Sunday, October 31, 2010

Undi cina Batu Sapi jadi rebutan

Persaingan untuk memikat hati 9,737 pengundi Cina, yang merupakan 38.06 peratus daripada keseluruhan 25,582 pengundi pada pilihan raya kecil bagi kawasan Parlimen Batu Sapi pada 4 November ini, amat sengit hari ini apabila ketiga-tiga calon turun padang untuk menemui orang ramai.

Dalam persaingan yang disebut oleh banyak pihak sebagai 'Battle of Super Sunday' itu, setiap calon cuba memanfaatkan cuti hujung minggu ini untuk menemui sebanyak mungkin pengundi, terutama di kawasan majoriti kaum Cina.

Kebanyakan penduduk Cina di kawasan ini terdiri daripada mereka yang bertutur dalam dialek Hakka, Kantonis dan Hokkien.

Kumpulan yang menggunakan dialek Hokkien kebanyakannya tinggal di kawasan Karamunting, Kantonis di Bandar Ramai-ramai, Kampung Pukat, Bandar Leila dan Bandar Nam Tung, manakala Hakka pula di Taman Mawar.

Pilihan raya kecil ini akan menyaksikan pertandingan antara calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR Ansari Abdullah.

Oleh kerana Yong dan Tsen adalah daripada suku Hakka, maka tidak hairanlah banyak pihak menyifatkan pilihan raya kecil ini sebagai medan pertempuran antara 'Hakka Mui' dan 'Hakka Taiko'.

Bagi orang Cina, 'Mui' bererti kakak, manakala 'Taiko' bermaksud abang sulung.

Dalam perebutan untuk memanfaatkan hari kelepasan ini, calon-calon berkenaan dan jurukempen mereka kerap bertembung ketika berkempen kerana masing-masing mempunyai jadual ketat dan memberi tumpuan di kawasan serupa.

Ketika BN berkempen di kawasan Cina dan Bumiputera pagi tadi, Yong dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terserempak di Taman Mawar, kawasan yang mempunyai banyak anggota suku kaum Hakka.

Kemudian, Tsen, yang ditemani Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, pula mengunjungi kawasan itu.

Ketika kegiatan berkempen memasuki fasa akhirnya, timbul pula desas-desus kononnya SAPP dan PKR mencapai persefahaman untuk memberi tumpuan di kawasan berasingan -- SAPP akan memberi fokus di kawasan Cina, manakala PKR dan parti pembangkang lain akan memberi tumpuan di kawasan majoriti Bumiputera.

Pemerhati politik percaya PKR memberi tumpuan di kawasan Bumiputera dengan tujuan memecah undi dan sebagai sebahagian daripada persiapannya untuk bertanding bagi kerusi Sekong pada pilihan raya negeri akan datang dan membiarkan SAPP memberi tumpuan ke kawasan majoriti Cina, terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri Karamunting.

Sekong dan Karamunting terletak dalam kawasan Parlimen Batu Sapi.

Bagaimanapun, perkara itu disangkal oleh kedua-dua pihak dan SAPP berkata sejak beberapa hari lepas, pihaknya telah berkempen di kawasan Bumiputera, termasuk di pulau-pulau berhampiran.

PKR pula telah membawa rakannya dalam pakatan pembangkang, termasuk pemimpin di peringkat kebangsaan seperti orang kuat DAP Lim Kit Siang dan Anggota Parlimen Sibu Richard Wong Ho Leng untuk berkempen bagi calonnya di kawasan majoriti pengundi Cina.

Langkah ini mungkin menyebabkan pengundi Cina berpecah kepada tiga kumpulan dan persoalannya ialah berapakah jumlah undi yang akan diraih oleh BN dan SAPP?

Pada Pilihan Raya Umum Mac 2008, mendiang Chong memenangi kerusi berkenaan dengan mendapat 9,479 undi dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon Bebas Dr Chung Kwong Wing, yang mendapat 5,771 undi.

Walaupun BN meletakkan sasaran untuk memperoleh sekurang-kurangnya 25 peratus undi kaum Cina memandangkan terdapat begitu ramai penyokong tegar pembangkang di kawasan itu, tetapi calonnya berpeluang untuk menang dengan selesa melalui peningkatan undi pengundi Bumiputera, manakala PKR pula diramalkan mendapat undi yang agak banyak daripada kaum Cina.

Bagaimana Dr Zulkefli calon Pas Galas padamkan rekodnya daripada JAHEIK?

Zainab Jalar isteri Dr Zul calon Pas Galas
Bloger House PK membongar kisah Dr Zulkefili Mohammad calon Pas N-45 Galas, Gua Musang, Kelantan.

Berikut seperti yang dipetik daripada blog blogger tersebut:

Semalam aku sempat bertemu dengan seorang hamba Allah di GM, banyak cerita yang aku dapat dari hamba Allah ini, namun aku diberitahu bahawa segala cerita ini tak boleh dibongkar di Galas atas permintaan Ku Li (apa sebabnya hanya Ku Li yang tahu)

Tapi aku nak berkongsi sikit cerita yang aku dapat dari hamba Allah ini, kisah yang aku nak cerita pada korang adalah mengenai kisah perkahwinan calon PAS, ada banyak pihak yang meragui status Dr Zul Gendut ni.

Sebenarnya Dr Zul sudah pun berkahwin dengan Zainab bt Jalar, dia adalah seorang janda beranak satu. Sekarang aku akan ceritakan sedikit latar belakang Zainab yang tak pernah korang dengar sebelum ini.

Zainab ni pernah kahwin dengan seorang muallaf (Cina masuk Islam) yang bernama Lee, masa itu Zainab bekerja di sebuah hotel, tapi mak bapak Zainab tak setuju dengan perkahwinan ini, akhirnya jodoh mereka tak panjang yang membawa kepada penceraian Zainab dan Lee.

Zainab kemudiannya bekerja dengan Armalah (ini kiranya tempat penjagaan ibu tunggal yang dibuat PAS la). Disinilah Zainab bertemu dengan Dr Zul yang sangat aktif dalam program-program anjuran PAS sehinggakan kliniknya sendiri pun terabai.

Bila dah hari-hari berjumpa, maka dari mata turun ke hati, lahirlah bibit-bibit cinta diantara mereka, sebelum tu pembaca sekalian, Dr Zul adalah seorang yang sudah berumahtangga, ya dia sudah beristeri. Walau sudah beristeri Dr Zul tetap ada hubungan dengan Zainab! Biasalah orang-orang PAS nafsu kuat!

Dalam asyik masyuk mereka bercinta ni, tup-tup satu hari mereka kena tangkap basah pada bulan Julai tahun 2009 di Kuala Krai, bila dah kena tangkap basah, maka isteri Dr Zul dapat tahu, apalagi kecohlah lepas tu mereka bergaduh dan akhirnya perkara ini membawa kepada penceraian mereka.

Dr Zul menjadi duda dan tidak berapa lama lepas tu dia menjadi suami semula sebab dia berkahwin dengan Zainab. Ya la, dah kena tangkap basah, kena kahwin la! Ironiknya pihak PAS langsung tak tahu mengenai hal tangkap basah ini.

Tetapi bilamana The Unspinners mendedahkan Dr Zul pernah ditangkap basah pada posting Oktober 22 2010 dan disambut oleh UMNO Online, maka pada masa itu barulah pihak PAS dapat tahu, bila dah terbongkar skandal ini, PAS melakukan penyiasatan dan mendapati bahawa cerita ini adalah benar!

Lepas tu apalagi, PAS mencari jalan bagaimana untuk menutup cerita ini, cari-cari punya cari, akhirnya mereka mendapat jalan dimana salah seorang tauke balak yang ada hubungan 'perniagaan' dengan pihak PAS telah menawarkan untuk membantu menutup cerita ini.

Untuk pengetahuan korang, masa Dr Zul kena tangkap khalwat tu, ada satu kertas pertuduhan yang telah dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK)! Ramai yang tak tahu pasal ini kan?

Berbalik pada kisah PAS nak tutup cerita ini semula, dimana tauke balak nak membantu tu! Korang tau tak, si tauke balak tu telah menawarkan RM70,000 kepada si penjaga fail di JAHEIK! Bilamana kakitangan tersebut mendapat tawaran yang begitu lumayan, dia pun terus melakukan perbuatan terkutuk itu tanpa merasa takut dengan hari pembalasan!

Akhirnya misi mereka berjaya dan fail itu berjaya dihilangkan, lepas tu apalagi, Dr Zul kelihatan cukup baik la di kalangan ahlul-ahlul PAS, sebab semuanya telah di'kawtim' kat belakang!

Inilah cerita yang aku dapat tentang status Zul Gendut! Kalau korang nak buat report polis terhadap blog ni wahai ahlul PAS, make sure korang buat report polis untuk Zul Gendut sekali, sebab dia berjaya hilangkan fail tersebut dan memadamkan data tangkap basahnya dari sistem!

Wow! Dasyat jugak PAS salah guna kuasa kan? Mentang-mentang la JAHEIK ni bawah bidang kuasa mereka, maka mereka dengan sewenang-wenangnya menghilankan fail tersebut! Elok juga kalau pihak berkuasa siasat perkara ini, kita bukanlah nak tuduh cuma nak pastikan je...

Aku cuma menyampaikan sahaja dan aku harap perkara ini disiasat sepenuhnya!

PKR Batu Sapi: Yong umpama "anjing bermain dengan ekornya"

Rakyat Sabah terutama bumiputera belum bersedia menolak BN. Rakyat Sabah sudah bosan menjadi pembangkang di peringkat negeri mahupun pusat.

Pengalaman rakyat Sabah semasa rejim PBS tahun 1990-an, sungguh perit, pembangunan ranap, disebabkan tiadanya peruntukan. Akibat peruntukkan yang sangat terbatas, maka Sabah yang merupakan negeri ke-2 terbesar di Malaysia, menjadi miskin.

Rakyat Sabah masih ingat semasa kerajaan berjaya 1976-1985, pembangunan masa itu cukup rancak, akibatnya daripadanya maka sumber pendapatan juga senantiasa tersedia.

Namun apabila PBS menjadi pembangkang tahun 1990-1994, selama 4 tahun, keadaan kewangan negeri sangat minima.

Hanya pada tahun 1994 hingga kini, rakyat Sabah merasakan adanya peningkatan pembangunan. Selama 16 tahun, Sabah telah mendapat peruntukan 15 bilion ringgit untuk pembangunan, termasuk pembinaan Universiti Malaysia Sabah, di Kota Kinabalu.

Selain itu, kerajaan Persekutuan juga memperuntukan lebih satu bilion ringgit untuk projek pembasmian kemiskinan, melalui agropolitan dan jelapang padi.

Isu yang di bawah oleh calon SAPP Datuk Yong Teck Lee Sabah for Sabahan sebenarnya sudah lapuk. Yong Teck Lee buta maklumat kah? Kini Pengarah Imigresen Sabah adalah orang tempatan, Pengarah Jabatan Pendaftaran juga orang tempatan, Naib Censalor UMS juga orang Sabah, Pengarah Jabatan Persekutuan juga orang Sabah, Pengarah pelajaran dan timbalannya juga orang Sabah, Penguam negara juga orang Sabah.

Menteri yang meluluskan pembangunan luar bandar juga orang Sabah, yang mentadbir kerajaan negeri juga orang Sabah. Yong benar-benar buta maklumat dan diumpamakan bahawa isu Yong ini seperti "anjing bermain dengan ekornya".

Lalakkan Yong Teck Lee tiada kesan: Musa Aman

Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee adalah seorang yang semakin terdesak yang sanggup memutar belit fakta semata-mata kerana hendak mendapat sokongan, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata Yong Teck Lee tidak boleh dipercayai mahupun diharapkan untuk menjadi seorang wakil rakyat, kerana dia hanya mementingkan agenda diri tanpa mengira kepentingan lain.

Bercakap dalam satu sesi bertemu rakyat dan kempen untuk Datuk Linda Tsen Thau Lin bagi pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi, di Kg Bakau dekat sini malam tadi beliau berkata, hari ini presiden SAPP itu cuba membangkitkan isu blok minyak “Blok L dan M” milik Brunei pula untuk meraih sokongan.

