Monday, June 06, 2011

Tiada apa yang istimewa pada SAF kepimpinan PAS

Siapa yang baru dalam SAF kepimpinan PAS? Mat Sabu-berpuluh tahun sebagai ahli dan pemimpin PAS, cuma baru kali ini menang Timbalan Presiden. Hussam Musa, merupakan mantan Naib Presiden, sebelum mahu upgrade jawatan pada tahun 2009, namun kalah dalam pertandingan tiga penjuru.

Pada muktamar Pas ke 57 yang baru sahaja selesai, seramai 1059 perwakilan pusat mengundi untuk jawatan CWC-termasuk jawatan Timbalan Presiden.

Daripada jumlah itu, Mat Sabu mendapat undi 420 atau 39.66%, manakala Tuan Ibrahim Tuan Man hanya kurang 22 undi untuk menang dengan majoriti 1 undi. Tuan ibrahim mendapat 399 undi atau 37.68%, manakalah Ustaz Nasharudin Mat Isa, mendapat 240 undi, tempat tersorot sebagai Timbalan Presiden yang mempertahankan jawatan. Ustaz Nasha, memegang Jawatan Timbalan sejak tahun 2005. Jika jumlah undi yang diperolehi Tuan Ibrahim dan Ustaz Nasha dijumlahkan, maka jumlah itu mewakili 60.34% undi, lebih separuh daripada perwaklian. Ini bermakna, Mat Sabu tidak mewakili aspirasi perwakilian Pas.

Barisan kepimpinan Pas kali ini, nampak cantik diluaran, seperti wanita yang mukanya penuh jerawat, namun kerana make-up tebal, maka pipi gadis itu nampak halus dan cantik.

Bagi penyokong dan ahli Pas, mungkin Saf baru itu, satu pembaharuan, namun bagi rakyat jelata, pemimpin-pemimpin Pas itu, yang itu-itu juga, tiada satupun merupakan pemimpin kejutan, atau pemimpin agent perubahan atau transformasi.

Yang cantiknya terhadap kepimpinan baru Pas, adalah terkumpul pemimpin yang bermasalah moral. Mat Sabu terlibat khalwat dengan isteri orang, Salahuddin Ayob, ada gondek di Rawang, sehingga terkenal dengan jolokkan Din Puduraya. Hussam, terlibat dengan pemberian sejumlah wang kepada seorang blogger untuk menjantuhkan Tun Abdullah Badawi.

Kini, kononnya melalui saf baru Pas yang dimake-up itu, pas bakal mendekati mengganti UMNO sebagai parti tunggak dalam negara, satu harapan yang menggunung daripada perwakilan Pas yang itu-itu juga setiap muktamar.

Pas sebenarnya tidak berpijak di bumi nyata, buktinya di PRN Sarawak, PRK Merlimau dan PRK Kerdau, kempauan PAS tidak menyerlah-sedangkan SAF baru Pas yang baru sahaja dipilih merupakan penggerak kempen pada pilihanraya tersebut.

Tuan Ibrahim di PRK Kerdau, PAS kalah teruk, Salahuddin Di PRK Tenang juga kalah teruk, Datuk Halim Abdul Rahman di Merlimau, juga kalah teruk, Ketua Pemuda Salahuddin Hassan Tantawi di PRN Sarawak-juga kalah teruk. Namun yang cantiknya, semakin Pas berkempen, DAP yang mendapat habuan, calon DAP yang menang besar. Ertinya, Saf baru Pas ini juga akan membantu calon-calon DAP untuk menang, terutama di kawasan-kawasan yang marjinal.

Jika dilihat kawasan-kawasan yang marjinal di seluruh negara, ada 45 kawasan parlimen termasuk di Sabah dan Sarawak yang boleh dimenangi DAP atas bantuan Pas dan PKR. Sedangkan, jumlah kawasan parlimen yang boleh dimenangi Pas, hanya terbantut pada jumlah 23 parlimen. Sementara PKR, mungkin akan mempertahan jumlah kerusi yang dimenanginya pada PRU-12 lalu, yakni 31 kerusi parlimen. Berasaskan unjuran itu, Pas bukanlah parti tunggak dalam politik negara, melainkan DAP. To the worst pada UBN dan to the best Pakatan-pakatan akan mendapat jumlah kerusi antara 90-100, belum cukup menubuhkan kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.

Bagi AYT, apapun kelibat Pas, tidak akan mampu menggantikan UMNO sebagai parti tunggak dalam negara.

No comments:

Blog Archive