Thursday, November 17, 2011

Sepatutnya bukan hanya Tan Sri Koh, tetapi parti Gerakan perlu skip PRU-13

AKHIRNYA Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, baik di kerusi parlimen, mahupun di peringkat negeri.

Bercakap kepada wartawan di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, Koh berkata tindakan itu bagi memberi peluang kepada barisan pemimpin pelapis Gerakan menerajui parti berkenaan.

Ia juga sebahagian daripada strategi transformasi Gerakan yang dinamakan “Bergerak Bersama Rakyat’.

"Saya sendiri akan memimpin melalui teladan dan mengambil langkah pertama untuk pembaharuan.

"Saya telah memutuskan untuk tidak bertanding sebagai calon dalam mana-mana kerusi sama ada di parlimen mahupun negeri pada pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya.

Menurut Koh, keputusan itu dibuat tanpa paksaan dan sudah disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Parti Gerakan mengalami tsunami politik pada PRU-12, di mana semua calon-calonnya di Pulau Pinang kalah, mengakibatkan negeri itu ditawan dengan mudah oleh DAP.

Memandangkan kepada keputusan PRU-12 lalu, sepatutnya bukan sahaja Koh tidak bertanding, sebaliknya Parti itu perlu SKIP PRU-13, agar supaya calon-calonnya tidak menjadi liabiti kepada BN.

No comments:

Blog Archive