Friday, December 09, 2011

PRU-13: PAS tidak calonkan Hassan Ali

PAS Selangor melihat mantan pesuruhjayanya, Dr Hassan Ali sebagai gunting dalam lipatan, atas sebab itu, besar kemungkinan ADUN Gombak Setia itu tidak dicalonkan pada PRU-13.

Nama Hassan Ali, telah menjadi sorotan selepas PRU-12, kerana digembar-gemburkan bahawa beliau dikaitkan dengan Penubuhan Kerajaan Perpaduan antara Umno dan Pas di Selangor.

Akhir-akhir ini, nama Hassan muncul lagi, apabila Utusan menulis bahawa beliau boleh menjadi jambatan "perkahwinan" antara Umno dan Pas.

Sementara itu, PAS Selangor telah mengesahkan bahawa bekas pesuruhjayanya, Datuk Hasan Ali tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Atas sebab itu, Hassan tidak akan diseneraikan di peringkat negeri.

No comments:

Blog Archive