Thursday, October 06, 2011

Sasaran Utama Bajet 2012-rakyat berpendapatan rendah?

Data menunjukkan bahawa 9 juta rakyat negara ini mempunyai pendapatan purata seribu sebulan. Mereka inilah yang mengalami tekanan menghadapi harga barangan yang semakin meningkat dan kadar inflasi di atas 3 peratus sejak mac lalu.

Sementara itu, mereka yang makan gaji baik swasta maupun awam, pendapatan purata RM3,000 sebulan hanya cukup memenuhi keperluan harian, seperti angsuran kereta, sewa rumah, duit minyak dan makan-minum harian.

Bagi petani/nelayan pula, yang rata-rata berpendapatan dibawah seribu sebulan, merupakan rakyat yang mengalami tekanan teruk menghadapi fenomena kenaikkan harga barang.

Kenaikkan harga barangan merupakan fenomena global. Negara memenuhi sebahagian keperluan makanannya melalui import, sudah tentunya tidak dapat mengelak gejala ini.

Walaupun, kerajaan masih mengekalkan subsidi pada beberapa barangan pokok, namun ianya tidak banyak membantu, kerana produk hiliran barangan tersebut, sukar dikawal oleh kerajaan.

Bermula pada tahun 2007, apabila harga minyak tiba-tiba dinaikkan mencecah RM2.70 seliter, bermula dari situlah kenaikkan harga barangan. Walaupun harga petrol diturun kepada RM1.80 kemudian RM1.90, namun harga barangan yang telah naik, tidak turun lagi.

Isu utama diperingkat akar umbi pada masa ini adalah taraf kehidupan mereka yang semakin tergugat kerana faktor kenaikkan harga dan disertai inflasi.

Rakyat akar umbi, tidak kisah sangat soal akta ISA, tahanan terhad, akta media cetak, sistem SPR.

Perdana Menteri telah membayangkan bahawa Bajet 2012 adalah untuk rakyat miskin dan berpendapatan rendah.

Bagaimana kah mekanisme membantu rakyat miskin itu dilaksanakan, sama-sama kita tunggu Bajet 2012 esok bermula pukul 4 petang di Dewan Rakyat.

No comments:

Blog Archive