Sunday, June 12, 2011

Kejadian AMOK Di Sabah

Dua hari berturut-turut telah berlaku amok di Sabah. Pada jumaat seorang mekanik warga Indonesia dipotong lehernya oleh seorang warga Filipina di sebuah bengkel membaiki kereta di kawasan Penampang Sabah.

Semalam dilaporkan seorang kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebetulan anak kepada pegawai khas ADUN Sukau, Sandakan juga mati akibat ditikam oleh seorang jiran berumur 25 tahun.

Dikatakan jiran yang tinggal diatas rumah teres milik MPS itu, geram dan berang apabila kanak-kanak itu membuat bising di dalam rumah mereka yang terletak di tingkat bawah bagunan yang sama.

Amok ada kaitan dengan tekanan hidup atau masalah-masalah lain yang biasanya berkaitan dengan keluarga atau keadaan sekeliling.

Apakah puncak amok ini? apa kah ada kaitan dengan tekanan hidup? sehingga emosi sukar dikawal lagi?.

No comments:

Blog Archive