Thursday, September 08, 2011

Pas akan terus menipu rakyat: Tun M

PAS mempamerkan gelagat sebenar perjuangan mereka berhubung isu kemerdekaan dan anggota keselamatan negara menerusi kenyataan kontroversi Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemimpin Pas, mengikut kepercayaan mereka, menolak peranan Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar dalam sejarah kemerdekaan negara.

"Kenyataan Mohamad Sabu itu, dia bercakap banyak, dan oleh itu, kita tahu apa yang terdapat di lubuk hati mereka, dan memang itu perjuangan sebenar mereka,".

Kenyataan Mohamad Sabu di Tasek Gelugor 21 Ogos lepas juga menyifatkan Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya, yang menyerang Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada 1950, sebagai wira atas alasan mangsa yang terbunuh adalah polis penjajah British.

Beliau berkata PAS sebelum ini memperjuangkan negara Islam, namun kemudian menggugurkannya, dan tindakan sama turut dilakukan berhubung hukum hudud.

"Rakyat harus tahu perjuangan sebenar PAS kerana kalau tidak, rakyat akan tertipu sepanjang masa," katanya.

No comments:

Blog Archive