Friday, December 31, 2010

Perlantikan SUK Selangor: Pakatan benar-benar takut bayang-bayang

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan persekutuan cuba membubarkan DUN Selangor melalui pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK).

Khalid berkata, Khusrin yang merupakan bekas setiausaha sulit kepada menteri besar sebelum ini Tan Sri Muhammad Mohd Taib, terhutang budi kepada perdana menteri Datuk Seri Datuk Najib Razak dan bukannya kepada negeri itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya, Beliau mendakwa, Najib pula berniat untuk mewujudkan kekacauan di negeri itu dan memaksa pembubaran DUN.

Kebimbangan yang disuarakan Khalid itu timbul berikutan desas-desus berhubung langkah Selangor dan negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat untuk tidak membubarkan DUN sekiranya Najib mahu mengadakan pilihan raya mengejut. 

Khalid juga mendakwa SUK negeri Perak sebelum ini memainkan peranan utama dalam menumbangkan pentadbiran Pakatan di negeri itu pada awal 2009.

Beliau bimbang keadaan sama akan berlaku di Selangor ekoran pelantikan Khusrin ke jawatan tersebut memandangkan bekas pengarah Jabatan Agama Islam itu lemah dari segi kelayakan.

Khalid turut mendakwa, Khusrin dilantik ke jawatan itu untuk mewujudkan masalah kepada pentadbiran negeri.

Thursday, December 30, 2010

Keputusan pemilihan MTUC; Petanda PKR dihujung jalan

Mohd Khalid Atan dipilih sebagai presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) setelah mengalahkan penyandang jawatan itu Syed Shahir Syed Mohamud. Khalid dikatakan cenderung kepada pentadbiraan Datuk Seri Najib Razak.

Khalid (gambar) mendapat 255 undi manakala bekas bosnya Syed Shahir Syed Mohamud-Ketua Cabang PKR Kelana Jaya mendapat 213 undi.

Sementara regu Khalid, Abdul Halim Mansur juga memenangi kerusi setiausaha agung, mengalahkan regu Syed Shahir, Abdullah Sani Abdul Hamid dan J Solomon.

Abdul Halim mendapat 188 undi manakala Abdullah dan Solomon masing-masing 165 dan 117 undi. Sebanyak 479 dikira hari ini.

Kedua-dua Syed Shahir dan Abdullah Sani merupakan anggota PKR. Syed Shahir merupakan anggota majlis pimpinan pusat manakala Abdullah Sani merupakan anggota parlimen Kuala Langat.

Selepas menerajui MTUC selama dua penggal, Syed Shahir berdepan kritikan kerana membawa pengaruh pembangkang dalam MTUC, menyebabkan ia semakin dijauhi oleh kerajaan pusat.

Undi Pos bukan penentu dalam Pilihanraya: Pengerusi SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang untuk melaksanakan 'undi awal' menggantikan sistem undi pos pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) berkata, SPR sedang mengkaji cadangan penambahbaikan undi pos sedia ada yang kini masih dalam perbincangan dan di peringkat awal.

"SPR mendapati sistem undi pos digunapakai terlalu rigid (ketat) sampai ada tiga sampul dan satu borang perlu diisi oleh pengundi," katanya menjawab soalan ahli parlimen Batu, Tian Chua semasa ditemuramah dalam program Bicara Rakyat bersama SPR di TV1, malam tadi.

Pada pilihan raya kecil DUN Batu Sapi dianggarkan 150 undi pos terpaksa ditolak, katanya merujuk jumlah undi pos yang rosak.

Tian Chua yang juga naib presiden PKR antara penonton yang hadir dalam program itu.

Menurutnya, dijangkakan penambahbaikan sistem undi awal itu memudahkan anggota tentera dan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) mengundi.

SPR akan memperluaskan kepada pengamal media yang bertugas pada pilihan raya itu, ujarnya.

Abd Aziz bagaimanapun menafikan dakwaan wujudnya sistem undi pos tidak telus di sesetengah kawasan.

"Berdasarkan rekod SPR lalu, undi pos tak semestinya satu-satu parti itu menang.

"Ia (dakwaan) tidak benar sama sekali, ini kerana faktor kemenangan bergantung kepada sentimen rakyat di kawasan itu," ujarnya lagi.

Anwar Runs PKR Lika A Communist Party- N.Gobalakrishnan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim runs Parti Keadilan Rakyat like a communist party, said the member of parliament for Padang Serai N. Gobalakrishnan who has been a staunch supporter of the PKR de facto leader.

“I have been a diehard Anwar supporter for the past 12 years and never spoke negatively of the party. Thus, if I am speaking like this then that means there is a problem.”

The exasperated Gobala, as he is known, revealed to the New Straits Times yesterday the extent of Anwar’s stranglehold on the party.

Freedom of speech not allowed?

“There’s a lot of frustration in the party but there is a gag order, you cannot say anything, you cannot talk. Even within the party we are not allowed to talk.

“So what is the use of being a member of the party?”

Gobalakrishnan, formerly a party vice-president, said members were not allowed to talk to the press, and barred from issuing press statements against any party leaders.

Anwar practices cronyism to the max?

He remains Kulim division chief, but exercises no real power.

“Anwar’s men there will dish out the appointment of councillors as he has his own inner circle in Kedah and purposely selects people who work against me.

“This happens not only in my division but almost in all the divisions in the country he (Anwar) does this.”

Anwar is a dictator?

He added that there was also talk of Anwar forcing Pas and DAP leaders, being allies of PKR in Pakatan Rakyat, to accept his nominees.

Gobalakrishnan said Anwar was a self-centred person who only cared for himself and those close to him.

“He has an inner circle which includes his friends and (Mohamed) Azmin (Ali) and that is it,” said Gobalakrishnan.

Anwar marginalized the Indian?

He had repeatedly urged the party to address several Indian issues including the reopening of the Hindu Sivan Temple in Bukit Gasing as well as the poor estate workers in the Coalfields Estate.

“Every time I raise these issues, Anwar will get angry and challenge me to leave the party and I will say no, I am not going to leave and so, finally, I end up getting fed up with Anwar.”

Gobalakrishnan said Anwar never cared about the Indians in PKR even though it was touted as a multi-racial party.

“What has Anwar done for the Indians all these years? He has always been dividing the Indians and making sure we are not strong and united.

“What the British did to the Indians with their divide and rule policy is exactly what Anwar is doing in PKR today.”

He added that Anwar was more accommodating of the other races in the party.

“He maintains the old and senior Malay leaders in the party, he wants the Malays to be strong in the party. The Chinese, he makes sure he appoints a credible Chinese politician as vice-president. But when it comes to the Indians he wants to make sure they are weak and this is Anwar’s style,” he said.

Anwar practices favoritism?

“There are many capable Indian leaders who have been in the party for 10 to 12 years but why must (Anwar) appoint somebody new.”

Justifying his outburst at Anwar on Twitter earlier this week, Gobalakrishnan said he was seeking justice and wanted Anwar to rescind the appointment of N. Surendran as a vice-president.

“I don’t want any position for myself and I don’t want to be appointed to any post. They can appoint another Indian representative who has been a member of the party.”

He said PKR’s political bureau or disciplinary committee had yet to summon him.

“I hope they call me. I have sent a text message to party president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail a few days ago but have yet to get a reply.

Wan Azizah is a tunggul kayu?

“But I believe she cannot do anything,” he said .

“I will maintain my position and I will fight within Keadilan. I will make sure I get justice.

“Anwar said Parliament did not give him justice in the Apco case by not hearing him, so PKR better hear me and make my case transparent and public. sumber disini”

Pemberian projek tidak ikut peraturan-Punca Mahfuz letak jawatan

Pemberian projek tidak mengikut peraturan oleh kedah Sato Sdn Bhd-menyebabkan Pengerusinya Mahfuz Omar letak jawatan.

Walaupun perletakkan jawatan itu dinafikan oleh Menteri Besar Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Kedah Sato sdn Bhd adalah anak syrikat Bina Darulaman Berhad (BDB) syarikat di bawah kerajaan negeri Kedah.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata-beliau melepaskan jawatan Pengerusi dengan serta-merta.

Surat peletakan jawatan Mahfuz telah diserahkan kepada pihak pengurusan Kedah Sato minggu lalu.

Mahfuz juga mengatakan bahawa beliau tidak perlu mendedahkan sebab perletakan jawatannya,kerana telah diuraikan melalui surat perletakkan jawatannya.

Piala Suzuk AFF 2010: Setelah 14 tahun-Malaysia Juara akhirnya

Walaupun skuad Harimau kalah di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, namun Malaysia tetap juara.

Malaysia menang dengan agregat 4-2, kerana pada Ahad lalu di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur, Malaysia menang dengan 3 gol tanpa balas.

Setelah penantian selama 14 tahun, akhirnya Malaysia mengecapi kemenangan. Pada tahun 1996, Malaysia pernah masuk ke perlawanan akhir (dahulunya dikenali dengan Tiger Cup), namun tewas 1-0 kepada Thailand.

Sebelum ini, semasa perlawanan di Bukit Jalil, media Indonesia mendakwa bahawa kekalahan skuad garuda mereka, disebabkan gangguan sinar laser yang kononnya diarahkan terus ke mata penjaga gol negara jiran itu-Marcus.

Pada perlawanan semalam, stadium Bung Karno, dipenuhi oleh penyokong Garuda-Indonesia, tanpa penyokong Malaysia. Salah satu penyokong Garuda Indonesia adalah celeberiti mereka yang seksi-Julia Perez.

Sebelum ini, Julia mengatakan akan menggunakan "Gunung Kembar"nya untuk membuta mata para pemain Malaysia. Namun, semasa perlawanan semalam, sebenarnya Malaysia lebih menguasai permainan, kerana mendahului jaringanpada m-53, sebelum Indonesia dapat membalas jaringan pada minit-minit akhir.

Disebabkan kemenangan Malaysia itu- esok diistiharkan sebagai cuti umum oleh Perdana Menteri-Datuk Seri Najib Razak.

Tahniah kepada para pemain, pengurusan, Jurulatih dan para penyokong skuad Harimau Malaysia.

Wednesday, December 29, 2010

Dakwaan Nizar Jamaluddin bahawa perlantikan SUK Baru Selangor pertanda rampasan kuasa di Selangor: MERUPAKAN HASUTAN YANG BAHAYA

Nampaknya kemelut perlantikan SUK baru Selangor terus berpanjangan. Pertama; Sultan Selangor sedang bercuti-atas sebab itu hasrat menteri Besar Selangor untuk menghadap telah ditunda pada tahun depan. Kedua, awal-awal lagi kerajaan pakatan Selangor telah menolak perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi mantan pengarah JAIS. Ketiga, menurut Khalid kerajaan Pakatan Selangor mempunyai calon tersendiri.

Dalam undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, tidak termaktub, bahawa perlantikkan SUK mesti syorkan dan dipersetujui oleh Menteri Besar, sebaliknya perlantikan SUK adalah bidang kuasa KSN dan hanya perlu perkenaan Sultan.

Kemelut apa kah yang menyebabkan Khusrin tidak diterima kerajaan Pakatan? sehingga awal-awal lagi integritinya sebagai penjawat awam dipersoal. Penjawat awam mempunyai peraturan sendiri yang perlu dipatuhi. Penjawat awam mesti berkerja dengan Government of the day. Dalam perkara ini, Mohd khusrin berketuakan Khalid Ibrahim diperingkat negeri dan berketuakan Tan Sri Sidek Hassan di peringkat Persekutuan. Malangnya, belumpun mantan pengarah JAIS itu memulakan tugas, bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepadanya.

