Thursday, November 03, 2011

Anwar tidak kisah disambit sodomi II

ANWAR tidak kisah jika disabitkan kes sodomi II, kerana menurutnya, Pakatan Rakyat akan mengambil alih Putrajaya pada PRU-13.

Jika Putrajaya telah dirampas, maka menurut Anwar dia akan bebas. Untuk menjadi Perdana Menteri, maka diadakan PRK untuk membolehkan dirinya bertanding.

Keyakinan Anwar merampas Putrajaya apabila Himpunan Bersih2.0 tajaan Pakatan mendapat sokongan lebih 10,000 orang, walaupun menurut polis hanya 6,000.

Anwar lupa, bahawa Himpunan Bersih 2.0 diadakan di ibu negara, di mana sejak sekian lama, bandaraya adalah sarang pembangkang.

Pengundi Bukit Bintang sahaja telah puluhan ribu orang, belum lagi masuk seputih dan kawasan sekitarnya.

Kalau kerana mendapat sokongan seperti mana ditunjukkan melalui Himpunan 2.0; maka Pakatan yakin akan merampas Putrajaya, maka ianya akan menjadi mimpin ngeri Pakatan pada PRU-13 akan datang.

Anwar meramal, bahawa akan ada 'kebangkitan" di Malaysia, seperti mana kebangkitan negara-negara Arab. AYT suka mengingatkan, jangan bandingkan antara apel dan mangga.

Keadaan di Arab jauh berbeza dengan Malaysia, atas sebab itu, kebangkitan yang dimaksudkan Anwar, belum boleh berlaku di Malaysia.

Memang benar kerajaan menunaikan beberapa desakan Bersih, namun itu bukan bermakna majoriti rakyat akan memilih Pakatan untuk menggantikan BN.

Pimpinan BN telah melakukan transformasi politik, termasuk pemnasuhan ISA, selain itu dibidang-bidang lain juga, transformasi sedang rancak berjalan.

Anwar boleh meramal, namun penentu adalah rakyat.

Akar umbi masih setia pada BN, demi meneruskan agenda mencapai sasaran wawasan 2020.

No comments:

Blog Archive