Katanya soal mengenai Blok L dan M itu sebenarnya bukan lagi isu kerana ia sudah lama dijelaskan oleh kerajaan, di mana Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada Jun lepas pernah menjelaskan bahawa berdasarkan tafsiran undang-undang mengikut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (Unclos) 1982, adalah jelas kedua-dua blok itu milik Brunei.

Walaupun Brunei merupakan pemilik sah dua blok minyak di luar pantai antara Labuan dan Miri itu, namun Malaysia tetap menerima bahagiannya bagi hasil minyak dan gas di kedua-dua kawasan berkenaan.

Pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi pada 4 November ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin, calon SAPP Yong Teck Lee, dan calon Parti Pakatan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah.

Saturday, October 30, 2010

Hillary Clinton bebas jumpa Anwar: Nazri Aziz

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Malaysia tidak menghalang Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatannya ke negara ini bermula Selasa ini.

Nazri memberitahu, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi Malaysia tidak mempunyai masalah jika Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu berhasrat menemui Anwar.

Seperti pemimpin dunia yang lain, Clinton yang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia minggu depan boleh menemui Anwar atas sifatnya sebagai Ketua Pembangkang.

“Permintaan itu pun bukan nak jumpa Anwar, tapi nak jumpa ketua pembangkang... ini biasa macam kita pun kalau pergi ke Amerika Syarikat pun di antara orang yang kita berjumpa selain Presiden, kita juga berjumpa dengan ‘Majority Leader’... Senat, ‘Minority Leader’... itu biasa.

“Jadi, kita tak ada apa-apa halangan untuk dia nak berjumpa dengan Anwar tapi jumpa Anwar bukan kerana peribadi tapi kerana sebagai ketua pembangkang, kerana ketua pembangkang merupakan jawatan yang diiktiraf dan dibayar gaji dalam ‘Standing Order’ kita,” kata beliau selepas menyampaikan hadiah dan sijil sempena Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Aziz di sini hari ini.

Nazri (gambar) berkata Malaysia tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pemimpin yang mahu mengadakan lawatan rasmi ke negara ini termasuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang di Parlimen.

Beliau berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan negara berdaulat Malaysia tidak perlu takut dengan sesiapa.

Lagipun kata beliau, Malaysia tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan daripada pengetahuan mana-mana pemimpin dunia termasuk Clinton.

Justeru kata Nazri, sebarang kenyataan yang menghalang Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu mahu berjumpa Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, bukannya datang dari Malaysia.

Nazri diminta mengulas kenyataan Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari California Chuck DeVore yang menasihati Clinton supaya tidak menemui Anwar dalam lawatan rasminya itu.

DeVore dalam portalnya mendakwa Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu tidak perlu menemui Anwar yang mendakwa dirinya sering menerima tekanan daripada kerajaan.

Menurut DeVore yang mewakili Parti Republikan, Malaysia tidak seburuk Myanmar dan Anwar tidak mengalami nasib sama seperti Aung San Suu Kyi.

Ia merupakan lawatan sulung Clinton ke Malaysia sejak dilantik sebagai Setiausaha Negara di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama.

Amerika Syarikat merupakan rakan dagang dan niaga Malaysia ketiga paling utama, dengan jumlah eksport negara melebihi AS$25 bilion (RM77.5 bilion) setahun.

PKR Batu Sapi lumpuh

Timbalan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Sapi, Amir Bak dan 200 anggota bahagian itu pada sabtu mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno.

Turut menyertai Amir ialah naib ketua PKR Batu Sapi, Abdullah Madu dan tujuh lagi anggota jawatankuasa bahagian berkenaan.

Mereka menyerahkan borang permohonan menyertai Umno kepada Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas di sini.

Selain itu, 50 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) dari lima cawangan di Batu Sapi turut mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno.

Bekas calon bebas pada pilihan raya umum 2008, Dr Francis Chong pula mengumumkan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN).

Anggota PKR dan SAPP berkenaan bertindak meninggalkan parti masing-masing kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan parti asal mereka.

Siapa Yong Teck Lee???

Siapa YONG TECK LEE? Orang Sabah semua kenal siapa YONG TECK Lee. Dialah yang mempengaruhi Pairin keluar BN diambang pengundian pada pilihanraya umum tahun 1990.

Yong Teck Lee pula lah yang menikam Pairin tahun 1994 dan menubuhkan SAPP. Yong Teck Lee pula lah yang menikam BN-Sabah tahun 2008.

Kini Yong bertanding di Batu Sapi konon berjuang untuk orang Sabah. Sebenarnya Yong berjuang untuk dirinya sendiri. Yong adalah individu yang mengejar peluang, di mana ada peluang untuk dirinya, maka Yong berada di situ.

Selepas sahaja PRU-12, apabila Yong melihat bahawa BN kehilangan majoriti 2/3 di dewan rakyat dan gerakan Anwar yang dinamakan Gerakan 16 September, yang kononnya tarikh merampas Putrajaya daripada BN, maka Yong menikam BN.

Melalui Gerakan 16 September Anwar itu, Yong dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri 2 bagi mewakili Sabah dan Sarawak.

Rakyat Sabah mungkin tidak pernah dan akan melupakan peranan yang beliau mainkan dalam kes rasuah dari tahun 1996 hingga 1998. Rakyat Sabah juga mungkin tidak lupa peranan Yong terhadap Saham Amanah Sabah (SAS) semasa dia menjadi Ketua Menteri Sabah.

Pada 1996, Yong (ketika itu Ketua Menteri Sabah) mengarahkan pembayaran RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri, Sapi Plantation milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB).

Ini didedahkan oleh Pengarah Briskmark Enterprise Sdn Bhd, Datuk Wasli Mohd Said, yang ketika itu merupakan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB). Beliau berjumpa Yong TL di pejabatnya untuk memberikan taklimat mengenai cadangan pengambilalihan pengurusan 40 peratus saham Sapi Plantation bernilai RM16.8 juta.

Pendedahan dibuat Wasli ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu 12 Februari 2004 untuk menghadapi 5 pertuduhan rasuah melibatkan RM1 juta dan pemberian saham 3.36 juta unit saham milik SLDB.

Perjumpaan Wasli dan Yong kerap diadakan selepas itu, bukan sahaja di pejabat tetapi di luar pejabat. Yong turut menghubungi Wasli bagi memaklumkan kaedah pemberian wang. Wasli diminta bertemu dengan ejen Yong yang hanya dikenali melalui nompor plat pendaftaraan kereta ejen terbabit.

Briskmark ditubuhkan untuk dijadikan wadah bagi dana politik Yong Teck Lee.

Menjelang PRU 1999, Yong menerima sejumlah wang lagi daripada Wasli. Wasli turut diarahkan memberi hadiah berupa wang tunai RM500,000 kepada lapan ahli lembaga pengarah Bismark, selain Yong, beliau membayar wang tunai RM500,000 kepada setiap daripada lapan anggota lembaga Briskmark sebagai derma kepada mereka. Mereka ialah Datuk Salleh Otik, Datuk Ismail Jook, Abdul Kader Pateh, Laimun Laikim, Michael Emban, Talib Aning, John Liaw dan Catherine Yong(Adik kepada Yong Teck Lee).

Ketika menjadi ketua Menteri Sabah, beliau ada kaitan dengan sebuah syarikat iaitu Warisan Harta Sabah (WHS) rugi RM114 juta, berikutan keputusan Yong (ketika itu Pengerusi WHS) mengarahkan ‘share swap’ pemilikan saham WHS dalam MISC sebuah syarikat yang dianggap memiliki saham ‘blue chips’ dengan saham North Borneo Trading (NBT) dan Sugarbun Corporation Berhad, dimiliki dua usahawan dari Sarawak yang merupakan saham spekulatif.

Berikutan itu bukan sahaja Warisan Harta rugi dalam tahun kewangannya sebanyak RM114 juta kerana kejatuhan harga kedua-dua saham tetapi juga kehilangan dividen daripada MISC.

Yong juga mengarahkan BOD Amanah Saham Sabah (SAS) membeli saham-saham NBT dan Sugarbun, sehingga SAS mengalami kerugian teruk dan sehingga hari ini nilainya merosot dengan teruk dan ramai pelabur rakyat tempatan Sabah mengalami kerugian.

Lebih 55 ribu pelabur Sabah, yang kebanyakannya terdiri daripada pesara dan yang berpendapatan rendah kehilangan pelaburan mereka (pada 1996) akibat kejatuhan saham SAS daripada RM1 seunit kepada 17 sen seunit ketika itu.

Selama tempoh dua tahun Yong menjadi KM Sabah, banyak dasar-dasarnya tidak popular termasuk memperkenalkan Forest Management Unit (FMU) yang mengasingkan 2 juta hektar kawasan balak negeri Sabah kepada kurang daripada 20 syarikat untuk tempuh 100 tahun.

Semasa menjadi Ketua Menteri terlalu banyak hak-hak rakyat dikatakan telah dinafikan oleh beliau dan antaranya adalah :geran-geran tanah untuk kampung-kampung tradisional Melayu seperti kawasan Inanam, Gudon,Tebobon,Karambunai dan Menggatal tidak diluluskan bagi tujuan pemilikan kerajaan negeri (untuk keuntungan peribadi).Tiada kontrak untuk kontraktor bumiputra.Tiada peluang pekerjaan untuk anak-anak Bumiputra.

Hak rakyat lain yang dikatakan diambil oleh Yong ialah 1 juta ekar konsesi balak untuk tempoh 100 tahun bernilai lebih RM20 Billion dari Tenom hingga ke Kalabakan,Tanah persisiran laut di Teluk Likas bernilai lebih RM500 juta,Tanah persisiran laut di Tanjung Aru bernilai lebih RM500 juta.,Tanah-tanah Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) bernilai lebih RM2 billion diambil melalui Sawit Kinabalu Sdn Bhd.

Wang saham rakyat dalam Koperasi Pembangunan Desa (KPD) bernilai RM60 juta diambil melalui Benta Holdings,Duit rakyat diperbendaharaan negeri berjumlah RM36 juta setahun melalui Angkatan Hebat Sdn Bhd (kontrak sewa kereta kepada semua agensi kerajaan, Merobohkan rumah-rumah kerajaan di Tanjung Aru untuk pembinaan resort oleh sebuah syarikat kroni tetapi sehingga kini tanah tersebut terbiar kerana tanah berkenaan tidak mempunyai geran.

Yong juga dipercayai mempunyai perwatakan pemimpin yang tidak boleh dipercayai malah disifatkan antara pemimpin yang mendokong sifat opurtinis dengan mengambil kesempatan atas hubungan baiknya dengan Datuk Joseph Pairin Kitingan hingga membolehkan beliau diberi kepercayaan memegang jawatan Timbalan Presiden PBS pada 30 September 1989. Pada 19 Julai 1990, Yong dilantik oleh Ketua Menteri (Pairin), sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Industri sehingga 19 Januari 1994.

Rentetan krisis dalaman PBS pada waktu itu mendorong Yongo keluar PBS bertindak pantas menubuhkan sebuah parti baru iaitu SAPP pada 19 Januari 1994 dengan membuka keahlian kepada semua kaum, sama seperti PBS. Yng menjadikan 'hilang kepercayaan' sebagai alasan meninggalkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Kitingan, yang bertanggungjawab membawanya masuk dalam politik Bahkan, Yong sendiri mengepalai kumpulan mengkhianati Pairin.

Yong dipercayai mempunyai hubungan yang rapat dengan Anwar Ibrahim dan banyak menerima dana melalui kapasiti Anwar sebagai Menteri Kewangan.

Pada 18 Jun 2008, Teck Lee yang menjadi Presiden SAPP mengatakan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bersedia untuk menyokong sebarang undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Kemudian Yong umum SAPP keluar BN pada 17 September 2008 walaupun gerakan 16 September Anwar gagal.

Sebaliknya, pengumuman Yong itu bercanggah dengan pendiriannya sebelum PRU 2008 apabila beliau dilaporkan memuji dan menyatakan sokongan padu kepada kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah membuat kenyataan “'Saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya (Yong Teck Lee)” bagi mengulas tindakan Yong itu. Maksudnya, Yong Teck Lee merupakan satu-satunya Presiden parti komponen BN Sabah yang tidak tercalon dalam PRU 2008. Yong menuntut janji jawatan Senator, tetapi tidak dipenuhi Musa dan Tun Abdullah Badawi. DUN Sabah yang bersidang tidak mencadangkan nama Yong sebagai Senator tetapi Musa mencadangkan nama lain.

