dengan wanita lain.

Sukar untuk menterjemahkan perasaan Stacy terhadap Akim kerana padanya perasaan cinta hanya wujud apabila pasangan itu sudah berkahwin dan hidup bersama-sama sebagai pasangan suami isteri.

Menariknya Akim di matanya, Stacy merasa cepat serasi dan tidak kekok apabila bersama-sama dengan lelaki itu.

Mereka biasa menghabiskan masa makan dan berlibur menghilangkan rasa stres bersama-sama.

Saya dan Akim hanya berkawan baik dan apabila bersama-sama dengannya saya rasa selesa kerana boleh menjadi diri-sendiri. Dia menerima diri saya yang gila-gila dan kadangkala kasar ini.

“Kami selalu keluar bersama-sama tak semestinya kami bercinta. Sekarang saya belum bersedia untuk berkahwin kerana mahu kumpul duit untuk keluarga dan diri-sendiri dahulu.

“Saya takut hilang fokus untuk bekerja jika hanyut dalam percintaan. Tetapi saya rasa cemburu juga jika dia bersama-sama wanita lain,” katanya.

Stacy ditemui dalam satu majlis pengumuman rasmi Stacy dan Akim sebagai duta baru aiskrim Wall’s Cornetto di Neutral Club, Jalan P. Ramlee, di sini.

Menyentuh tentang karier, penyanyi popular menerusi lagu Jahat ini dalam proses menghasilkan album keduanya pada tahun ini.

Setakat ini juara Akademi Fantasia musim keenam ini sudah merakamkan lagu pop balada berjudul Kisah Dongeng hasil ciptaan Edry Abdul Halim dan Di Penghujungnya.

“Saya selesa bekerjasama dengan Edry kerana dia mengetahui kekuatan dan kelemahan vokal saya.

“Untuk album kedua ini, saya akan menampilkan enam buah lagu baru yang akan diterbitkan oleh syarikat rakaman Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).

“Selain itu, saya sedang belajar untuk menceburi bidang lakonan tetapi belum bersedia sepenuhnya,”
Dalam perkembangan lain, penyanyi kelahiran Sabah ini akan menyambung semula pengajiannya yang tertangguh di Universiti Kolej Lim Kok Wing pada Mac ini.

Dia yang mengikuti jurusan Bunyi dan Muzik di institusi pengajian itu akan belajar semula dari semester satu selepas gagal menghabiskan semester tersebut akibat masalah yang tidak dapat dielakkan selepas terlibat dalam kemalangan sehingga kereta remuk teruk pada Mei tahun lalu.

“Saya berharap dapat bahagikan masa dengan baik dan menghabiskan pengajian saya,” kata Stacy. ujarnya.mStar Online-Ahad

Saya Tidak bangga jadi Melayu: Nik Aziz terpaksa jilat semula


Pengakuan "Saya tidak bangga jadi Melayu'terpaksa Nik Aziz jilat semula. Nik Aziz merasa sangat angkuh kerana parti Pas menguasai 28 kawasan Parlimen, merampas Kedah dan mempertahankan Kelantan semasa PRU-12 lalu.

Nik Aziz juga merasa angkuh-bahawa melalui 8 PRK awal selepas PRU-12 Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP-PAS-PKR menang.

Namun, sejak PRK Bagan Pinang di mana calon PAS kecundang dengan teruknya, PRK Galas-PAS terpaksa menyerahkan kawasan kepada BN kerana kalah teruk, demikian juga PRK Tenang, calon PAS langsung tidak bermaya-maka Nik Aziz terpaksa berfikir semula.

Kawasan-kawasan yang disebutkan adalah kawasan majoriti melayu-dimana Nik Aziz tidak bangga dengan suku bangsa itu.

Semua kita tahu bahawa di PRK Manek urai Kelantan-dimana kawasan itu merupakan majoriti melayu- Pas hampir kalah. Calon Pas hanya berjaya mempertahankan kawasan itu dengan 65 undi.

NIk Aziz tahu bahawa semua calon PAS yang bertanding pada PRK selepas PRU-12 kalah, kecuali pada awal-awalnya mereka menang-yakni di Bukit Gantang dan Hulu Terengganu, serta satu dun Di Pulau Pinang, namun selepas itu, calon PAS menjadi calon belasahan.

Nik Aziz mennyadari PRK DUN Merlimau dan Kerdau- merupakan kawasan majoriti melayu-mungkin atas dasar itu NIK AZIZ menjadi Melayu semula,, bangga menjadi Melayu, dan kini mempelagiat perjuangan UMNO, bahawa Melayu itu perlu diutamakan di negara ini, kerana Melayu adalah penduduk asal.