Tidak terlepas tuduhan mantan menteri besar Perak, Nizar Jamaluddin, yang mengatakan, jika Mohd khusrin dibenarkan bertugas sebagai SUK Selangor yang baru, maka Datuk Seri Najib akan melakukan rampasan kuasa.

Kenyataan Nizar tersebut merupakan Hasutan yang sangat bahaya. Selain ianya berunsur penghinaan kepada perkenaan Sultan Selangor terhadap perlantikan Datuk Mohd Khusrin, ia juga membawa kepada unsur fitnah kepada Perdana Menteri.

Pihak yang berwajib perlu mengmabil tindakan wajar terhadap kenyataan Nizar itu.

Dalam perkembangan yang sama- Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, perlantikan Datuk Mohd Khusrin adalah muktamad, bertentengan dengan kenyataan pejabat MB Selangor, yang mengatakan perlantikan itu belum muktamad.

Tuesday, December 28, 2010

Siapa Kata Anwar ADIL?

KALAU Anwar adil, tak kan beberapa wakil rakyat daripada PKR keluar daripada parti itu.

Kalau Anwar adil, tak kan peguam belanya sendiri Zukifli Noordin terpaksa dipecat daripada PKR kerana mengritik parti itu.

Kalau Anwar adil, tak kan Zaid ibrahim menarik diri daripada pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR dan seterusnya keluar daripada parti isteri Anwar itu.

Kini, tidak adilnya Anwar didedahkan pula oleh wakil rakyat PKR daripada Padang Serai- N Gobalakrishnan.

Gobala tanpa berselindung lagi, telah menamakan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca sebenar ketidakadilan yang didakwa berlaku di dalam parti itu.

Malah Gobalakrishnan diarah tutup oleh seseorang yang "bukan" ahli PKR namun dilantik sebagai Naib Presiden PKR- Surendran.

Surendran adalah peguam hak asasi manusia yang sebelum ini dinamkan oleh blogger RPK sebagai calon Third Force untuk PRU-13 akan datang.

Gobalakrishnan yang menganggotai parti itu sejak lebih 11 tahun lalu juga berkata, beliau telah banyak berkorban untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan beliau tidak mendapat keuntungan peribadi daripada usahanya itu.

Beliau bagaimanapun tidak dilantik ke jawatan naib presiden pada 18 Disember selepas pemilihan parti berakhir. Sebaliknya, jawatan lantikan bagi kuota masyarakat India itu diisi oleh Surendran.

Gobalakrishnan juga berkata, beliau ingin tahu bagaimana Surendran boleh dilantik ke jawatan itu sedangkan peguam hak asasi itu tidak menganggotai PKR.

"Saya mempertikaikan integritinya apabila dia bercakap mengenai pemilihan PKR. Dia tidak mengundi di (mana-mana) cabang dan dia tidak menganggotai mana-mana mesyuarat agung tahunan cabang (MATC).

"Namanya tidak kelihatan di dalam senarai pengundi cabang Lembah Pantai di mana beliau mendakwa menjadi anggota di situ, atau mana-mana cabang (PKR) di negara ini," katanya lagi.

Piala Suzuki: Tidak masuk akal bagaimana DUKUN boleh ikut campur

Indonesia adalah negara berpenduduk Islam yang terbesar di dunia, namun ulasan akbar Indonesia, bahawa kekalahan pasukan Garuda Indonesia di Stadium Bukit Jalil kepada pasukan bolasepak Harimau Malaysia, dikatakan berpunca daripada dukun yang di import daripada China dan Inda.

Sebelum ini, para pemain Indonesia mendakwa bahawa kekalahan mereka, kerana akibat gangguan sinar laser yang konon digunakan oleh penyokong Malaysia menganggu pemain Garuda Indonesia, terutama penjaga gol mereka-Marcus.

Namun dakwaan itu disangkal sendiri oleh Pelatih negara jiran itu, Alfred Riedl, kerana itu lah para penyokong Indonesia mencari kambing hitam-termasuk kononnya Malaysia menggunakan khidmat DUKUN.

Hebat kah peranan DUKUN itu? Jika sekiranya peranaan DUKUN boleh diambil kira, Malaysia sudah lama jadi Juara Piala Dunia.

Kalau pun mencari punca kekalahan, jangan perkara karut marut di bawa dalam sukan. Dalam sukan, yang penting adalah skill dan mental, bukannya urusan spritual.

Esok perlawan final ke-2, jika Malaysia kalahpun dengan jaringan kurang dari 3-0, maka Malaysia akan menjadi pemenang. Malaysia hanya kalah, kalau kalah 4-0 tanpa balas.

Sepatutnya sukan adalah alat untuk memperat silaturahim antara pemain,dan negara, bukannya sebagai alat untuk mencari permusuhan.

Bermainlah dengan semangat kesukanan yang tinggi, dan bagi pasukan yang benar-benar bersedia daripada segi skill, mental dan fizikal serta taktik yang jitu, maka itu lah menjadi pemenang.

Piala Suzuki: Gunakan sahaja "gunung Kembar" biar mata pemain Malaysia buta: Julia Perez

Aktres seksi Indonesia-Julia Perez (gambar) yang juga dikenali dengan panggilan JUPE berjanji akan mengganggu tumpuan pemain harimau Malaysia dengan "gunung kembarnya".

Aktres Indonesia itu akan mempakai baju belah dada, sehingga menampakkan gunung kembarnya semasa permainan di Jakarta nanti.

Di samping sinar laser yang kemungkinan digunakan oleh penyokong garuda Indonesia, untuk mengganggu pemain Malaysia, Jupe juga akan menampilkan gaya seksinya semasa perlawanan itu.

"Biar buta mata pemain Malaysia" melihat Gunung kembar saya-ujar Jupe.

Harimau Malaysia mendahului Garuda Indonesia dengan jaringan 3-0, hasil keputusan di Stadium Bukit Jalil Ahad lalu.

Hebatnya Karpal Singh di mata Nik Aziz

Nik Aziz mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Karpal Singh, apabila Pengerusi DAP itu mengatakan bahawa DAP tidak menolak islam semasa berucap pada Konvensyen Pakatan di Kepala Batas-Pulau Pinang 18 Disember.

Selanjutnya Nik Aziz berkata bahawa Karpal Singh telah menerima hidayah islam, atas sebab itu "Penentang islam" itu akhirnya menerima islam sebagai satu sistem yang adil untuk semua kaum. Atas sebab itu, islam sesuai dipakai dalam konteks politik Malaysia.

Pas dan Umno adalah parti di negara ini yang mengamalkan sistem islam dalam perjuangannya.

Pas dan Umno sebenarnya serupa pada mulanya, kerana PAS wujud dan ditubuhkan oleh mantan-mantan pemimpin Umno.

Hanya perbezaan hala tuju para pemimpin kedua-dua parti itu, maka hingga kini Pas dan Umno bersaing untuk mendapatkan sokongan kaum melayu yang beragama islam.

Para pemimpin yang tidak sukakan MCA dan MIC dalam perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah keluar Umno dan menubuhkan PAS.

Namun para pemimpin Pas kini dikejar masa terutama pemimpin utamanya Nik Aziz yang telah lanjut usia dan uzur, maka untuk merealisasikan impian membentuk kerajaan Persekutuan, maka terpaksa berkerjasama dengan DAP-musuh utamanya sebelum ini, sebagai KAD terakhir para pemimpinnya.

PAS dan DAP telah mula berjinak-jinak sejak tahun 1990- melalui Barisan Alternatif(BA) pimpinan KULI, dan pada tahun 1999 semasa musim reformasi, namun kerjasama mereka itu belum berkesan.

Pada PRU-12 lalu, sekali lagi mereka berkerjasama-kali ini melalui kerjsama longgar- meletakkan calon ;satu lawan satu terhadap BN. Kerjasama itu, yang kini disebut Pakatan, diuar-uarkan oleh mereka, kononnya sebagai Tsunami politik BN. BN sebenarnya, tidak kalah-hanya kehilangan 2/3 majoriti (BN:137 kerusi, DAP-PKR-PAS:77 kerusi) di dewan rakyat daripada 222 kerusi dewan rakyat.

Memang benar, BN kehilangan lima negeri, kini hanya empat, kerana Perak kembali ke pangkuan BN, namun tiga negeri yang diperintah Pakatan, gabungan itu tidak mempunai 2/3 majoriti-kecuali Kelantan.

Memang benar pada lapan PRK yang disengajakan selepas Pru-12 (kecuali Bukit Gantang, Penanti dan Kuala Terengganu) lalu, semuanya dimenangi pakatan 3 parti itu, namun selepas itu, memontem kemenangan mereka telah tersendat, ber,mula di PRK Bagan Pinang-Negeri Sembilan.

Pada PRK 12 dan 13 baru-baru ini, keduanya dimenangi oleh BN. Pada PRK-14 DUN 5 Tenang Labis Johor yang akan berlangsung pada 30 Januari 2011, akan terlihat sekali lagi apakah kerjasma PAS dan DAP masih ditolak oleh rakyat. Untuk, rekod semua calon Pas yang diketengahkan baik di Bagan Pinang, Galas adalah calon daripada parti PAS.

Monday, December 27, 2010

Apa komen Lim Guan Eng? Dua Pengurus Lembaga Pembangunan Pulau Pinang ditangkap SPRM

Pagi dan Tengah hari tadi dua orang pengurus Lembaga Pembangunan Pulau Pinang ditangkap oleh SPRM kerana ada kaitan dengan rasuah.

Pengarah SPRM Negeri- Datuk Latifah Md Yatim berkata salah seorang yang berumur 44 tahun itu merupakan Ketua Jabatan dan seorang lagi pengurus kanan berumur 53 tahun.

Ketua Jabatan yang ditangkap itu dikatakan berkerja di Seberang Perai dan mempunyai rekod perkhidmatan selama 20 tahun.

Pertuduhan kepada Ketua Jabatan itu melibatkan wang sebanyak RM16,325 yang dilakukan antara tahun 2008-2009. Kejadian itu dikatakan berlaku di Kulim-Kedah. Untuk rekod Kerajaan Kedah telah diambil oleh kerajaan DAP pada Mac 2008, selepas sahaja PRU-12 lalu.

Sementara itu tuduhan kepada pengurus kanan itu adalah tuntutan palsu yang melibatkan jumlah wang RM5,700 dan dilakukannya pada tahun 2008.

Kedua-dua pegawai yang ditahan itu akan dihadapkan ke mahkamh esok.

Agak-agaknya apa komen Lim Guan Eng?

Perlantikan SUK bukan lantikan POLITIK: Khalid Ibrahim tiada hak pertikai

TIDAK akan Ketua Setiausaha negara mengumumkan sesuatu perlantikan pada sesebuah negeri, jika beliau tidak mendapat perkenaan Sultan.

Pengumuman oleh Tan Sri KSU Negara Tan Sri Sidek Hassan, bahawa Pengarah JAIS Selangor Datuk Khusrin Munawi telah dilantik sebagai SUK Selangor berkuat kuasa pada 1 Januari 2011.

Namun,Kerajaan negeri Selangor menegaskan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, yang diumumkan oleh Putrajaya pagi tadi, sebenarnya belum muktamad.

Kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor yang dikeluarkan kira-kira tiga jam selepas pengumuman Ketua Setiausaha Negara berkata, cadangan pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru oleh kerajaan pusat tidak pernah dimaklumkan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Justeru, Menteri Besar telah menghantar surat kepada Sultan Selangor memaklumkan bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

Ini kali pertama kerajaan negeri Selangor berhadapan dengan situasi itu selepas mengambil alih pentadbiran ekoran keputusan pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Pelantikan itu dikhuatiri akan menimbulkan konflik memandangkan Khusrin didakwa lebih cenderung kepada pentadbiran Najib.

