Monday, December 12, 2011

Sodomi II: Fokus Pembela Anwar hanya pada Saiful

Karpal Singh dalam penggulungan sodomi II hari ini, hanya memfokuskan kepada mangsa-Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pembela Anwar itu tidak mampu menepis, bukti-bukti yang dikemukakan di mahkamah, seperti ujian DNA Lelaki Y, rakaman CCTV, sebab musabab kenapa terduduh boleh bersama-sama mangsa ditempat kejadian.

Selain itu, Karpal juga mempersoal hubungan antara Saiful dengan seorang peguam yang membantu pendakwaraya, sebagai pencatat- DPP Farah Azlina Latif.

Karpal dalam penghujahnya mempersoal kredibiliti mangsa (Saiful), kerana kononya Saiful boleh mengelak daripada liwat pada hari kejadian.

Namun Karpal tidak merujukpun, bahawa kejadian liwat itu, bukan sahaja berlaku pada masa dan ketika itu, namun berlaku juga di luar negara, sepertimana keterangan mangsa.

Pihak pembela juga tergantung kepada keterangan Dr Thomas Hoogland, yang pernah merawat Anwar, lama sebelum kejadian; berasaskan kepada keterangan doktor Jerman itu, sakit tulang belakang Anwar tidak akan sembuh-sembuh sepanjang hayat, atas sebab itu, tertuduh tidak akan mampu melakukan liwat, kerana tidak mampu menunduk.

Apapun hujah Karpal, sama-sama kita tunggu hujahan terakhir Peguamcara II Mohd Yusof Zainal Abiden esok.

No comments:

Blog Archive