Monday, June 13, 2011

Kes rasuah Khir Toyo: Saya tiada pilihan: Shamsudin Haryoni

Saya tiada pilihan: Pertama ketika mantan MB itu meminta saya membeli hartanah itu. Kedua, apabila beliau mahu membelinya pada harga RM3.5 juta.

Berikutan keterangan saksi utama SPRM yang hanya bersifat hearsay- peguambela Khir Athimulan-mahu mencabar kredibilti saksi itu dengan memohon pihak pendakwaan memberi rakaman percakapan Shamsuddin kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mereka dapat membuat semakan terhadap keterangan saksi.

Minggu lepas-Shamsuddin teragak-agak menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya-sehingga perbicaraan terpaksa ditangguhkan.

Keterangan saksi-kebanyakkannya bersifat "rekaan" kerana saksi itu tidak dapat menunjukkan fakta bertulis sehingga proses jual beli antaranya dengan Khir Toyo.

Dr Khir yang menjawat jawatan menteri besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika disabit kesalahan.

Dr Khir didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada Ditamas.

Bekas menteri besar Selangor itu didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas melalui Shamsuddin.

Hartanah tersebut diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta daripada Saiful.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai menteri besar Selangor pada ketika itu.

Shamsuddin pula didakwa bersuhabat dengan beliau untuk melakukan kesalahan tersebut di tempat dan masa yang sama.

Bagaimanapun, Isnin lalu pihak pendakwa telah menggugurkan tuduhan ke atas Shamsuddin.

Dr Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

No comments:

Blog Archive