Kelantan pimpinan PAS pernah berhadapan dengan situasi sedemikian ketika awal pemerintahan selepas menang pilihan raya umum 1990.

Dalam pada itu, tambah kenyataan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temu duga sejajar dengan nota amalan.

“Panel tersebut telah memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

“Menteri Besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan,” katanya.

Sehubungan itu, jelas kenyataan tersebut, Menteri Besar akan menghadap Sultan Selangor Rabu ini. Dalam satu kenyataan menerusi Bernama pagi tadi, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, Khusrin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuat kuasa 1 Januari.

Khusrin, 54, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember, demikian diumumkan Ketua Setiausaha Negara dalam satu kenyataan hari ini.

Tempat Khusrin di Jabatan Agama Islam Selangor akan diambil alih oleh Pegawai Daerah SabakBernam Marzuki Hussin, 56, juga mulai 1 Januari.

Pelantikan Khusrin dan Marzuki telah mendapat perkenan Sultan Selangor, kata Mohd Sidek lagi.

Sunday, December 26, 2010

Ingat kah tuan-puan krisis kewangan Negara 1997? Angkara Siapa?

Kalau bukan campur tangan Dr Mahathir dengan mengambil alih jawatan Menteri Kewangan pada 1998, sudah pasti negara ini telah muflis.

Masa itu, kadar bunga telah dinaikkan Anwar sehingga 18% setahun. Tempoh bayaran hutang dikurangkan daripada 6 bulan kepada 3 bulan. Akibatnya terlalu banyak individu atau syarikat jatuh tersungkur kerana muflis.

Ingat kah tuan-puan, bahawa tahun itu, Malaysia dikuasai International Monetry Fund (IMF), kerana menurut Presiden Micheal Camdesuss teman baik Anwar, cara menanggani krisis mata wang pada masa itu adalah melalui permainan kadar bunga bank, dan memperpendek tempoh bayaran hutang.

Pengalaman Anwar itu akan digunakan sebaik sahaja Pakatan berjaya merampas kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional.

Pakatan dalam tempoh 100 hari akan melaksana 10 perkara sepertimana janji mereka semasa Konvesyen Pakatan kali-2 di Kepala Batas baru-baru ini.

Antara 10 perkara yang akan dilaksanakan oleh Pakatan dalam 100 hari pemerintahannya adalah membayar tambahan imbuhan gaji kepada guru-guru sebanyak RM500 sebulan. Selain itu, semua leburaya yang bertol akan dijadikan jalanraya persekutuan, yakni tanpa tol.

Jalanraya bertol hanya terdapat di Utara-Selatan Semenanjung dan Jalan Karak menuju Pahang, sedang di negeri-negeri Pantai Timur termasuk Sabah dan Sarawak tidak tersedia jalan bertol.

Satu pertanyaan, siapa kah yang diuntung jika tol digratiskan? sudah tentunya para pengguna yang menggunakan tol untuk mempercepat waktu perjalanan. Sebenarnya, pengguna jalan raya mempunyai alternatif, sama ada menggunakan jalan bertol ataupun tidak, pilihan adalah pada pengguna. Namun, kini, infrastruktur itu di politikkan, sehingga telah menjadi salah satu JANJI Pakatan.

Satu pertanyaan lagi, bagaimana kah para pengguna lain yang mempunyai jalan raya sebaik jalanraya UTARA SELATAN? Apa kah pengguna-pengguna ini dianak tirikan oleh Pakatan? Apa kah istimewanya para pengguna lebuhraya Utara Selatan kepada Pakatan, sehingga diberi keistimewaan? jalan raya yang elok, jimat masa dan selesa, sedangkan rakyat lain seperti di Sabah, Sarawak atau pantai Timur masih menggunakan jalan biasa yang sempit dan belekok.

Terlihat melalui janji 100 hari Pakatan, adalah janji yang sangat terdesak untuk menang pilhanraya. Membuat janji adalah mudah, namun melaksanakannya adalah perkara lain.

Di sini lah dilema kerajaan yang memerintah. Kerajaan tidak boleh membuat janji dengan suka-suka, kerana apabila kerajaan membuat janji, maka janji itu perlu ditunaikan. Namun janji pembangkang, hanya tinggal janji, kerana mereka akan berdalih, KAMI BELUM JADI KERAJAAN.

Namun kini, Pembangkang telah diberi peluang oleh rakyat memerintah Negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Pembangkang menguasai negeri terkaya di Malaysia, yakni Selangor, namun cabaran Tan Sri Muhiyiddin, agar Kerajaan Pakatan Selangor melaksanakan imbuhan RM 500 sebulan kepada guru-guru, tanpa menunggu kejayaan merampas Putrajaya, malah diputar belitkan oleh para pemimpin Pakatan.

Para pemimpin Pakatan berdalih, semua janji (10 Perkara itu) akan dilaksanakan jika Pakatan berjaya bertapak di Putrajaya.

Bagi perkiraan AYT, jika semua janji Pakatan itu ditunaikan, maka akan memerlukan kewangan antara 180-200 bilion setahun. Jadi, di mana kah Pakatan akan mendapat kewangan untuk pembangunan? jawabnya.. mesti pinjam.. pinjam di mana mesti IMF.

Jika ini lah yang diinginkan rakyat yang menyokong Pakatan, maka satu hari nanti, Malaysia akan menjadi pengemis samalah seperti negara-negara Latin, yang hingga kini masih bergelut dengan hutang daripada Tabung kewangan Antarabangsa itu.

Muhiyiddin terperangkap bola tanggung Anwar

ANWAR sedar bahawa implikasi terhadap kebenaran kepada GURU-GURU yang berpangkat DG48 ke bawah dibenarkan berkecempung dalam politik. Anwar juga sedar bahawa jumlah guru-guru di negara ini mencapai 400 ribu orang, itupun belum termasuk anak-isteri dan keluarga.

Atas kesedaran itu, maka Anwar membuat janji melalui 100 hari apabila Pakatan mengambil alih kerajaan Persekutuan, maka salah satu tindakan mereka adalah memberi imbuhan RM500 sebulan bagi setiap guru.

Bagi AYT janji ini ada negatif dan positifnya. Bagi guru-guru tentulah positif, memandangkan pola hidup di negara ini terus mencabar disebabkan kenaikkan harga barang-barang keperluan harian. Namun negatifnya adalah persepsi rakyat majoriti, apa kah hanya guru-guru sahaja yang menjadi perhatian Pakatan dan Anwar. Bagaimanakah kedudukan para penjawat awam lain? Petani? Nelayan? pemandu Bas? Pemandu Teksi? dan rakyat jelata lain? Apa kah mereka-mereka yang tidak termasuk dalam mendapatkan imbuhan ini tidak mahu hidup selesa?

Bagi AYT-mungkin janji Pakatan dan Anwar ini adalah faktor menjatuhkan mereka, kerana guru-guru yang konon hanya dibela oleh Pakatan dan Anwar itu, hanya sebahagian kecil daripada penduduk negara ini.

AYT tidak merendahkan peranan guru-guru, kerana melalui mereka lah pendidikan anak bangsa berpunca. Namun bagi AYT guru adalah satu bentuk kerja, seperti juga kerani, pegawai penguatkuasa, polis, askar mahupun pengutip sampah.

Jangan lah berpaksi kepada kebenaran berpolitik bagi guru-guru yang berpangkat DG48 ke bawah, maka ianya dijadikan katalist politik, dengan mengabaikan penjawat-penjawat awam yang lain.

Tan Sri Muhiyiddin terperangkap dengan bola tanggung Anwar, sehingga Timbalan Perdana Menteri semasa mengulas janji 100 hari Pakatan itu, mengatakan bahawa negara akan MUFLIS hanya kerana terpaksa mengeluarkan perbelenjaan tambahan sebanyak RM 200 juta sebulan atau RM2.4 bilion setahun kepada guru-guru.

Ekoran kenyataan Muhiyiddin itu, Anwar memutarnya dengan mengatakan bahawa Muhiyiddin tidak membela guru-guru.

Komen Muhiyiddin itu hingga ini menjadi isu utama pembangkang.

Namun, apabila Tan Sri Muhiyiddin mencabar kerajaan Pakatan-Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, untuk melaksanakan janji itu terlebih dahulu, tanpa menunggu PRU-13, NIK Aziz menjawabnya- bahawa Pakatan perlu menunggu apabila Pakatan dapat merampas kerjaan Persekutuan terlebih dahulu.

Penganut Katolik bimbang terhadap undang-undang murtad Sabah: Murphy Pakiam

Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Murphy Pakiam-Semalam.
Awal tahun ini Ketua Biskop Katolik Tan Sri Murphy Pakiam menjadi isu kontraversi di negara ini apabila menggunakan "Kalimah Allah" dalam mingguan Katolik mereka. Ekoran daripada itu mahkamah juga telah membenarkan penggunaan "kalimah Allah" dalam minggunan katolik itu. Di samping itu, kerajaan persekutuan juga membenarkan penggunaan "Kalimah Allah" bagi penganut agama kristian bagi penganut agama itu di Sabah dan Sarawak.

Kali ini Biskop yang sama mengutarakan kekhuatiran mengenai penguatkuasaan undang-undang murtad di Sabah mulai tahun depan kononnya akan mencetuskan kebimbangan kerana sudah pasti akan membawa kepada tindakan tegas pihak berkuasa agama.

Yang menjadi sayangnya, undang-undang itu belumpun dilaksanakan, namun komen negatif daripada ketua katolik itu dengan mengatakan bahawa undang-undang itu (undang-undang murtad) akan mencetuskan kebimbangan.

Semalam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) mengumumkan akan menguatkuasakan undang-undang murtad di Sabah mulai tahun depan sebaik sahaja pusat pemulihan akidahnya di Kinarut siap pertengahan 2011.

Pengarahnya Datuk Amri A. Suratman berkata, pada masa ini jabatan itu lebih menekankan pendekatan mendidik kepada pesalah syariah dan akidah berbanding mengambil tindakan undang-undang.

Kata beliau, pelaksanaan undang-undang ini merupakan sebahagian daripada Pelan Strategik untuk lima tahun akan datang. Isu saudara baru kembali ke agama asal sering menjadi bahan perbincangan pada perhimpunan agung tahunan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) dan pada perhimpunan baru-baru ini Usia Bahagian Ranau mendedahkan ratusan saudara baru di daerah itu kembali murtad.

Usia mendakwa antara punca saudara baru kembali ke agama asal ialah kerana mereka terabai dan tidak mendapat bimbingan sewajarnya tentang Islam.

Majoriti masyarakat Kristian negara ini adalah kalangan rakyat Sabah dan Sarawak manakala Islam adalah agama rasmi persekutuan, yang dianuti 60 peratus daripada 27 juta penduduk. Undang-undang Islam melarang Muslim keluar agama mereka dan mereka yang murtad boleh dikenakan hukuman mandatori.

Sistem perundangan Islam dan undang-undang persekutuan telah mewujudkan kontroversi dalam soal kebebasan beragama di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan apabila seseorang yang beragama Islam cuba menganut agama lain.

Antara kes-kes terbabit ialah Lina Joy (Azalina Jailani), Revathi Massosai dan Nyonya Tahir (Wong Ah Kiu). Mereka yang hendak keluar agama Islam perlu mendapat perisytiharan mahkamah.

Keputusan menguatkuasakan undang-undang murtad dikhuatiri akan merengangkan hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Pada April lalu, Kabinet mewujudkan panel antara agama di sebalik siri serangan ke atas rumah ibadat - masjid dan gereja, yang berpunca daripada keputusan mahkamah membenarkan gereja Katolik menggunakan kalimah “Allah”.

Najib juga menjanjikan sokongan penuh pentadbiran dan kewangan kepada badan itu.

