Tuesday, July 12, 2011

Pra Himpunan Bersih: Pertemuan Ambiga-Pak Lah

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan beliau memang ada berjumpa dengan Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, bagi mengingatkannya bahawa Yang di-Pertuan Agong telah membuat kenyataan penting dan beliau mesti mematuhinya.

Abdullah berkata beliau telah mendapat bantuan seorang rakan untuk mengadakan perjumpaan itu dengan Ambiga.

"Saya mahu berjumpa dia kerana saya mahu mengingatkan dia yang Agong telah membuat satu kenyataan penting berkenaan isu ini, dan dia sebagai seorang rakyat Malaysia mesti mematuhi perkara itu.

"Saya turut meluahkan pandangan saya bahawa mereka tidak sepatutnya mengadakan perhimpunan tersebut kerana ia akan menyebabkan banyak masalah. Saya tidak berjumpa dia semenjak itu (dan) tidak berkata apa-apa lagi," katanya.

Abdullah bercakap kepada wartawan selepas merasmikan Forum Perlancongan Dunia Islam di Kuala Lumpur pagi ini.

No comments:

Blog Archive