Sunday, October 23, 2011

UMNO Sabah-Perlu hormati perkongsian kuasa: VK Liew

PERKONGSIAN kuasa antara parti-parti komponen BN Sabah pada mulanya berjalan lancar, namun akibat perubahan situasi politik di negeri itu,maka perkongsian itu, menjadi pincang dan tercemar.

Perkongsian kuasa berubah, pertama apabila Tun Abdullah Badawi menghapuskan sistem pengelirian Ketua Menteri, janji BN pada PRU 1994. Walaupun BN belum menumbangkan PBS pada PRU itu, namun salah satu faktor menyebabkan PBS kehilangan kuasa kerana faktor penggiliran kuasa itu.

Selepas sahaja BN-Sabah mengambil alih tampuk kerajaan negeri, maka komponen-komponen utama parti itu, telah diberi peluang menjadi ketua Menteri; yang terdiri daripada Ketua Menteri mewakili bumiputera islam, bukan islam dan kaum cina.

Selama sistem penggiliran itu, empat Ketua Menteri daripada bumiputera islam sempat dilantik, dua daripada kaum cina dan satu daripada bumiputera bukan islam.

Namun demikian penggiliran Ketua Menteri dihapuskan pada tahun 2003, apabila Tun Abdullah menggantikan Tun Dr Mahathir.

Pada PRU-2004, Sabah terus melantik ketua Menteri daripada Umno, dengan tiga Timbalan Ketua Menteri; masing-masing seorang daripada Umno, PBS dan SAPP.

Kedudukkan itu tidak berubah selepas PRU-12 (2008), pemimpin yang sama mengekalkan jawatan masing-masing; sehinggalah parti komponen BN-SAPP keluar daripada BN, kerana hilang keyakinan kepada Tun Abdullah.

Selepas SAPP keluar BN pada 17 September, 2008 sehari selepas negara menyambut kemerdekaan yang ke-45; salah seorang pemimpin itu terperangkap dengan situasi itu. Pemimpin yang dimaksudkan adalah Timbalan Presiden SAPP-Datuk Raymond Tan dimana pada masa itu menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri kuota kaum cina.

Berbulan-bulan Raymond Tan memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah, walaupun partinya telah keluar daripada BN. Disebabkan sayang dengan jawatannya, maka mantan pemimpin itu mengistiharkan dirinya keluar daripada SAPP,dan menjadi ADUN bebas dalam DUN Sabah.Pun demikian, Raymond Tan tidak dilucutkan daripada jawatan Timbalan ketua Menteri Sabah.

Akibat desakkan daripada komponen parti BN Sabah, terutama LDP, maka jawatan Timbalan Ketua Menteri kuota kaum cina diberikan kepada Naib Presiden LDP, Datuk Peter Pang. Pun demikian, kedudukkan Peter Pang tidak kekal lama sebagai Timbalan Ketua Menteri, kerana ADUN Karamunting itu, keluar daripada LDP, kerana menyebelahi Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman, dalam isu perbezaan pendapat antara Timbalan Presiden LDP mengenai isu pembatalan Topikong Mazu di Kudat Sabah.

Selepas Peter keluar daripada LDP,jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah kuota kaum cina diberikan kepada Timbalan Presiden PBS- Datuk Yee Moh Chai. Melalui perlantikan itu, sejarah telah tercatat, bahawa untuk pertama kalinya dalam kabinet Sabah, dianggotai oleh Timbalan Ketua Menteri daripada parti yang sama.

Perlu diingat, Parti PBS hanya meyertai semula BN-Sabah pada tahun 2002, semasa Tan Sri Chong Kah Kiat masih Ketua Menteri Sabah dalam sistem pengiliran Ketua Menteri.

Untuk mengimbas kembali, Parti Komponen BN Sabah yang tertua adalah Umno-LDP dan AKAR( AKAR pimpinan TS Pandikar telahpun dibubarkan).

Gandingan Umno-LDP-AKAR telah bertanding pada PRU-1990, namun masih gagal menumbangkan parti PBS, demikian juga pada PRU-1994, tiga gabungan parti itu, masih gagal memerintah; walaupun pada tahun itu juga PBS kehilangan kuasa akibat dua orang ADUNnya melompat ke parti Umno. Berikutan terbentuknya kerajaan BN, maka serpihan pemimpin PBS seperti Datuk Yong Teck Lee keluar daripada PBS untuk menubuhkan SAPP, Tan Sri Bernard G Dompok menubuhkan PDS (kini UPKO) dan Tan Sri Joseph Kurup menubuhkan PBRS dan bergabung dengan BN-Sabah.

Parti-parti seriphan PBS tersebut, tidak menyerlah pada PRU-1999, sehingga Presidennya pun, pada masa itu menjawat jawatan Ketua Menteri, kalah di DUN Moyog. Boleh dikatakan, majoriti pemimpin seriphan PBS itu kecundang di tangan calon-calon PBS pada PRU-1999; kecuali SAPP pimpinan Yong Teck Lee.