Baru-baru ini beberapa tokoh agama dan ahli akademik berpendapat bahawa golongan yang mempertikaikan kedudukan Islam dan orang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan mereka yang berfahaman pluralisme ala John Hick dan perlu ditentang kerana fahaman tersebut bertentangan dengan ajaran Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga berkata fahaman pluralisme agama bertentangan dengan ajaran Islam.

Katanya, fahaman pluralisme agama mampu membuat orang Islam terpesong dari landasan Islam sebenar.

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia Datuk Nik Mustapha Nik Hassan juga memberikan pandangan bahawa Islam menolak fahaman pluralisme agama yang mendakwa kesemua agama adalah sama baik dan sama benar.

Katanya, hanya ada satu agama yang memiliki wahyu yang lengkap dan sempurna iaitu Islam.

Kenapa 60% rakyat Indonesia anti Malaysia?

KENAPA 60 peratus rakyat Indonesia anti Malaysia. Malah 63 peratus menyatakan bersedia berperang dengan Malaysia.

Jika dibandingkan kebencian rakyat jiran itu kepada Amerika Syarikat, kebencian terhadap negara ini cukup signifikan, kerana hanya 47 peratus rakyat negera itu anti Amerika.

Faktor apa kah yang membuat rakyat yang kononnya serumpun itu dengan negara kita membenci Malaysia? Apa kah sejarah "Ganyang Malaysia" tahun 60-an masih berbuku di hati rakyat negara itu?

Namun yang menghairankan, generasi yang berumur tidak menunjukkan "anti" Malaysia, malah generasi muda lah yang mempunyai trend itu.

Negara ini merupakan syurga kepada rakyat Indonesia, baik mereka yang datang secara sah mahu yang bukan. Sektor perladangan, pembinaan mahupun perniagaan kecil-kecilan merupakan lubuk warga jiran itu mendapat pendapatan untuk dihantar semula ke negara mereka.

Fakta ini tidak dapat dinafikan, kalau lah diadakan audit terhadap pengiriman wang melalui WESTERN UNION, pasti kita dapat membuat kesimpulan berapa banyaknya wang negara ini mengalir ke negara jiran itu.

Data rasmi menunjukkan bahawa terdapat 1.1 juta rakyat negara jiran itu berada di negara ini kerana bekerja. Daripada jumlah ini, belum termasuk mereka yang bergelar PATI di Sabah dan yang berada di Lembah Klang dan Johor.

Akibat penanahan pegawai maritim Indonesia oleh polis marin Malaysia tiga bulan lalu, maka telah berlaku tujuk perasaan dan mengepong Keduataan Malaysia di Jakarta, malah Najis juga digunakan dan dilemparkan di halaman Kedutaan kita itu.

Melihat kepada kecenderungan ini, apa kah peranaan Kementerian Luar Kita yang kini diterajui oleh Datuk Anifah Aman, kurang berfungsi? atau kah peranaan pegawai-pegawai kedutaan kita untuk mengeratkan persefahaman antara dua jiran itu kurang efektif? Di mana sudah semangat ASEAN? atau ada faktor-faktor lain yang remeh namun diperbesar-besarkan kerana tidak ada usaha penjelasan yang konkrit yang boleh diterima oleh rakyat jiran itu? Atau mungkin terdapat para petualang daripada negara ini mengapi-apikan keadaan agar rakyat Indonesia benci kepada pemerintahan yang sedia ada?.

Saturday, December 25, 2010

MP Padang Serai-Gobi keluar PKR?

Walaupun Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan “berjanji” tidak akan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) meskipun dilihat mengkritik keras ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden Azmin Ali menerusi ‘Twitter’ sejak dua tiga hari lalu, namun janji itu juga pernah dibuat oleh MP Pakatan sebelum ini seperti yang pernah dilakukan oleh MP Bayan Baru Zaharin Hashim.

Petanda bahawa MP PKR itu akan keluar PKR apabila Mesej mengecam kepimpinan kedua-dua Anwar dan Azmin memuncak sejak petang semalam.

Gobalakrishnan meningkatkan kecaman dan kritikan serta menjawab ulasan pelbagai pihak sejak awal pagi ini.

Ia membawa kepada andaian sesetengah pihak bahawa Gobalakrishnan juga akan keluar PKR mengikut beberapa bekas wakil rakyat parti itu.

Ini bukan kali pertama andaian sedemikian dibuat membabitkan pemimpin itu.

“Mengapa mesti saya keluar parti, ini parti reformasi, kita mesti melakukan reformasi. Saya berada sejak awal penubuhan parti.

Pelbagai pihak termasuk kalangan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dan orang perseorangan mengulas pandangan Gobalakrishnan yang turut dikenali sebagai “Gobi” sejak semalam.

Antara yang mengulas ialah Ketua Pemuda BN dan Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda MIC T Mohan.

Seorang pemegang akaun bernama “RaymondJim” berkata, “Ngobalakrishnan, anda seharusnya membawa (perkara) ini kepada parti anda dan bukannya membazir ruang pencetus berita di sini hanya kerana keluhan peribadi anda.”

Menjawab komen itu, bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR ini berkata, “apa yang saya sampaikan menerusi Twitter, sebenarnya sudah lama saya bangkit dalam parti, Anwar pun tahu, Azmin pun tahu.”

“Malangnya Anwar tidak melakukan apa-apa,” kata beliau yang sekali lagi menolak tanggapan pihak luar PKR bahawa akan meninggalkan komponen Pakatan Rakyat sebagaimana persekitaran disaksikan awal tahun ini.

“Saya sangat pasti, Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor akan bersetuju jika ekuiti ekonomi masyarakat India Malaysia perlu dipertingkatkan,” kata salah satu mesej Gobalakrishnan hari ini.

Katanya, Azmin, salah seorang pemimpin pengasas PKR tidak pernah memihak kepentingan masyarakat India sejak 2002 lagi meskipun “saya menderita, saya bersabar.”

“Ini masanya ahli-ahli politik semasa tampil bersama demi kebaikan masyarakat India Malaysia yang sudah dilupakan,” kata Gobalakrishnan yang juga ketua PKR Padang Serai.

“Masyarakat India seperti juga masyarakat Cina telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara,” tulis Gobalakrishnan lagi, yang turut mengecam layanan tidak adil dan tidak memadai bagi pembangunan sekolah rendah Tamil dan kuil di Selangor.

“Kerajaan-kerajaan negeri ada kuasa untuk pembangunan dan akta berkaitan dengan tanah adalah alat yang TKS (Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim) dan kesemua Menteri Besar perlu gunakan untuk mempertingkatkan rakyat Malaysia yang miskin,” kata Gobalakrishnan dalam mesej susulan.

Khalid merupakan pemimpin PKR dan mengetuai kepimpinan negeri sejak Mac 2008.

“Tiada sekolah Tamil dan kuil harus ditutup atau dipindahkan jika pembangunan diadakan,” katanya dalam mesej tambahan sambil menambah, “komuniti lebih penting daripada cinta saya kepada pemimpin parti.”

Masyarakat India merupakan ahli kedua terbesar dalam PKR yang ditubuhkan pada 1999, setahun selepas Anwar dipecat oleh Umno dan Tun Dr Mahathir Mohamad setahun sebelum itu.

Awal tahun ini PKR telah kehilangan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Bharu) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

Melainkan Zulkifli yang dipecat, wakil rakyat lain memutuskan untuk keluar PKR.

Mereka kemudian membentuk Konsensus Bebas.

Sebelum kelima-lima keluar dan dipecat, mereka memulakan kritikan ke atas PKR dan Pakatan Rakyat dengan mengecam keras kepimpinan Anwar, yang merupakan Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat dan PKR.

Gobalakrishnan bertanding jawatan naib presiden PKR pada pemilihan yang baru berlalu tetapi tewas.

Malah ketika proses pemilihan sedang berjalan, Gobalakrishnan pernah mempertikaikan perjalanan proses pengundian dan memberi kata dua kepada jawatankuasa pemilihan pusat agar memperbaiki kecacatan dan kepincangan yang wujud.

Dalam salah satu mesej Twitter, Gobalakrishnan berkata, “saya sudah lama bertolak ansur.”

“Parti perlu menuju ke arah yang betul, parti perlu menghormati suara-suara (yang dibangkitkan), tetapi kita tidak seharusnya mensabotaj parti,” katanya.

Malah ada pandangan yang meminta Gobalakrishnan agar kembali ke pangkuan MIC dan membuat keputusan sebelum pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang, Johor, yang akan diadakan akhir bulan depan.

“Cakap berapi! Esok lusa Anwar bagi jawatan terus senyap? Bukan boleh percaya PKR ini! Drama lebih!,” demikian seorang pemegang akaun bernama “YuseriYusoff”.

Seolah-olah mengandaikan parti kemungkinan mengambil tindakan disiplin sebagaimana kes Zulkifli, Gobalakrishnan menulis, beliau sewajarnya diberikan ruang untuk menjawab jika dikenakan tuduhan disiplin.

“Keterangan saya perlu didengar jika mahu dipecat dan dibenarkan bercakap, jika tidak ia akan seperti Anwar dinafikan pembelaan dalam perbicaraan APCO,” kata Gobalakrishnan yang mengakui bahawa pemimpin-pemimpin PKR nasional ada kuasa untuk mengambil tindakan.

“Tetapi mereka mesti jawab mengapa mahu mengambil tindakan (disiplin),” kata beliau.

Pada 8 Mac 2008, Gobalakrishnan memenangi kerusi Parlimen Padang Serai dengan majoriti 11,738 undi. Beliau menewaskan Boey Chin Gan (MCA-BN).

Buku Jingga Pakatan di mata Dr Khir Toyo

Menurut Dr Khir, Barisan Nasional tidak boleh memandang enteng sebahagian janji Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang yang terkandung dalam Buku Jingga bertajuk, "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!"

Sungguhpun sebahagian janji tersebut tidak realistik namun terdapat janji-janji yang boleh mempengaruhi rakyat memberi undi kepada mereka terutamanya kenaikan gaji guru sebanyak RM 500.

Terdapat kira-kira 400 ribu guru sekarang ini dan tidak mustahil sebahagian besar mereka akan menilai tawaran tersebut dengan serius. Ini kerana kebanyakan guru mempunyai pegangan politik yang agak bebas. Tidak ramai yang membuat keputusan menyokong mana-mana parti politik sejak awal lagi.

Kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan biar pun mereka mungkin tidak mampu melaksanakan sepenuhnya.

Mantan MB Selangor itu yakin jentera kerajaan terutamanya Menteri "jaga makmal" boleh memberi penjelasan yang logik, rasional dan sangat akademik kepada rakyat bagi menjustifikasikan kenaikan harga barang, petrol dan pengenaan pelbagai cukai termasuk kemungkinan pelaksanaan GST.


Kerajaan juga diyakini mempunyai kebolehan untuk menjelaskan mengapa Menteri "jaga letrik" mengumumkan kerajaan bersetuju kenaikan tarif letrik tapi masa belum sesuai. Tentulah kerajaan juga mampu menjelaskan mengapa Tenaga Nasional Berhad bercakap soal kekurangan untung (bukan rugi) jika tarif tidak dinaikkan seolah-olah TNB ini berniaga menggunakan duit sendiri bukannya duit rakyat.

Menurut sebahagian rakyat termasuk guru-guru yang menjadi sasaran kempen Pakatan sekarang, "sekurang-kurangnya ada harapan dengan Pakatan berbanding Barisan Nasional yang asyik bercakap soal mengurangkan subsidi dan menaikkan tarif yang sekaligus menambah perbelanjaan dan hutang mereka."