Pelikkan!!! kerana politik Nik Aziz berubah- namun, kerosakan imej Nik Aziz yang tidak bangga menjadi melayu- masih terpahat didahi TOK Guru Pas itu.

Khalid guna tanah untuk pancing undi

Kerajaan Pakatan Selangor hanya mengutamakan kawasan yang diwakili Azmin Ali. Semalam melalui Twitternya Azmin begitu bsngga kerana ramai rakyat mendapat kelulusan pemilikan tanah di Kg Gombak Setia.

Kawasan lain macam mana?

Dalam satu majlis semalam Khalid menyerahkan surat kelulusan pemberimilikan tanah (notis 5A) dengan nilai premium baru kepada 117 penduduk Kampung di kawasan Azmin Ali.

Nampaknya Khalid ikut jejak Nizar Jamaluddin di Perak.. cepat-cepat memberikan tanah kepada penyokong mereka. Tujuannya apabila tidak menjadi kerajaan lagi, sekurang-kurangnya peenyokong mereka telah selamat dan telahpun mendapat habuan.

Melihat hakikat bahawa PRU-13 akan menjelma, tujuan Khalid ini adalah menggunakan tanah untuk mrmancing undi.

Bagaimana rakyat lain.. bila kah peluang mereka mendapat habuan tanah?

Saturday, February 19, 2011

Ramainya tetamu Khalid hingga perlu 100 bilik hotel

Ramainya tetamu Khalid Ibrahim-hingga perlu tempah 100 bilik hotel. Tetamu Khalid itu adalah perwakilan PKR daripada Sabah dan Sarawak.

Syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI) terpaksa menampung bayaran bilik hotel berjumlah RM80,500-demikian kata Noh Omar-berikut dengan bukti-bukti invois dan resit sekali.

Setaiusaha Politik Khalid Ibrahim Fakeah Husin-berkata membayar kos bilik Hotel tetamuu Khalid adalah amalan biasa MBI, atas sebab itu Kerajaan Selangor tidak gentar-termasuk disiasat oleh SPRM.

Tetamu Khalid itu menurut Fakeah kebetulan datang sempena Kongres PKR di Petaling Jaya penghujung tahun lalu. Walaupun mereka datang untuk menghadiri kongres tetapi secara kebetulan mereka juga tetamu Menteri Besar-oleh kerana itu MBI mestilah tanggung bayaran bilik hotel.Demikianlah intisari penjelasan Fakeah. Sementara itu Malaysianinsider melaporkan-Khalid Ibrahim membisu apabila diajukan mengenai perbelanjaan bayaran 100 bilik hotel di PJ itu.

Seronoknya menjadi tetamu Khalid- Semua tanggung beres!!!

Nik Aziz hina raja-raja: Lambang keris punca kebencian

Agaknya Bila Nik Aziz buang lambang keris pada bendera ni
Tulisan Malaysiakini 'Ketuanan Melayu berkeris timbulkan kebencian' adalah satu penghinaan kepada raja-raja Melayu. Keris merupakan lambang kepada raja-raja melayu di negara ini. Peranan keris pada raja-raja melayu sangat penting, kerana ianya satu regila semasa pertabalan.

Keris memberi pelbagai makna dan nilai simbolisme seperti;

● Lambang kepahlawanan (ketangkasan bermain senjata, kejantanan, keperwiraan, ketinggian seni mempertahan diri). Keris lambang kepahlawanan dipanggil keris pahlawan.

● Lambang kesaktian (menjaga roh tuan, menunduk musuh). Keris jenis ini dipanggil keris sakti yang mempunyai kuasa supertabii seperti menjaga tuannya dan keluarga, meninggalkan tempat bila membunuh musuh, melayang dalam pertarungan serta pelbagai keupayaan lagi.

● Lambang darjat dan status (bila diberi sebagai persalinan khas atau diguna sebagai keris pakaian). Anugerah raja-raja kepada rakyat biasa atau bangsawan yang berjasa lazimnya merupakan persalinan atau keris serta persalinan dan keris. Keriskeris anugerah ini ditempa khas, mempunyai sifat-sifat khas keris sakti dan paling menariknya mempunyai nama individu. Umum sudah maklum dengan keris Taming Sari yang menentukan kalah-menang pertarungan klasik Jebat-Tuah.

