Tuesday, October 18, 2011

Mahkamah Jalan Duta: Sodomi II: Saksi ke-4 pendakwaan Dr Jayaendran memberi keterangan

Dr Jayendran daripada HKL, telah berkhidmat di hospital itu sejak tahun 1996. Bidang kepakarannya adalah dibidang perubatan. Beliau mempunyai pengalaman 30 tahun, dan 18 tahun daripadanya adalah doktor pakar.

Apabila disoal oleh DPP Nordin Hassan, apakah beliau menerima pesakit bernama Anwar Ibrahim pada 16 Julai, 2008, doktor pakar itu berkata "ya".

Pihak pendakwaan telah mengemukakan empat saksi bagi menyangkal dakwaan saksi alibi Anwar, Dr Hoogland daripada Jerman, yang mana menurut saksi tersebut, Anwar tidak mempunyai keupayaan lagi melakukan seks kerana masalah saraf yang menyerang tulang belakangnya.

Semasa memberi keterangan, peguam Anwar meminta rehat untuk seketika, kerana memohon agar keterangan saksi ke-4 pendakwaan itu dirakam melalui kamera.

Selepas keterangan melalui kamera, perbicaraan sodomi II ditangguh ke 23 dan 24 November, untuk final submission, disusuli, keputusan Hakim Mohd Zabidin Md Diah, apakah Anwar sabit kesalahan meliwat atau dibebaskan.

Anwar menghadapi tuduhan meliwat pembantu khasnya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah Kondominum, di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 hingga 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

No comments:

Blog Archive