Friday, July 15, 2011

Post Himpunan Bersih: Panel Khas siasat kes Hospital Tung Shin

Akibat dakwaan yang bercanggah semasa Himpunan Haram Bersih 9 Julai didepan Hospital Tung Shin, Kementerian Kesehatan menubuhkan Panel Khas untuk menyiasat kes tersebut.

Sehari selepas Himpunan Haram yang didalangi pembangkang itu berakhir, Ahli Lembaga Hospital telah menafikan bahawa Hospital tersebut telah dibidik dengan gas pemedih mata semasa menyuraikan penunjuk perasaan yang berkumpul di depan Hospital tersebut.

Hospital Tung Shin adalah satu daripada Hospital yang terletak berhampiran Jalan Pudu, dijadikan lokasi perhimpunan Haram pada Sabtu lalu.

Ekoran penafian oleh lembaga pengarah Hospital tersebut, maka para pemimpin Pembangkang bertindak balas berasasan foto-foto yang sengaja dirakam oleh pihak mereka, seolah-olah Hospital tersebut dibidik dengan gas pemedih mata. Melalui rakaman dari sudut menghalah ke Hospital (gambar), maka seolah-olah gas dibidik ke perkarangan hospital.

Polis memberitahu, bahawa pasukannya hanya membidik pancutan air kepada para demonstran, untuk menyuraikan mereka, bukan seperti dakwaan para pemimpin Pembangang.

Yang mengeruhkan lagi suasana adalah pengakuan 11 doktor hospital tersebut, kononnya pihak polis membidik Gas pemedih mata ke perkarangan Hospital.

Disebabkan laporan yang bercanggah tersebut, maka adalah tepat Tindakan Kementerian Kesehatan menubuhkan Panel Khas menyisat kejadian tersebut.

No comments:

Blog Archive