Thursday, October 06, 2011

Mahkamah Jalan Duta: Dr Thomas Hoogland- Sakit belakang Anwar kecederaan lama

Operasi boleh dilakukan terhadap tulang belakang, akan tetapi tidak akan sembuh sepenuhnya, kerana sakit itu akan kambuh semula, kerana ianya merupakan proses biasa apabila usia meningkat, demikian Dr Thomas Hoogland, pakar tulang belakang yang memerawat Anwar.

Anwar, menurut Dr Hoogland berada di kliniknya daripada 6-27 September, 2004 selepas dibebaskan daripada Penjara Sungai Buloh.

Dalam pemeriksaan yang dijalankan termasuk X-ray, kesakitan yang dirasakan Anwar di bahagian tulang belakangnya adalah berpunca daripada kecederaan lama.

Dr itu menjalankan pembedahan kecil, dengan prosedur bius setempat.

Anwar seperti mana yang diketahui telah tercedera di bahagian mata kirinya, selepas ditumbuk oleh mantan IGP, Tan Sri Rahim Noor, pada tahun 1998.

No comments:

Blog Archive