Friday, June 10, 2011

Benarkah PEKIDA itu-pertubuhan Gangster?

Menarik apabila NGO itu berasa tersinggung, kerana Filem KL Gangster dan Kongsi terbitan Skop Production-syarikat perfileman milik Pengarah, Pelakon terkenal Datuk Yusof Haslam.

PEKIDA dalam satu kenyataannya, mengaku bahawa Filem arahan anak Yusof, Syamsul itu, telah membongkar banyak kata-kata rahsia, yang digunapakai oleh kumpulan tersebut.

Benarkah Pekida satu kumpulan gangster? jika bukan, mengapa perlu terkilan dan tersinggung?

Berhubung dakwaan Pekida itu, Yusof menjelasakan filem terbitan syarikat produksinya sebenarnya tiada kaiatan dengan sebarang aktiviti mana-mana pertubuhan; cerita dalam filem tersebut hanya merupakan rekaan dan bertujuan untuk hiburan.

Namun, jika kebetulan bahawa kata-kata rahsia yang digunapakai dalam filem tersebut, juga merupakan kata-kata rahsia Pekida, perkara itu disifatkan amat malang sekali, kerana kata-kata dalam filem tersebut diperolehi melalui kajian yang mendalam mengenai aktiviti gangster di berbagai negara.

Pekida berhasrat untuk menyaman penerbit dan pengarah dua filem berkenaan kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Pertubuhan itu akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie, Jumaat (hari ini) bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem-filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.

No comments:

Blog Archive