Yong dipercayai termakan janji habuan yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim berikutan “isu 16 September”, iaitu pertukaran kerajaan berdasarkan kontroversi puluhan MP akan lompat parti. Yong juga mengakui pernah menemui Anwar sebanyak dua kali dalam tempoh itu, masing-masing di Hong Kong dan Kuala Lumpur. Tindakan SAPP keluar BN hanyalah strategi untuk meredakan kegagalan ’16 September’.Anwar.

Bagaimanapun, di pihak Yong, tindakan itu seperti ‘melangsaikan hutang’ dengan Anwar terutama hubungan Ketua Menteri - Menteri Kewangan dahulu. Dengan keputusan Yong Teck Lee mengeluarkan SAPP daripada BN, bermakna Yong Teck Lee Tidak Lagi berhutang dengan Anwar.

Atas sebab itu, Yong Teck Lee menolak tawaran Anwar agar memberi peluang kepada PKR di Batu Sapi untuk satu lawan satu dengan BN. Bukan sahaja menolak tawaran Anwar itu, malah Yong mencabar Anwar berdebat dengannya.

Kepada pengundi Parlimen Batu Sapi tanya selera sendiri mengenai Yong Teck Lee.

Pembangkang janji Bulan dan Bintang: Muhiyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan kerajaan berjumlah RM5 juta untuk membina sebuah masjid baru di kawasan Batu Sapi.

Beliau berkata berkata masjid berkenaan adalah untuk memberi keselesaan kepada ribuan penduduk Islam di kawasan berkenaan untuk menunaikan ibadat.

"Oleh kerana di sini terdapat ribuan umat Islam maka kita luluskanlah. Inilah berkat kita ada kuasa dan kemampuan," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas di Sandakan.

Projek PPR berkenaan melibatkan pembinaan 500 unit rumah dengan kos setiap blok dianggarkan antara RM80,000 dan RM100,000 dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang.

Rumah yang mempunyai kemudahan tiga bilik tidur, dua bilik air, dapur, ruang tamu serta dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air adalah untuk penduduk setinggan di kawasan itu dengan penghuni dikenakan sewa sebanyak RM124 sebulan.

Menurut Muhyiddin kesediaan kerajaan memberi peruntukan untuk membina masjid, rumah, sekolah dan memberi bantuan kepada rumah-rumah ibadat lain seperti gereja, tokong dan kuil adalah kerana kerajaan BN ada kuasa dan kemampuan.

Sehubungan itu beliau berharap rakyat perlu terus memberi kepercayaan kepada BN untuk memerintah negara ini kerana hanya kerajaan BN mampu menunaikan janji meskipun kadang-kadang mengambil masa kerana perlu memenuhi prosedur tertentu.

Tidak seperti parti pembangkang katanya, seperti PKR dan Parti Maju Sabah (SAPP) yang cuma gah menjanjikan bulan dan bintang meskipun menyedari mereka tidak mampu menunaikannya kerana tidak ada kuasa.

Muhyiddin meminta penduduk Sabah dan Batu Sapi khasnya supaya tidak terpedaya dengan pelbagai isu yang cuba dibawa pembangkang untuk meraih simpati kerana ia cuma akan merugikan rakyat Sabah sendiri.

"Ada pihak yang datang sini menjanjikan bulan dan matahari. Sebenarnya mereka tidak ada kuasa dan tidak akan mampu melaksanakannya. Kalau 10 (Datuk) Yong Teck Lee pun, Yong Teck Lee tidak mungkin dapat bina sebuah untuk rakyat di Sandakan.

Menurut Muhyiddin slogan "Sabah untuk Rakyat Sabah" yang digembar-gemburkan SAPP merupakan perkara lama tanpa menyedari bahawa ramai rakyat Sabah sekarang sudah maju malah ramai di kalangan mereka memegang jawatan tinggi di semenanjung.

"Begitu ramai rakyat Sabah yang maju. Bukan sahaja di Sabah malah di Kuala Lumpur. Mereka menjawat jawatan tinggi. Menteri ada, ketua pengarah ada Peguam Negara ada dan banyak lagi. (Mereka) Bukan untuk Sabah sahaja tetapi untuk negara kita Malaysia," katanya.

Sehubungan itu beliau berkata isu yang penting sekarang ialah untuk memantapkan Sabah dengan meletakkannya di tempat yang wajar sesuai dengan kedudukannya sebagai negeri kedua terbesar di negara ini.

Berbeza dengan penamaan calon; KINI ZAID mendahului AZMIN

Daripada sembilan cabang PKR yang mula mengadakan pemilihan jawatan untuk jawatan tertinggi parti itu, Datuk Zaid Ibrahim kini mendahului di depan dengan 263 undi untuk jawatan timbalan presiden.

Beliau diekori dua lagi pencabar Azmin Ali dengan 116 undi dan Mustaffa Kamil Ayub dengan 32 undi.

Lima cabang di Kedah dan empat lagi di Kelantan memulakan pemilihannya semalam.

Berbeza dengan pencalonan, kemenangan calon dikira berdasarkan jumlah undi yang terkumpul dan tidak dikira berdasarkan kemenangan di cabang.

Jika trend pemilihan ini berterusan, benarlah bahawa Wan Azizah, Nurul Izzah, Khalid Ibrahim adalah perancang dibelakang kemenangan Zaid.

Khalid Ibrahim tiada pilihan, untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor, maka Azmin perlu dikalahkan.

PRK Batu Sapi: Antara SAS dan Vaccum Cleaner

Sepatutnya calon-calon yang bertanding perlu menyelesaikan keperluan asas pengundi Batu Sapi, dari titi yang roboh, titi nelayan yang usang, jalan ke perkampungan yang daif dan masalah sampah saraf.

Namun bagi calon SAPP hanya sibuk dengan isu Sabah for Sabahan serta borneozatioan. Selain itu, tuduhan kepada Ketua Menteri Sabah sebagai "vaccum cleaner" projek kerajaan negeri.

Selain itu Yong juga mendakwa bahawa ramai kroni Musa Aman masih dalam siasatan SPRM dengan berbagai masalah termasuk pengubahan wang haram.

Dalam pilihanraya bermacam-macam isu dilemparkan semata-mata untuk menarik sokongan. Bagi AYT, para pengundi yang rasional tidak akan terpengaruh dengan serangan-serangan peribadi ini. Serangan ini hanya merupakan dongengan.

Namun rakyat Sabah telah tahu benar, bahawa Saham Amanah Sabah telah rugi besar, akibat swap daripada saham bluechip kepada saham biasa semasa Yong Teck Lee masih ketua Menteri dan Pengerusi Saham Amanah Sabah. Kenapa rakyat Sabah tahu? sebabnya ramai yang melanggan saham milik kerajaan negeri itu. Harga par value SAS adalah RM1.00 se sesaham, kini bernilai kadang-kadang 18sen, kadang 23 sen sesaham.

Yong cuba mengalihkan isu skandal SAS kepada pemimpin UMNO? Isu SAS telah dibicangkan panjang lebar pada persidangan DUN Sabah yang lalu. Dalam persidangan DUN itu, telah terbongkar bahawa mereka yang terlibat dalam skandal swap saham bluechip MISC milik SAS dengan saham spekulatif seperti saham sugarban adalah para individu yang ada kaitan rapat dengan Yong Teck Lee, bukannya para pemimpin UMNO, bukan Musa Aman atau Salleh Said Keruak.

Isu Yong Sabah for Sabahan dan Borneozation hanya retorik, sebabnya Yong pernah menjadi Ketua Menteri Sabah 1996-1998. Semasa ditampuk kuasa Yong memunji-muji BN, di mana sahaja ada peluang. Slogan Yong masa itu, BN Boleh, Sabah Boleh, SAPP Boleh. Apa sebab Yong kini melupakan semua slogan itu? sebabnya Yong tiada kuasa lagi, Yong tidak dapat projek lagi, Yong tiada keistimewaan lagi.

Pada PRU-12 lalu, Yong mendesak Musa Aman agar dia diberikan kawasan Parlimen Kota Kinabalu, namun Musa Aman enggan; kerana kerusi itu milik PBS. Disebabkan Yong gagal mendapatkan kerusi itu, maka Yong sabotaj calon BN, sehinggakan kerusi Parlimen Kota Kinabalu jatuh ke tangan DAP.

Selain itu, Yong "mengaus" tidak mahu bertanding, walaupun Musa Aman memberinya peluang memilih kawasan-kawasan lain, namun Yong hanya mencadangkan agar dia di lantik sebagai Senator.

Apabila keputusan PRU-12 diketahui, di mana BN kehilangan 2/3 majoriti di dewan rakyat, Yong mendesak Musa Aman melantiknya sebagai senator sekaligus sebagai menteri penuh di kabinet persekutuan. Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri masa itu, tidak bersetuju dengan cadangan itu. Akibat daripada itu, maka Yong keluar BN dengan alasan telah hilang kepercayaan terhadap Abdullah.

Seebenarnya itu bukan sebab utama Yong keluar BN, sebabnya adalah kerana Yong dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri 2, bagi mewakili Sabah dan Sarawak dan keturunan cina dalam kabinet Anwar Ibrahim, hasil daripada gerakan 16 september 2008.

Yong dalam politik memang bercita-cita besar dan bernafsu besar. Tahun 1990 diambang pembuangan undi Yong dan kuncu-kuncunya memberi kata dua kepada Tan Seri Pairin Kitingan, jika PBS tidak keluar BN, maka mereka akan keluar. Pirin tiada pilihan kerana jumlah kerusi yang ditandingi kuncu-kuncu Yong membolehkan mereka menubuhkan kerajaan. Pairin terpaksa akur. Terjadilah peristiwa Tikam Belakang.

Disebabkan PBS menikam belakang BN, maka Tun Mahathir mengumumkan kemasukkan UMNO ke Sabah, dengan jemputan Tun Mustpaha. Usno dibubarkan dan secara enblok semua ahli USNO akan menjadi ahli UMNO.

Akibat undang-undang anti-lompat DUN Sabah, maka Tun Mustapaha kehilangan kerusi DUN Usukan. PRK terpaksa diadakan di DUN Usukan Kota Belud. Tun Mustapha mewakili UMNO-BN di tentang JAP OMAR calon PBS. Seperti diduga, Tun Mustapha menang mudah, sebab itu lah Kota Belud dipanggil sebagai Tempat lahirnya UMNO Sabah.

Pada PRU (1994)-Sabah, secara tidak diduga, Yong Teck Lee sekali lagi menikam, kali ini menikam Tan Seri Pairin. Yong keluar PBS dan menubuhkan SAPP. SAPP bergabung dengan AKAR-LDP dan UMNO sebagai BN-Sabah.

Pada PRU 1994, gabungan BN itu tidak menang, PBS yang menang. Namun, apabila Datuk Lajim dan Rubin Balang keluar PBS dan seterusnya masuk UMNO, maka tumbanglah kerajaan PBS.

BN menjadi kerajaan Sabah ketika itu. Jumlah parti yang bergabung dalam BN-Sabah telah bertambah: KINI BN-Sabah dianggotai: UMNO-LDP-UPKO-PBRS-MCA-MIC-Gerakan-PBS. PBS dietrima semula pada tahun 2002.

Melalui senario di atas, adalah jelas, YONG berjuang bukan untuk kepentingan rakyat Sabah sepertimana yang digembar-gemburkannya. Yong berjuang dimana ada peluang disitu lah dia berada.

Kepada pengundi Batu Sapi, jangan lah terpancing dakyah Yong Teck Lee.

Memang ada perjanjian sulit antara DAP-PKR: Zukiifli Noordin

Perjanjian rahsia antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan DAP bukan suatu perkara yang boleh dianggap 'main-main' kerana ia didalangi oleh kepimpinan tertinggi parti terbabit.

Menyifatkan perjanjian itu sebagai 'konspirasi syaitan', Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bagaimanapun enggan mendedahkan dalang yang terlibat kerana masih menunggu masa dan keadaan yang sesuai.

