Monday, November 07, 2011

Persiapan PRU 13 agenda utama AGM Umno kali ini

Perhimpunan Umno yang bermula pada 1 Disember dan berakhir pada 3 haribulan, merupakan perhimpunan terakhir parti terbesar kaum melayu itu sebelum PRU-13.

Adalah diperkirakan bahawa perhimpunan itu akan menfokuskan kepada PRU-13 akan datang.

Tan Sri Muhyiddin semasa ucapan perasmiannya di di AGM parti LDP, parti komponen BN Sabah pada 30 Oktober lalu, berkata bahawa PRU-13 merupakan pilihanraya paling kritikal yang pernah dihadapi oleh Barisan Nasional.

Selama BN diwujdukan (sebelum 1973) dikenali sebagai perikatan, hanya dua kali parti pemerintah itu tidak berjaya mendapat 2/3 di dewan rakyat,yaitu pada tahun 1969 dan 2008.

Pada PRU-2008, BN hanya mendapat 140 kerusi daripada 222, manakala di Semenanjung BN mendapat 86 kerusi berbanding Pakatan Rakyat (DAP-PAS-PKR) 82.Jumlah 140 kerusi yang dimenangi BN, kurang 8 kerusi untuk kuasa 2/3 majoriti di dewan rakyat.

Pada PRU-13, BN memfokuskan agar mendapat semula kuasa 2/3 di dewan rakyat, kayu pengukur yang digunapakai oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, bagi menunjukkan kerajaan yang kuat.

Persepsi kini, kekuatan Umno masih kukuh, walaupun para penganalisis politik termasuk Tun Dr Mahathir, bahawa jika PRU-13 diadakan lebih awal, kemungkinan besar BN akan kecundang, ekoran masalah-masalah dalaman dalam komponen parti BN terutama parti yang berasaskan kaum cina.

Namun, berasaskan maklumat akar umbi, parti-parti yang berasaskan melayu/bumiputera termasuk parti-parti di Sabah dan Sarawak masih kekal dengan BN, dengan itu, Putrajaya masih kekal dalam gengaman BN walaupun, parti-parti komponen yang berasaskan kaum cina gagal mendapat kerusi.

No comments:

Blog Archive