Jadi, ketika BN boleh menjelaskan untung rugi, logik dan rasional setiap tindakan namun yang jarang ditanya apakah keputusan dan penjelasan kerajaan mampu meyakinkan rakyat yang akhirnya akan diterjemahkan ke dalam peti undi dengan memberi undi kepada Barisan Nasional?

Sungguhpun BN boleh mendakwa banyak janji Pakatan di Selangor belum tertunai namun ada kemungkinan akan mereka laksanakan menjelang pilihan raya akan datang bagi menggula-gulakan pengundi.

Tidak mustahil pada tahun hadapan kerajaan negeri Selangor akan mengurangkan cukai pintu premis kediaman sebanyak 20% dan cukai pintu premis perniagaan sebanyak 10% seperti yang dijanjikan dalam manifesto mereka sebelum ini. Ini akan memberi "pukulan hebat" kepada Barisan Nasional.

Masalah Barisan Nasional (BN) lebih besar daripada Pakatan Rakyat (PR). BN sebagai pemerintah tidak boleh berjanji sebaliknya perlu melaksanakan kerana ia memegang tampuk pemerintahan.

Majoriti rakyat tidak meminta "bulan dan bintang" seperti dalam janji-janji PR. Namun rakyat juga tidak boleh terus memberi sokongan kepada kerajaan yang tidak boleh memberi mereka apa-apa harapan.

Barisan Nasional harus datang dengan pelan yang meyakinkan majoriti rakyat. Kalau pun tidak seindah Pakatan namun pelan BN jika baik dan cantik ia boleh mendapat kepercayaan rakyat kerana kemampuan BN telah terbukti.

Maka ketika kekalahan dan kejatuhan banyak parti dan pemerintah sama ada secara demokrasi atau autokratik sebenarnya bukanlah kerana isu demokrasi, ketelusan dan prestasi tinggi tetapi kerana suara golongan majoriti dalam negara tersebut tidak didengari.

Lihatlah banyak sejarah kejatuhan parti dan pemerintah kebanyakannya berpunca daripada kenaikan kos sara hidup, petrol dan pengenaan pelbagai cukai yang akhirnya membosankan majoriti rakyat (middle class dan lower class) dan mengambil keputusan menghumbankan mereka jatuh dari tampuk pemerintahan. Saya tidak perlu menyebut contoh namun kenaikan kos sara hidup sudah cukup menghumban beberapa pemimpin parti negara jiran dan eropah sejak berdekad-dekad lalu.

Ketika kita tidak menafikan kepentingan kerajaan menjadi telus, anti rasuah dan bijak menguruskan ekonomi negara yang menjadi mantera golongan elit perniagaan, elit politik dan elit akademik, namun majoriti rakyat jika terhimpit dan terdesak tidak akan mempedulikan semua itu ketika membuang undi.

BN hanya ada satu pilihan, memuaskan hati golongan majoriti yang berpendapatan rendah dan sederhana yang menjadi isu "bread and butter" sebagai tanda aras kepuasan mereka.

Sepatutnya KPI kerajaan hari ini ialah kepuasan hati majoriti rakyat bukan untung rugi perniagaan GLC, hebat dan gahnya jenama transformasi ekonomi atau berapa ratus juta yang boleh dikutip oleh "saman ekor".

Khir memberi pandangan itu agar BN tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada 2008, yang mana Khir sendiri tidak mengambil berat manifesto Pakatan ketika itu dan menyebabkan Selangor jatuh ke tangan Pakatan. Khir berharap pisang tidak berbuah dua kali. –Seperti mana dipetik melalui drkhir.com

Apabila Muhiyiddin cabar pembangkang: Ini jawapan Nik Aziz

1. Apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin semalam yang mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melaksanakan kenaikan gaji bagi pegawai-pegawai awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang dahulu sekiranya pembangkang benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam.

2. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat pada konvensyen mereka Ahad lepas hanya akan dilaksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara.

3.Malah, Timbalan Perdana Menteri juga menolak dakwaan Anwar bahawa beliau memperlekehkan peranan guru apabila mempertikaikan tawaran pembangkang untuk memperkenalkan imbuhan khas RM500 seorang setiap bulan.

4. Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta kerajaan Barisan Nasional (BN) menunggu sehingga pakatan pembangkang menerajui negara untuk melaksanakan resolusi itu.

Resolusi itu mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

5. Berasaskan kepada jawapan Nik Aziz itu, sebenarnya pembangkang hanya membuat janji, kerana jika benar-benar mereka ingin membela rakyat sepertimana rancangan 100 hari mereka, sepertimana dikemukakan oleh oleh Lim Guan Eng, kenapa perlu menunggu keputusan PRU-13? Bukan kah Pakatan memerintah Selangor, pulau Pinang, Kelantan dan Kedah. Laksanakan dahulu di negeri-negeri itu, semua yang disebutkan dalam rancangan 100 hari Pakatan itu.

6. Nik Aziz lupa, bahawa perjuangan ketelusan Pakatan hanya omong kosong, buktinya pada pemilihan MPP PKR baru-baru, selama proses itu telah terbongkar gejala penipuan dan penyelewengan.

7. Pakatan hanya seperti KETAM MENYURUH ANAKNYA BERJALAN LURUS, SEDANGKAN DIRINYA TIDAK MAMPU MELAKUKANNYA.

Kenapa PRK N-5 Tenang Johor menarik?

1. Telah ditetapkan bahawa pengundian PRK N-5 Tenang adalah pada 30 Januari 2011 dan penamaan calon pada 22 Januari. Kerusi tersebut kosong berikutan meninggalnya ADUN Kawasan tersebut Datuk Sulaiman Taha pada 17 Desember lalu.

2. PRK Tenang merupakan PRK ke-14 selepas PRU-12 lalu dan pertama di kubu Kuat BN di Semenanjung.

3. Kawasan N-5 Tenang terletak di kawasan P-142 Labis di mana Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek bertapak.

4. Jumlah pengundi yang seimbang antara kaum melayu dan bukan melayu. Melalyu (7,014 penundi); Cina (5,766 pengundi); India (1,780 pengundi) dan lain-lain termasuk bumiputera Sabah dan Sarawak (171 pengundi).

5. DUN Tenang merupakan kubu kuat BN sejak dahulu kala, oleh kerana itu kemenangan diramalkan masih berpihak kepada BN, namun persoalannya dari kelompok mana kah kemenangan itu berpunca?

6. Melalui PRK Tenang juga adalah untuk menilai apa kah kaum cina kembali menyokong BN dalam hal ini, apa kah Chua Soi Lek mampu menarik kaum cina menyokong MCA atau BN atau apa kah kaum cina masih memberi sokongan kepada pembangkang seperti mana pola pengundian pada PRU-12 lalu.

7. Melalui PRK Tenang ini juga akan dibuktikan bahawa kemenangan BN pada PRK Batu Sapi dan Galas bukan faktor setempat, akan tetapi pola yang menunjukkan bahawa rakyat kembali memberi sokongan kepada BN.

8. Melihat keputusan PRU-2004 di mana Dr Chua Soi Lek mengalahkan calon DAP Tee Gey Yen dengan majoriti 10,729 undi, manakala anaknya Chua Tee Yang pada PTU-12 lalu, hanya menang dengan majoriti 4,094 undi mengalahkan calon DAP Teo Eng Ching.

9. Rekod menunjukkan pada N-5 Tenang, kawasan majoriti cina-Bandar Labis Tengah (96% pengundi cina)-Pas mendapat 66.8% undi; Bandar Labis Timur (63.5% cina)-Pas mendapat 52.5% undi. Manakala kawasan majoriti melayu- Felda Tenang (98.5% Melayu)-Pas hanya mendapat 20.4% undi, Chemplak Barat dan Chemplak Pas hanya mendapat 18.6% dan 18.7% undi. Manakala kawasan majoriti india, Ladang Bukit Dato-Bn mendapat 67.9% undi, namun bagi Ladang Labis perolehan BN dan PAS adalah seimbang 50:50.

10. Keputusan PRK Tenang juga adalah penanda aras atau ujian kepada Transformasi Ekonomi Najib; jika BN menang maka petanda langkah PEMANDU diterima rakyat dan JIKA KALAH???????

Pendedah kes Zina YB PAS diserang

Bekas anggota bahagian keselamatan Pas Pasir Puteh, Saidi Husin yang membuat pendedahan mengenai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas yang ditangkap khalwat mendakwa dia diserang oleh sekumpulan lelaki di rumahnya di Kampung Sungai Gali, Pasir Puteh dekat sini malam tadi.

Saidi mendakwa, dalam kejadian itu dia tidak mengalami kecederaan namun bajunya terkoyak akibat tetakan yang dilakukan tiga lelaki kira-kira pukul 11.30 malam.

Beliau yang kini Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) tanpa mukim bagaimanapun tidak menolak kemungkinan serangan itu berpunca daripada pendedahan mengenai skandal khalwat tersebut dalam beberapa siri ceramahnya di sekitar kawasan Pasir Puteh baru-baru ini.

“Ketika itu saya baru pulang ke rumah dan semasa mahu menaiki tangga, saya diserang dari arah belakang. Saya terus menjerit dan ketika itu isteri saya membuka pintu rumah dan melihat tiga lelaki telah melarikan diri.

“Saya bernasib baik kerana tidak terkena tetakan itu, hanya bahagian belakang dan lengan baju terkoyak, baju itu telah diserahkan kepada polis untuk membantu siasatan, bagaimanapun saya tidak mengetahui motif sebenar kejadian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa buah laman blog termasuk Papa Gomo mendedahkan mengenai seorang ADUN Pas dari kawasan Selising telah ditangkap khalwat dalam koc VIP kereta api beberapa tahun lalu.

Saidi yang keluar daripada Pas pada Oktober lalu berkata, sebelum itu, keretanya telah dilanggar oleh sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Avanza secara tiba-tiba dalam perjalanan ke rumah rakannya di Jalan Dalam Rhu, Selasa lalu.

Beliau berkata, keputusan untuk meninggalkan Pas dibuat kerana kecewa dengan parti tersebut yang tidak melaksanakan apa yang dikatakannya.

“Terlalu banyak contoh untuk dikemukakan, dulu kata hiburan tidak dibenarkan di Kelantan tetapi sekarang pelbagai konsert diadakan di negeri ini malah kita boleh lihat dengan jelas berhala dapat dibina sewenang-wenangnya di negeri ini,” katanya.

Nik Aziz perlu letak jawatan MB: Ibrahim Ali

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)Datuk Ibrahim Ali menggesa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Datuk Ibrahim Ali berkata, disebabkan keadaan kesihatan Nik Abdul Aziz yang sering terganggu dan gagal membawa sebarang perubahan biarpun telah mentadbir negeri ini selama 20 tahun, maka adalah perlu MB Kelantan itu meletakkan jawatan dengan segera.

Ibrahim berkata, sudah sampai masa Nik Abdul Aziz mengundurkan diri bagi mengelakkan rakyat di negeri ini terus ditindas dan tidak mendapat hak mereka seperti mana yang dinikmati di negeri-negeri lain.

"Nik Aziz sendiri mengaku tidak sihat dan hanya mentadbir melalui fikiran dengan memberikan arahan, bagi saya kalau sudah tidak upaya tidak payahlah mentadbir serahkan kepada orang lain kerana kalau ada fikiran tetapi tidak cergas ia tidak akan berfungsi dengan baik, lihat saja apa pembangunan yang dibawa di negeri ini.

"Sebagai contoh, Sultan Ismail Petra telah digantikan oleh anakandanya, Sultan Muhammad Ke-V kerana keadaan fizikal baginda yang terjejas akibat angin ahmar dan saya serta Nik Aziz menyokong, jadi perkara yang sama juga berlaku. Kalau dia (Nik Aziz) tidak sihat lebih baik serahkan kepada orang lain," sambung presiden Perkasa itu.