"Pendedahan ini dibuat kerana saya mahu ahli bawahan Pas dan PKR serta rakyat Malaysia tahu bahawa wujudnya 'perjanjian syaitan' melibatkan PKR dan DAP.

"Jangan nanti apabila perkara sudah berlaku baru hendak menyesal. Baru hendak kata tidak jangka semua itu akan berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat semalam, beliau mendedahkan wujud perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara PKR dengan DAP yang tidak diketahui Pas.

Melalui perjanjian rahsia itu jelasnya, DAP akan memiliki kuasa autonomi ke atas Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Perjanjian itu juga dakwanya, turut membenarkan wakil DAP dilantik sebagai Menteri Besar di negeri-negeri dimenangi parti itu.

Zulkifli menambah, bagi menjayakan rancangan itu, DAP dijangka meletakkan calon-calon Melayu terutamanya di Negeri Sembilan dan Perak untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"DAP meletakkan calon Melayu bagi membolehkan mereka dilantik sebagai Menteri Besar. Formulanya, mungkin dengan mencari calon Melayu daripada dalam PKR atau meletakkan calon pilihan parti itu sendiri.

"Memang kita lihat Lim Kit Siang seolah-olah tidak mendapat apa-apa. Tetapi sedarlah, autonomi yang diberikan kepada Pulau Pinang sebenarnya adalah ganjaran besar untuk Kit Siang dan keluarganya," ujarnya.

Ditanya bila sebenarnya perjanjian itu bermula, Zulkifli memberitahu, ilham mengenainya bermula apabila berlaku krisis bagi melantik menteri besar sewaktu pakatan pembangkang mula-mula menguasai Perak pada pilihan raya umum lalu.

"Setelah itu, timbul pula isu Kabinet bayangan yang mengatakan Kit Siang akan diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Di situlah, mulanya mereka memikirkan semua ini," katanya.

Mengulas gelaran 'badut' yang diberikan oleh Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas DUN Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah terhadapnya dalam laman web propembangkang, The Malaysian Insider ekoran pendedahan itu, Zulkifli tidak langsung mengendahkannya.

"Mahu kata apa pun, ikut suka dialah. Anwar dulu terang-terang berbohong tentang 16 September, boleh pula dia terima," katanya.

Katanya, semua itu tidak mustahil berlaku kerana DAP memang diketahui tidak boleh menerima Pas.

"Pas tidak sedar mereka dijadikan kuda tunggangan,'' ujarnya.

Friday, October 29, 2010

Malang sungguh calon PKR Batu Sapi: Dalam 3 hari 2 kali jatuh laut

Ansari kata perkampungan Batu Sapi penuh dengan ranjau-ranjau termasuk "periuk api".

Sungguh malang calon PKR itu, dalam 3 hari telah dua kali jatuh dalam laut.

Kali pertama Ansari masuk laut adalah apabila jeti kayu roboh mengakibatkan Anasri jatuh bersama robohan kayu itu. Kali ke-2 adalah semasa berjalan masuk ke sebuah rumah penduduk. Titi yang bersambung ke rumah itu roboh, mengakibatkan Ansari ikut jatuh.

Pengundi Batu Sapi tahu Yong Teck Lee hanya uji popularitinya

Terang-terangan calon SAPP Datuk Yong Teck Lee yang juga persiden parti itu mengatakan bahawa PRK Batu Sapi adalah untuk menguji sambutan rakyat kepada partinya menjelang PRU-13.

Yong Teck Lee tidak menaruh harapan untuk menang bagi PRK Batu Sapi, tetapi melihat sejauh mana sambutan pengundi kepada partinya.

Yong berkata, suasana pilihanraya kecil jauh berbeza dengan pilihanraya umum. Jika pada PRK calon parti itu mendapat undi hampir separuh daripada pengundi, maka walaupun jumlah itu belum boleh memenangkannya, maka, itu adalah pertanda, bahawa parti itu mendapat sokongan, demikian kata Yong sebelum penamaan calon pada 26 Oktober lalu.

Pada hari penamaan calon, penyokong yang mengiringi Yong sangat minima sekali, dibanding penyokong yang mengiringi calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin. Pada penamaan calon, jika dinilai melalui jumlah bendera dan sepanduk, jelas calon BN sudah boleh dikatakan telah menang.

Namun setelah berkempen selama 3 hari, calon BN yang dijangka pada awalnya tidak mempunyai saingan, kerana perpecahan undi pembangkang, sangkaan itu ternyata meleset.

Di kawasan cina, ternyata kempen Yong lebih mendapat sambutan dibanding kempen BN. Penganalisis tempatan mengatakan bahawa kehadiran para pemimpin cina BN, termasuk persiden LDP Datuk VK Liew kurang berkesan.

Kalau dilihat daripada segi kehadiran di kawasan cina, ternyata sambutan kepada Yong terlalu didepan dibanding calon BN apatak lagi calon PKR.

Namun di kawasan bumiputera, tidak dinafikan bahawa BN masih didepan dibanding 2 calon lain.

Kawasan parlimen P-185 Batu Sapi adalah kawasan campuran yang bermajoriti penduduk bumiputera. Tetapi yang menguatirkan BN adalah trend yang keluar mengundi di kalangan bumiputera sangat rendah. Pada PRU-2004, dan PRU-2008, peratusan pengundi bumiputera di bawah 40% dibanding kaum lain yang menjangkau 80%.

Mengingat sokongan kaum cina tertumpuh kepada Yong Teck Lee, nampaknya jika trend pengundian akan sama dengan trend sebelumnya, maka kemungkin besar BN akan kehilangan kerusi Batu Sapi.

Isu kempen Yong yang bertemakan Sabah for Sabahan dan borneozation rupanya lebih mendapat sambutan daripada isu BN yang berkisar kepada pembangunan. Menurut beberapa pengundi tempatan, pembangunan kawasan Batu Sapi akan lebih meningkat jika jatuh ke tangan pembangkang, kerana kerajaan akan menumpuhkan pembangunan di situ, untuk menawan semula hati pengundi.

Namun bagi AYT, sambutan dikala berkempen tidak semestinya diterjemahkan kepada undi. Jumlah bendera atau sepanduk juga tidak menggambarkan sokongan.

AYT teringat pada PRU-Sabah tahun 1985, di mana pondok PBS, tidakpun dikunjungi oleh para pengundi, sebaliknya pondok Parti Berjaya penuh sesak. Namun, setelah pengiraan undi, ADUN tersebut dimenangi oleh calon PBS dengan majoriti yang besar sekali.

Apapun PRK Batu Sapi akan menentukan mana kah yang dipilih rakyat, ketokohan Yong Teck Lee kah atau simpati kepada Datin Linda Tsen Thau Lin.

Pada pilihan raya umum 2008,Edmund Chong Ket Wah suami Datin Linda mendapat 9,479 undi menewaskan calon Bebas Dr Chung Kong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi termasuk 1,535 pengundi pos.

Sejumlah 15,099 atau 59.02 peratus pengundi adalah Bumiputera Islam, 689 Bumiputera bukan Islam (2.69 peratus), 9,737 Cina (38.06 peratus) dan lain-lain, 57 (0.22 peratus).

PRK Batu Sapi: Kalau BN tidak hati-hati-Peluang SAPP cerah

Setelah 3 hari masa berkempen di Batu Sapi, sangkaan awal bahawa BN dengan mudah mengekal kerusi Batu Sapi kerana pembangkang tidak mampu meletakkan calon satu lawan satu terhadap BN, ternyata meleset.

Kedudukan BN tergugat oleh kehadiran Yong Teck Lee.

Tinjauan di lapangan menunjukkan, sambutan kempen Yong teck Lee terutama di kawasan cina sungguh menggalakkan dibanding sambutan kepada kempen BN.

Malah pengamat politik tempatan mengatakan bahawa setakat ini lebih 40% pengundi cina akan memberi undi kepada Yong Teck Lee.

Sebelum penamaan calon pada 26 Oktober lalu, Yong Teck Lee pernah berkata bahawa dia hanya memerlukan undi 1,000 pengundi bumiputera untuk menang.

Melihat keadaan kempen Yong di merata tempat di Batu Sapi, dakwaan Yong itu mendekati kebenaran, namun apa kah sambutan kepada kempen Yong itu diterjemahkan dalam bentuk undi?

Yong kini di khabarkan menumpuhkan masa kempennya kepada para pengundi atas pagar yang dikatakan mempunyai jumlah yang cukup ramai.

Kehadiran para pemimpin BN berketurunan Cina, nampaknya tidak mampu bersaing dengan ketokohan Yong.

Jika BN mahu mengekalkan kerusi Batu Sapi- sesuatu tindakan luarbiasa perlu dilakukan. AYT yakin Datuk Musa Aman mempuyai cara dan jalan untuk mengekalkan kerusi Batu Sapi. Jika BN kalah, Sabah sebagai simpanan tetap BN, setidak-tidaknya tergugat.

Remaja perempuan ditemui mati dalam beg pakaian

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya disumbat ke dalam sebuah beg pakaian dan dibuang di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Klang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan, berkata mayat remaja tanpa identiti yang dipercayai berusia belasan tahun dan berpakaian lengkap itu ditemui oleh seorang pekerja bengkel berkenaan kira-kira 3.30 petang.

"Pekerja tersebut yang menunggang motosikal melalui lorong bersemak itu terjumpa sebuah bagasi besar sebelum bertindak menendang-nendang beg tersebut. Curiga dengan berat beg, dia kemudiannya membuka beg berkenaan sebelum terlihat mayat mangsa.

"Mangsa ditemui dalam keadaan berlipat dan pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia belasan tahun berdasarkan saiz badan dan tidak mengalami kecederaan luaran," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Pemeriksaan forensik turut mendapati kesan lebam di leher mangsa dipercayai akibat dicekik.

Beliau berkata mangsa yang bertubuh sederhana, berpakaian gaun biru paras lutut, berkulit sawo matang dan berambut lurus mencecah bahu, tidak diikat dan dipercayai baru mati berdasarkan keadaan mayat yang masih "segar" dan tidak berbau.

Abdul Jalil berkata, polis percaya remaja itu bukan rakyat tempatan memandangkan tiada parut suntikan vaksin BCG ditemui di lengannya.

Katanya, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan tersebut yang berdekatan dengan Rumah Anak Yatim Amal Belaian Kasih (RABEKA) Taman Ukay Perdana.

"Beberapa helai pakaian termasuk tuala mandi turut ditemui dalam bagasi berkenaan yang disyaki milik mangsa. Sehelai kertas yang bertulis nombor telefon negara asing turut berada dalam beg itu.

"Bagaimanapun punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.

Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga iaitu remaja perempuan diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk proses pengecaman dan pengesahan. - BERNAMA

Yong Teck Lee syok sendiri: Musa Aman

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata beliau tidak mahu melayan cabaran presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee untuk berdebat dengannya mengenai ‘Sabah Untuk Orang Sabah’ dan autonomi.

Musa berkata debat seperti itu tidak ada faedahnya ketika mengulas mengenai cabaran Yong yang mahu berdebat dengannya mengenai isu berkenaan Ahad ini di Dewan Hakka.

Terdahulu ketika berucap sempena program perasmian Menkoperasikan Rakyat (1Komuniti 1Koperasi) di sini, Musa menyifatkan tindakan Yong menimbulkan isu ‘Sabah untuk orang Sabah’ dan autonomi Sabah dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi sebagai syok sendiri.

Musa yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil berkenaan berkata Yong sengaja memainkan isu berkenaan semata-mata untuk memancing undi supaya dia dapat menjadi ketua menteri.

“Siapa tidak kenal Yong Teck Lee. Semasa jadi Ketua Menteri Sabah, dia tidak pernah pun sebut autonomi. Bohong saja. Dia cuma mahu jadi Ketua Menteri. Saya mahu tanya, pernah dia datang ke mari (Kampung Karamunting) semasa dia Ketua Menteri?” katanya yang disambut dengan sorakan ‘tidak’.

Turut hadir calon Barisan Nasional bagi Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin.

Sehubungan itu Musa mengingatkan rakyat khususnya pengundi Batu Sapi supaya tidak terpedaya dengan kata-kata Yong yang juga bekas ketua menteri kerana tujuannya cuma mahu mendapat kuasa.