● Lambang ketaatan (taat kepada Raja yang memerintah, orang tua, ikatan keluarga, petempatan sosial). Aspek ketaatan orang Melayu kepada raja-rajanya adalah ciri unik mereka, sehingga timbulnya konsep ‘derhaka’ dalam kosmologi Melayu. Ketaatan orang Melayu bukan sahaja tertumpu kepada raja tetapi kepada adat, orang tua, ikatan keluarga dan kepada budaya. Aspek ketaatan ini serasi dengan konsep ketaatan dalam agama dan pemimpin dalam Islam. Ikatan keluarga memberi tempat seorang individu dalam miliu orang Melayu, tanpanya berlaku dislokasi sosial yang mengeliru dan meminggirkan.

● Lambang keterkuasaan (wibawa, daerah kuasa). Keris merupakan antara regalia penting pertabalan raja-raja Melayu. Keris diRaja atau keris pertabalan tersebut menandakan daerah kuasa, lazimnya dilafaz ‘teluk dan tanah jajahan’ bila raja-raja mengangkat sumpah pertabalan.

● Lambang penawar (dan juga racun dan pembawa penyakit serta tuju). Bentuk dan fungsi keris sebagai penjaga tuan serta azimat budaya kepada orang Melayu dieksploitasi oleh pawang dahulu kala (dan mungkin masih digunakan) sebagai penghalau makhlus halus yang menggangu. Keris sedemikian dilakukan upacara amal untuk mengeluarkan serta mengekalkan sifat penawar dan keefikasiannya. Bahan bikin bilah, besi juga dianggap penawar. Mantra menyeru sifat khas besi bilah lazimnya memanggil roh besi ‘khursani’ bilah keris yang dipercayai magis dan mujarab.Besi ‘khursani’ ini boleh kita andaikan besi(sebenarnya keluli) dari Khorasan (Transoxiana) yang didagang pedagang Khorasan dan digunakan orang Nusantara membikin bilah senjata, bukan sahaja keris tetapi kelewang, badek dan pedang.Orang Islam Arab dan Transoxiana sudah pun menguasai teknologi membikin keluli untuk senjata bilah lebih awal dari orang Nusantara, lantas anggapan keunggulan besi dagangan khorasan oleh orang tempatan.

● Lambang diri, lebih-lebih lagi untuk raja atau orang bangsawan (digunakan untuk mengganti diri).Raja boleh menghantar keris pada raja asal sebagai pengganti diri. Pengantin lelaki juga boleh menghantar keris kepada pihak wanita pengganti diri lebih-lebih lagi jika pengantin wanita lebih rendah statusnya.

Kata Nik Aziz seperti dipetik Malaysiakini "Slogan Ketuanan Melayu oleh Umno dengan bersenjatakan keris hanya menjauhkan golongan bukan Islam dan menimbulkan kebencian di kalangan rakyat".Dipetik di Malaysiakini disini

Sodomi II Anwar; DNA lelaki Y Paling Dominan- Dr seah

Seorang ahli kimia dengan tegas menolak kemungkinan bahawa sampel yang diambil daripada permukaan dubur (perianal) Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengandungi campuran asid deoksiribonukleik (DNA) lebih daripada tiga individu.

Ini kerana, menurut Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik, Jabatan Kimia, Dr. Seah Lay Hong, rumusan yang dibuat olehnya adalah berdasarkan keseluruhan ujian profil DNA dan bukannya dengan melihat kepada setiap jalur loci secara berasingan.

Walaupun diasak oleh peguam bela, Ram Karpal Singh hampir lima minit, wanita tersebut tetap dengan pendiriannya itu sehingga pada satu ketika Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden terpaksa menenangkan keadaan.

RAM KARPAL (RK): Lihat pada allele 12,13,14,15 sahaja. Lupakan yang lain. Kita boleh dapat hampir 10 kombinasi yang berkemungkinan daripada 10 penyumbang.

LAY HONG (LH): Saya tidak boleh lupakan. Saintis forensik melihat kepada keseluruhan ujian bukan secara berasingan. Awak tidak boleh kata begitu (kombinasi), itu mutasi matematik, awak kena lihat secara keseluruhan!

Perdebatan itu berlaku sewaktu sesi soal balas oleh peguam bela tersebut yang merujuk calitan putik kapas bertanda B5 yang diambil dari perianal terutamanya pada jalur locus D8S1179 dalam laporan kimia yang disediakan olehnya.

Saksi pendakwa kelima itu memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Anwar, 64, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pada khamis, Lay Hong menyatakan, analisis profil DNA yang dibuat pada calitan tersebut menunjukkan kewujudan tiga lelaki iaitu mangsa, seorang lelaki yang dilabelkan sebagai ‘Lelaki Y’ dan seorang lagi lelaki yang tidak dikenal pasti.

