Friday, November 18, 2011

Memori Syed Husin Ali mengenai Ezam- Ezam berpaling tadah kerana kesempitan wang

Memetik tulisan Memoir Perjuangan Politik - Syed Husin Ali menceritakan babak-babak yang menyaksikan bekas ketua AMK, Ezam Mohd Noor berpaling tadah.

Dalam bab yang bertajuk, ‘Alasan Ezam keluar parti’ - ahli politik veteran itu berkata, Ezam pernah memberitahunya sebulan sebelum meletakkan jawatan bahawa beliau kesempitan wang dan malu kerana terpaksa bergantung kepada pendapatan isterinya.

“Doktor, sekarang ini saya tiada pekerjaan dan tidak ada sumber pendapatan. Pendapatan saya sebanyak US$3,000 sebulan di Indonesia sebagai pengarah sudah terhenti sejak syarikat itu tutup.
“Sekarang saya terpaksa bergantung hanya kepada pendapatan isterti saja. Malulah, walaupun gajinya besar juga, kira-kira RM8,000. Saya kena cari peluang untuk mendapatkan satu dua jawatan pengarah. Ini boleh hanya jika ada bukti saya sudah meninggalkan parti,” tulisnya dalam buku itu.

Menurut Syed Husin pendedahan itu dibuat oleh Ezam selepas beliau meminta penjelasan berhubung khabar angin bahawa ketua pemuda PKR itu telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada setiausaha PKR Selangor.

"Doktor. Saya berhenti. Sekarang ini musuh saya bukan lagi Azmin. Musuh saya ialah Anwar. Percayalah saya akan melakukan apa saja untuk memusnahkannya,” Ezam didakwa berkata.

No comments:

Blog Archive