Friday, July 22, 2011

Najib gempur kawasan Pembangkang

Najib, yang baru tiga jam pulang ke tanah air daripada lawatan lapan hari ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali, turut menyatakan rasa bangga dengan kehadiran ramai tetamu pada majlis hari ini di Subang-kawasan Pembangkang, walaupun notis majlis dibuat dalam tempoh terhad dan berharap semangat itu dapat diterjemahkan ketika pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak tahu apa kesimpulan daripada kehadiran yang begini meriah, sama ada ini petanda baik ataupun tidak, sama-samalah kita tunggu.

"Saya berbangga sokongan mereka yang hadir dalam majlis ini, mudah-mudahan sokongan ini dapat diterjemahkan bila sampai ke masanya tetapi jangan tanya saya bila masanya itu," kata Perdana Menteri.

Sebelum itu, Najib tiba seawal jam 1.30 petang untuk solat Jumaat dan makan tengah hari bersama penduduk setempat.

Menariknya, tanpa layanan istimewa, Najib sendiri dilihat menyeduk makanannya daripada tempat buffet untuk orang ramai.

No comments:

Blog Archive