Saturday, July 31, 2010

Jika kes rasuah tidak bocor pasti Tee Boon Hock tidak dipecat

Disebabkan kes rasuahnya diketahui media dan rakyat maka ahli Majis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock dipecat. Sekiranya kes Boon Hock tersebut dimana sebelum cuba ditutup oleh Khalid Ibrahim tidak bocor, kemungkinan besar Boon Hock tidak akan dipecat. Sebagai bukti bahawa Boon Hock sangat penting pada mata kerajaan Pakatan Selangor, adalah perlantikan untuk penggal ke-3 ahli majlis perbandaran Klang.

Tee sebelum ini diminta mengambil cuti oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Tan Kok Wai selepas kes itu dilaporkan oleh akhbar awal minggu ini.

Pada sidang media di sini petang ini, Tan berkata parti mendapati ada asas yang kukuh terhadap dakwaan ke atas Tee (gambar).

“Sementara nilai kontrak belum ditentukan, kami dimaklumkan oleh jawatankuasa negeri Selangor bahawa salah satu syarikat yang anda berikan surat sokongan dikaitkan dengan anggota keluarga anda dan dilakukan tanpa kelulusan YB Ronnie Liu,” kata parti dalam surat pemecatan kepada Tee.

Tan memberitahu pemberita bahawa jawatankuasa disiplin sebulat bersetuju bahawa wujud elemen konflik kepentingan di mana Tee menyalahgunakan pejabat Liu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor bagi kepentingan diri.

Beliau menambah perbuatan Tee boleh dianggap sebagai satu kesalahan jenayah dan telah menjejaskan imej parti.

Jawatankuasa disiplin juga telah mengarahkan Liu supaya membuat aduan polis.

Tan berkata DAP akan meminta agar Tee disingkirkan sebagai ahli majlis MPK dengan segera.

Jawatankuasa disiplin juga akan mengadakan sesi pendengaran kedua untuk menentukan dakwaan bahawa Liu telah mengarahkan salah satu surat sokongan dikeluarkan.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Tee telah diarahkan bercuti sementara siasatan dilakukan ke atas dakwaan yang mengaitkan beliau dengan penyalahgunaan kepala surat dan cap rasmi Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kontrak MPK.

Tee bercuti bermula semalam sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

“Tee sendiri telah maklum dengan perkara ini dan beliau bersetuju dengan rela hati untuk bercuti buat sementara waktu,” kata Khalid.

Kerajaan negeri telah mengarahkan Jabatan Audit Negeri menyiasat dakwaan seorang ahli majlis MPK telah menyalahgunakan kepala surat dan cap rasmi Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak MPK.

Tee, ahli majlis penggal ketiga itu telah menafikan dakwaan itu sambil meminta MPK membentuk pasukan petugas khas untuk menentukan kebenaran.

Liu juga menafikan kepala surat beliau telah disalahgunakan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, DAP juga mengecam tindakan pengeluaran surat sokongan bagi tujuan perniagaan oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) dan pegawai-pegawai mereka yang tidak dipilih.

“Kesemua pegawai PR termasuk agensi-agensi negeri harus mengetepikan surat sokongan perniagaan yang dikeluarkan bagi memastikan kesemua urusan komersial mengikut aturan dan juga bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat tentang wujudnya salah guna kuasa atau pilih kasih,” kata DAP.

Perogol kanak-kanak perlu dihukum mati: Karpal Singh

Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati.

Menurut Karpal pada masa ini saban hari, semakin banyak kanak-kanak menjadi mangsa penjenayah, termasuk perogol, maka sudah tiba masanya kerajaan bertindak menjaga kepentingan awam dengan melaksanakan tindakan lebih tegas dan berkesan.

Melalui pindan seksyen 376 kanun keseksaan maka memberi mesej jelas kepada mereka yang bercita-cita untuk melakukan kesalahan bahawa undang-undang tidak akan lagi bertolak ansur dengan perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak bersalah,” kata Karpal.

Karpal (gambar) berkata kes terbaru bahawa seorang kanak-kanak berusia 10 tahun didakwa telah dirogol oleh pemandu bas sekolah yang dinaikinya, menuntut perhatian khusus tentang perlunya hukuman sedia ada bagi perbuatan itu, dikaji semula.

Semalam, polis mendapat kebenaran mahkamah untuk melanjutkan enam hari lagi tempoh tahanan reman ke atas pemandu van sekolah tersebut.

Isnin lepas, lelaki yang mempunyai anak berusia antara sembilan hingga 20 tahun itu ditangkap orang ramai yang ternampak bas itu diparkir di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan, kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Sekurang-kurangnya tiga murid perempuan sekolah rendah di Petaling Jaya telah dikenal pasti menjadi mangsa rogol pemandu bas sekolah yang ditahan itu.

Kata Karpal, mengikut Seksyen 376 (2) (e), Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

Beliau berkata memang tidak dapat dinafikan bahawa kesalahan tertuduh perlu dibuktikan melebihi keraguan munasabah, tetapi dalam kes di mana tertuduh didapati melakukan perbuatan demikian secara terang-terangn serta disokong oleh saksi berwibawa yang melihat perbuatan itu dilakukan, maka tiada masalah untuk membuktikan kes berkenaan di luar keraguan munasabah.

“Saya sedar tentang bahaya kemungkinan seseorang yang tidak bersalah, dikenakan hukuman. Pelaksanaan hukuman mati tidak boleh diubah kembali. Kesengsaraan yang dialami seseorang insan yang tidak bersalah, tetapi dikenakan hukuman mati, memang tidak dapat digambarkan,” katanya.

Bagaimanapun Karpal memberitahu, perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak berdosa di hadapan orang lain, menuntut agar undang-undang sedia ada, dibuat pindaan.

Kelmarin di Kota Baru, Mohd. Roslan Ali, bapa kepada pelajar tingkatan tiga yang diculik di Besut bersyukur kerana dia tidak dirogol dan dapat ditemui semula.

Anaknya diculik dilarikan oleh penjenayah dengan menaiki sebuah Perodua Kenari.

Pemuda Umno hanya pandai berkokok: Khaled Nordin

Cadangan Pergerakan Pemuda Umno supaya kerajaan turut membenarkan pensyarah dan mahasiswa melibatkan diri dalam politik seperti yang diberikan kepada guru perlu dipertimbangkan secara mendalam.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata universiti dijadikan sebagai gelanggang politik dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai masalah pada masa akan datang.

"Proses mempengaruh akan berlaku sekiranya universiti itu dijadikan gelanggang politik. Walaupun cadangan itu disertakan dengan syarat iaitu pensyarah perlu beri perhatian mengajar dan pelajar beri perhatian untuk belajar, namun, tetap akan menimbulkan masalah," kata menteri tersebut.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno mencadangkan supaya kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan golongan mahasiswa untuk aktif berpolitik.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata langkah itu boleh melahirkan barisan pemimpin politik yang terbaik.

Mohamed Khaled yang juga anggota Parlimen Pasir Gudang berkata pensyarah yang mempunyai pegangan politik akan berusaha sedaya upaya supaya pemikiran dan pendiriannya menjadi ikutan dan disokong semua pihak.

