Monday, December 12, 2011

Sodomi II: Peguam Anwar mempertikai kredibilti Mangsa (Saiful)

Penggulungan hujah perbicaraan liwat II yang bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dengan penguambela utama Karpal Singh berkata, keterangan yang diberikan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kandang tertuduh boleh diterima mahkamah.

Katanya, pihak pembelaan juga turut bergantung kepada keterangan saksi lain termasuk dua pakar dari Australia.

Selain itu, pihak pembelaan juga mahu mahkamah mengketepikan keterangan pengadu kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana ia bukan saksi yang kredibel.

Menurut Karpal, ketika disoal balas oleh peguam, Saiful mengakui mempunyai peluang untuk melarikan diri, namun tidak berbuat demikian seperti dinyatakannya sebelum ini.

Dalam pada itu, Karpal turut berhujah kredibiliti pakar Perubatan Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid iaitu individu pertama yang melakukan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful tidak pernah dicabar oleh pendakwaan.

Dalam laporan perubatan Dr Mohd Osman dinyatakan bahawa objek plastik dimasukkan dalam dubur Mohd Saiful.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

No comments:

Blog Archive