Sunday, July 17, 2011

Sadisnya manusia ini: Sudahlah membunuh bakarlah pula mayat mangsa

DIDAKWA...Kalaiselvan (kanan)dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan membunuh. Gambar kecil, Nurrahayu.

JOHOR BAHRU: “Tolong selamatkan saya,” kata seorang pengawal keselamatan kepada isterinya selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, semalam, atas tuduhan membunuh dan membaar mayat mangsa seorang remaja, Nurrahayu Qomarodin (Ayu), 16, di sebuah ladang kelapa sawit di Masai.

Tertuduh, D Kalaiselvan, 46, yang kelihatan sugul bersuara selepas keluar dari kamar mahkamah ketika dihampiri isterinya.

Kalaiselvan didakwa melakukan perbuatan itu di ladang kelapa sawit di Sungai Masai, Jalan Masai-Kong Kong di sini, antara jam 2.30 pagi hingga 2.50 pagi, 18 Jun lalu.

Tertuduh yang memakai baju kemeja biru muda serta berseluar pendek paras lutut berwarna gelap mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil.

Namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam bela dan tidak diikat jamin.

No comments:

Blog Archive