"Kalau kita benarkan pelajar berpolitik dalam universiti, pensyarah pun hendak berpolitik juga. Kalau kita benarkan kedua-duanya berpolitik, bayangkan kalau pelajar itu orang Umno dan pensyarahnya pula daripada Pas, apabila tidak lulus dia akan salahkan pensyarah. Macam-macam boleh timbul," katanya.

Menyifatkan cadangan Pemuda itu sebagai populis, beliau berkata Pemuda perlu mengemukakannya kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno bagi mendapatkan keputusan.

"Kalau MT buat keputusan, saya sebagai ahli Umno akan patuh sahaja tanpa banyak soal. Jangan berkokok di luar, bawa dalam mesyuarat MT dan tengok apa keputusannya," katanya.

Friday, July 30, 2010

DAP Wajib dihapuskan darpada peta politik negara: Zulkefli Noordin

Ahli parlimen Kulim-Bandar Bharu berkata Pendaftar Pertubuhan perlu membatalkan pendaftaran DAP kerana didakwa "cauvinis, rasis, ala-komunis, anti-Melayu dan anti-Islam" dalam isu diskaun bumiputera bagi pemilikan hartanah tertentu Selangor.

Zulkifli Noordin (gambar) berkata isu pemilikan hartanah komersial dan mewah - seperti disaran ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua - bukan isu diskaun semata-mata tetapi berkait dengan perlembagaan dan keharmonian kaum.

"Hari demi hari mereka mengasak umat Islam dan orang Melayu dengan pelbagai isu," kata wakil rakyat bebas itu yang dipecat daripada PKR sebelum ini.

Tony yang juga penasihat ekonomi kepada setiausaha agung DAP mendakwa penghapusan pemberian diskaun itu mampu memberi kesan ekonomi lebih baik kepada Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.

Menulis dalam blognya semalam, Zulkifli berkata, sekiranya tidak dibendung segera, "sikap melampau kepimpinan DAP" akan menjadi barah kepada kestabilan dan keharmonian agama dan kaum.

"Atas alasan itu, saya percaya sudah tiba masanya kita bertindak tegas terhadap kepimpinan DAP ini. Saya mencadangkan supaya Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran parti DAP ini.

"Ianya hendaklah diisytiharkan sebuah pertubuhan haram yang membahayakan rakyat dan negara ini," katanya.

"Meminjam (gaya) kata-kata presiden (Iran) Ahmadinejad, kepimpinan DAP ini wajib dihapuskan daripada peta politik negara ini!"

Bodoh Punya Otak! Orang Dirompak juga yang salah kerana dirompak

KOMEN Mahfuz Omar Naib presiden Pas ekoran didakwanya mantan presiden MCA dan menteri pengakutan Tun Dr Ling Liong Sik kerana menipu kerajaan Malaysia yang membabitkan jumlah wang melebihi 1 billion ringgit pada tahun 2002 yang mengatakan mengapa kabinet yang tertipu itu masih menjadi menteri; merupakan komen bodoh.

Komen mahfuz Omar itu samalah menyalahkan orang yang kena rompak kerana dirompak.

Pada masa itu Dr Ling adalah anggota kabinet. Setiap anggota mempunyai peranan dan tugas masing-masing sesuai dengan SOP dan tatacata kementerian.

Sebagai anggota menteri dan kabinet yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir masa itu tidak berperasangka buruk terhadap cadangan menteri pengakutan untuk membeli tanah seluas 999.5 ekar di Pulau Indah berdekatan pelabuhan kelang di mana PKFZ dibina daripada Kuala Deminsi Sdn Bhd dengan harga Rm25/kaki. Melalui pembelian itu, kerajaan membayar Rm1.08 billion ringgit.

Dr Ling, 67, didakwa atas satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan alternatif menipu Jemaah Menteri dengan menyembunyikan fakta dalam pembelian tanah itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya di antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002.

Beliau yang juga bekas Presiden MCA kelihatan tenang ketika pertuduhan berkenaan dibacakan kepadanya yang diterjemah dalam Bahasa Inggeris.

Hakim Suzana Hussin membenarkan bekas presiden MCA itu diikat jamin sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Sept ini, pada pukul 8.30 pagi untuk sebutan semula kes.

Dr Ling, yang berbaju belang biru putih dibebaskan selepas membayar ikat jamin itu.

Mengikut pertuduhan utama, Dr Ling dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah itu mengikut terma-terma yang dipersetujui di antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dengan Lembaga Pelabuhan Klang.

Terma-terma berkenaan ialah

- luas tanah 999.5 ekar atau 43,538,200 kaki pesegi;

- kadar pembelian tahan adalah sebanyak RM25 satu kaki pesegi menjadikan jumlah pembelian sebanyak RM1,088,456,000.00;

- tempoh pembayaran balik berdasarkan kaedah "bayaran tertangguh" selama 15 tahun dengan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun (berjumlah RM720,014,600.00).

Dr Ling dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah tersebut mengikut terma-terma itu dan dengan curangnya menyembunyikan fakta bahawa penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah tersebut pada kadar RM25 satu kaki persegi bagi tempoh bayaran balik 15 tahun, adalah termasuk kadar kupon/faedah yang boleh dikenakan untuk tempoh bayaran balik tersebut.

Oleh demikian, beliau dituduh dengan sengaja mendorong Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tahan tersebut yang mana Jemaah Menteri tidak akan memberikan persetujuan sekiranya fakta tersebut dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.

Menurut pertuduhan itu, penipuan itu dilakukan dengan mengetahui bahawa beliau (Dr. Ling) boleh menyebabkan kehilangan salah kepada Kerajaan Malaysia, yang kepentingannya di dalam urusan yang berkaitan dengan penipuan itu, beliau terikat oleh suatu kontrak di sisi undang-undang untuk melindungi.

Bagi pertuduhan utama, Dr Ling dituduh mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sampai tujuh tahun, dengan denda, atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan alternatif, Dr Ling dituduh menipu Jemaah Menteri dengan curangnya menyembunyi fakta serupa pada tempat dan tarikh yang sama, mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sewaktu ditanya jurubahasa itu sama ada beliau faham pertuduhan itu dan sama ada beliau mengaku bersalah atau minta bicara terhadap pertuduhan itu, Dr Ling menjawab beliau faham pertuduhan itu dan "mengaku tidak bersalah".

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai pasukan pendakwaan memohon mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta.

Beliau berkata pertuduhan yang dihadapi Dr Ling merupakan kesalahan yang boleh dijamin dan adalah tidak perlu bagi Dr Ling untuk menyerahkan dokumen perjalanan.

Peguam bela Datuk R.R.Sethu tidak membantah terhadap jumlah jaminan itu.

Beliau memohon kepada mahkamah "untuk tempoh sebulan bagi tarikh sebutan kerana menurutnya Dr Ling pernah berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebelum ini.

Turut dalam pasukan pendakwaan ialah Ketua Unit Pendakwaan Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad dan timbalan pendakwa raya Manoj Kurup.

Dr Ling yang tidak digari, sampai di perkarangan mahkamah pada pukul 4.36 petang dengan kereta Honda Accord berwarna biru. Beliau diiringi isterinya Toh Puan Ena Ling dan keluarga terdekatnya serta beberapa anggota polis.

