Tuesday, June 07, 2011

Muktamar Pas ke-57: Pemenang sebanar adalah Karpal Singh: Tun M

Pas memerlukan masa 57 kali muktamar, untuk menemukan apa itu negara Kebajikan. Sedangkan Umno telah melaksanakannya sejak lebih lima puluh tahun lalu.

Pada Muktamar Pas yang ke 57 yang baru sahaja berakhir hujung minggu lalu, telah menukar prinsip parti itu, daripada menubuhkan negara islam kepada negara kebajikan.

Dalam pemilihan itu, pemimpin Pas yang berkopiah putih telah kalah teruk dan kini para pemenang adalah yang berkopiah hitam, yang condong kepada kepimpinan Anwar Ibrahim.

Sementara itu, entri Tun Mahathir pada blognya hari ini, mantan Perdana Menteri itu menulis, bahawa pemenang dalam pemilihan Pas pada Muktmar itu, sebenarnya bukanpun ahli Pas, akan tetapi Karpal Singh.

Menurut Tun Mahathir, Karpal Singh tidak perlu mati, agar mayatnya dilangkah oleh Pas, kerana tujuan Pengerusi DAP itu telahpun tercapai. Malah, Tun M mengucapkan tahniah kepada Karpal Singh atas kejayaannya itu.

Lanjut Tun dalam blognya, kini Pas tiada sebarang perbincangan yang kita dengar untuk mengubah asas perjuangan Pas, namun dengan mudah berubah; penyebabnya kata Tun M, adalah untuk menhalalkan kerjasama Pas dan DAP dalam Pakatan. Selain itu, Pas tidak sanggup berhujah dengan Karpal Singh.

Dalam perkembangan lain, AMT Umno Nazri Aziz berkata, Pas kini telah menjadi sebuah parti "UMNO-Palsu". Dengan perubahan itu, menurut Nazri, telah memberi laluan mudah kepada Umno menghadapinya, kerana Umno mempunyai rekod yang baik selama lebih 50 tahun.

Nazri malah khuatir, jika Pas masih pada perjuangan asalnya, Umno akan melalui laluan sukar dalam Pilihanraya, kerana ada rakyat percaya, bahawa apa yang diperjuangkan Pas itu betul.

Kini, selepas Pas, tidak lagi memperjuangkan negara islam, sebaliknya mahu menjadi alternatif kepada Umno, kerana kedua-dua parti itu berjuang untuk negara kebajikan.

Rakyat kini, terbuka dalam membuat pilihan, parti yang ada rekod kah atau parti yang masih dalam retorik.

No comments:

Blog Archive