Sebelum ini, akhbar melaporkan biarpun keadaan kesihatan dan pergerakannya terbatas, Nik Abdul Aziz tetap bertegas untuk tidak melepas jawatan itu.

Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata mentadbir sebuah negeri bukanlah menggunakan tubuh badan tetapi fikiran, justeru tugasnya adalah memberi idea kepada orang bawahannya mengenai perkara-perkara yang perlu dibuat.

Keputusan untuk terus kekal sebagai Menteri Besar itu juga dibuat kerana permintaan orang Pas sendiri yang masih memerlukan beliau untuk kekal memegang jawatan tersebut.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Nik Abdul Aziz hanya mencipta pelbagai alasan untuk terus menjadi Menteri Besar kerana sudah merasa 'seronok' dengan kuasa yang dimilikinya.

Katanya, beliau tidak akan memohon maaf atas desakan tersebut dan merasa amat kesal dengan tindakan Nik Abdul Aziz yang tidak mengakui perjuangan Melayu biarpun ia untuk umat Islam.

"Saya tahu ramai orang akan marah tetapi saya bersikap tegas dan tidak memohon maaf kerana ini adalah kebenaran biarpun ia amat menyakitkan," katanya.

Tambah beliau, terlalu banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Pas Kelantan tetapi mereka menggunakan Islam untuk menutup kegagalan itu.

"Contohnya, guru-guru agama Yayasan Islam Kelantan (YIK), di negeri Kelantan terdapat kira-kira 2,000 orang guru di sekolah YIK.

"Masalah yang dihadapi mereka berkhidmat 20 sehingga 30 tahun tetapi tidak disahkan jawatan, syarat sah jawatan untuk mendapatkan pencen adalah 25 tahun, bila disahkan jawatan pada umur 50 tahun mereka akan menerima pencen hanya sekitar RM33 sehingga RM120, apa nak buat dengan banyak ini, makanan kucing pun lagi mahal dari itu," katanya

Friday, December 24, 2010

Pas sokong JAKIM pantau kegiatan GAY dalam negara

Parti Pas menurut Ketua Pemudanya Nasrudin Hassan bersetuju sangat dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom, bahawa JAKIM akan memantau kegiatan GAY dalam negara ini termasuk blog-blog mereka.

Justru itu, PAS meminta agar teks khutbah yang menerangkan mengenai keburukan GAY dan impaknya kepada negara perlulah disediakan.

Selain itu, Pemuda PAS juga meminta agar premis-premis yang dimiliki oleh golongan ini terus dipantau.

JAKIM sepatutnya perlu juga memantau segala jenis hiburan yang terdapat di negara ini agar pertunjukan seperti IKON GAY baru-baru ini di Stadium Bukit Jalil tidak berulang lagi.

Thursday, December 23, 2010

Pendedahan Wikileaks: Anwar minta Tun Dr Mahathir dan Utusan minta maaf

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghantar surat tuntutan meminta bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Utusan Malaysia menarik balik komen-komen, didakwa bersifat fitnah, susulan pendedahan WkiLeaks menyentuh kes liwat beliau.

Peguam Anwar (gambar), Sankara Nair berkata, tindakan seumpama itu membabitkan individu-individu tertentu dan organisasi media yang lain akan menyusul dalam beberapa hari lagi.

“Ini adalah dua notis pertama dikeluarkan dan beberapa lagi akan dihantar kepada individu tertentu dan organisasi media lain dalam beberapa hari lagi,” kata Sankara dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Notis tuntutan itu meminta agar kenyataan berunsur fitnah itu ditarik dan memohon maaf secara terbuka.

Kedua-dua pihak diberikan tempoh 14 hari, kata notis tuntutan itu.

Laporan Utusan Malaysia memetik Dr Mahathir sebagai berkata, “aktiviti liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya sudah diketahui umum tetapi ada kalangan parti politik yang ‘buat-buat tidak tahu’ akan hal tersebut.”

Kenyataan notis tuntutan itu berkata, “sambil mengakui yakin menteri mentor Singapura Lee Kuan Yew mengetahui mengenai pembabitan Anwar dalam aktiviti liwat, Dr Mahathir berkata ‘memang saya pun fikir dia tahu... tapi parti politik yang buat tak tahu’.”

Dr Mahathir dipetik mengulas laporan WikiLeaks mengenai pendedaghan agensi perisikan Singapura terhadap kegiatan liwat Anwar.

Notis tuntutan itu menambah, perkataan-perkataan itu menggambarkan bahawa Anwar seorang yang tidak jujur dalam kapasiti peribadi dan rasmi, pembohong, tidak boleh dipercayai dan tidak layak jadi ahli politik, tidak layak memegang jawatan awam, tidak berprinsip dan korup, melakukan kesalahan jenayah di bawah Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan dan kesalahan-kesalahan lain dan tidak beretika.

Selain meminta agar menarik balik dan memohon maaf, notis tuntutan itu juga mahu Utusan Malaysia dan Dr Mahathir berjanji tidak akan mengulangi dakwaan dan komen-komen bersandarkan perkataan-perkataan berunsur fitnah itu dan membayar sejumlah ganti rugi kepada Anwar.

Sankara berkata, pihaknya akan mengambil prosiding perundangan jika kedua-dua Utusan Malaysia dan Dr Mahathir tidak memenuhi tuntutan Anwar dalam tempoh 14 hari.

Pada 14 Disember lalu, Dr. Mahathir berkata, beliau bersedia berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Malah beliau menganggap, tindakan Ketua Pembangkang itu menyaman dirinya bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini pun Anwar pernah melakukan perkara yang serupa.

“Tak apalah... samanlah. Dia dah saman saya RM100 juta. Kalau dia nak saman, saya masuk jellah. Tak apalah...,” katanya.

Anwar sebelum ini pernah memfailkan saman fitnah bernilai RM100 juta terhadap Dr. Mahathir pada 2006 kerana mendakwa bekas Perdana Menteri itu menuduhnya sebagai seorang homoseksual.

Bagaimanapun, tahun lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan rayuan saman fitnah tersebut dan mengarahkan Anwar membayar kos kepada bekas Perdana Menteri itu.

Dr. Mahathir berkata, Anwar boleh menyaman sesiapa sahaja termasuk akhbar-akhbar yang melaporkan pendedahan yang dibuat oleh laman web tersebut namun tegas beliau, ia tidak akan berkesudahan.

Ini kerana, laman web seperti WikiLeaks akan terus menyiarkan apa sahaja bahan dan penyiaran pendedahan itu hanya akan mengundang masalah kepada seluruh dunia.

Ia menjadi isu kontroversi susulan laporan The Sun-Herald dua minggu lalu yang membawa pendedahan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat, menunujukkan pegawai-pegawai risikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anwar terlibat dalam perbuatan yang dikenakan tuduhan itu.

“Jabatan Risikan Kebangsaan Australia juga mengatakan bahawa kelakuan itu adalah akibat perangkap oleh musuh-musuh Dr Anwar,” lapor akhbar itu.

Laman web WikiLeaks telah menyiarkan sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan. Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Kes itu sedang didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan akan disambung bulan depan.

Menurut akhbar itu, kabel melibatkan kedudukan Anwar merupakan salah satu daripada beberapa kandungan yang mendedahkan pandangan mengejutkan pegawai-pegawai kanan Singapura termasuk dakwaan bahawa Malaysia berada dalam keadaan terkeliru dan ahli-ahli politiknya tidak kompeten.

Kabel mengenai kes liwat Anwar ini bertarikh November 2008 iaitu lima bulan selepas kes liwatnya terdedah dan disiasat polis.

Ia menyebut, “Australia mengatakan bahawa perkhidmatan risikan Singapura dan (pemimpin kanan Singapura) Lee Kuan Yew memberitahu ONA dalam pertukaran pandangan bahawa pemimpin pembangkang Anwar sememangnya melakukan perbuatan itu, yang beliau dikenakan tuduhan sekarang.”

Dokumen itu juga mengatakan bahawa Singapura memberitahu ONA yang mereka membuat penilaian itu berasaskan risikan teknikal, yang mana kemungkinan dikaitkan dengan komunikasi yang dipintas, kata akhbar itu.

“ONA membuat penilaian, dan rakan-rakan sejawatan mereka dari Singapura bersetuju, ia adalah (satu) kerja (dia) diperangkap dan kemungkinan dia tahu mengenainya, tetapi bagaimanapun dia terlibat,” kata kabel itu.

Logo 1Malaysiapun Pakatan dah kecut

Petanda slogan 1Malaysia Datuk Seri Najib Razak digeruni Pakatan apabila kerajaan Selangor di bawah Pakatan melarang penggunaan logo 1 Malaysia di Selangor.

Namun larangan itu sebenarnya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata kebebasan mengumpul orang dan memberi lambang menerusi pertubuhan adalah dibenarkan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Larangan itu adalah tidak sah dan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) mungkin tidak memahami dan menyedari peruntukan yang terdapat di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kenduri Rakyat di Kampung Air di Sandakan Sabah hari ini.

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menguatkuasakan larangan penggunaan logo 1 Malaysia di papan iklan dan kain rentang yang dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Selangor dan dipersetujuai pada mesyuarat Exco.

Rais berkata beliau mempertikaikan keputusan larangan itu kerana penggunaan lambang parti politik masih dibenarkan di negeri tersebut sedangkan lambang 1Malaysia bukan lambang parti politik.

Katanya kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor itu membuat keputusan tersebut kerana terasa terhimpit dan tidak mahu konsep 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diterima rakyat secara berleluasa di seluruh negara termasuk di negeri itu.

Beliau percaya rakyat khususnya di Selangor boleh membuat penilaian kepada keputusan itu dan Menteri Besar Selangor itu dan akan kecewa jika meneruskan larangan tersebut.

Rais berkata lambang 1 Malaysia tidak perlu dikhuatirkan oleh parti pembangkang kerana ia membawa kepada prinsip kenegaraan, penerimaan dan keadilan sosial kepada rakyat di negara ini serta mewujudkan perpaduan

ADUN PAS berzina! Apa kaitan dengan UMNO?

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selising, Drs Saipul Bahrin Mohamad mencabar Umno mengemukakan bukti jika ada kononnya beliau pernah ditangkap ‘berzina’ dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Beliau membuat cabaran itu ekoran pendedahan Umno Online kelmarin, yang memetik Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencabar Saipul Bahrin atau PAS sendiri supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu.

“Mengapa nak cabar PAS beri penjelasan, cukup saya sahaja yang beri penjelasan. Kalau ada laporan Majlis Agama Islam sila dedahkan, kalau ada video skandal saya, sila dedahkanlah.

“Ini satu fitnah untuk menjatuhkan saya, sebelum (pilihan raya umum) 2008 lagi Umno buat isu ini untuk fitnah saya, bukan isu yang baru.

“Saya baru balik dari Mekah tiga hari lalu, saya sudah membaca kesemua laporan blog-blog Umno itu... benda-benda ini sebenarnya ditimbulkan sejak 2000 lagi.

“Hanya orang yang fitnah sahaja kata ada laporan, ada video dan ada gambar skandal saya kerana mereka pun tahu saya tak buat, kenapa tidak didakwa di mahkamah (kalau ada bukti),” ujarnya.

Pada 8 Mac 2008, Saipul Bahrin menewaskan calon Umno-BN Hashim Ismail dengan kelebihan 783 undi.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan turut senada dengan Saipul Bahrin mencabar Umno negeri dan pusat supaya mengemukakan bukti tanpa menyebarkan fitnah.

Kelmarin, Umno Online turut melaporkan pengakuan saksi utama kes skandal tersebut iaitu Saidi Husin yang kini kononnya menjadi isu kontroversi dalam dunia blog, Youtube dan Facebook.