Musa seterusnya berkata slogan ‘Sabah for Sabahan’ yang didendangkan Yong cuma bertujuan mengelirukan rakyat kerana sudah terbukti SAPP tidak membawa apa-apa pembangunan untuk rakyat.

Menurut Musa slogan SAPP itu sama sekali berlainan dengan aspirasi kerajaan pusat yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah memberi peruntukan besar kepada Sabah kerana menyedari keperluan negeri kedua terbesar di negara ini.

Katanya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sahaja, kerajaan pusat meluluskan RM15 bilion untuk pembinaan pelbagai infrastruktur ekonomi, sosial dan pendidikan untuk rakyat Sabah termasuk jalan raya, elektrik sekolah dan banyak lagi.

Musa berkata kerajaan juga sedang membangunkan Sandakan sebagai hab pendidikan dengan membawa kampus cawangan Universiti Malaysia Sabah ke Sandakan di samping membina politeknik dan Maktab Rendah Sains Mara di daerah itu.

Menurut Musa, Yong bukan sahaja gagal membela rakyat semasa beliau menjadi Ketua Menteri malah ketika memegang jawatan menteri dalam Kabinet Sabah, dia juga gagal berbuat demikian. – Bernama

Thursday, October 28, 2010

Ada pakatan sulit antara DAP dan PKR, pastikan penguasaan Cina: Zulkifli Noordin

Ucapan Zulkifli Noordin di dewan rakyat hari ini sungguh mengemparkan kerana menurutnya DAP dan PKR mempunyai perjanjian sulit untuk mempastikan penguasaan cina sekiranya Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya. Menurut Zul- PAS sendiripun tidak mengetahui pakatan sulit itu.

Menuurut Zul lagi, jika PR memerintah, ahli DAP yang berbangsa Melayu akan dicalonkan di Negeri Sembilan dan Perak, jika menang, maka mereka dilantik sebagai menteri besar. Tujuannya adalah untuk menjamin penguasaan kaum cina. Selain itu, Pulau Pinang juga akan diberikan status otonomi seperti Singapura, demi menjamin kuasa kaum cina.

Fauziah Salleh (PKR ) menghina suri rumah kerana jadi calon Pilihanraya

PKR benar-benar kehilangan idea semasa PRK Batu Sapi, sehingga isu calon "suri rumah" pun dipertikaikan.

Fauziah Salleh Pengarah Pilihanraya PKR Batu Sapi, benar-benar buta maklumat, sehinggakan calon BN Datin Linda Tsen dikatakan "Suri rumah".

Datin Linda Tsen adalah Naib Ketua Wanita Bahagian Elupora, Sandakan, suatu kedudukkan politik yang membolehkannya menjadi calon. Linda adalah seorang guru muzik bertauliah berkelulusan London.

Datin Linda Tsen adalah balu kepada Edmund Chung Ket Wah wakil rakyat P-185 Batu Sapi yang terlibat kemalangan pada 9 Oktober lalu, di Kota Kinabalu.

Pencalonan Linda adalah untuk mengenang jasa suaminya, selain itu, Linda adalah individu yang sangat berperanan dibelakang suaminya semasa suaminya menjadi wakil rakyat Batu Sapi selama 2 penggal.

PKR hari ini membidas BN kerana mengemukakan Datin Linda Tsen sebagai calon pada pilihan raya di Batu Sapi ketika beliau masih lagi berkabung atas kematian suaminya, Datuk Edmund Chung, bekas ahli parlimen Batu Sapi.

Ketika sidang media di Bandar Ramai-ramai hari ini, pengarah pilihan raya PKR, Fuziah berkata adalah tidak bertanggungjawab bagi BN untuk mencalonkan Tsen yang masih bersedih dan terpaksa membesarkan empat orang anaknya.

“Saya rasa begitu sedih. Saya tahu bagaimana susahnya jadi seorang ahli parlimen wanita. Dalam keadaan suami baru meninggal, seorang wanita masih lagi berkabung, saya rasa cukup sedih kerana beliau dipergunakan sedemikian.

“Kalau saya jadi beliau, saya rasa cukup cukup tertekan kerana dipergunakan untuk jadi calon sedangkan tanggungjawab untuk mengantikan MP Batu Sapi adalah tanggungjawab parti, bukan tanggungjawap isterinya,” katanya.

Menurut Fuziah, sebagai seorang balu, Tsen bukan sahaja terpaksa memikirkan tentang dirinya tetapi juga kepentingan anak-anaknya.

“Seorang balu perlu memikirkan tentang anaknya yang perlu menerima kematian seorang ayah yang mati secara mengejut, anak-anak yang masih dalam trauma, beliau yang masih dalam trauma, perlu berhadapan dengan pilihan raya yang begitu sengit, “ katanya.

Sambil menyifatkan tindakan BN itu sebagai tidak adil, Fuziah berkata ia juga membuktikan mereka tidak sensitif terhadap keperluan seorang balu dan seorang wanita.

Tsen seorang suri rumah adalah juga guru piano sementara dipilih sebagai calon berdasarkan sentimen bahawa belau mampu meneruskan legasi suaminya.

Dari segi politik, Tsen adalah ahli exco Wanita PBS. Beliau juga adalah timbalan pengerusi Wanita PBS bahagian Elopura.

Dari segi kerjaya, beliau adalah pemain piano yang berbakat dan fello Kolej Muzik Trinitydan mengajar piano secara separuh masa.

Mengulas kelayakan Tsen, Fuziah berkata balu itu tidak layak menjadi perwakilan di Dewan Rakyat.

“Untuk meletakkan seorang suri rumahtangga untuk bertanding di Parlimen, saya rasa tidak adil, bukan mudah untuknya. Bukan mudah untuk berdebat di peringkat Parlimen,” kata Fuziah.

PRK Batu Sapi: Yong Teck Lee mendadak dapat sokongan

Isu kempen Yong Teck Lee Sabah for Sabahan dan "borneonization" memberikan momentum yang luar biasa kepada Persiden SAPP itu.

Semalam AYT ada menulis mengenai pengamatan pemimpin kanan BN, yang mengatakan jika BN mahu mengekalkan kerusi Batu Sapi, parti itu perlu melakukan strategi yang boleh menepis isu yang dibawa Yong Teck Lee.

Pengarah PRK BN bagi Batu Sapi Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah mengatakan pada hari selesa lepas bahawa isu kempen yang dibawa Yong Teck Lee adalah isu ketinggalan zaman dan lapuk.

Bagi membalas tohaman Musa itu, Yong Teck Lee mencabar Musa berdebat secara terbuka sempena kempen ini mengenai "hak-hak Sabah" sepertimana yang terdapat pada perjanjian 1963 semasa pembentukkan Malaysia.

Yong mendakwa bahawa kebayakkan isi perjanjian itu masih belum terlaksana, kerana itu YTL berkata isu kempennya bukan lapuk atau ketinggalan zaman.

Kempen Yong mendadak mendapat sambutan. Kemungkinan bertambah ramainya penduduk Batu Sapi hadir di tempat YTL berkempen adalah untuk mendengar isu kempen YTL. Apa kah kehadiran ramai pengundi semasa YTL berkempen diterjemahkan kepada bentuk undi? Sama-sama kita tunggu jam 8 malam 4 November,2010.

Kenapa Anwar gagal pujuk Yong Teck Lee

1. Akibat pembohongan Anwar mengenai gerakan 16 September 2008.

2. PKR tidak mendapat sambutan di Batu Sapi

3. PKR tidak mempunyai calon yang boleh dihandalkan

4. Anwar hanya suka membuat janji, namun senantiasa tidak menunai janji.

Hadi Awang Buat Fatwa Lagi di Galas

Dalam acara kempen di Galas, Persiden PAS Datuk Haji Hadi Awang menekankan bahawa matalamat utama PAS dan rakan partinya DAP dan PKR adalah menukar Kerajaan persekutuan dan menakluk Putrajaya. Untuk mencapai matalamat itu Hadi memberi fatwa:

Dalam Islam tiada kerajaan yang kekal, kita boleh tukar kerajaan. Kerajaan buat macam mana pun kita boleh jatuhkan juga,”

Justeru bekas menteri besar Terengganu ini mahu semua rakyat di negara ini bersatu untuk menjatuhkan kerajaan BN yang diperintah Najib sekarang.

“Kalau Melayu nak jatuhkan BN tidak boleh, Cina nak jatuhkan juga tidak boleh dan India nak jatuhkan juga tidak boleh; kita semua Melayu, Cina dan India perlu bersatu untuk jatuhkan BN.

“Kita perlu beri mesej dengan jelas di Galas, BN modalnya mudah tabur duit, tabur janji. Itu sahaja, kita perlu bersatu untuk jatuhkan BN,” tegasnya.

Dalam ceramahnya itu, Hadi turut menjelaskan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mampu menjadi sebuah kerajaan yang lebih baik daripada BN dengan berlandaskan kepada prinsip keadilan semua kaum.

“Justeru untuk Pakatan Rakyat memerintah Malaysia kita perlu menang dan kita tidak boleh perintah negara ini hanya dengan satu kaum.

“Semua kaum Melayu, Cina, India dan Asli berhak untuk mendapatkan keadilan yang sepatutnya. Inilah yang menjadi perjuangan bersama Pakatan Rakyat.

“Di Galas jelas menunjukkan pemimpin Pakatan Rakyat dari PAS, PKR dan DAP bekerjasama untuk memastikan kemenangan. Sama seperti kita membantu DAP di Sibu begitu juga sama seperti kita menolong PKR dulu. Kali ini rakan-rakan lain pula bantu kita di Galas,” katanya.

Beliau berkata walaupun kerajaan negeri Kelantan menghadapi sekatan daripada kerajaan pusat, namun PAS mampu memerintah negeri itu selama 20 tahun.

“Semua tahu PAS adalah parti Islam tapi dalam politik Islam perlu adil kepada semua. PAS telah memerintah selama 20 tahun di Kelantan walaupun menghadapi sekatan dan kepungan dari kerajaan pusat tetapi masih tetap bertahan.

“Walaupun banyak perkara tidak dapat dilakukan dalam tempoh 20 tahun ini kerana sekatan tapi PAS telah melakukan yang terbaik,” katanya.

Komen AYT

Bila mana pula BN memerintah hanya berasaskan satu kaum? BN adalah gabungan berbagai parti yang berasaskan kaum. Pakatan Rakyatnya yang menciplak kaedah BN ini dengan membentuk gabungan.

Ertinya kerajaan BN adalah contoh terbaik kerajaan berbagai kaum. Ucapan dan dakwaan Hadi itu, ibarat meludah ke langit tetapi terpercik di muka sendiri.

PRK Batu Sapi: Yong Teck Lee hanya "testing the water" persiapan PRU-13

SAPP merupakan komponen BN pada PRU-12. Beberapa kerusi yang diberikan kepada parti itu dengan menggunakan tikit BN telah menang dengan bergaya. Namunselepas sahaja PRU-12 2008 diketahui keputusannya SAPP keluar BN atas alasan telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri masa itu Tun Abdullah Badawi.

Disebalik keputusan keluar itu, sebenarnya Yong Teck Lee terbuai dengan janji Anwar Ibrahim mengenai Gerakan 16September. Berasaskan perjanjian rahsia, jika gerakan 16S menjadi, maka Yong Teck Lee akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri II dalam kabinet Anwar Ibrahim.

Semua kita tahu bahawa G16S telah gagal, atas sebab itu Yong Teck Lee mengubah strategi, bahawa cita-citanya bukan lagi sebagai Timbalan Perdana Menteri, akan tetapi jawatan Ketua Menteri Sabah untuk kali yang kedua.

SAPP telah mengumumkan sebelum ini, bahawa pada PRU-13 akan datang, parti itu akan meletakkan 40 calon DUN untuk memastikan bahawa parti itu boleh membentuk kerajaan negeri.

Yong Teck Lee mengubah status partinya, daripada parti nyamuk semasa bergabung dengan BN, kepada parti yang boleh mengancam kedudukan BN negeri.

Telah ditakdirkan bahawa SAPP mendapat peluang bertanding melawan BN sebelum PRU-13. Menurut pemimpin dalaman SAPP, pencalonan Yong Teck Lee di PRK Batu Sapi adalah sebagai "testing the water" sebelum PRU-13.

