Latest News

Saifuddin Abdullah kena patuh prinsip politik barunya

Saifuddin Abdullah kena patuh pada prinsip "politik baru" yang dia maksudkan.

Petang tadi di Hadapan Pejabat KPT Presint 5 Putrajaya telah berlaku tujuk perasaan oleh mahasiswa pro Najib, meminta Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu meletak jawatan.

Jika sebelumnya tunjuk perasaan mahasiswa yang pro pembangkang tunjuk perasaan di PWTC dan sempat menurunkan banting gambar Perdana Menteri, Saifuddin hadir, kenapa pula di depan Kemteriannya beliau tidak hadir.

Ketidak hadiran Saifuddin di Putrajaya petang tadi, menunjukkan "politik baru" yang dia perjuangan hanya gimik beliau untuk melemahkan kerajaan BN daripada dalam.

Jika benarlah Saifuddin mengamalkan perbedaan pendapat seperti yang dia maksudkan dalam "politik baru"nya itu, seharus dia hadir pada tunjuk perasaan di Putrajaya itu, walaupun ianya ada kiatan dengan dirinya- mendesaknya letak jawatan.

Saifuddin terperangkap dengan mainannya sendiri. Benarlah pendapat kebanyakan, Timbalan Menteri itu mempunyai misi khas, melemahkan BN daripada dalam, beraksi sebagai gunting dalam lipatan.

0 Response to "Saifuddin Abdullah kena patuh prinsip politik barunya"

Blog Archive