Sunday, June 12, 2011

Anwar jadikan isu seksnya bahan jenaka

Anwar kini tidak lagi tersinggung dengan pendedahan video seksnya, malah Ketua Umum PKR itu menjadikannya sebagai bahan lawak.

Pada mulanya memang, Anwar merasa gusar dengan pelakuan seks songksangnya, namun bagi penyokong dan pemimpin Pembangkang, semuanya itu adalah urusan pribadi Anwar.

Sebelum ini ada persepsi dengan terbongkarnya salah laku seks Anwar, maka para penyokongnya akan meninggalkannya, namun sangkaan itu tidak berlaku.

Penyebabnya, apa pun persepsi terhadap Anwar atau apa sahaja yang dia lakukan, maka para penyokongnya tidak akan meninggalkannya. Penyokong Anwar adalah penyokong tegar, jika bukanpun Anwar sebagai Ketua Pembangkang, mereka tetap menjadi pembangkang.

Jika sekiranya isu salah laku Anwar ada pengaruh terhadap salah laku seksnya, maka semasa PRK Permatang Pauh sejurus PRU-12 selesai, maka pertambahan undi tidak akan berlaku, kerana pada masa itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan pembantu pribadi Anwar telah bersumpah laknat; bahawa dia diliwat oleh Anwar.

Rupanya para penyokong dan pengikut Anwar, telah menerima tabiat seks Anwar-dan menganggapnya sebagai masalah pribadi.

AYT merasakan bahawa alternatif baru perlu dicari dan tidak lagi berfokus kepada masalah seks songsang Anwar, kerana apapun kebenaran mengenainya, para penyokong dan pengikutnya tidak akan berpaling tadah kerana isu itu.

Kini, isu seks Anwar malah dijadikan bahan jenaka.. sehinggakan mereka mencipta slogan, Pakatan ada Buku Jingga, Umno ada seks,seks,seks. Mereka menyalahkan Umno, kerana menyibarkan kegemaran Anwar, sedangkan para pengikut dan penyokongnya telah menerima kegemaran itu sebagai perkara biasa.

Kegemaran Anwar itu bukan sahaja diterima sebagai perkara biasa oleh pengikut dan penyokong Anwar, malah pemimpin Pas; rakan PKR dalam Pakatan juga telah menerima perlakuan songsang Anwar. Malah Presiden Pas sendiri berkata, bahawa apa sahaja rakaman seks yang melibatkan Anwar, hanya merupakan besi-besi mati, kerana menurutnya dalam islam, mesti ada 4 saksi lelaki yang warak yang menyaksikan kejadian itu-barulah tuduhan itu dikatakan sahih.

Pelakuan seks yang tidak halal bukan lagi menjadi masalah utama di negara ini, buktinya Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek, sebelum dipilih sebagai Presiden MCA-juga telibat dengan video seks. Bezanya-Chua mengaku terus terang, bahawa memang beliau melakukan perkara itu.

Berlainan dengan Anwar, walaupun berbagai bukti dan fakta yang mengarah kepadanya bahawa pelaku seks dalam video yang didedah Datuk T adalah dirinya, namun sehingga kini, dia menyangkalnya. Demikian juga kes sodomi II, walaupun berbagai fakta dan bukti, bahawa dia meliwat Saiful, namun berbagai helah dia gunakan, untuk mengelak perlakuan itu. Ini lah bezanya antara Chua Soi Lek dan Anwar Ibrahim.

No comments:

Blog Archive