Namun berasaskan pendapat pengamat politik tempatan, keputusan Yong Teck Lee yang memilih dirinya sendiri bertanding adalah satu kesilapan percaturan politik.

Yong Teck Lee dikatakan telah menempuh risiko besar, kalau menang pertaruhannya adalah SAPP menjadi pesaing utama BN dalam PRU-13, namun apabila kalah, petanda SAPP akan dinoktahkan.

Yong mencuba bermain politik, jika permainannya mengena, maka SAPP seolah-olah mendapat jackpot.

Memang diakui setelah 2 hari berkempen, kecenderungan para pengundi Batu Sapi masih lagi seimbang antara BN dan SAPP. Kehadiran PKR melalui calonnya Ansari Abdullah, tidak memberi impak yang ketara pada PRK Batu Sapi ini.

Menyedari keadaan itu, TPM sendiri mengakui bahawa para pemimpin BN tidak mengambil mudah cabaran parti SAPP. Oleh kerana itu, BN memastikan bahawa pendekatan langsung kepada para penggundi sebanyak mungkin merupakan strategi BN, dalam usaha mengekalkan Kerusi Batu Sapi.

Wednesday, October 27, 2010

Terkini PRK Batu Sapi-Sandakan Sabah

Seorang pemimpin kanan BN mengatakan keadaan kecenderungan pengundi masih dalam keadaan seimbang (50:50) antara calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin dan calon SAPP Datuk Yong Teck Lee.

Pemimpin itu juga menggambarkan setakat hari ini, kawasan cina masih kelabu bagi pihak BN.

Walaupun Pengarah Pilihanraya PRK Batu Sapi Datuk Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah mengatakan bahawa cara kempen Calon SAPP Datuk Yong Teck Lee sudah ketinggalan zaman atau lapuk, namun ianya dapat menarik kaum cina dan pemuda terutama yang pertama kali mengundi.

Isu pembangunan yang dibawa oleh BN nampaknya kurang berbisa dibanding cara YOng Teck Lee: Sabah for Sabahan.

Pengakuan pemimpin kanan BN itu lagi, BN terpaksa mengubah cara kempen jika mahu mengekalkan kerusi Batu Sapi.

PRK Batu Sapi sungguh menarik, bukan sahaja kawasan ini mempunyai Lagenda yakni terdapatnya sejenis formasi batu yang kelihatan seperti seekor sapi berkaki tiga di muara sungai dekat Sandakan, menjadi satu tarikan pelancongan di Sandakan.

Dalam satu perkembangan dilihat sebagai menguntungkan, ramai orang termasuk pemimpin dari seluruh negara, dijangka membanjiri kawasan indah ini sekurang-kurangnya untuk tempoh sembilan hari akan datang.

Ianya bukan semata-mata untuk menikmati dan bercakap mengenai rahsia Batu Sapi yang berkaki tiga tetapi akan menumpukan perhatian kepada pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi melibatkan calon BN, SAPP dan PKR.

Beberapa penganalisis politik menggelar pilihan raya ini sebagai 'sailang' atau pertempuran habis-habisan terutama bagi SAPP yang menaruh harapan menggunung agar presidennya Datuk Yong Teck Lee yang juga calon parti itu akan berjaya merampas kerusi itu daripada BN.

Selain Tsen dan Yong, seorang lagi calon bagi kerusi itu ialah Ketua PKR Tuaran, Ansari Abdullah.

Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, dari BN dalam kemalangan jalan raya pada 9 Okt lepas. Chong adalah suami Tsen.

Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi berdaftar. Pengundian ialah pada 4 November ini.

Saya tak biasa di pejabat Tuan DO

Saya tak biasa di pejabat DO, sebab itu saya tak masuk bilik penamaan calon pada 26 Oktober lalu. Demikian penjelasan KULI Pengarah PRK Galas-Gua Musang.

Tidak timbul saya terkilan kerana pencalonan Abdul Aziz Yusof, kerana saya lah yang mencadangkan dia kepada Persiden Parti untuk dipilih sebagai calon.Saya menyokong 100% Abdul Aziz, demikian pengakuan KULI.

Sebagai bukti sokongan saya kepada Abdul Aziz, lewat malam semalam, KULI hadir menemui sekumpulan penduduk di Kampung Baru, salah sebuah daripada dua daerah mengundi dengan majoriti pengundi Cina dalam DUN Galas.

Tindakannya itu juga memadamkan desas-desus bahawa beliau berkecil hati dengan tindakan BN mencalonkan Abdul Aziz Yusof.

Dalam pada itu, ahli parlimen veteran tersebut juga mengambil peluang untuk menjelaskan ketidakhadiran beliau ke pusat penamaan calon hari ini, selepas berbual-bual selama kira-kira 40 minit dengan penduduk setempat di sebuah restoran.

“Sebenarnya saya tak biasa ke pejabat DO tempat menyerah kertas penamaan calon. Ramai kawan-kawan saya yang akan bersama-sama calon untuk menyerahkan kertas penamaan calon.

“Jadi saya kata elok saya berada di luar untuk bersama-sama penyokong untuk kerja kita di merata tempat ke seluruh negara berhimpun di situ. Jadi tak semestinya semua orang ke sana. Tak jadi masalah. Itu saja.

Beliau hanya ketawa kecil apabila diajukan pertanyaan oleh wartawan, sama ada beliau berkecil hati sehingga tidak memasuki pusat penamaan calon semalam.

Turut hadir di pusat penamaan calon semalam ialah mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin lain yang pernah bersamanya ketika di dalam Angkatan Perpaduan Ummah.

“Itu perkara biasalah nak cari sebab supaya nak laga-lagakan kita tapi takkan berhasil kerana calon ini calon yang saya sokong seratus peratus.

“Dia telah dipilih oleh jawatankuasa Umno bahagian semasa kita mengadakan rundingan dengan undi yang banyak sekali. Dan itulah nama yang saya kemukakan kepada Datuk Seri Najib supaya dia menetukan pilihan yang sebenar.

“Jadi dia membuat pilihan daripada apa yang diputuskan semua orang. Orang lain semua tak dapat undi seperti dia. Dia dapat undi terbanyak.

“Kita rasa kempen kali ini seolah-olah satu pertandingan friendly contest (pertandingan persahabatan). Iyalah apabila berlaku pertandingan tidak berlaku friendly contest lagi barangkali tetapi bagaimanapun saya ingin anjurkan friendly contest sesama kita,” katanya.

“Satu hari anda bersahabat, satu hari anda jadi seteru, tapi tidak ada rugipun (kepada saya),” katanya lagi yang mesra dengan panggilan Ku Li.

Fong Po Kuan Wakil Rakyat Dap tak faham bahasa

Fong Po Kuan (wanita)
Dakwaan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) bahawa beliau ‘‘takut’’ dengan ucapan penggulungan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan Agung Umno Sabtu lepas menunjukkan bahawa betapa ceteknya pengetahuan wakil rakyat DAP itu terhadap bahasa Malaysia (Melayu).

Dengan pengunaan istilah "Takut" tanpa penjelasan itu menghangatkan sesi perbahasan Bajet 2011 di Dewan Rakyat semalam.

Dalam ucapan itu, Najib menyeru anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk bersungguh-sungguh mempertahankan Putrajaya.

Membacakan petikan kata-kata Najib yang disiarkan akhbar berbahasa Malaysia, Fong menuntut Najib yang juga Perdana Menteri memberi penjelasan mengenai apa yang dimaksudkannya dengan kenyataan itu.

“Saya mahu Perdana Menteri hadir dalam dewan untuk beri penjelasan terutama mengenai: berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dan nyawa. Saudara dan saudari, walau apapun terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan,” kata Fong ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) semalam.

Fong bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang menyebabkan beliau berasa ‘‘takut’’ dengan ucapan Najib itu.

Tindakan Fong itu menyebabkan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) bangun beberapa kali untuk mencelah dengan alasan ingin memberi penjelasan kepada Fong berkenaan ucapan Presiden itu, namun tidak diendahkan anggota Parlimen Batu Gajah itu.

Bagaimanapun, Mohamad tetap berkeras dan terus bercakap ketika Fong sedang berbahas: “Saya nak buat sikit pembetulan supaya jangan ragu, bimbang, jangan takut. Itu peribahasa Melayu, bagaimana pemimpin nak naikkan semangat. Bukan nak gaduh. (Awak) Tak faham peribahasa Melayu.

“Tak perlu (PM) buat penjelasan dan saya tidak fikir beliau mahu menimbulkan ketakutan dan kebimbangan kepada rakyat. Saya amat tersinggung dengan ucapan Batu Gajah,” katanya menyebabkan Speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan Mohamad supaya hanya mencelah apabila diberi laluan.

Mohamad menjelaskan bahawa ucapan Najib itu hanya bertujuan menaikkan semangat juang anggota Umno.

“Ini bukan soal nak bertumpah darah dan bergaduh sesama kita. Tiada niat langsung. Jadi Batu Gajah jangan bersangka buruk. Perdana Menteri kita seorang yang penuh tanggung jawab,” katanya. – Bernama

Tuesday, October 26, 2010

Kempen Yong Teck Lee lapuk: Musa Aman

Pendekatan kempen oleh Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengetengahkan konsep 'Sabah untuk Sabah' atau 'mengembalikan autonomi kepada Sabah', sudah lapuk dan tidak selari dengan aspirasi negara, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata pemikiran seperti itu sudah ketinggalan zaman, kerana ketika ini seluruh rakyat hidup dalam suasana aman sejahtera di dalam sebuah negara, Malaysia.

"Sebagai rakyat Malaysia, mesti bercakap sebagai seorang warganegara Malaysia, jangan terlalu bersikap kenegerian," katanya dalam satu persidangan akhbar di Lapangan Terbang Sandakan di sini.

Terdahulu beliau mengiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di lapangan terbang di sini, yang berlepas pulang ke ibu negara.

Musa yang merupakan pengarah operasi Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Batu Sapi, berkata demikian ketika mengulas strategi kempen SAPP pada pilihan raya itu yang dikatakan mengetengahkan konsep berkenaan.

Pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi pada 4 November ini diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Chong Ket Wah akibat kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lepas, dan ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, calon Parti Keadilan rakyat (PKR) Ansari Abdullah, dan calon SAPP yang merupakan presiden parti itu sendiri, Datuk Yong Teck Lee.

Musa berkata proses penamaan calon yang berlangsung hari ini berjalan lancar hasil daripada kematangan penduduk di sini dalam berpolitik.

Katanya BN akan meningkatkan gerakan jentera pilihan raya bermula sekarang, dalam usaha memastikan kerusi tersebut kekal menjadi milik BN. Bernama.

Yong Teck Lee silap percaturan

Datuk Yong Teck Lee silap percaturan politik. Kawasan Sandakan adalah kawasan bekas-bekas Timbalannya dalam SAPP, yakni Datuk Tham Yap Sin, Datuk Raymond Tan. Kedua-dua mantan timbalan Yong ini adalah orang-orang kuat bagi kawasan Batu Sapi, kerana salah satu daripadanya Raymond Tan mewakli DUN Karamunting, dalam kawasan parlimen P-185 Batu Sapi.

Selain itu PRK Batu Sapi menjadi menarik kerana ianya menjadi gelanggang pertembungan sebenar pertama antara BN, parti pembangkang tempatan, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pakatan rakyat.

Tetapi yang lebih penting ialah impak keputusannya nanti - bukan sahaja terhadap kecenderungan pengundian di Sabah yang digelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "deposit tetap" BN, tetapi juga bakal menentukan masa depan calon-calon yang bertanding.

Mungkin risiko terbesar diambil oleh presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee yang mengambil keputusan bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi.

Ini adalah pertama kali pihaknya bertanding menentang BN, sejak ia meninggalkan gabungan itu pada 2008 kerana tidak yakin dengan kepimpinan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sejak itu, Yong dan SAPP melonjakkan diri mereka sebagai pilihan terbaik untuk masa depan Sabah, serta menghidupkan kempen 'Sabah untuk penduduk Sabah' dan kempen 'Borneonisation' dalam usaha untuk meyakinkan pengundi menyokong parti mengambil alih pentadbiran negeri itu.

Namun keputusan Yong untuk bertanding di kerusi tersebut mungkin akhirnya menjadi pedang dua mata yang boleh melonjak atau menghancurkan masa depan politik bekas ketua menteri Sabah itu.