Pada PRU-1999, hanya para calon daripada Umno-LDP dan AKAR serta SAPP yang berjaya menyumbang kerusi kepada BN-Sabah untuk membolehkan gabungan itu memerintah Sabah.

Pada PRU-2004, BN Sabah diterjaui oleh Datuk Musa Aman, selepas dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003. Penguasaan BN cukup mnyerlah, kerana tiada lagi calon-calon pembangkang yang kuat. Pada PRU itu, hanya dua kerusi terlepas daripada tangan BN, yaitu kerusi parlimen Sandakan dan DUN Kuala Penyu.

Persetasi BN Sabah terus menyerlah pada PRU-2008; di mana pada PRU itu berlakunya tsunami politik di Semenanjung, terutama parti-parti komponen yang berasaskan kaum cina dan india.

Pada PRU-12, BN menyaksikan semua presiden parti Komponen yang berasaskan bukan melayu di Semenanjung; kalah, kecuali presiden MCA, kerana bertanding di Johor, kubu kuat BN. Namun bagi Sabah, semua komponen parti yang berasaskan kaum cina menang, termasuk merampas kerusi Parlimen daripada bebas melalui Presiden LDP, Datuk VK Liew. Manakala, parti yang ada calonnya kalah adalah PBS, satu di Parlimen Kota Kinabalu dan satu ADUN, kedua-duanya kepada DAP.

Melihat prestasi calon-calon BN Sabah pada PRU-12, hanya calon-calon PBS yang mendapat tantangan hebat, malah beberapa kawasan yang dimenangi PBS, jumlah undi pembangkang jauh lebih banyak berbanding undi yang diperoleh calon PBS yang mewakili BN. Sebagai contoh: DUN Inanam; BN 5,979, undi gabungan pembangkang 7,353; Likas, BN 4,097, gabungan pembangkang 5,305- namun yang pelik juga kawasan majoriti KDM-Bingkor, undi BN melalui PBS hanya menang majoriti 171 undi.

Disebabkan Parti PBS mempunyai kerusi terbanyak kedua selepas UMNO,maka jawatan-jawatan penting diserahkan kepada parti itu, termasuk Kementerian Infrastrutur yang disandang Presiden Parti- Tan Sri Pairin Kitingan yang juga merangkap Timbalan Ketua Menteri Kuota bumiputera bukan islam.

Dari segi pengertian dan persefahaman komponen-kompnen parti dalam BN, PBS mewakili kaum Kadazan Dusun Murut, bukannya kaum cina. Manakala yang mewakili kaum cina adalah LDP, MCA dan Gerakan. Namun, pengertian itu bercelaru, apabila wakil rakyat daripada PBS dilantik sebagai TKM mewakili kaum cina.

Perlantikkan TKM daripada PBS itulah yang melukai perasaan para pemimpin komponen BN daripada kaum cina, terutama para pemimpin LDP.

Berasaskan kepada keadaan itulah, Presiden LDP-Datuk VK Liew mendesak agar persefahman dalam kontek BN diperbetulkan semula. Menurut Presiden LDP itu, disebabkan nila setitik, maka mengakibatkan kerosakan persefahman dalam konsep perkomgsian kuasa yang dipersetujui selama ini.

Pendapat VK juga selari dengan pendapat dua pemimpin utama Umno Sabah- Datuk Abdul Ghapur Salleh, kini wakil rakyat Kalabakan, mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah, mantan menteri Kewangan Sabah, dan kini ketua Bahagian Umno, Kalabakan. Ghapur adalah pemimpin akar umbi yang menyuarakan kebimbangannya terhadap perkongsian kuasa yang tercemar itu.

Selain itu, Datuk Lajim Ukin, maskot pemerintahan BN Sabah pada tahun 1994, menyuarakan sokongan kepada pendapat Ghapur, kerana menurut Lajim, jika ianya berterusan, maka akan merosak keharmonian hubungan antara komponen parti BN Sabah, yang dianggap sebagai simpanan Tetap BN pada PRU-13.

Malah ramai pemimpin UMNO sendiri, berkata perlantikkan Yee Moh Chai, mengekalkan dua ADUN lompat dalam kabinet negeri dimana parti yang diwakili mereka adalah parti yang telah ditolak oleh pengundi di tempat asalnya, termasuk Presidennya kalah teruk pada PRU-12 lalu; sepatutnya tidak berlaku, namun mereka juga menghormati Ketua Menteri Sabah, Musa Aman; bahawa kuasa melantik ke jawatan anggota kabinet adalah kuasa mutlak Ketua Menteri.

AYT difahamkan bahawa pada Kongress LDP yang ke-22 pada 30 Oktober ini di Sandakan, para perwakilan parti itu akan membuat resolusi agar supaya perkongsian kuasa dalam komponen parti BN terutama dalam perlantikkan jawatan-jawatan politik senantiasa dipatuhi.

No comments:

Blog Archive