Saidi, lapor portal rasmi itu merupakan Ketua Keselamatan PAS Semarak merangkap Ketua Keselamatan Pondok-Pondok Negeri Kelantan sebelum meninggalkan PAS.

Blog itu turut mendesak Saipul Bahrin supaya tidak berdiam diri dan mengambil tanggungjawab menjelaskan isu skandal kontroversi tersebut.

Namun, laporan tersebut tidak mendedahkan klip video, gambar atau laporan bertanggungjawab mengenai skandal tersebut.

Apa yang PAS mahu di Tenang?

APA yang PAS mahu di Tenang? Jika hanya mahu mengurangkan majoriti BN, tidak payah lah bersusah paya bertanding di situ.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Suliamn Taha minggu lalu. Kerusi Tenang adalah kerusi BN sejak dahulu kala. Walaupun, calon Pas mampu mengurangkan majoriti BN pada tahun 2008, namun itu bukan petanda PAS diterima di situ. Calon PAS ketika itu mendapat undi bonus akibat marahnya rakyat Johor terhadap kepimpinan Tun Abdullah Badawi kerana, mengatas namakan rakyat Johor dalam pembatalan JAMBATAN BENGKOK yang diilhamkan oleh Tun Mahathir, sementara pembinaan Jambatan itu dilaksana oleh GERBANG PERDANA. Akibat pembatalan Jambatan itu, negara terpaksa rugi hampir setengah bilion ringgit, kerana terpaksa membayar pampasan kepada syarikat pelaksana.

Sementara itu, selepas sahaja Konvesyen Pakatan ke-2 di Pulau Pinang melabuhkan tirainya, Pemimpin Umum Pakatan telah mengumumkan bahawa Pas akan mewakili tiga gabungan parti itu di PRK Tenang-Johor, kerana semenangnya kawasan itu adalah kuota PAS.

Menurut Anwar lagi, melalui PRK Tenang, akan dapat tolok ukur, apakah janji 100 hari selepas PRU-13 apabila Pakatan menang, maka 3 parti itu akan melaksanakan 10 perkara utama, termasuk pemansuhan ISA, mengistiharkan seluruh lebuhraya bertol akan jadi bebas TOL dan membagi-bagikan 330,300 hektar tanah Felda kepada individu generasi kedua dan ketiga Felda.

Lawan Pas nanti tentulah Barisan Nasional. Tidak terfikir kalau parti baru bernama Kita untuk bertanding sama. Parti itu kata orang belum tumbuh bulu sayap lagi. Lagipun di Tenang tidak perlu ada Kita untuk menjamin demokrasi berjalan di negara ini. Tenang sudah tenang sejak dari dulu lagi.

Atas kertas Tenang menjadi milik UBN mutlak. Baik dari segi tawarikhnya maupun kelaziman yang berlaku ia berpihak kepada UBN. Umum tahu Johor adalah kubu kuat Umno di Semenanjung. Kubu itulah yang kini sedang dipertahan dan diharapkan oleh UBN untuk memastikan mereka terus menguasai Malaysia selepas pilihan raya ke 13 kelak. Kedudukan itu akan memberi kemenangan mudah kepada UBN.

Walaupun kelaziman setiap PRK akan berpihak kepada parti memerintah, namun pada 8 PRK kecil diadakan selepas PRU-12 lalu, lapan kawasan telah dimenangi Pakatan. Dari 13 PRK, hanya lima dimenang UBN yakni yang terakhir melalui PRK Batu Sapi-Sandakan(Sabah) dan PRK Galas-Gua Musang (Kelantan.

Ramai para pemimpin UBN menganggap bahawa setiap PRK, jangan diambil mudah, malah Ahmad Maslan-Ketua Penerangan Umno Malaysia pernah mengatakan bahawa semua undi penting, tanpa mengira suku, jantina mahupun umur.

Melihat PRK-PRK lalu diatas kertas kita nampak pada awalnya kekuatan antara UBN dan Pakatan adalah seimbang, namun akhirnya parti mana yang dimenangkan oleh rakyat, adalah parti yang mempunyai keikhlasan membela rakyat.

Ada yang mengatakan bahawa UBN diatas kertas akan selalu menang, kerana mempunyai jentera yang lengkap dan cukup, namun tidak selama belaku demikian. PRK Sibu Sarawak-misalnya UBN kecudang kepada DAP, walupun secara tradisi kawasan Sibu adalah milik UBN.

Namun, DUN Tenang secara tradisinya milik UBN, belum pernah parti PAS atau pembangkang menang di situ, walaupun UBN menghadapi pertarungan sengit pada PRU-12 lalu, UBN tetap menang. Justeru apa yang hendak AYT perkirakan di sini ialah apakah signifiken pilihan raya itu kepada Pas nanti? Apakah Pas ingin menambahkan kedudukan kerusinya di Dun Johor dengan merampas kubu kuat UBN?

AYT melihat, kehadiran PAS melalui PRK Tenang hanya melihat bagaimana parti itu mengurangkan majoroti BN, itu sahaja, seperti mana strategi Fauziah Salleh di PRK Batu Sapi-Sandakan, namun sebaliknya yang belaku, calon UBN malah melipatdua kan majoritinya.

Agaknya apakah strategi Pas? Ini yang patut diperhatikan. Calon pastilah salah satu strategi di mana-mana pilihan raya kecil. Pemilihan calon yang tepat boleh menjamin kemenangan. Makanya Pas pasti akan memberi tumpuan kepada soal calon. Siapakah calon Pas?

Apakah Pas mahu menjadikan pilihan raya kecil Tenang sebagai medan ujian pengaruh mereka? Sebelum ini terdengar dari berbagai sumber mengatakan sokongan Pas di Johor meningkat. Ada angin perubahan di Johor yang bertiup memberi kekuatan kepada Pas.

Kawasan Tenang mempunyai pengundi seimbang antara Melayu dengan bukan Melayu. Jadi elok kalau ia dijadikan petunjuk kepada perkembangan di masa depan. Apa yang penting sekiranya pilihan raya itu memberi petanda Pas diterima di Johor ia memberi gambaran masa depan Umno tidak sehebat dulu. Ini bermakna kubu kkuat Umno di Johor sudah mula roboh?

Sebaliknya kalau kalau Umno dapat mengekalkan majoiri atau bertambah ini bererti Pas atau Pakatan masih belum boleh mengugat Johor dalam pilihan raya akan datang.

Anwar digantung kerana menipu dewan: Nazri

Pengantungan Anwar daripada dewan rakyat selama 6 bulan kerana Anwar menipu dewan rakyat mengenai konsep 1Malsyaia.

Anwar mendakwa bahawa konsep itu adalah ciplakkan Najib daripada One Israel-1999 slogan yang digunakan Ehud Barak semasa kempen pilihanraya.

Bagaimanapun menurut kandungan surat yang dihantar oleh Firma perhubungan Awam, APCO Worldwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang bertarikh 19 Ogos itu, firma berkenaan dengan jelas menafikan pembabitannya dalam mencipta slogan 1Malaysia, sekaligus menafikan kenyataan Anwar yang mengaitkan slogan itu dengan firma berkenaan.

Surat APCO itu merupakan asas kepada penggantungan Anwar daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan.

Berasaskan kepada kandungan surat APCO itu, jadi jelaslah Anwar telah menipu di dalam dewan, dan inilah bukti yang terpenting sekali untuk membuktikan Anwar menipu.

Nazri selanjutnya berkata bahawa beliau menerima AKAUN BERSUMPAH daripada Robert M.Sharum, seorang warga negara Amerika Syarikat yang merupakan pakar strategi dan perunding dalam banyak kempen politik di pelbagai peringkat termasuk penasihat kanan pada 1999 dalam kempen Perdana Menteri Israel Ehud Barak.

Nazri berkata, dalam akuan bersumpah itu, Sharum yang terlibat dalam kempen One Israel pada masa itu, menafikan pengelibatan APCO sekaligus mengukuhkan lagi penafian firma berkenaan dalam suratnya itu mengenai sebarang pembabitan dalam kempen "One Israel".

Dalam Dewan Rakyat Mac lalu, Anwar ada menyebut Ehud Barak dan One Israel dalam ucapannya, tetapi melalui surat APCO itu, jelas orang yang bertanggungjawab itu (Robert M.Sharum) menafikan apa yang disebutkan oleh Anwar mengenai penglibatan APCO dengan One Israel.

Nazri juga mengulangi bahawa Anwar telah diberikan peluang membela dirinya sejak Mac 2010 dan mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan "One Israel", namun Anwar telah beberapa kali tidak mengambil peluang itu, sebaliknya menggunakan kesempatan itu terus mengaitkan konsep 1Malaysia dengan "One Israel".

Sebenarnya konsep 1Malaysia, Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan adalah ciptaan Datuk Seri Najib sendiri dimana slogan ini diutarakannya sebaik dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009 lalu. Selanjutnya Najib menyatakan bahawa konsepnya itu hanya terdapat di Malaysia.

Wednesday, December 22, 2010

Rumah,pejabat pembunuh Datuk Sosilawati disita polis

Polis telah mendapat perintah mahkamah untuk menyita rumah dan pejabat peguam N Pathmanabhan yang dituduh membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, berkuatkuasa 16 Disember lepas.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan berkata perintah yang diperoleh oleh Pasukan Petugas Khas Operasi/Anti Keganasan Bukit Aman itu, bagi membolehkan siasatan dibuat berhubung satu laporan polis di Teluk Panglima Garang membabitkan kes pengubahan wang haram.

Menurut kenyataan itu, Timbalan Pendakwa Raya telah memutuskan untuk melaksanakan tindakan penyitaan terhadap satu unit rumah teres dua tingkat dan satu unit bangunan pejabat tiga tingkat, kedua-duanya terletak di Banting, Selangor.

Pada 13 Okt lepas, Pathmanabhan, 41, dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, 19, R. Matan, 20, dan R.Khatavarayan, 30, dituduh membunuh Sosilawati bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, di satu kawasan di Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, pada 30 Ogos lepas.

Kes itu akan didengar semula pada 27 Jan tahun depan.Bernama

Lim Guan Eng benci utusan; ertinya benci juga melayu

Setiausaha Agung DAP itu sangat benci pada Utusan, ertinya beliau juga benci pada melayu.

Utusan dilanggan oleh 200,000 orang melayu saban hari, kerana pembaca utusan ada lah orang melayu.

Dalam artikel berjudul "Guan Eng semakin bersikap perkauman", Dr Novandri Hasan menimbulkan persoalan, apakah pembaca lebih 200,000 naskhah sehari Utusan boleh diperlekehkan sebagai bukan rakyat Malaysia tulen seperti tuduhan Lim?

Dr Novandri menulis, Lim membesarkan skop kebenciannya bukan sahaja melibatkan parti BN dan Umno, tetapi rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

"Dan sudah tentu kita tidak dapat lari daripada memikirkan bahawa Guan Eng semakin benci dengan kaum Melayu kerana orang Melayulah yang membaca Utusan Malaysia!" tulisan di ruangan pendapat itu dipetik.

JAIS akhirnya bertindak ke atas syiah

Akhirnya JAIS bertindak ke atas kegiatan satu ajaran Syiah tegar yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara dikesan bergerak aktif di negara ini berikutan penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulannya, pada 16 Disember lalu di Gombak Selangor.

Dua ketua kumpulan itu termasuk seorang warga Iran telahpun dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang,walau bagaimanapun telah dibebaskan dengan ikat jaminan.

Para pengikut lain juga telah dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini itu dikatakan berbahaya kerana menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.

