Tuesday, October 18, 2011

Sodomi II: Berjayakah 4 saksi pendakwaan menepis keterangan Dr Hoogland?

Dr Hoogland sebelum ini memaklumkan bahawa “sangat tidak mungkin” Anwar telah meliwat Saiful ekoran faktor usia dan juga masalah artritis teruk dan kerosakan saraf yang dialami Ketua Pembangkang itu.

Hoogland, yang mengendalikan pembedahan ke atas Anwar di Munich, Jerman pada 2004 berkata, Anwar berhadapan dengan tiga masalah iaitu stenosis leher, artrisis dan kerosakan laluan saraf yang tidak membolehkan beliau terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang kuat.

Pakar itu berkata sudah pasti Anwar berhadapan dengan kesakitan yang teruk jika beliau mengadakan hubungan seks melibatkan posisi membongkok dan berlutut.

Untuk menepis keterangan Dr Hoogland tersebut, pihak pendakwaan akan menampilkan empat saksi baru akan mencabar penilaian pakar bedah ortopedik mengenai keadaan bahagian belakang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pasukan pendakwa memberitahu Mahkamah Tinggi semalam.

Saksi ketujuh pasukan pembela Dr Thomas Hoogland baru-baru memberi keterangan bahawa "sangat tidak mungkin" Anwar telah meliwat pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan ekoran keadaan bahagian belakang yang sakit dan tidak mampu melakukan aktiviti-aktiviti berat.

Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa empat saksi pihaknya akan mengetepikan keterangan Dr Hoogland tentang keupayaan Anwar melakukan perbuatan yang didakwa - meliwat Saiful.

Soalan-soalan, katanya akan dikemukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nordin Hassan yang merupakan timbalan ketua I, bahagian pendakwaan di Pejabat Peguam Negara.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata beliau akan mendengar keterangan itu hari ini.

Selain Hoogland, pihak pembelaan turut bersandar kepada keterangan dua saksi forensik dari Australia, Dr Brian McDonald and Dr David Wells.

Anwar, 64, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

No comments:

Blog Archive