Tuesday, June 07, 2011

Benarkah lawatan PM ke Kazakshstan kerana urusan merisik?

Benarkah lawatan Perdana Menteri ke Kazakhstan kerana urusan merisik? Jika tidak benar, maka pihak penyebar fitnah itu, perlu diambil tindakan kerana boleh merosakan imej Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad mendakwa bahawa lawatan DS Najib dan Datin Rosmah Mansor ke Astana, kerana urusan perkahwinan anak perempuan mereka Nooryana Najwa dengan anak pembesar negara bekas Uni soviet itu.

Dzulkefly menambah lagi, ini bukan pertama bagi DS Najib dan Rosmah, kerana menurutnya semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Geprgetown, Washington, Amerika beliau dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

Menurut pemimpin PAS itu, tidak menjadi kesalahan bagi perdana menteri merisik perkahwinan anaknya di Kazakhstan tetapi Najib sepatutnya mengambil cuti rasmi dan tidak membelanjakan dana awam.

Inilah masalahnya dengan pemimpin Pembangkang, senantiasa menabur fitnah, sedangkan Datuk Seri Najib pergi ke Kazakhtan kerana menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam Ke 7 (WIEF) yang berlangsung di Astana dari 7-9 Jun 2011.

Pengumuman Kazakhtan sebagai tuan rumah Forum WIEF ke 7 telah diumumkan oleh Tun Musa Hitam pada tahun 2010. Forum yang ke 6 telah berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun lepas.

No comments:

Blog Archive