Mereka yang menggunakan nama Hauzah Ar Ridha Alaihissalam itu dikesan sudah dua tahun menjalankan kegiatan mereka di tingkat empat rumah kedai berkenaan.

Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa JAIS pada pukul 10.15 malam itu, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Sebahagian pengikutnya yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), peguam dan kakitangan kerajaan.

Pengikutnya terdiri daripada 75 lelaki dan 35 wanita tempatan, enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Myanmar dan Iran, manakala selebihnya kanak-kanak.

Ia merupakan penahanan terbesar melibatkan pengikut ajaran yang didakwa sesat dicatatkan di Selangor setakat ini dan JAIS percaya ajaran tersebut turut tersebar di negeri-negeri lain.

Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya telah mengikuti pergerakan kumpulan terbabit sejak dua tahun lalu dan setelah memperoleh cukup bukti mengaitkan mereka sebagai pengikut ajaran Syiah yang tegar, barulah markas itu diserbu.

Beliau berkata, ajaran Syiah jika dibiarkan berkembang boleh mengancam keselamatan negara kerana pengikut yang fanatik menganggap umat Islam mazhab lain sebagai kafir.

"Bagi mereka, darah pengikut fahaman lain adalah halal dan ia bermakna penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dibunuh.

"Ajaran Syiah lebih bahaya berbanding ajaran sesat seperti Al Arqam. Pengikut Syiah di Iran dan India misalnya bergaduh sesama Islam semata-mata berbeza fahaman.

"Inilah yang ingin dielakkan berlaku di negara ini dan tujuan ia disekat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan malam itu.

Muhammed Khusrin berkata, mengikut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, fahaman dan ajaran Syiah adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana wujud beberapa percanggahan dari sudut akidah dan syariah.

Katanya, antaranya adalah menyanjung sahabat Rasulullah, Saidina Ali secara keterlaluan, menghalalkan nikah mutaah, menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun hadis Mutawir dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah.

"Penyelewengan dari sudut syariah pula adalah menolak ijmak ulama, qias dan mengamalkan nikah mutaah. Pengikut Syiah juga terlibat pelbagai penyelewengan umum seperti percaya ganjaran syurga jika menziarahi kubur Saidina Husin.

"Selain itu menyiksa diri dengan memukul badan menggunakan rantai sehingga berdarah sempena 10 Muharam, mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan dan tidak mewajibkan haji," katanya.

Menurut Muhammed Khusrin, pihaknya percaya ajaran Syiah yang memudahkan ibadat dan menghalalkan nikah mutaah menjadi punca tarikan umat Islam di negara ini untuk menjadi pengikutnya.

Beliau berkata, kumpulan ajaran sesat terbabit mempunyai dana sendiri bagi membiayai aktiviti dan menyewa bangunan untuk dijadikan markas operasi, manakala penyebarannya pula dibuat secara tertutup melalui penganjuran majlis-majlis tertentu.

Katanya, semua yang ditangkap akan didakwa di bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu menghina, mengingkari, melanggar atau mempertikaikan arahan-arahan yang dinyatakan dan diberikan fatwa oleh pihak berkuasa agama. [Utusan Online]

Tuesday, December 21, 2010

Karpal Singh itu ular: Zaid Ibrahim

Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim akan menyaman Pengerusi DAP, Karpal Singh atas dakwaan memfitnah.

Beliau berkata, ia ekoran beberapa tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh Karpal terhadapnya ketika menyampaikan ucapan pada konvensyen pakatan pembangkang di Pulau Pinang, pada Ahad.

Sambil menyifatkan Pengerusi DAP itu sebagai "ular" beliau berkata, Karpal sememangnya layak menerima gelaran itu, bukannya wira atau singa.

"Karpal menggelarkan saya sebagai 'celaka' selain menuduh saya membentuk satu kumpulan gengster UMNO untuk membakar bangunan Majlis Peguam pada 1988 semasa kes Tun Salleh Abbas (bekas Ketua Hakim Negara).

"Karpal merupakan seorang penipu dan 'celaka'. Saya akan failkan saman terhadap Pengerusi DAP tidak lama lagi memandangkan peguam saya sedang bercuti ketika ini,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Karpal ketika berucap pada konvensyen itu berkata, beliau sebelum ini telah memberi amaran kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menerima Zaid menyertai PKR kerana latar belakangnya sebagai bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak boleh dipercayai.

Karpal berkata, beliau cukup mengenali Zaid selepas berada dalam profesion undang-undang selama 40 tahun.

Pemimpin veteran DAP itu juga mendakwa semasa krisis kehakiman pada lewat 1980-an, Zaid merupakan 'budak suruhan' bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selain bertindak menaja sekumpulan gengster supaya membakar bangunan Majlis Peguam di sini berhubung kes Salleh.

Zaid berkata, Karpal harus sedar bahawa beliau bukannya seorang yang kebal dan tidak boleh dikalahkan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, mustahil partinya akan menjadi rakan pakatan pembangkang berikutan beberapa tuduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh pemimpin-pemimpin utama pakatan itu, termasuk Anwar.

Zaid dalam perkembangan sama turut mengkritik Karpal ekoran tindakan Pengerusi DAP itu menggesa kerajaan mempercepatkan siasatan terhadap Anwar atas tuduhan liwat ketika di Parlimen pada 1997.

"Ular ini pada ketika itu mendakwa yang beliau telah berjumpa dengan 'mangsa'. Ular ini kemudian berjaya meyakinkan orang ramai bahawa Anwar bersalah. Namun sekarang pandangannya sudah berbeza iaitu sejak menjadi peguam bela kepada Anwar.

"Sebenarnya Karpal tahu segala-galanya tentang Anwar dan situasi ini yang telah membuatkan Anwar sukar membebaskan dirinya daripada cengkaman DAP.

"Malang buat Anwar kerana beliau kini dibelenggu cengkaman (Timbalan Presiden PKR), Azmin (Ali), Karpal dan hanya Tuhan sahaja yang tahu selain mereka,'' katanya.

Sementara itu, beliau sedia menerima saman Karpal kerana menggelarnya sebagai ular.

"Kita tengok sahaja jika beliau nak saman saya kerana saya menggelarnya ular tetapi saya juga akan menyamannya kerana fitnah yang dilemparkan terhadap saya,'' ujarnya.

PRK DUN Tenang: Semua undi penting: Ahmad Maslan

Setiap undi pada pilihan raya kecil DUN Tenang mempunyai nilai yang sama penting bagi menentukan kemenangan atau kekalahan kepada BN dan bukannya tertumpu pada undi sesuatu kaum mahupun jantina.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno berkata tiada satu pun undi disebut sebagai undi penentu dan cakap-cakap mengenainya hanya menyebabkan sesetengah pihak akan berasa kecil hati.

"Kita kena jaga. Jangan kata mana undi lebih penting kerana semua undi adalah penting. Undi peneroka Felda, undi pengundi kampung tradisi, kaum Cina, Melayu, India, generasi muda atau tua mahupun Orang Asli semuanya mempunyai nilai yang sama penting dan merupakan undi penentu.

"Wanita jangan kata undi dia penting daripada lelaki. Melayu jangan kata undi mereka penting daripada Cina kerana kalau Cina tidak mengundi, BN akan kalah. Kalau Cina pula kata mereka adalah undi penentu, Melayu nanti tidak undi BN. Jadi, semua pihak adalah penting termasuk Orang Asli," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama peneroka Felda, di Felda Tenang, di Labis, hari ini.

Katanya beliau yakin pembangkang akan memainkan pelbagai isu pada pilihan raya kecil itu nanti termasuk isu Felda, isu berkaitan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide Bhd dan penggantungan empat anggota parlimennya bagi mengelirukan pengundi di kawasan tersebut.

Empat anggota Parlimen pembangkang yang digantung kehadiran mereka di persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh, Karpal Singh anggota Parlimen Bukit Gelugor, Azmin Ali (Gombak) dan R. Sivarasa (Subang).

Ahmad berkata beliau bersama seluruh jentera BN dan Umno akan turun padang dengan mengadakan sesi penerangan kepada semua pengundi di kawasan berkenaan mulai hari ini.

Katanya, pihaknya juga akan memberikan tumpuan kepada tiga penempatan Felda di kawasan DUN Tenang iaitu Felda Chempelak, Felda Chempelak Barat dan Felda Tenang yang mempunyai seramai 4,000 pengundi.

"Jentera kita bersiap sedia mempertahankan ketiga-tiga Felda ini yang merupakan kubu kuat BN. Saya akan berkampung di ketiga-tiga tempat ini dan akan memperjelaskan isu yang diputar belit.

"Pokok pangkalnya, kita sentiasa membela peneroka dan generasinya. Kita sudah berjaya mengeluarkan generasi pertama daripada kemiskinan tegar dan sekarang ini Felda akan terus membantu generasi kedua dan ketiga dengan memberikan pelbagai kemahiran bagi meneruskan kehidupan. Kita tidak lagi memberikan ikan kepada mereka tetapi kita ajar mereka cara mengail ikan,"jelasnya.

Kerusi DUN Tenang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada BN Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur, Jumaat lepas.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-12, 2008 apabila menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Gani Patail perlu beri penjelasan:Tan Sri Robert Phang

Tan Sri Robert Phang ahli panel penasihat SPRM menggesa Ketua Peguam Negara Tan Sri Gani Patail untuk membersihkan namanya kerana bersama-sama dengan Shahidan Shafie, Proksi Tan Sri Tajuddin Ramli- Mantan Pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) ketika musim haji baru-baru ini.

Robert Phang meminta agar peguam negara itu tidak berdiam diri kerana tempiasnya akan membuatkan pimpinan negera menderita terutama perdana Menteri.

Jika Gani tidak tampil memberi penjelasan, maka akan banyak spekulasi akan timbul. apatah lagi pendedahan demi pendedahan oleh wikileaks.

SPRM juga digesa untuk menyiasat pendedahan-pendedahan oleh wikileaks itu.

Pendedahan Wikileaks bukti sodomy Anwar bukan Konspirasi

Pendedahan WikiLeaks tentang keterlibatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aktiviti liwat baru-baru ini bakal menyedarkan pemimpin pembangkang lain terutama daripada PAS bahawa kes liwat Anwar itu bukan lah konspirasi namun itu lah hakikat sebenarnya. Pendedahan itu akan membuka mata para pemimpin Pas dan yang akhirnya akan mengkaji semula hubungan kerjasama antara parti pembangkang.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata hubungan parti pembangkang yang diibarat seperti 'retak menanti belah' itu kini menunggu masa sahaja melihat lebih ramai pemimpin mereka keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pemimpin terutama dalam PKR.

"Pengikut PAS kini sudah mula hilang keyakinan terhadap pemimpin PKR itu dan saya rasa jika PAS terus bersama PKR, lebih ramai pemimpin sama ada dalam PAS atau PKR akan berundur kerana telah sedar perkara sebenar.

"Lihat sahaja dalam PKR sudah ramai pemimpin mereka terutama kalangan Anggota Parlimen telah keluar parti dan keadaan ini akan menyaksikan lebih ramai lagi yang akan keluar parti," katanya.

Mustapa berkata PKR dan PAS juga perlu sedar tentang peranan DAP dan PAP di Singapura yang mempunyai hubungan baik sehingga perkara itu didedahkan oleh WikiLeaks.

Semalam, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Hamidzun Khairuddin mahu DAP membuat penjelasan mengenai maklumat yang diterima Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew berhubung keterlibatan Anwar dalam aktiviti liwat seperti didedahkan WikiLeaks baru-baru ini.

Hamidzun dilaporkan berkata DAP diketahui umum sebagai rakan politik rapat kepada kerajaan PAP Singapura, yang antaranya diasaskan oleh Lee pada 1954.

Blog Archive