Tuesday, July 05, 2011

Inkues Sarbini: Kenapa Ahmad Sarbini cuba keluar tingkap?

Apa penyebab mangai cuba keluar melalui tingkap? Satu persoalan yang perlu dicari penyebabnya.

Hanya dalam keadaan terdesak, seseorang akan berusaha lari menyelamatkan diri melalui cara demikian.

Apa kah yang berlaku semasa kejadian? Apa kah Ahmad Sarbini diugut?

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.

Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Koroner Aizatul Akmal Maharani, yang mendengar prosiding itu, dijadual melawat ke tempat kejadian di bangunan SPRM, Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 10 pagi hari ini.

No comments:

Blog Archive