Beliau kemudiannya memasuki Mahkamah Sesyen pada 4.45 petang dan terus duduk di dalam kandang tertuduh. Prosiding mahkamah berjalan selama setengah jam bermula 4.55 petang.

Sewaktu Dr Ling keluar dari kaunter jaminan, seorang pemberita sempat bertanyakan beliau sama ada beliau mahu bercakap apa-apa, Dr Ling cuma menggelengkan kepalanya.

Mahkamah telah bersidang selama setengah jam bermula pada pukul 4.55 petang.

Selepas itu, Dr Ling telah dibawa ke kaunter jaminan yang terletak di tingkat bawah bangunan mahkamah itu. Beliau dilihat keluar dari kaunter itu pada pukul 5.30 petang.

Thursday, July 29, 2010

Skandal PKFZ: Bukan Chan Kong Choy bukan Ong Tee Kiat Tetapi Tun dr Ling Liong Sik

Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan pecah amanah berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA. Beliau adalah antara ahli politik terkemuka pernah didakwa atas tuduhan rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau tiba di mahkamah pada jam 4,45 petang dengan ditemani isterinya, Toh Puan Ena Ling serta dua anak lelakinya.

Ling kemudian mengambil tempatnya di kandang tertuduh.

Beliau adalah presiden MCA yang kedua dihadapkan ke mahkamah selepas Tan Koon Suan.

Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.

Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.

Sehubungan itu, beliau dituduh mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bekas menteri pengangkutan itu juga berikan pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan ikat jamin ditetapkan pada RM1 juta.

Hakim, Suzana Hussin kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.

Ling kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan akan membayar wang ikat jaminnya di Mahkamah Sesyen, esok.

Sebelum ini, desas desus seorang personaliti terkenal dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen itu menyaksikan puluhan wartawan, termasuk agensi berita luar negara bekejar ke mahkamah sejak awal pagi ini.

Kebanyakan mereka berhimpun di lobi dan pintu masuk mahkamah manakala ada pula yang menunggu di kawasan sekitarnya.

Pada jam 4 petang tadi, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan tiga timbalan pendakwa raya, termasuk ketua pendakwa Datuk Tun Abdul Majid Hamzah, tiba di mahkamah tanpa bercakap kepada wartawan.

Dua yang lain itu adalah Manoj Kurup and Dzulkifli Ahmad.

Sebelum kehadiran mereka di mahkamah, sebuah kereta Proton Perdana hitam dilihat memasuki perkarangan mahkamah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.

Sodomy II: 2 Ogos: hubungan cinta Saiful-Farah pasti mengundang kes ini tertangguh lagi

Anwar, 63, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Ini lah fakta kes sodomy II yang dihadapi Anwar pada Ogos ini apabila perbicaraan dismabung semula.

Namun kali ini fakta Mohktar dan CIFUT akan tenggalam dengan isu percintaan antara Saiful dan DPP muda Farah Azlina Latiff.

Farah yang dijadualkan akan berkahwin (bukan dengan Saiful) terpaksa memutuskan rancangan tersebut kerana menjalin hubungan cinta dengan saksi utama sodomy II tersebut.

Hubungan Saiful-Farah Azlina akan dimanfaatkan oleh pihak peguam bela Anwar, dimana mereka mendakwa bahawa Saiful cukup mudah mengakses bukti-bukti siasatan dalam kes ini melalui DPP muda tersebut.

Dakwaan ini disangkal oleh peguam negara dan ketua pendakwa kes sodomy II. Ghani Patail mengatakan bahawa DPP Farah tidak terlibat dalam pasukan pendakwaan, sebaliknya hanya bertugas sebagai pencatat nota semasa prosiding sedang berjalan.

Penjelasan peguam negara tersebut tidak diterima oleh pihak Anwar,malah menganggapnya sebagai pelik.

Pendedahan hubungan cinta antara Saiful-Farah Azlina Latif berjaya dibongkar oleh bloger Raja Petra Kamaruddin yang kini menjadi pelarian di London baru-baru ini.

Yang anehnya belumpun siastan apa kah benar hubungan antara Saiful-Farah Azlina itu betul, Peguam negara telah awal-awal lagi menghukum Farah dengan menggugurkannya sebagai anggota pendakwaan dan memindahkannya ke seksyen lain yang tiada kaitan dengan pendakwaan lagi.

Rupanya, Peguam negara tidak mahu perbicaraan sodomy II tersebut disusupi unsur-unsur pribadi, atas sebab itu, apa sahaja yang berkaitan dengan unsur pribadi perlu ditangai dengan segera.

Entah apa lagi isu terbaru yang akan dibangkit oleh pengendali portal berita RPK mengenai pasukkan pendakwaan tersebut? sama-sama kita tunggu apakah perbalahan antara pendakwaraya dan pembela menjadikan kisah cinta Saiful-Farah Azlina Latif faktor agar sodomy II ditangguh lagi?

Hubungan Cinta Saiful: Farah Azlina jadi mangsa

Pejabat Peguam Negara menerusi laman sesawangnya mengeluarkan kenyataan bahawa Farah Azlina Latif dari Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara telah dipindahkan ke Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang berkuatkuasa semalam.

Sehubungan dengan pemindahan itu, jawatannya sebagai Timbalan Pendakwa Raya ditukar sebagai Peguam Kanan Persekutuan.

Namun menurut laman itu, jawatan baru berkenaan bukan dengan “tujuan naik pangkat” dan Farah Azlina masih menyandang Gred L48 yang dipangkunya sebelum ini.

Sebelum ini, RPK mendakwa Farah Azlina mempunyai 'hubungan romantis' dengan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dua hari lalu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, pada sidang akhbranya, mengesahkan Farah Azlina telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Anwar.

Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.

Abdul Gani berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.

"Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini.

"Ini boleh menjadi sangat sukar bagi kita, tetapi sebarang perkara peribadi sekiranya boleh memberikan kesan dalam apa juga bentuk terhadap jabatan ini akan ditangani dengan amat serius," katanya.

Tindakan itu diambil untuk memastikan kelancaran kes tidak terganggu, katanya.

Sebelum kejadian itu, Farah Azlina dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan tetapi membatalkannya seminggu sebelum tarikh yang dijadualkan itu. Sebab pembatalan itu juga tidak diketahui.

Sesetengah pihak juga dikatakan tidak senang dengan tindakan Abdul Gani yang memindahkan Farah Azlina dari Bahagian Pendakwaan sebelum siasatan terperinci dijalankan.

Adalah dipercayai Mohd Saiful yang dikatakan telah bertunang dengan seorang personaliti media mungkin mengeluarkan kenyataan berhubung perkara berkenaan apabila “kena pada waktunya.”

Farah Azlina pada mulanya bukan sebahagian daripada pasukan asal pendakwaan dalam kes perbicaraan Anwar tetapi dibawa kemudiannya selepas seorang daripada timbalan pendakwa raya yang ditugaskan mengambil nota perbicaraan meletakkan jawatan.

Beliau mengambil alih tugas itu tetapi tidak terlibat dengan pendakwaan, kata Abdul Gani.

Perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar bersambung Isnin ini dan isu 'hubungan romantis' Farah Azlina dengan Mohd Saiful dijangka akan menjadi tumpuan.