Selain itu, satu lagi analisis yang dibuat pada calitan yang diambil pada atas rektum (salur dubur) menunjukkan bahawa ‘Lelaki Y’ adalah penyumbang DNA yang dominan.

Sementara itu, perbalahan antara Lay Hong dan Ram Karpal berlanjutan sehingga ke sesi petang pada jumaat terutamanya apabila peguam itu menyatakan bahawa Lay Hong membuat rumusan analisis DNA tersebut selepas ‘dipengaruhi’ oleh hasil ujian darah Mohd. Saiful Bukhari.

Wanita terbabit bagaimanapun menafikannya dengan menyatakan, hasil ujian darah mangsa hanya digunakan sebagai rujukan dan tidak mempengaruhinya dalam membuat keputusan.

Beliau turut memberitahu, Jabatan Kimia Malaysia mempunyai garis panduannya yang tersendiri dalam menjalankan ujian DNA di makmal jabatan tersebut.

Ini kerana Badan Antarabangsa Genetik Forensik selain memberi panduan dalam mengendalikan ujian forensik, turut mencadangkan bahawa setiap makmal mempunyai garis panduannya yang tersendiri.

”Awak tidak boleh menggunakan garis panduan makmal forensik yang lain untuk diguna pakai di makmal kamu sendiri. Kamu perlu ada garis panduan sendiri,” kata Lay Hong yang juga ahli badan tersebut.

Perbicaraan disambung pada Isnin.

Tujuan Hidup Nik Aziz hanya menang pilihanraya: Tun Mahathir

"Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya" Tun Mahathir.

DNA lelaki Y: Kalau bukan Anwar punya siapa.. siapa yeah?

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada khamis diberitahu bahawa air mani milik 'lelaki Y' telah ditemui pada seluar dalam Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ahli kimia dari ibu pejabat Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Dr Seah Lay Hong turut mengesahkan kehadiran air mani 'lelaki Y' itu pada empat kapas kesat, yang pertama dari kawasan sekitar dubur, dua daripada bahagian atas rektum dan satu lagi dari rektum bawah Mohd Saiful Bukhari.

Beliau yang bertugas di Jabatan Kimia sejak 1991, bagaimanapun tidak menamakan atau memberikan identiti 'lelaki Y' dalam laporannya.

Katanya, kesan air mani 'lelaki Y' turut ditemui pada karpet pelbagai warna dan sehelai selimut yang diambil daripada sebuah bilik dari unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin, Dr Seah yang merupakan saksi kelima pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menjalankan ujian terhadap dua kemeja lengan panjang dan sehelai seluar dalam biru gelap atas arahan pegawai penyiasat kes itu, DSP Judy Blaucious Pereira.

Bagaimanapun, beliau berkata ujian mendapati air mani 'lelaki Y' tidak ada pada semua eksibit berkenaan, manakala dua lagi kesan yang ditemui pada seluar hitam Mohd Saiful disahkan sebagai milik mangsa sendiri.

Laporan kimia hari ini juga mendedahkan contoh B5 yang diambil dari kawasan sekitar dubur terdiri daripada DNA lelaki milik Mohd Saiful, 'lelaki Y' dan satu lagi penyumbang yang tidak dikenali.

Ketika ditanya mengenai kaedah saintifik yang digunakan dalam menyediakan laporannya, Dr Seah menjelaskan secara terperinci mengenai ujian DNA menggunakan teknik 'multiplex polymerase chain'.

Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadinya di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ditanya lanjut oleh Noorin berhubung berapa lama kesan air mani, khususnya spermatazoa, mampu kekal bagi menjalani ujian DNA, Dr Seah berkata kelembapan memainkan peranan penting.

"Jika terdedah kepada cuaca kering dan sejuk, tidak mustahil ia boleh kekal untuk satu jangka masa yang agak lama," katanya.

Beliau turut ditanya mengenai tempoh air mani mampu kekal dalam tubuh seseorang dalam kes liwat.

Bagaimanapun, Dr Seah berkata itu bukan bidang kepakarannya kerana tugas beliau adalah lebih kepada melakukan ujian makmal.

Terdahulu, mahkamah diberitahu bahawa ahli kimia itu menerima 12 sampul eksibit yang ditanda sebagai B sehingga B11 pada 30 Jun 2008 daripada DSP Judy, dan enam lagi sampul serta dua bungkusan pada 1 Julai tahun sama.

Turut hadir di mahkamah ialah pakar DNA Australia Dr Brian Mcdonald bagi membantu pasukan pembelaan.

Perbicaraan di depan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung Isnin.- Bernama

Blog Archive