Wednesday, October 05, 2011

Lim Guan Eng tak martabatkan BahasaKebangsaan- mana pejuang NO to PPSMI

Mana Pak Samad, pejuang bahasa kebangsaan. Kenapa kali ini tidak demo pada Lim Guan Eng, kerana pada satu acara rasmi di negeri Pulau Pinang, di Mana Ketua Menteri itu hadir, tiada sepatah perkataan bahasa kebangsaanpun diucapkan, sebaliknya hanya bahasa Mandrin dan Inggeris yang digunakan; seolah-olah majlis itu, bukan berada pada sebuah negara yang disebut Malaysia.

Lain hal lah, kalau acara bukan rasmi, di kedai kopi misalnya... lantak lah nak guna bahasa apapun.

Perlu ingat, pengajur acara rasmi malam itu adalah kolej swasta di mana penubuhannya terletak pada akta penubuhan pendidikkan tinggi dalam sebuah negara, yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

Dahulu, apabila mata pelajaran matematik dan sains diajar dalam bahasa inggeris, bukan main pejuang bahasa kebangsaan, yang rata-rata penyokong Pakatan, mahukan agar sistem itu dimansuhkan, siap pula dengan demonstrasi.

Hipokritnya!!!!

No comments:

Blog Archive