Ini berikutan surat dari peguam Anwar kepada Abdul Gani dan Peguam Cara II Negara, Datuk I Mohd Yusof Zainal Abiden, yang juga adalah ketua pendakwa -- menuntut penjelasan berhubung 'hubungan romantis' itu.

Harussani Orang Kecil Menurut Hadi Awang

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebagai “orang kecil” yang mahu “mengusik” parti Islam itu supaya menerima idea kerjasama perpaduan dengan Umno.

“Biarlah (Harussani) hendak cakap apa pun, beliau hanya nak usik PAS sahaja.

“Lagipun beliau hanya orang kecil, saya tidak mahu layan beliau,” kata Hadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang membayangkan PAS tetap dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat, sebagaimana telah pun diputuskan pada muktmar-muktamar lalu.

“PAS tetap tiada apa-apa, jadi biarkan sahaja.

“Saya tidak mahu komen lagi pasal perkara ini,” selepas bertemu Dr Hassan Ali. Dr Hassan sebelum dikatakan berjumpa Harussani bagi membincangkan kerjasama Umno-Pas. Walau bagaimanapun Hassan menafikan bahawa pertemuannya dengan mufti Perak tersebut untuk membincangkan isu kerjasama Umno-Pas.

Harussani bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin tersebut bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menegaskan PAS tetap tidak akan bekerjasama dengan Umno sampai bila-bila masa.

“Kita tetap tidak akan mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerjasama dengan Umno. Jadi Umno perlu faham, tidak perlu nak terus ajak PAS.

“Selain itu, kita juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa pun untuk bincang soal kerjasama itu dengan Harussani.

“Mungkin pemimpin PAS yang dikatakan Harussani berjumpa dengannya atas tiket diri sendiri bukan parti,” tegas Pesuruhjaya PAS Selangor ini.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Pendirian Nik Aziz itu turut ditekankan menerusi satu kenyataan semalam.

Selain itu, dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

Wednesday, July 28, 2010

Rancangan mengguling kerajaan Khalid Ibrahim semakin rancak

Sudah diduga bahawa perlantikan Azmin Ali sebagai pengerusi PKR Selangor merupakan rancangan Anwar Ibrahim menggantikan jawatan MB daripada Khalid Ibrahim kepada Azmin.

Anwar memang bijak mengatur strategi politik, agar supaya penggantian MB Selangor bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PKR, namun berpunca daripada kalangan ADUN PKR Selangor.

Dalam perkembangan lain, walaupun pemimpin PKR diarahkan 'menutup mulut' berhubung kandungan perbincangan dalam pemukiman parti itu di Port Dickson minggu lalu, maklumat daripada sumber dalaman memberi gambaran bahawa usaha untuk menggulingkan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada kerusi menteri besar Selangor masih berterusan.

Rungutan ke atas Khalid kian kedengaran. Namun keadaan ini, yang dirintis oleh perasaan tidak puas hati oleh salah seorang ahli parlimen yang diketahui tidak sehaluan denganya, dilihat semakin bertambah buruk.

Dalam latar ini, satu lagi drama berlangsung dalam pertemuan itu apabila seorang wakil rakyat yang juga penyokong kuat Khalid sebelum ini melancarkan kritikan secara terbuka ke atas menteri besar itu.

"Saya sayang MB, tapi saya lebih sayang Selangor," kata wakil rakyat itu, seperti didakwa, dalam ucapannya yang mengkritik pentadbiran Selangor.

Beliau juga didakwa telah mempersoalkan mengapa barisan exco Selangor masih belum dirombak, sedangkan negeri lain yang dikuasai Pakatan Rakyat seperti Kedan dan Pulau Pinang telah melakukan perubahan besar dalam pentadbirannya.

Segelintir anggota PKR menyifatkan tindakan wakil rakyat berkenaan ibarat ungkapan oleh Brutus yang bangun menentang Caesar dalam karya agung William Shakespeare, "Bukanlah saya kurang menyayangi Caesar, tapi saya lebih sayangkan Rom."

Dalam pada itu, timbul pula spekulasi di sebalik kelantangan wakil rakyat berkenaan.
Khabar angin menyatakan, ADUN berkenaan kini berubah haluan untuk berada dalam barisan pimpinan timbalan presiden parti Azmin Ali -- berikutan pelantikan ahli parlimen Gombak itu ke jawatan pengerusi pimpinan PKR negeri.

Khabar yang lain pula menjangkakan, tindakan itu pula berikutan tekanan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menjalankan siasatan ke atas wakil rakyat itu.

"Saya mengenali Khalid sejak tahun 2006, tapi ia menjadi tugas saya untuk menimbulkan isu mengenai Selangor, seperti yang berlaku di Hulu Selangor," kata wakil rakyat itu ketika dihubungi.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan perkara tersebut denan alasan ia merupakan isu dalaman yang ditimbulkan dalam perbincangan tersebut.

“Saya mesti ikut disiplin parti. Ada perkara yang kita boleh cakap di dalam (mesyuarat), ada yang kita tidak boleh cakap di luar (kepada media),"

Tuesday, July 27, 2010

Sodomy II: DPP ada hubungan cinta dengan Saiful digugurkan

Dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwa kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam hubungan 'romantik' dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan yang menghantui pendakwa raya, akhirnya digugurkan.

Sebebelum ini Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan mereka, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.

Penguam negara Tan Sri Ghani Patail telah memutuskan bahawa Farah Azlina Latif bukan lagi anggota pasukan pendakwaan sodomy II yang akan di sambung pada 2 Ogos depan.

Sebelum ini ketua pendakwaan Mohd Yusof menekankan, peranan staf itu adalah kecil memandangkan dia bukan “anggota rasmi” dalam pasukan itu apabila kes itu mula didengar.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif.

Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.

“Jadi, saya tidak boleh mengatakan dia telah digugurkan daripada pasukan ini kerana dia sebenarnya bukan sebahagian daripada pasukan saya, tidak seperti (timbalan pendakwa raya) Noorin (Badaruddin) atau Wong (Chiang Kiat), atau diri saya.

“Dia dibawa untuk membantu tetapi kini kami ada sekurang-kurangnya tiga peguam yang boleh melakukan kerja-kerja menghimpunkan (data) dan kadangkala Noorin juga mengambil nota,” katanya.

Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain.

“Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia... ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan,” kata Mohd Yusof lagi.

Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi.

“Saya tidak periksa kehidupan peribadi mereka... jadi saya tidak tahu. Saya tidak boleh komen. Apakah anda boleh percaya Raja Petra? Dia selaku menyebarkan khabar angin,” katanya.

“Saya memberitahu anda yang ini... saya perlu menemui anggota pasukan saya (terlebih dahulu) dan saya akan kembali kepada anda. Bagaimanapun dia bukan bahagian penting dalam pasukan saya, dia hanya akan membantu kami bila kami memerlukannya,” tegas Mohd Yusof.

Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang, ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Khalid Cuba Tutup Penipuan Ahli Majlis Namun Bocor

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengakui bahawa kerajaan negeri itu sedang menyiasat kes melibatkan seorang ahli majlis yang menyalah-gunakan surat rasmi exco kerajaan untuk mendapatkan kontrak bagi kroninya.

