Tuesday, June 07, 2011

Persepsi kenaikan harga barang dan akibatnya

Bagi yang berpendapatan lumayan, kenaikan harga barang tidak sangat menganggu perjalanan hidup harian mereka, namun mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, kenaikan harga barangan sangat terasa sekali.

Pendapatan RM2,000 atau kurang sebulan dengan bilangan keluarga antara 5-6, dan anak-anak masih bersekolah, adalah golongan yang sangat terpukul dengan fenomena kenaikkan harga.

Data statistik yang ada pada AYT, pendapatan perkapita adalah RM23,000 setahun atau purata RM1,900 sebulan. Dengan mengambil kira jumlah penduduk negara seramai 27 juta orang dengan taburan berpendapatan dibawah pendapatan perkapita mewakili 65 peratus daripada jumlah penduduk, maka jumlah mereka yang terpukul akibat kenaikan harga berjumlah 17.55 juta orang.

Data statistik menunjukkan, 19 juta penduduk negara ini mendiami perkampungan dan spra bandar. Data juga menunjukkan, bahawa pendapatan perkapita penduduk yang mendiami perkampungan dan spra bandar ada lah di bawah pendapatan perkapita negara.

Jika di lihat daripada sudut politik, kerajaan yang memerintah yakni UBN, penduduk luar bandar tersebutlah merupakan bank votes setiap pilihanraya. Dengan kenaikan harga barang yang sukar terkawal dewasa ini, maka telah timbul persepsi, bahawa kerajaan yang ada tidak mampu lagi membela nasib rakyat luar bandar.

Persoalannya kini, apa kah fenomena kenaikan harga barang yang sukar dikawal itu, boleh menjejaskan sokongan rakyat majoriti terhadap kerajaan UBN?

Pilihanraya umum diambang pintu, ramai yang berspekulasi bahawa PRU-13 akan diadakan tahun ini, atau sekurang-kurangnya pada suku pertama tahun 2012; walaupun mandat yang ada pada kerajaan pusat yang dikuasai UBN akan berkahir pada Mac, 2013.

Jangan lupa, persepsi merupakan pembunuh yang zalim dalam dunia politik; rakyat memangkah biasanya berdasarkan persepsi.

Pihak pembangkang, ketika ini saban hari meniup isu, bahawa kerajaan UBN, tidak mampu lagi membela rakyat majoriti yang berpendapatan di bawah pendapatan perkapita negara, sebaliknya, kerajaan sekarang ini, tertumpu kepada bail-out kepada segelintir penguasaha yang sememangnya sudah menikmati kehidupan sejak puluhan tahun lalu.

Pembangunan Luar Bandar kini, tertumpu kepada pembangunan infrastruktur, seperti jalanraya, bekalan air bersih dan perumahan rakyat serta litik masuk kampung; dimana projek-projek itu sangat lambat memberi sumbangan kepada pendapatan perkapita penduduk.

Seharusnya pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar, untuk masa ini, memberikan insentif kepada setiap penduduk di luar bandar, memajukan diri sendiri apakah mengusahakan tanah-tanah terbiar.

Dengan memberikan insentif dalam bentuk hard cash kepada penduduk luar bandar, misalnya setiap penduduk yang berumur 18 tahun ke atas yang tinggal di luar bandar diberikan saguhati RM500 sebulan, yang jumlahnya boleh mencecah (ambil angka 10 juta penduduk), jumlah wang beredar di kawasan luar bandar berjumlah 5billion sebulan atau 60 billion setahun. Bayangkan multi effect kepada perederan wang tersebut? di kawasan luar bandar? Dalam segi ekonomi, injeksi RM1 dalam perekonomian, akan mempunyai multiple effect rm5 untuk sesuatu masa.Ini bererti, injeksi RM60 biliion setahun di pedesaan atau luar bandar, akan ada pengaruh ekonomi RM300 bilion setahun.

Jumlah RM300 bilion hampir sama dengan jumlah devisa negara, yang boleh menampung perbelanjaan tertangguh negara untuk 6 bulan.

Bagi AYT, selagi kerajaan tidak mengambil tindakan yang agresif terhadap rakyatnya yang berpendapatan di bawah pendapatan perkapita negara, selagi itu, isu subsidi akan terus menghantui perekonomian negara.

Menghentam skim subsidi seperti pendekatan PEMANDU sekarang ini, tidak akan sampai ke mana, hanya berakbit kepada kemarahan rakyat biasa.

Apabila rakyat marah, bukan sahaja Idris Jala kehilangan kerja, malah kerajaan UBN juga akan kecundang. Fikir-fikirkan lah.

No comments:

Blog Archive