Thursday, October 13, 2011

PRU-13 elok diadakan pada Tahun 2013: Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi pendapat, bahawa adalah elok bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk hanya membubarkan Dewan Rakyat pada penghujung tempoh parlimen sekarang yang hanya akan berakhir pada Mac 2013.

Bercakap kepada wartawan di Kuala Lumpur, mantan perdana menteri itu berkata tindakan melenggahkan pilihan raya umum ke-13 akan datang, akan memberi tekanan kepada kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat untuk membubarkan dewan undangan negeri serentak dengan pembubaran parlimen.

"Terdapat masalah bagi kerajaan... bagaimana jika empat negeri (di bawah Pakatan) itu tidak mahu mengadakan pilihan raya pada masa yang sama?

"Bagi mengelakkan pembangkang mendapat advantage, kita patut adakan pilihan raya di penghujung tempoh sekrang supaya mereka tidak mempunyai pilihan tetapi mengadakan pilihan raya negeri serentak,” kata Mahathir.

Beliau mengulangi gesaan yang sama yang dibuatnya di Putrajaya, semalam.

Najib mesti mengadakan pilihan raya umum sebelum tempoh parlimen sekarang berakhir pada hujung March 2013. Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

No comments:

Blog Archive