Friday, December 09, 2011

Isu Calon Melayu: Mustafa Ali kini jurucakap DAP

MUSTAFA ALI menegaskan DAP boleh meletakkan sesiapa sahaja calon yang dimahukan termasuk Melayu pada pilihan raya umum ke-13 sambil menambah rakan komponen dalam Pakatan Rakyat tidak boleh menghalang hasrat itu.

Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung PAS itu(gambar), isu DAP mahu meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi majoriti Melayu belum dibincangkan di peringkat Pakatan Rakyat.

Beliau menambah sebaik sahaja pembahagian kerusi selesai antara PAS-PKR-DAP, maka setiap parti boleh memutuskan untuk meletakkan calon masing-masing.

Desas-desus mengatakan DAP mahu meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi majoriti Melayu sudah lama bertiup kencang malah pemimpin Umno juga mengingatkan Barisan Nasional (BN) supaya berwaspada dengan strategi itu.

Selain itu semalam Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Abdul Samad berkata cadangan DAP itu sebagai satu langkah yang tidak wajar.

Beliau berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tuntutan itu kerana ia masih belum diterima rakyat selain bukan jaminan DAP akan memperoleh kemenangan.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menambah isu itu sepatutnya tidak berbangkit memandangkan DAP tidak mempunyai kerusi di kawasan majoriti Melayu.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar juga menegaskan perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam Pakatan Rakyat.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan apa yang dikatakan Khalid itu sekadar pandangan peribadi namun menghormati cadangan DAP sekiranya ia berlaku.

“Kita sebenarnya menghormati hak parti untuk meletakkan calon, ia terpulang kepada parti masing-masing untuk tentukan. Bila sudah putuskan kawasan terpulang kepada parti nak letakkan siapa.

No comments:

Blog Archive