Thursday, December 29, 2011

Demonstarsi 901 hari yang sama keputusan sodomi II-tidak mampu mengubah perundangan: Rais Yatim

Datuk Rais Yatim (tengah)
Perjalanan atau keputusan sebarang kes berkaitan perundangan negara tidak boleh diubah dan disangkal dengan cara berdemonstrasi, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata selain memikirkan tanggungjawab kepada masyarakat, mereka yang ingin berdemonstrasi juga perlu sedar tindakan sedemikian tidak akan mempengaruhi dan menggetarkan pihak mahkamah dalam membuat keputusan.

"Demonstrasi tidak mampu mengubah aliran atau aluran perundangan negara, jika itu yang mereka tuntut, maka kenegaraan kita akan hancur," katanya mengulas mengenai ura-ura bahawa pihak tertentu cuba mengadakan demonstrasi sempena keputusan mahkamah berhubung kes liwat melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Jan tahun depan.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program Istana Budaya tahun 2012 di Istana Budaya di sini pada Khamis, Rais berkata seharusnya pihak yang berkenaan menerima hakikat dan menjadikan kes seorang bekas Menteri Besar yang didapati bersalah oleh mahkamah baru-baru ini sebagai rujukan bahawa keputusan perundangan tidak terbatas kepada golongan tertentu sahaja.

"Jadi barang siapa yang terkena pada masa depan, mereka atau beliau-beliau harus terima sebagai hakikat...takkan dengan mengadakan demonstrasi jalanan maka semua hakim takut," kata Rais.

Beliau berharap masyarakat memberi dokongan kepada pembuat keputusan seperti Peguam Negara dan barisan hakim supaya tidak gentar membuat keputusan berdasarkan undang-undang yang telah sama-sama dihormati, didirikan dan dilaksanakan sekian lama.

"Tinggal lagi jika mereka masih hendak berdemonstrasi itu adalah tujuan politik, bukan dalam bidang perundangan tanah air," katanya.

No comments:

Blog Archive