Saturday, December 17, 2011

Rupanya Ariff yang dilaporkan hilang itu -Perkahwinan pertama gay keturunan melayu

KALAU bukan bapanya Rosli Haron melaporkan bahawa anaknya, Ariff Alfian Rosli telah gagal dikesan sejak tahun 2009, selepas berlepas ke Dublin, Ireland, mungkin tiada yang gatal tangan mencarinya melalui google.

Ariff, pada asalnya merupakan pelajar tajaan Petronas yang menuntut di Ireland dalam bidang perubatan, namun kemudiannya Petronas menarik balik tajaan itu, selepas keputusan pelajaran Ariff tidak memberangsangkan.

Ariff, pernah kembali ke Malaysia untuk menyambungkan pelajaran, namun tidak lama kemudian, berlepas semula ke Dublin pada tahun 2009.

Menurut bapanya, sejak itulah, Ariff tidak lagi menghubungi keluarganya.

Kedutaan Malaysia di Ireland, telah mengsahkan bahawa Ariff dalam keadaan selamat di Dublin dan kemasukkannya ke negara itu melalui saluran yang sah. Namun, pihak kedutaan tidak mampu berjumpa dengan rakyat Malaysia itu, kerana Ariff enggan berjumpa sesiapa daripada kedutaan.

Ariff telah berkahwin dengan Jonathan seorang gay rakyat Ireland. Mungkin, perkahwinan Ariff adalah perkahwinan Gay kaum melayu, yang pernah disebarkan; walaupun sebelum ini seorang lagi rakyat Malaysia yang telah menukar jantina daripada lelaki kepada Perempuan, juga telah berkahwin dengan seorang lelaki rakyat Britin.

Sumber Gambar-gambar adalah melalui blog klik disini

No comments:

Blog Archive