Latest News

RUU Perhimpunan Aman: Desakan Majlis peguam bukan mewakili majoriti: Nazri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdl Aziz berkata, desakan Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berhubung Akta Perhimpunan Aman agar kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen, bukan mencerminkan pandangan rakyat.

“Kerajaan yang mewakili rakyat, BN mempunyai 140 ahli parlimen dan sesetengah ahli parlimen Bebas juga menyokong kami" demikian kata menteri itu. Malah, Nazri mencadangkan agar Lim mendaftarkan Majlis Peguam sebagai parti politik, dan bertanding pada PRU-13 akan datang.

Tambahnya, rang undang-undang yang dijadualkan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat masih mempunyai ruang untuk dipindah.

Sambil menafikan kerajaan berdolak dalik berhubung rang undang-undang itu, Nazri berkata kesediaan kerajaan memindahnya adalah bukti kesedian BN mendengar kehendak rakyat.

Majlis Peguam juga dilaporkan telah mengerahkan 14,000 anggotanya untuk berarak dalam program dinamakan Walk for Freedom (Berjalan untuk Kebebasan) pada Selasa.

0 Response to "RUU Perhimpunan Aman: Desakan Majlis peguam bukan mewakili majoriti: Nazri"

Blog Archive