Khalid berkata siasatan dalaman telahpun dijalankan sejak "dua atau tiga minggu lalu."

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Khalid (kiri, tengah) juga berkata beliau berasa malu kerana hasil siasatan itu telah dibocorkan.

Beliau mengulas laporan akhbar The Star hari ini yang menyebut, ahli majlis daripada parti DAP itu juga merupakan seorang pemimpin veteran dan mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan parti negeri.

Ahli majlis berkenaan didakwa telah mendapatkan kontrak untuk kroni dan anggota keluarganya dengan menulis surat sokongan menggunakan surat rasmi seorang anggota exco.

Dilaporkan, ahli majlis berkenaan yang telah dilantik selama tiga penggal itu berjaya mendapatkan beberapa projek melalui kegiatan itu.

Bercakap selepas satu sesi dialog di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam hari ini, Khalid berkata, beliau berasa malu kerana hasil siasatan itu dibocorkan -- sehingga mendapat liputan akhbar.

Katanya lagi, kerajaan negeri akan menjalankan satu audit berhubung kejadian tersebut dan siasatan lanjut perlu dijalankan sebelum mengambil apa-apa tindakan ke atas individu terlibat.

Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan untuk menyerahkan kes tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sementara itu, pemimpin DAP negeri termasuk exco Ean Yong Hian Wah dan Ronnie Liu (kanan) masih enggan membuka mulut bagi menjelaskan kejadian tersebut.

SPRM sudah bertindak di Sabah

Sumber yang ada kaitan dengan pencegahan rasuah mengatakan bahawa SPRM sedang menjalankan siasatan terhadap Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan dan Kebudayan Negeri Sabah Datuk Suzannah Liaw (gambar).

Suzannah Liaw dikatakan membuat tuntutan RM50,000 sempena menyambut harijadi anaknya semasa musim perayaan Tahun Baru Cina lalu.

Pegawai ini juga didakwa menyalah gunakan kuasanya dengan memberi kontrak bernilai jutaan ringgit kepada syarikat di mana suaminya ada kepentingan.

Kebanyakan kontrak yang diluluskan oleh Suzannah adalah kerja-kerja di bawah lembaga Kebudayaan dan pelancongan negeri.

Fail-fail daripada Lembaga kebudayaan dan pelancongan negeri yang ada kaitan dengan siasatan tersebut sudahpun dirampas oleh pihak SPRM.

Dikhabarkan juga bahawa Kertas siasatan telah siap dan akan dihantar kepada pihak peguam negara untuk tindakan pendakwaan.

Belumpun memerintah negara DAP batal diskaun untuk bumiputra

DAP mahukan agar diskaun untuk bumiputra dalam pemilikan harta seperti rumah atau bangunan komersil dihapuskan. Tujuannya agar adil kepada semua. Demikian kata Tony Pua salah seorang wakil rakyat DAP.

Hasrat DAP ini bukan sahaja memperlebar jurang pemilikan hartanah di negara ini, malah secara perlahan menurangkan pemilikan hartanah kepada bumiputra. Adalah dianggarkan jika tindakan itu dilaksanakan dalam tempoh 15 tahun, peratusan pemilikan hartanah antara bumiputra dan kaum cina dan india akan melebar dengan ketara sekali.

DEB dilaksana selama 30 tahun, pun demikian sasaran 30% pemilikian bumiputra gagal sehingga dasar itu ditamatkan pada tahun 1990.

Contoh yang paling ketara bahawa tingkat kemampuan bumiputra meliliki hartanah adalah kurang adalah melalui pembelian amanah saham 1Malaysia. Sebanyak 5 billion unit saham diperuntukan untuk bumiputra melalui PNB, hingga kini saham tersebut belum dilanggan sepenuhnya. Sementara saham yang diperuntukan untuk kaum cina dan india seluruhnya terlanggan.

Fakta ini menunjukkan walaupun kerajaan berusaha untuk mempersimbangkan pemilikan hartanah atau ekuiti antara bumiputra dengan kaum cina dan india, namun tetap sahaja bumiputra tidak mampu memilikinya kerana kemampuan yang terhad.

Cadangan DAP menghapuskan diskaun terhadap pemilikan hartanah oleh bumiputra bukan sahaja menjadikan bumiputra semakin miskin, malah dalam jangka panjang status hartanah bumiputra di negara ini akan pupus. Ini lah yang dikatakan "merimpat di negara sendiri".

Sementara itu mantan menteri besar Selangor Dr Khir Toyo menyifatkan tindakan DAP tersebut sikap cauvinis DAP terhadap bumiputra.

Menurut Khir, cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua itu adalah tidak wajar kerana ia akan mewujudkan ketidakseimbangan dalam pengagihan serta pemilikan ekuiti di antara kaum di negara ini.

Ini kerana, katanya, pemilikan ekuiti serta kuasa beli kaum bumiputera di negara ini termasuk di Selangor adalah jauh lebih rendah berbanding kaum-kaum lain.

Menurut beliau, sekiranya wujud ketidakseimbangan tersebut, maka ia sudah pasti memberi kesan negatif kepada kestabilan antara kaum seterusnya mengundang ketidaktentuan ekonomi di negara ini.

''Kita lihat keadaan yang pernah berlaku di negara ini apabila pengagihan dan pemilikan ekuiti tidak seimbang sehingga berlaku rasa tidak puas hati atau ketidakstabilan antara kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969.

''Kita mahu memberi keseimbangan kepada semua kaum, tidak kira apa bentuk atau jenis pengagihan dan ekuiti yang dimiliki. Apa yang penting tumpuan harus diutamakan kepada kaum yang kurang keupayaan ekonomi (bumiputera) agar jurang agihan dan ekuiti pemilikan antara kaum itu dapat dikurangkan.

''Namun Tony tidak faham akan keadaan ini. Inilah sikap sebenar DAP yang cauvinis dan tidak mengambil kira kedudukan kaum lain di negara ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Tony agar kerajaan negeri supaya memansuhkan diskaun bumiputera sebanyak tujuh peratus untuk pemilikan premis komersial di Selangor.

Selain premis komersial, Tony yang juga Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP turut mencadangkan supaya diskaun bumiputera itu dikurangkan melibatkan pemilikan rumah mewah dengan alasan meningkatkan persaingan serta keyakinan pelabur di negeri itu.

Dalam pada itu, Mohamad Khir menafikan pengenalan diskaun bumiputera bagi pemilikan hartanah itu akan menjejaskan keupayaan persaingan negeri serta keyakinan pelabur di negeri itu.

Sebaliknya, jelasnya, ketika pentabdiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini, sungguhpun kerajaan negeri pada masa itu melaksanakan dasar diskaun pemilikan hartanah kepada bumiputera, ia sebenarnya tidak menjejaskan prestasi ekonomi Selangor dari segi persaingan mahupun keyakinan pelabur.

''Dahulu, sebarang projek hartanah diskaun bumiputera memang ada dilaksanakan, akan tetapi sekiranya tidak ada bumiputera yang berminat terhadap hartanah itu untuk tempoh lama, barulah kita buka kepada kaum lain yang berminat.

''Saya tidak nampak apa perlunya cadangan penghapusan diskaun ini apatah lagi mengatakan ia beri kesan kepada prestasi ekonomi Selangor,'' katanya.

