Friday, December 09, 2011

Ketua Pendakwa sodomi II Letak Jawatan

Isnin dan Selasa depan - tarikh yang ditetapkan untuk mendengar hujah perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim - dijangka merupakan penampilan terakhir Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili pihak pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara.

Difahamkan, Yusof, 56, telah menyerahkan surat peletakan jawatannya untuk kali ketiga dan kali ini ia diterima. Sumber-sumber memberitahu yang Jabatan Perkhidmatan Awam telah dimaklumkan mengenainya.

Yusof (gambar) adalah orang yang ketiga paling kanan di Pejabat Peguam Negara selepas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Peguamcara Datuk Idrus Harun. Hari terakhir beliau bertugas dijangka sama ada pada 1 Januari atau 1 Februari depan.

Yusof masih mengetuai pihak pendakwaan untuk kali terakhir sewaktu penghujahan perbicaraan kes liwat itu pada hari Isnin dan Selasa, dan ia dijangka menjadi penampilan terakhir beliau.

Difahamkan beliau telah mengemukakan permohonan untuk bersara secara pilihan sebanyak dua kali: Pada tahun 2007 ketika beliau mencapai umur 52 tahun dan sekali lagi pada 2009.

No comments:

Blog Archive