Sebagai presiden parti, beliau ada kelebihan dari segi kedudukannya sebagai calon, serta ditambah pula dengan pengalaman luasnya sebagai pemimpin akar umbi.

Jika beliau menang, ia boleh dilihat sebagai tanda sokongan rakyat kepada partinya untuk merampas Sabah daripada BN datang pilihan raya umum akan datang.

Jika kalah. ia mungkin menandakan berakhirnya impian SAPP untuk menguasai Sabah.

PRK Batu Sapi: Harapan Yong dan Ansari Tipis

Calon PRK Batu Sapi.Ansari (berbaju batik) Datin Linda Tsen dan Yong Teck Lee
Seperti dijangkakan, pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), parti pembangkang Sabah Parti Maju Sabah (SAPP) dan parti pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) akan berhadapan dengan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, yang juga bekas ketua menteri Sabah, dan PKR diwakili peguam terkenal Ansari Abdullah, yang juga Ketua PKR Tuaran.

Senarai calon pilihan raya kecil pada 4 Nov itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohamad Hamsan Awang Supain, yang juga Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan, di pusat penamaan calon Dewan Komuniti Sandakan.

Mohamad Hamsan menerima borang pencalonan ketiga-tiga calon selepas tiada isu dibangkitkan semasa tempoh bantahan selama sejam.

Ansari mendahului calon-calon lain apabila tiba di Dewan Komuniti Sandakan pada pukul 9.02 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan, diikuti oleh Yong pada 9.05 pagi dan selepas itu calon BN, Tsen pada pukul 9.06 pagi.

Ribuan penyokong hadir berkumpul seawal pukul 5.45 pagi untuk mengiringi calon masing-masing.

Dengan penuh bersemangat, mereka kedengaran melaungkan slogan parti masing-masing namun berdisiplin mematuhi arahan pihak berkuasa.

Pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 9 Okt lalu di Kota Kinabalu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai penyokong BN bersama-sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan para penyokong mengiringi calon parti itu, Tsen di pusat penamaan itu.

Antara pemimpin parti komponen BN adalah Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M. Kayveas dan wakil-wakil parti komponen.

Linda, 54, merupakan balu kepada mendiang Chong. Pada pilihan raya umum 2008, Chong mendapat 9,479 undi menewaskan calon Bebas Dr Chung Kong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Sementara itu, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengiringi Ansari manakala Yong, yang merupakan calon SAPP, mengetuai sebilangan kecil penyokong ke pusat penamaan calon itu.

Melihat penamaan calon hari ini, dua pencabar utama BN, mempunyai harapan yang sangat tipis.

Datuk Yong Teck Lee sebelum penamaan calon hari ini telah mengembar gemburkan akan diiringi ribuan penyokongnya, tetapi semua itu tidak terbukti di tempat penamaan calon. Demikian juga penyokong yang mengiringi calon PKR Ansari Abdullah, walaupun diketuai oleh Persiden PKR sendiri, nampaknya sambutan terhadap pencalonan Ansari kurang mendapat sambutan.

Jika pengundian dijalankan hari ini, telah pasti pemenangnya adalah Datin Linda Tsen Thau Lin calon BN.

Di antara dua calon pembangkang, kemungkinan besar Yong Teck Lee mendapat undi tercurut. Ramai pengundi mengatakan bahawa zaman Yong telah berlalu. Pencalonan Yong pada PRK kali ini adalah titik tolak kehancuran parti itu, demikian dakwa pengamat politik tempatan.

Ansari pula bukan lah calon yang digemari di Sandakan. Calon PKR itu tidak mempunyai sebarang rekod yang boleh dihandalkan, selain rekod suka mewakili sesiapa sahaja di mahkamah, asalkan orang itu menentang kerajaan. Ansari adalah peguam bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Chong Kah Kiat, yang melawan kerajaan kerana isu Mazu (dewa laut) di Kudat Sabah.

Selain tiada trek rekod bagi calon PKR itu, pencalonannya juga ditentang sebahagian besar penyokong PKR Batu Sapi. Pencalonan Ansari yang dipilih oleh Anwar sendiri adalah untuk menamatkan masa depan Ansari dalam arena politik. Ansari adalah pemimpin yang tidak laku di tempat asalnya Tuaran, apatak lagi di kawasan lain.

Reformasi telah terkubur: Zaharin Hashim

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilihat sebagai 'parti keluarga' kini bagaikan retak menunggu belah kerana ahli akar umbi menyedari perjuangan reformasi sudah terkubur.

Beliau yang kini menjadi Ahli Bebas selepas keluar daripada PKR Februari lalu, berkata kini yang tinggal hanya perjuangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Putrajaya dan ramai ahli parti sudah sedar siapa Anwar sebenarnya sekali gus parti berkenaan dilanda tsunami politik dalaman.

“Yang mengaku alim, warak dan memperjuangkan Islam dan penubuhan negara Islam pun menyokong konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan ketika itu, tetapi akhirnya tertipu dengan dakyah Ketua Pembangkang (Anwar).

“Dakwaan Permatang Pauh (Anwar) akan mengambil alih Putrajaya pada 16 September (2008) dan menjadi Perdana Menteri adalah satu pembohongan besar berniat memperbodohkan rakyat, khususnya penyokong pembangkang,” katanya ketika membahaskan Bajet 2011 pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

Zahrain berkata, beliau percaya rakyat lebih arif dan memahami Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke luar negara bukan untuk menagih simpati atau sokongan politik negara luar.

“Saya ingin bertanya, siapakah sebenarnya menyalahgunakan kepercayaan rakyat dan melakukan pembaziran, apakah kita sudah lupa tindakan beberapa ahli politik pembangkang yang sanggup melakukan apa saja untuk memenuhi mimpi peribadi mereka.

“Sekarang mereka (pembangkang) inilah paling lantang mengkritik kos perjalanan rasmi pemimpin tertinggi negara.

“Kestabilan politik mencerminkan kerjasama antara pelbagai kaum menjadi kunci kejayaan utama negara, namun selepas Pilihan Raya Umum 2008, kestabilan ini semacam tergugat.

“Saya tahu ia menjadi agenda utama pembangkang untuk menggoncang kestabilan ini dan jangan kita menjadi duri dalam daging demi mencapai cita-cita politik ingin menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu (Bebas), Zulkifli Noordin mendakwa masalah dalaman PKR Sabah semakin serius dan parti berkenaan tidak seharusnya bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi.

“PKR dilihat semakin hancur dan tidak perlu bertanding di Batu Sapi dan sepatutnya hanya membiarkan Parti Maju Sabah (SAPP) saja bertanding di kawasan itu,” katanya pada siang media di lobi Parlimen.

Sodomy Anwar: Siapa yang dimaksudkan "pihak Atasan" Oleh Dr Razali Ibrahim?

Mahkamah tinggi Kuala Lumpur semalam dikejutkan dengan pendedahan Dr Razali Ibrahim, doktor pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur (HKL)yang mengatakan sebenarnya ada laporan awal pemeriksaan terhadap mangsa liwat Saiful Bukhari Azlan, namun tidak dibentangkan kepada mahkamah.

Pendedahan tersebut terbongkar apabila Kes perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung semula semalam, dengan peguam bela, Karpal Singh menyoal-balas pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur tersebut.

Menurut Dr Razali, Saiful diperiksa oleh doktor-doktor HKL untuk selama tiga jam dan sepanjang masa berkenaan pegawai penyiasat DSP Jude Pereira hadir bersama.

Beliau berkata doktor yang bertugas mencatatkan sejarah perubatan Saiful dan ada pada satu ketika pegawai polis itu juga menceritakan apa yang berlaku.

Dr Razali Ibrahim juga mengesahkan bahawa doktor-doktor pakar yang memeriksa Saiful antara 28 Jun sehingga 13 Julai 2008 menyediakan laporan awal mengenai hasil pemeriksaan itu.

"Kami (Dr Mohd Razali, Dr Khairul Nizam dan Dr Siew) memeriksa pesakit (Mohd Saiful) pada 28 Jun 2008, pada pukul 9 malam dan menamatkan pemeriksaan itu tiga jam kemudian, pada pukul 12 tengah malam," katanya.

Disoal Karpal sama ada laporan itu diminta oleh pihak atasan, Dr Razali menjawab “ya”. Siapakah yang dimaksudkan "pihak atasan" oleh doktor HKL itu?

Beliau juga berkata laporan polis Saiful terdapat dalam fail berkenaan. Namun semua tiga doktor berkenaan masih belum melihat laporan itu, ketika mereka menyediakan laporan masing-masing.

Rakaman soal-jawab antara Karpal dan Dr Razali seperti berikut:

Karpal: Pada 28 Jun 2008 pemeriksaan dijalankan. Antara 28 June 2008 dan 13 Julai, terdapat satu lagi laporan dalam tempoh masa itu?

Dr Mohd Razali: Laporan pemeriksaan dan sejarah pesakit.

Karpal: Jadi laporan sejarah itu lebih terperinci dalam laporan ini?

Dr Mohd Razali: Saya tidak ingat.

Ditanya Karpal sekiranya Dr Mohd Razali boleh tampilkan laporan itu kepada mahkamah kerana ia amat penting kepada pihak pembelaan, pakar bedah itu menjawab laporan itu boleh didapati di HKL, tapi dia tidak tahu di mana laporan itu sekarang.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Zaibidin Mohamad Diah kemudian mengarahkan Dr Razali untuk mendapatkan laporan berkenaan.

Ketua pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden berkata beliau tidak tahu menahu mengenai laporan pemeriksaan awal terhadap Saiful yang dimaksudkan oleh Dr Razali.

“Ini kali pertama saya mendengar mengenainya,” beliau memberitahu mahkamah.

Beliau kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa Dr Siew mempunyai salinan laporan itu yang tidak ditandatangan.

Karpal menjawab bahawa salinan yang tidak bertandatangan tidak membawa sebarang kesan, dan beliau mahukan supaya salinan yang bertandatangan sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr Mohd Razali, ditampilkan.

Karpal kemudian memohon laporan perubatan yang pertama yang disediakan oleh ketiga-tiga doktor berkenaan selepas mereka merawat Saiful pada 28 jun. Laporan itu disediakan sebelum laporan bertarikh 13 Julai yang ditenderkan kepada mahkamah.

Perbicaraan kes liwat ini kemudiannya ditangguhkan sehingga esok bagi membolehkan pihak pendakwaan mengesan laporan perubatan awal berkenaan.

Di luar mahkamah, Anwar mendakwa pihak pendakawaan menipu mengenai wujudnya laporan perubatan awal.

Seorang lagi, peguam Anwar, Sankara Nair berkata Mohd Saiful menjalani pemeriksaan awal pada 28 Jun dan satu laporan awal disiapkan tetapi tidak diketengahkan kepada mahkamah.

Apa yang dikemukakan oleh pendakwaraya adalah hanya laporan yang memuatkan hasil pemeriksaan oleh Dr Razali dan dua pakar lain iaitu Dr Khairul Nizam dan Dr Siew Sheue Feng yang dibuat pada 13 Julai.

“Pemeriksaan awal telah dijalankan pada 28 Jun dan kami pasti wujud nota-nota mengenai lalar belakang perubatan Saiful dan hasil wawancara dengan beliau, “ kata Sankara.

Sankara berkata laporan awal itu penting untuk membuat perbandingan mengenai maklumat yang terkandung dalam laporan perubatan yang dikemukakan kemudian kepada mahkamah.

Beliau menyifatkan maklumat tertentu dalam laporan perubatan yang dibentangkan di mahkamah agak terbatas, contohnya sejarah perubatan Saiful dinyatakan sepintas lalu menerusi dua perenggan.

Selain Dr Razali, dua lagi doktor yang akan disoal-balas adalah patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dan pakar bedah Dr Khairul Nizam Hassan.

Dua pakar dari Australia - profesor yang mengkaji jenayah dan pakar forensik, Dr David Wells serta pakar DNA Dr Brian McDonald - juga hadir bagi membantu pasukan pembelaan di Mahkamah Tinggi hari ini.

Pada sesi terakhir 14 Oktober lalu, Dr Siew, saksi ketiga memberi keterangan bahawa pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepadanya bahawa dia diliwat oleh seorang individu berprofail tinggi tanpa menggunakan kondom.