Malah, katanya, ketika pentadbiran BN dahulu, prestasi ekonomi negeri berada dalam keadaan baik, termasuk keyakinan pelabur yang tinggi berbanding pada hari ini.

Monday, July 26, 2010

Akibat birokrasi penjawat awamlah campurtangan orang politik perlu:KJ

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata adalah tidak benar sekiranya kita mengatakan bahawa setiap daripada surat sokongan yang ditulis seorang ahli politik adalah 'salah guna kuasa' untuk kenalan-kenalan politiknya.

"Seringkali sesuatu sokongan diberikan atas kapasiti seorang wakil rakyat yang hanya menjalankan tugas mahu membantu rakyat yang tidak mendapat bantuan yang sewajarnya," tulis Khairy yang juga ahli parlimen Jelebu dalam blognya.

Tegasnya, mungkin ada yang akan mempersoalkan keperluan surat sokongan atau sokongan secara lisan oleh ahli politik, biarpun untuk mereka yang tidak mempunyai hubungan politik.

Beliau mengulas pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan baru-baru ini yang menegaskan sebarang keputusan dalam pemberian kontrak kerajaan perlu berdasarkan merit dan kelayakan sesuatu permohonan, bukan sebarang hubungan politik.

Pada dasarnya saya menyokong sepenuhnya usaha membanteras penyalahgunaan kuasa serta mengutamakan merit dan keperluan dalam apa jua permohonan kepada Kerajaan.

Berikutan itu, kakitangan awam kini diarahkan melaporkan sebarang kes ahli politik cuba mempengaruhi pemberian kontrak kerajaan melalui surat sokongan mahupun secara lisan.

"Kita sedia maklum pada masa lalu memang wujud kes-kes di mana pemohon yang mempunyai hubungan politik diberi kontrak kerajaan atas dasar sokongan dari ahli politik.

"Saya juga bersetuju dengan Presiden Cuepacs Omar Osman bahawa fenomena ini adalah tidak adil bagi pemohon lain yang tidak mempunyai 'kabel' hubungan politik ini.

"Namun, berdasarkan pengalaman selaku seorang wakil rakyat, saya juga menyedari bahawa bukan semua yang datang meminta surat sokongan adalah mereka yang tidak layak dibantu jauh sekali bergantung harap kepada sokongan dari ahli politik semata-mata," tambahnya.

Malah, tegas Khairy, terdapat beberapa kes di mana pemohon yang ternyata berkelayakan terpaksa datang meminta sokongan beliau selaku wakil mereka di Rembau kerana permohonan mereka gagal atas sebab-sebab kelemahan birokrasi.

"Mereka ini bukanlah kenalan saya jauh sekali mempunyai hubungan politik dengan saya. Mereka berkesempatan berjumpa saya sewaktu saya berada di Pusat Khidmat Masyarakat Rembau," tegasnya.

Seringkali, katanya, sesuatu sokongan diberikan atas kapasiti seorang wakil rakyat yang hanya menjalankan tugas mahu membantu rakyat yang tidak mendapat bantuan yang sewajarnya.

"Mungkin ada yang akan mempersoalkan keperluan surat sokongan atau sokongan secara lisan oleh ahli politik, biarpun untuk mereka yang tidak mempunyai hubungan politik.

"Jika sesuatu permohonan itu mempunyai merit seperti kelayakan teknikal dan rekod kerja yang baik atau kerperluan yang mendesak, bukankah ia akan dipertimbangkan sewajarnya tanpa perlu sebarang campurtangan ahli politik?

"Sama juga bagi permohonan lain yang perlu melalui sistem awam seperti permohonan kerja, kediaman kos rendah mahupun biasiswa - bukankah semuanya boleh ditentukan oleh kakitangan awam berdasarkan merit dan keperluan?

"Di sini, saya ingin mengatakan bahawa suka atau tidak, di kalangan penjawat awam juga terdapat 'Napoleon Kecil' yang bertindak atas motivasi tertentu. Hakikatnya, kakitangan awam juga tidak terlepas daripada kemungkinan salah guna kuasa melalui tindakan 'pilih kasih'," tegas Khairy.

Akibat, daripada kelemahan birokrasi ini, ramai pemohon yang layak dan melalui saluran biasa ditolak.

"Dalam erti kata lain, sistem awam yang sedia ada telah menggagalkan mereka, lantas mereka terpaksa meminta bantuan dari wakil rakyat.

"Dalam hal ini juga, saya ingin membangkitkan persoalan mengenai peranan ahli politik yang dipilih rakyat. Apa guna kita mengadakan pilihanraya untuk memilih wakil rakyat sekiranya perkara seperti menulis surat sokongan pun tidak dibenarkan?

"Jika seorang wakil rakyat gagal membuktikan kebolehan membantu dan membela rakyat, maka beliau akan diundi keluar, manakala kakitangan awam pula tidak dipilih.

"Oleh itu, janganlah kita terlalu cepat memandang serong peranan wakil rakyat dalam menyokong sesuatu permohonan kepada kerajaan," tegasnya.

Menurut Khairy lagi, bukan niat beliau untuk memburukkan kakitangan awam, malah beliau yakin sebahagian besar daripada mereka mempunyai integriti dan keikhlasan yang tinggi.

"Namun, selagi wujud fenomena 'Napoleon Kecil' di kalangan kakitangan awam, kita tidak boleh menolak langsung peranan ahli politik yang mewakili kepentingan rakyat.

"Di sini saya ingin mencadangkan satu jalan tengah yang dapat menangani isu-isu berhubung pemberian kontrak.

"Cadangan saya, jika penjawat awam berperanan melaporkan sebarang surat sokongan dari ahli politik, maka ahli politik juga perlu diberi ruang untuk memanjangkan sesuatu permohonan apabila dirasakan sistem birokrasi telah menggagalkan permohonan itu sungguhpun mempunyai merit untuk diterima.

"Saya melihat kaedah ini dapat membantu dalam memantau penyalahgunaan kuasa di kalangan mereka yang mempunyai hubungan politik, serta kegagalan birokrasi atau juga rasuah dalam perkhidmatan awam.

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa cadangan ini dibuat bukan berasaskan dasar campurtangan politik, tetapi atas prinsip merit dan keperluan," katanya.

Kerajaan Pakatan Selangor Terpaksa Guna Duit Rakyat Tangkis Serangan Umno

Umno menyifatkan tindakan kerajaan Selangor memperuntukkan RM15 juta untuk program penerangan, menunjukkan ianya seperti 'cacing kepanasan' ekoran kempen 'Selamatkan Selangor' yang digerakkan Umno negeri sekarang.

Ketua penerangan Umno negeri, Abdul Shukor Idrus berkata, kempen tersebut mula menampakkan kesan sehingga kerajaan negeri itu sanggup menggunakan duit rakyat untuk program penyampaian maklumatnya.

Kempen 'Selamatkan Selangor' yang dilancarkan oleh Umno negeri Jumaat lalu dan turut menurunkan bekas pemimpin PKR Ezam Mohd Nor, akan berlangsung selama tiga minggu sehingga 8 Ogos depan.

Abdul Shukor berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor memperuntukkan RM15 juta oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu untuk melawan pendedahan BN tentang kepincangan kerajaan pakatan Selangor.

