Wednesday, October 19, 2011

Sodomi II: Apa kah saksi pendakwaan mampu menepis keterangan Dr Hoogland?

Semalam, tidak banyak diketahui mengenai perjalanan perbicaraan sodomi II, kerana apabila Doktor pakar daripada HKL Dr Jayaindran memberikan keterangan, peguam Anwar memohon agar keterangan itu didengar melalui mahkamah tertutup.

Pihak pendakwaan telah mengemukakan empat saksi untuk menyanggah dakwaan saksi alibi Anwar, Dr Hoogland daripada Jerman, bahawa Ketua Pembangkang itu, secara fizikal tidak mampu lagi melakukan aktiviti seks atas sebab masalah saraf yang menyerang tulang belakangnya.

Pihak pendakwaan menampilkan dua orang pegawai perubatan dan dua orang anggota polis sebagai saksi penyanggah terakhir. Pegawai perubatan tersebut, adalah Pengarah HKL-Datuk Zaniniah Mohd Zain dan Dr Jayaindran; manakala dipihak polis- Jude Pereira dan seorang sarjan yang diarah menghantar laporan perubatan hasil pemeriksaan ke atas Anwar pada 16 Julai, 2008 kepada peguam Anwar Sankara Nair.

Perbicaraan sodomi II bersambung pada 23 dan 24 November, 2011 untuk mendengar hujahan terakhir pihak pembelaan dan selepas itu, Hakim Mohd Zabidin Md Diah akan memutuskan tarikh penghakimannya.

Sebelum ini, mahkamah telah diberitahu tentang kewujudan DNA Anwar di rektum mangsa, kehadiran Anwar dilokasi dimana kejadian meliwat sesuai dengan masa dan tarikh pertuduhan dan bukti-bukti fizikal lain yang ada kaitan dengan perbuatan sodomi tersebut termasuk KY-Jelly.

Melalui rentetan kejadian sodomi tersebut, setakat ini, tertuduh yakni Anwar belum mendapat alibi untuk menepisnya. Akan tetapi, jika keterangan alibi Dr Hoogland diterima pakai oleh mahkamah, dan menerima bahawa Anwar adalah cacat daripada segi fizikal untuk melakukan seks, kerana sukar membongkok dan perbuatan yang serba cepat, seperti melakukan seks; maka ada kemunginan Anwar akan terlepas secara teknikal sama seperti kes sodomi I.

Walau bagaimanapun, sama-sama kita tunggu pengakhir perbicaraan ini, bulan depan.

No comments:

Blog Archive