Dr Siew juga berkata siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful.

Katanya, sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal.

"Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki,” katanya.

Anwar, 63, yang merupakan Ketua Pembangkang itu sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantu peribadinya yang berusia 25 tahun, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di Kuala Lumpur di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Monday, October 25, 2010

Sekumpulan kecil penyokong BN pulau majlis bersama Datin Linda Tsen Thau Lin

BN perlu mengenal-pasti mengapa sekumpulan penyokongnya memulaukan majlis parti itu ketika calon mereka - Datin Linda Tsen Thau Lin dikemukakan bagi bertanding di kerusi parlimen Batu Sapi pada pilihan raya kecil 4 November ini.

Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sebarang rungutan akar umbi perlu ditangani tetapi pada masa yang sama cuba tidak memperbesarkan tindakan sekumpulan penyokong bumiputera yang meninggalkan majlis berkenaan.

“Kali terakhir, mendiang Edmund (Chong) berada di sana sebagai calon juga, tetapi kita mesti kenal-pasti apa sebab mereka berbuat demikian,” katanya hari ini di sebuah majlis Tabika Kemas di Kg Gas, Batu Sapi.

Pemulauan besar-besaran itu dilakukan ketika pengerusi BN Sabah yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman mengumumkan Tsen sebagai calon.

Sebelum kejadian itu, kira-kira 50 penyokong bumiputera melancarkan protes di tempat meletak kereta di sebuah hotel, pengumuman itu dibuat. Sambil membawa sepanduk dan kain rentang, mereka mendesak, calon bumiputera diketengahkan pada pilihan raya kecil berkenaan.

Shafie, yang juga adalah ahli parlimen Semporna dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, mengakui tidak mudah memuaskan hati semua pihak tetyapi pada masa yang sama agak luar biasa bagi mereka memprotes.

“Mungkin ada rungutan di kalangan akar umbi, ia perkara lazim dalam politik. Kita tidak akan dapat (sokongan) 100 peratus tetapi kita mesti selesaikannya.

“... Saya yakin kita ada sokongan. Konsep perkongsian kuasa BN telah diamalkan dengan baik di Sabah, tidak seharusnya ada masalah.”

Beliau juga melahirkan keyakinanya bahawa BN akan mengekalkan kerusi berkenaan.

Semalam, balu Datuk Edmund Chong Ket Wah yang berusia 54 tahun itu dinamakan sebagai calon BN. Beliau adalah timbalan ketua Wanita PBS Elopura.

Pilihan raya kecil itu, diadakan berikutan kematian Chong dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini akan diadakan Selasa ini dan pengundian pada 4 November.

Chong memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,708 undi, dengan menewaskan calon Bebas, Chung Ong Wing. Edmund memperolehi 9,479 undi manakala Chung mendapat 5,771 undi.

Kerusi parlimen Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi yang terdiri daripada 24,047 biasa dan 1,535 undi pos - dengan 15,099 atau 59.02 peratus pengundi bumiputera-Muslim, 689 bukan bumiputera-Muslim (2.69 peratus), 9,737 Cina (38.06 peratus) dan 57 lain-lain kaum (0.22 peratus).

Para pemimpin BN Sabah berkampung di Batu Sapi-Sandakan

Betapa besar maknanya PRK Batu Sapi kepada pemimpin Sabah. Atas sebab itu mereka berkampung di Batu Sapi.

Para pemimpin Sabah yang memgunapakai laman sosial twitter, malah ada yang mencatit pergerakaan mereka daripada semalam hingga 4 November berada di Sandakan.

Para pemimpin Sabah disertai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin yang tiba di Sandakan petang tadi.

Penamaan calon bagi PRK Batu Sapi akan diadakan esok di dewan bandaran Sandakan. Dewan ini akan juga digunakan sebagai tempat penjumlahan undi pada 4 November nanti.

Kehadiran Tan Sri Muhiyiddin bagi mengetuai perarakan calon esok, memberi sokongan moral kepada para pemimpin Sabah.

PRK Batu Sapi dijangka ditandingi lebih daripada tiga penjuru. Parti-parti yang telah mengsahkan turut bertanding adalah BN sendiri, SAPP dan PKR. Untuk rekod, calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin dan calon SAPP Datuk Yong Teck Lee telahpun selesai membayar bayaran deposit sebagai tanda mengesahkan penyertaan mereka.

Kerusi Parlimen P-185 Batu Sapi dilabelkan sebagai pembuktian 1Malaysia dan juga apa kah Sabah masih kekal sebagai simpanan tetap BN.

Ramai penganalisis politik Sabah mengatakan walaupun BN mempunyai kelebihan dari segi jentera, namun keupayaan calon SAPP yakni Persidennya Datuk Yong Teck Lee tidak boleh diambil mudah.

AYT merasakan melalui PRK Batu Sapi ini, kepimpinan BN negeri akan diuji dengan cemasnya terutama kemampuan Datuk Musa Aman.

Datuk Musa Aman selain dibantu oleh ketiga-tiga timbalannya dalam kabinet, juga dibantu oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Salleh Said Keruak.

Salleh adalah juga Persiden USBO, yakni rumpun yang mendiami Batu Sapi.

Telah sah sekarang pengajur Busana Islam adalah Dato' Shah Rezza

Pertunjukkan fesyen di Monte Carlo yang dianjurkan Dato Shah Reza merangkap kerabat diraja Kelantan dan bekas artis, dijadikan isu politik untuk menjatuhkan imej Datin Seri Rosmah Mansor.

Faktanya, Datin Rosmah datang ke majlis tersebut sebagai tetamu VVIP, bukan sebagai penganjur. Tapi pembangkang yang sudah terbiasa dengan budaya fitnah, masih lagi cuba kaitkan Datin Rosmah dengan penganjuran festival tersebut.

Jelas menurut laman web Islamic Fashion Festival, penganjur kepada majlis tersebut ialah Dato Shah Reza, bukan Datin Rosmah.

Lidah rasmi pembelit pembangkang dipetik:-

Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, baru-baru ini. Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini. DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

Islamic Fashion Festival ini dah dianjurkan sejak 2006 dan ini adalah tahun kelima penganjurannya dengan beberapa bandar besar seperti Jakarta dan Dubai telah menjadi tuan rumah penganjurannya. Pembangkang hanya pilih untuk memekak sekarang kerana Datin Seri Rosmah hadir ke majlis tersebut sebagai tetamu, itu pun selepas Anwar Ibrahim selit mengenainya dalam perbahasan Budget 2011 pada Isnin.

Kepada PAS AYT suka nak ingatkan, apa pun bentuk penganjuran mana-mana majlis dalam dunia ini, ia tidak diuruskan secara langsung dari awal hingga sudah oleh tetamu yang datang mahupun penaung. Penaung ini hanya ada pada nama, memang jadi kelaziman ada pihak penganjur yang menguruskan dan dalam kes IFF di Monte Carlo, orang itu adalah Shah Rezza. Jadi kalau ada isu, yang patut dikecam Shah Rezza.

Belum pernah dalam sejarah mana-mana penganjuran dalam dunia, bila ada cacat cela pada penganjuran majlis tersebut, tetamu yang disalahkan bukannya penganjur. Dan kepada semua peserta demonstrasi haram yang membantah penganjuran festival ini jumaat lepas, rupanya diperbodohkan oleh Dewan Pemuda PAS dan para sekutunya.

Kenapa PAS tidak berani mengutuk Dato Shah Reza? Sebab dia kerabat diraja kelantan, negeri dimana jTok Guru Nik Aziz memerintah ke? Kepada Shah Reza  bertanggungjawablah sedikit dengan menjawab segala persoalan yang dikemukakan. Sekarang ini disebabkan majlis Dato’, imej Datin Seri pulak yang diburuk-burukkan. Tidak Dato' merasa bersalah?.

Khalid Ibrahim bye-bye jawatan MB selepas pemilihan PKR

Spekulasi semakin panas bahawa selepas sahaja pemilihan PKR selesai, maka jawatan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor akan berakhir.

Walaupun jawatan MB merupakan persetujuan antara 3 parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat yakni DAP-PAS-PKR dan wajib mendapat perkenaan Sultan, semuanya itu tidak menghalang menggantikan Khalid.

Khalid bukan sahaja mendapat kritikan daripada para pemimpin PKR tetapi juga gabungan parti yang dalam Pakatan Rakyat.

Khalid walaupun berpengalaman dalam bidang korporat, namun mengurus dan mentadbir kerajaan sungguh berlainan dengan pengurusan korporat.

Khalid juga dilihat terlalu lemah dalam pengurusan politik, atas sebab itu pada bulan Mei lalu, dia dilucutkan daripada Pengerusi PKR dan jawatannya diambil alih oleh Naib Persiden PKR Azmin Ali.

Azmin kini bertanding jawatan Timbalan Persdien PKR dan berhadapan dengan Zaid Ibrahim dan Mustapha Kamal Ayob.

Di kalangan penyokong PKR, Khalid dikatakan satu kem dengan Zaid. Khalid dikatakan senada dengan Persiden Parti Wan Azizah dan ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar untuk memastikan agar Azmin tewas dalam perebutan jawatan no.2 parti.

Jawatan Khalid akan selamat jika Azmin tewas, jika Azmin menang, itu lah saat-saat akhir Khalid Ibrahim berada pada jawatan MBnya.

Kesilapan SIBU jangan berulang di Batu Sapi

Pada PRK Sibu, jentera BN negeri yang menjawab semua isu yang dibawa oleh para pemimpin import Pakatan, akhirnya isu-isu itu tidak terjawab, malah mengundang padah pada calon BN.

Pada PRK Batu Sapi, jangan lagi berulang kesilapan Sibu.

Pengarah pilihanraya PRK Batu Sapi Datuk Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah, hendaklah menangkis semua isu-isu setempat, manakala isu Nasional, biarkan pemimpin Nasional yang menjawabnya.

Isu utama PRK Batu Sapi, sudah tentunya berkisar pada isu-isu tanah, pendatang haram (PTI) dan pengagihan projek pembangunan. Selain itu isu alam sekitar-misalnya pembinaan janakuasa letrik arang batu, isu royalti minyak dan jawatan-jawatan persekutuan di Sabah.

Isu nasional sudah tentunya yang ada kaitan dengan konsep 1Malaysia, penekanan Najib tentang hak-hak bumiputera yang telah terkunci kemas dalam perlembagaan negara.

Putar belit tentang penekanan Najib tentang hak-hak bumiputera sudah tentunya akan dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Untuk itu, pemimpin Nasional seperti Datuk Hisahmuddin atau TPM sendiri perlu menjawab persoalan ini.

Apapun PRK Batu Sapi hanya perlawanan antara SAPP dan BN. Penyebabnya, SAPP telah awal-awal membuat kerja rumah mereka sejak tahun 2008 setelah parti itu keluar daripada BN.

Persiden SAPP malah menganggap, jika dahulu SAPP hanya merupakan parti nyamuk dalam BN, kini menurut Yong, SAPP merupakan parti saingan utama BN negeri.

Sejauh mana kebenaran Yong ini, hanya rakyat Batu Sapi khasnya yang menentukan dan rakyat Sabah umumnya.

Bagi AYT, perasaan rakyat Sabah yang sebelum ini biasa dengan istilah TUKAR BAJU, kini istilah itu tidak berlaku lagi.

Para pemimpin Sabah, majoritinya mengambil berat tentang rakyat yang diwakilinya, walaupun ada terdapat wakil-wakil rakyat yang mendadak kaya raya setelah menjadi wakil rakyat.

Perlahan namun pasti, para pemimpin tertinggi BN Sabah telah mengambil kira semua ini, atas sebab itu lah Janda mendiang Edmud Chung Ket Wah dipilih sebagai calon BN bagi P-185 Batu Sapi, kerana Datin Linda Tsen adalah seorang yang sangat dekat dengan pengundi Batu Sapi.

Isu yang akan dibawah oleh pembangkang tidak akan mampu mengatasi ikatan para pengundi Batu Sapi dengan keluarga mendiang Edmund Chung. Perjuangan dan perkhidmatan Chung, kini akan digalas dan diteruskan oleh jandanya.

Blog Archive