Sunday, October 30, 2011

Kehadiran Musa Aman pada AGM LDP pertanda sokongan kepada kepimpinan VK Liew

MESKIPUN Timbalan Presiden LDP sangat kritikal terhadap kepimpinan Musa Aman dan kini disertai oleh Ketua Pergerakan Wanita LDP-Nancy Lim, namun kehadiran Musa semasa perasmian persidangan Agung LDP ke-22 merupakan sokongan kepada presiden parti itu.

Melalui ucapan dasar Presiden LDP Datuk Liew Vui Keong, juga dizahirkan bagaimana Musa menyokong Parti LDP dalam konteks Barisan Nasional.

Persiden LDP itu mengingatkan para perwakilan dan permerhati semasa majlis perasmian yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyddin Yassin; bahawa konsep perkongsian kuasa yang diamalkan dalam barisan Nasional perlu diutamakan dan terus dihormati, agar supaya ketidak puasan daripada pihak-pihak tertentu tidak berlaku.

LIew juga mengingatkan, bahawa dalam BN jangan sekali berlaku perbuatan kerana Nila setitik maka susu sebelanga rosak binasa.Atas sebab itu, jika perkara telah berlaku, maka kepimpinan BN baik di peringat negeri mahupun pusat perlu kembali kepada konsep asal.

Presiden LDP itu mengulangi pendirian partinya, bahawa akan terus bersama-sama BN dalam konsep mengamalkan konsep saling menghormati dan perkongkisan kuasa yang merupakan kontrak sosial dalam negara yang dihuni oleh berbagai kaum dan agama yang membolehkan negara membangun lebih setengah abad.

Adalah diharapkan bahawa melalui perkongsian kuasa itu, adalah tidak mustahil bahawa suatu masa di hadapan, bahawa Perdana Menteri Malaysia berasal daripada Sabah dan mungkin Sarawak.

Sebagai catatan sejarah, sejak merdeka, bahawa Perdana Menteri berasal daripada Semenanjung, sedangkan Malaysia itu terbentuk kerana persetujuan Sabah dan Sarawak pada 31 Ogos 1963. Oleh kerana itu, menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, sudah tiba masanya bahawa perkongsian kuasa yang dilahirkan semasa mahu merdeka, juga diamalkan melalui jawatan Perdana Menteri.

Dalam ucapan dasar Presiden LDP itu pada Ahad yang bertempat di SM Yu Yuen, Batu 4, Sandakan, tidak tergambar langsung bahawa adanya pergeseran fahaman dalam konteks BN antara LDP dan Musa Aman.

Berlainan dengan ulasan yang diberikan oleh pemimpin tertentu yang tidak hadir semasa perasmian itu, seolah-olah kepimpinan LDP sedang berperang dingin dengan Musa. Namun, AYT sebagai blogger jalanan memberi penilain jujur, bahawa LDP di bawah kepimpinan VK Liew sangat komited dalam konsep BN, kerana itu Musa sebagai Pengerusi BN Sabah, sudi hadir; walaupun beberapa pemimpin UMNO sebelum ini, sangat pesimis dan menduga bahawa Musa tidak akan hadir.

Kata orang hearsay sungguh bahaya, atas sebab itu, periksa fakta sebelum memberi sebarang ulasan.

No comments:

Blog Archive