Sunday, October 16, 2011

UMNO tidak akan tuntut jawatan KM Pulau Pinang: Najib

Daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinang, 16 kerusi boleh dimenangi UMNO. Kedudukkan ADUN menyebelahi BN di DUN Pulau Pinang, selepas PRU-12 adalah 11 dan kesemuanya daripada Umno.

Pada PRU-12 lalu, semua kerusi yang ditandingi Parti Gerakan dan MCA kalah mutlak, atas sebab itu, pemerintahan Gerakan selama 39 tahun, rebah dengan serta merta.

Kedudukkan ADUN bagi DUN Pulau Pinang pada masa ini, DAP-20, PKR 8, Pas 1 dan Umno 11.

Jumlah kerusi dengan majoriti mudah bagi DUN Pulau Pinang adalah 21. Jika Gerakan dan MCA mampu menyumbang 5 kerusi pada PRU-13 dan Umno 16, maka BN akan membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Namun keadaan itu tidak semudah diatas kertas, kerana sokongan kaum cina dan india terhadap DAP masih diparas 80 peratus.

Berasaskan kepada fakta semasa, DAP dengan mudah mempertahankan 19 kerusi yang dimenanginya pada PRU-12.

Hanya kerusi-kerusi yang dimenangi PKR dan PAS yang boleh ditawan MCA dan Gerakan, kerana faktor undi kaum melayu.

Sejak peralihan pemerintahan di Pulau Pinang dari BN kepada DAP, kaum melayu dan penyokong BN terpinggir di negeri mutiara itu. Hakekat inilah yang dirasakan oleh kaum melayu dan para penyokong BN daripada kaum cina dan india.

Jika ditakdirkan bahawa BN mampu merampas Pulau Pinang daripada DAP, maka DS Najib telah memberi jaminan, bahawa Ketua Menteri tetap ditangan kaum cina, walaupun jumlah kerusi kaum itu sedikit berbanding Umno.

Pada PRU-13 akan datang, Umno diperkirakan akan bertanding sekurang-kurang 18 kerusi, manakalah Gerakan dan MCA adalah selebihnya.

Di atas kertas, UMNO akan menang 16, manakala MCA dan Gerakan masih dalam keadaan kelabu.

Parti Gerakan dan MCA masih ada masa lagi untuk turun padang bagi meyakinkan para pengundi, pentingnya BN menguasai Pulau Pinang. Berkerjalah serajin mungkin, sebab hanya kerja yang bersungguh sahaja dapat mendatangkan keputusan yang mengembirakan.

No comments:

Blog Archive