Dalam satu majlis dialog hari ini, menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, peruntukan tersebut bersamaan dengan RM3 untuk setiap 5.2 juta rakyat Selangor.

Dana itu, kata Khalid, akan digunakan untuk menyebarkan maklumat melalui portal TVSelangor, Selangor Kini dan juga akhbarnya.

Mengulas usaha tersebut, Abdul Shukor berkata kerajaan negeri tidak perlu mengambil tindakan seperti itu semata-mata untuk menonjolkan kesan pentadbiran mereka.

"Kalau mereka rasa hendak berlawan dengan kita, mereka tidak perlu guna duit rakyat? Gunakanlah duit parti mereka sendiri.

"Buat apa (kerajaan negeri) hendak membazirkan duit rakyat lagi semata-mata untuk tujuan politik mereka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, jumlah RM15 juta itu sepatutnya boleh disalurkan untuk membantu masyarakat kurang berkemampuan dan juga golongan yang tidak bernasib baik seperti warga tua.

"Kalau mereka tepati janji kepada rakyat, tidak perlu disebarkan (keberkesanan pentadbiran), mereka boleh rasakan sendiri," tambahnya yang juga ADUN Kuang.

Mengulas mengenai usaha menampilkan Ezam dalam program 'Selamatkan Selangor', Abdul Shukor berkata, Ezam merupakan individu paling layak untuk mendedahkan "kepincangan" dalam Pakatan Rakyat, mahupun dalam parti PKR.

Katanya, ia kerana Ezam antara orang yang mengasaskan parti itu dan orang yang paling tepat untuk menceritakan kepincangan dalam parti mereka.

"Tiada siapa yang boleh nafikan apa yang Ezam cakap (dalam program 'Selamatkan Selangor') sebab Ezam adalah (bekas) orang kanan dalam parti itu. Beliau lebih tahu apa yang berlaku.

"Apa yang Ezam cakap akan menggusarkan mereka, sebab itu mereka kelam kabut dan begitu tertekan sekarang hingga sanggup gunakan duit rakyat untuk jelaskan pendirian mereka," katanya lagi.

Dendam Nik Aziz terhadap Umno tak padam-padam

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyifatkan sesiapa sahaja yang cuba menjadi orang tengah untuk parti itu mengadakan perbincangan dengan UMNO sebagai 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'.

Tegas beliau, Pas tidak memerlukan peranan sesiapa untuk menjadi orang tengah sekiranya parti itu mahu berbuat demikian.

"Ada orang hendak menjadi orang tengah, (usah) mimpi.., kalau saya mahu, saya boleh jumpa Perdana Menteri sendiri, tak perlu orang tengah," katanya.

Namun katanya, tiada sebab untuk Pas berunding dan cadangan seumpama itu tidak pernah digerakkan oleh Pas tetapi oleh pihak lain.

Ketika menyampaikan ceramah dalam program anjuran Pas Kuala Terengganu di sini malam tadi beliau membayangkan usaha ke arah 'penyatuan Melayu' melalui kerjasama dengan UMNO tidak akan menjadi kenyataan kerana Pas tidak akan terus diperbodohkan lagi.

Sebelum ini Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak tidak menyenanginya.

Namun Harussani yang dikecam oleh pelbagai pihak dalam Pas dan penyokong parti itu berkata, beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini.

Harussani dilaporkan berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Susulan itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali hari ini mengakui ada menemui Harussani tetapi menafikan pertemuan mereka ada menyentuh soal kerjasama politik antara Pas dan UMNO.

Menurut Nik Aziz, apa yang digembar-gemburkan semula kini lebih kepada menjaga kepentingan UMNO dan bukan menjaga kepentingan masa depan Melayu.

Bagi menjaga kepentingan Melayu, katanya, Pas lebih berkemampuan kerana ia merangkumi kehidupan di dunia dan akhirat.

Beliau terus dengan pendirian yang telah dicapai parti itu pada muktamar-muktamar tahunan mereka sejak 2008 bahawa Pas tidak akan menjalin kerjasama politik dengan UMNO.

Malah Nik Aziz tetap menolak sebarang perbincangan ke arah kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Katanya, UMNO terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan Pas selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dua tahun lalu.

"Bila dah kalah baru cari kawan, selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak panggil Datuk Asri (Presiden Pas) berunding, kami ingat ikhlas dan saya adalah orang yang paling kuat menyokong Pas masuk Barisan Nasional.

"Rupa-rupanya bila kenyang, bila sudah gemuk, dia gigit, tendang kita, dia orang (menulis) Pas keluar (BN). Tak betul, mengarutlah, bukan keluar tetapi ditendang," katanya.

Pas pernah bergabung dengan BN semasa kerjaan Tun Razak dan berakhir pada zaman pemerintahan Tun Hussien Onn.

Selagi Nik Aziz Ada: Kerjasama UMNO-Pas Mustahil

Ada dua golongan dalam Pas. Orang lama Pas seperti Nik Aziz sangat phobia pada Umno, sementara orang baru seperti Ketua Pemuda Pas dapat menerima hakikat bahawa kerjasama Pas-Umno adalah cara terbaik menyatupadukan orang melayu.

Bagi orang lama Pas, apabila ada yang bercakap mengenai perpaduan Pas-Umno, mereka menganggap macam tidak ada benda lain yang lagi lebih jijik dikacamata Parti Islam Semalaysia selain bab itu.

Seikhlas manapun ia pasti akan berbalik kepada Nawaitu Pas yakni survival politik PAS yang tidak mahu ada pihak ketiga yang merobek cinta dan kasih sayangnya pada PKR dan DAP.

Tan Sri Harussani Zakaria harus sedar Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah ulamak dalam kelasnya yang tersendiri yang tidak memerlukan pandangan sesiapa.

Baginya sesiapa sahaja yang cuba menjadi orang tengah berangan-angan nak lihat parti itu mengadakan perbincangan dengan UMNO bersiap sedia kena cop bagai 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'.

Tiada siapa yang boleh buat Tok Guru ini mudah lupa dan terus membebal bagaimana PAS dan UMNO bercerai 32 tahun lampau dan mendakwa kini UMNO nak berkawan denganya semata-mata kerana menyedari kedudukannya menjadi lemah pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Mungkin tidak ramai generasi muda hari ini tahu mengenai sejarah yang Nik Aziz kata PAS kena tendang keluar waktu itu setelah empat tahun bersama BN mulai tahun 1974.

Generasi muda hari ini juga mungkin tidak ingat bagaimana semasa di zaman puncak kuasanya berada dalam UMNO dulu Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pandang parti itu dan hanya berpeluk mesra selepas kes liwatnya yang pertama.

Jangan kata Nik Aziz kerana Lim Kit Siang sendiri macam tak ingat bagaimana Anwar menuduh dengan berbagai tuduhan pada DAP masa jadi orang besar UMNO.

Pentas politik negara sudah berubah, demikian juga anggapan gabungan parti yang membentuk Pakatan. Mereka kini,masing-masing berpeluk mesra kerana dibuai keyakinan merasa Putrajaya sudah tidak jauh.

