Saturday, July 09, 2011

Maut menjemput semasa membela AMBIGA

Seorang peserta Bersih, Baharuddin Ahmad, 59 meninggal dunia akibat sesak nafas di perkarangan KLCC pada perhimpunan yang dianjurkan BERSIH hari ini.

Allahyarham merupakan suami kepada Ketua Wanita KEADILAN Setiawangsa, Rusni Malan.

Beliau dikatakan rebah akibat sesak nafas, ketika pasukan polis yang melepaskan semburan gas pemedih mata ke arah peserta Bersih yang berhimpun di kawasan itu.

Timbalan Pengerusi KEADILAN Wilayah, Zahir Husin berkata allahyarham kemudian dikejar ke Hospital Kuala Lumpur sebelum disahkan meninggal dunia.

No comments:

Blog Archive