Wednesday, August 03, 2011

Sodomi II: Najib dan Rosmah hanya ke mahkmah jika disepina

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof akan hanya diinterbiu jika mereka disepina.

Perkara itu dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden.

"Menurut afidavit (DPP Mohd) Hanafiah (Zakaria), mereka enggan datang kerana mereka bukan saksi utama,” kata Yusof.

"Justeru, mereka akan hanya ke mari jika disepina sebagai saksi.”

Ketiadaan komitmen daripada saksi telah menyebabkan peguam Anwar sukar membelannya. Lebih-lebih lagi 71 kenyataan yang dirakamkan oleh polis, sebelum ini, termasuk daripada Najib, Rosmah dan Musa tidak serahkan kepada pihak pembelaan.

Ini berkutan keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan Seksyen 112 memperuntukan supaya kenyataan tidak perlu dibekalkan kepada pihak pembelaan.

Peguam Sankara Nair memberitahu wartawan di luar mahkamah bahawa pihaknya menerima surat memaklumkan perkara itu pada 18 Julai lalu.

Isnin lalu, Anwar memfailkan notis usul kedua memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk pihaknya menemu bual 10 saksi alibi.

Senarai terbaru itu membabitkan dua nama berprofil tinggi, termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Mohamad Ariff Abdul Kareem dan ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia Omar Malek Ali Merican.

Dalam permohonan itu Anwar juga menamakan dua bekas pembantu rumah kepada Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

Seorang daripada pembantu rumah itu dikenal pasti sebagai Suliati manakala seorang lagi Fitria Dipan.

Enam lain yang dinamakan ialah Abdullah Sani Said (bekas pemandu Anwar), Mokhtar Mustafa, Nik Mahmood Nik Hassan, Noor Sham Abdul Hamid, Mohd Khoharullah Abdul Majid, dan Raymond Yeoh Cheng Seong (pegawai bank).

Pada 26 Julai, Anwar memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemu bual lima saksi, termasuk Najib dan Rosmah sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos.

Turut dinamakan ialah Hasanuddin Abd Hamid pemilik unit kondominium di mana kejadian didakwa berlaku; bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Beliau menetapkan 8-26 Ogos untuk mendengar kes pembelaan.Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

No comments:

Blog Archive