Tuesday, November 08, 2011

Halang motosikal dicuri: Pelajar Malaysia dibunuh di Malang, Indonesia

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia di Malang, Indonesia, Adrian Jay Pereira,23, maut selepas dia dibunuh ketika cuba menghalang seorang lelaki daripada mencuri motosikalnya di hadapan rumah sewa, di Lowokwaru, Kota Malang malam Isnin.

Mangsa yang berasal dari Klang, Selangor dan sedang menuntut di semester lima Fakulti Perubatan, Universiti Brawijaya maut di tempat kejadian selepas lehernya dikelar dengan senjata tajam oleh suspek yang cuba melarikan motosikalnya kira-kira pukul 7 malam.

Memetik sumber berita Surya Online, kejadian malang itu dilaporkan berlaku ketika mengsa terdengar suara lelaki bergaduh di hadapan rumah sewanya.

Mangsa kemudiannya di lihat keluar daripada rumahnya dan cuba mengejar pencuri berkenaan.

Dalam pergelutan itu, mangsa dikatakan cedera selepas suspek mengelar leher mangsa dengan senjata tajam.

Pencuri berkenaan kemudiannya meninggalkan mangsa di tempat kejadian tanpa sempat mencuri motosikal berkenaan kerana takut ditangkap oleh pihak polis.

Difahamkan kos membawa pulang mayat pelajar berkenaan akan ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Sementara itu, sumber daripada pihak polis pula melaporkan kejadian malang itu berlaku ketika Pereira melihat insiden pergaduhan yang berlaku di luar pagar rumahnya.

Ketika cuba mengejar pencuri berkenaan daripada melarikan motosikalnya, penjenayah berkenaan mengelar leher mangsa dengan sebilah pisau.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia ditempat kejadian dan tiada saksi yang melihat peristiwa malang tersebut.

Mayatnya kemudian di bawa ke Rumah Sakit Saiful Anwar Malang (RSAA), Malang.

Difahamkan sehingga ini pihak polis daripada Polsek Lowokwaru masih lagi menyiasat punca sebenar kematian Pereira.

No comments:

Blog Archive