Wednesday, October 05, 2011

Apa relevennya kesaksian Mohd Najwan?

Mohd Najwan bersama Anwar
Dalam kes sodomi II ini, yang paling mustahak adalah perbuatan meliwat Siful. Meliwat adalah salah dari segi undang-undang Malaysia.

Kesaksian Najwan, yang mengatakan bahawa Anwar bukanlah idola mangsa, kerana melalui laman "friendsetter"nya ada kapsyen foto Anwar dengan label "Anwar munafik" dan foto mangsa dengan beberapa pemimpin BN, hanya bertujuan mempersenda kredibilti mangsa.

Bagi AYT, apapun bentuk kredibilti mangsa, yang penting adalah mengenalpasti perbuatan liwat memang berlaku.

Salahkah seseorang wanita yang kurang siuman, kemudian diperkosa? maka siperkosa tidak boleh dijatuhkan hukuman, kerana atas dasar perempuan yang diperkosa gila dan kurang siuman? Sudah tentu, dalam undang-undang tidak mengenal ini semua, salah tetap salah.

Bagi kes sodomi II, banyak fakta menunjukkan bahawa kes liwat memang berlaku, baik melalui ujian kimia, foto-foto tempat kejadian dan sebagainya.

Hari ini, doktor Jerman akan memberi keterangan, mungkin dalam keterangan doktor yang "konon" telah melakuan pembedahan sakit belakang terhadap Anwar itu, akan menyatakan bahawa Anwar telah MATI PUNCUK? Sama-sama kita tunggu, perbicaraan hari ini, di Mahkamah Jalan Duta,Kuala Lumpur, di depan Hakim Mohd Zabidin Md Diah.

No comments:

Blog Archive