Makanya tidak hairannya Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang mungkin bimbang PKR dan DAP curiga pada cinta sejatinya tidak sabar-sabar mendesak Harrussani memohon maaf kerana tetap mendakwa Mufti Perak itu membuat kenyataan yang mengelirukan mengenai pertemuan dengan Persuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Baginya Mufti Perak itu telah membuat satu pembohongan yang memalukan.

Kalau mengikut cakap Ahli Parlimen Pokok Sena itu Harussani adalah alat dan pecacai UMNO.

Rasanya tiada siapa perlu melawan cakap para pembesar PAS yang sedang diawang-awangan itu.

Anwar dan Kit Siang mungkin tersenyum riang melihat sumpah setia baik Nik Aziz,Mahfuz dan sebilangan tokoh PAS yang senada.

Soal perpaduan Melayu boleh tolak sebelah.Janji tawan Putrajaya dulu.

Apa jadi selepas itu belakang kira walaupun ramai yang terus dihantui kesangsian bagaimana PKR-PAS dan DAP boleh lagi duduk semeja jika ditakdirkan berkuasa satu Malaysia.

Panjang umur…ramai orang yang nak tengok kehebatan PAS nak berentap menjayakan cita-cita memertabatkan Negara Islam yang dijualnya sebagai modal politik masa kini.

Nik Aziz dan Mahfuz tahu baik Anwar maupun Kit Siang tidak akan tunduk kepada hajatnya.Cita-cita PAS itu adalah malapetaka politik yang tidak mungkin mereka mahu telan.

Ada juga yang mendakwa gambaran ini tidak lebih untuk menganggu gugat ikatan pakatan pembangkang.

Senang cakap cuba tanya Anwar dan Kit Siang sebelum ‘kena langkah mayat‘ Karpal Singh.

Kecualilah siapa tahu waktu itu Nik Aziz dan Mahfuz terlupa mereka pernah gendangkan tetap nak tubuh Negara Islam jika berkuasa pada ahli PAS diserata ceruk.

Dalam politik…jangan terkejut kalau waktu itu nanti berdesing kita dengar Mahfuz kata pembohong besar dan pecacai UMNO siapa yang kata PAS pernah cakap begitu.

Pertemuan Hassan Ali-Harussani: Khalid Samad perangkap Hassan?

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali diminta mengambil tindakan undang-undang terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ekoran dakwaannya bahawa pemimpin PAS itu telah menemuinya untuk membincangkan kerjasama politik PAS-Umno.

Wakil rakyat Shah Alam Khalid Samad dilaporkan berkata, Hassan Ali diminta mengambil undang-undang terhadap Mufti Perak itu, kerana memfitnah.

Sebelum ini, pemimpin PAS, termasuk naib presidennya Mahfuz Omar menuntut Harussani memohon maaf selepas Hasan Ali menafikan bahawa pertemuannya dengan mufti Perak itu membincangkan kerjasama PAS-Umno.

Versi online akhbar rasmi PAS - Harakah - hari ini melaporkan tuntutan Mahfuz itu di mana beliau berkata Harussani juga harus meletak jawatan sebagai mufti Perak kerana beliau pernah berkata bahawa sebagai mufti, beliau tidak akan membuat kenyataan yang bertentangan, sedangkan dakwaannya yang dibuatnya mengenai Hasan adalah palsu.

Hassan dikatakan menemui Harussani hanya untuk belajar dari mufti Perak yang telah menjadi mufti selama 30 tahun. Dia menyangkal bercakap tentang isu kerajaan perpaduan.

Hasan yang terlihat untuk cenderung bekerjasama dengan Umno, menjadi sasaran kecaman hebat berhubung pertemuannya dengan mufti Perak itu.

Pesuruhjaya Pas Selangor itu kini dalam keadaan serba salah. jika dia tidak megambil tindakan undang-undang, maka Khalid akan terus membangkitkan isu tersebut, bahawa Hassan memang benar berbincang mengenai kerjasama Pas-Umno dengan Harussani. Hassan akan terus dianggap sebagai pemimpin duri dalam daging dikalangan pemimpin Pas terutama Khalid Samad, Mahfuz Omar dan Sallehuddin Ayob.

Ekoran kenyataan Mufti Perak tersebut, kini pimpinan Pas telah terbagi kepada dua kumpulan berhubung kerjasama Pas-Umno. Pemimpin yang terang terangan menyokong kerjasama Pas-Umno adalah Ketua Pemudanya sendiri, selain Timbalan Presiden dan Presiden Pas sendiri.Pimpinan Pas yang masih menentang diketuai oleh Mursyidul am Pas Nik Aziz Nik Mat.

Harussani sebelum ini menawarkan dirinya untuk menjadi orang tengah dalam usaha "menyatukan umat Islam kdan orang Melayu" di negeri ini.

Menurut mufti Perak, pemimpin dari PAS dan Umno telah menemuinya baru-baru ini untuk membincang dan mendapatkan pandangannya bagi menyatukan dua parti politik terbesar orang Melayu di negara ini.

Sunday, July 25, 2010

Status HALAL Kopitiam Diragui

Penyediaan makanan berasaskan daging di hampir semua kopitiam di negara ini diragui status halal setelah pengusahanya didapati mendapatkan sijil halal hanya dengan menelefon syarikat yang mengeluarkannya.

Perkara itu didedahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hasil serbuan dan siasatan berikutan aduan orang ramai.

Pengarah Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar berkata, siasatan pihaknya mendapati syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal itu tidak melakukan pemeriksaan di premis kopitiam terbabit apatah lagi di pusat penyembelihan dan status bekalan daging.

Jelas beliau, sebaliknya syarikat terbabit mengeluarkan sijil halal itu dengan hanya menemu bual pengusaha tersebut melalui telefon sahaja.

Menurutnya, justeru, semua makanan berasaskan daging yang disediakan oleh kopitiam di negara ini diragui status halal.

“Permohonan dibuat melalui telefon... pihak syarikat (halal) itu akan menyoal sama ada mereka menyediakan alkohol atau menyediakan daging babi dan beberapa soalan lain.

“Jika tiada, ia bermakna premis itu layak menerima sijil halal,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar hari ini mendedahkan sebuah kopitiam di Kepong yang diserbu penguat kuasa Jakim selepas dipercayai mendapatkan bekalan ayam daripada sebuah pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf.

Saimah berkata, hampir keseluruhan kopitiam di negara ini menggunakan sijil halal dikeluarkan oleh syarikat swasta kerana lebih mudah dan cepat diperolehi.

Beliau memberitahu, sebaliknya jika dipohon daripada Jakim, ia memerlukan pemeriksaan yang menyeluruh daripada restoran sehingga ke pusat penyembelihan.

Benar Kah Moral Penyokong BN Selangor Rendah??

Siri Tawan Selangor telah bermula sehingga 8 Ogos. 19 siri ceramah telah diatur. Hulubalang BN Selangor umumnya dan khasnya Umno sudah tentu diketuai Noh Omar sebagai timbalan pengerusi Umno negeri, Dr Khir Toyo ketua pembangkang DUN Selangor yang juga mantan MB Selangor. Selain itu, Ezam Nor juga ikut sama.

Malangnya pada setiap perjumpaan hanya mampu menarik kurang daripada 500 pendengar. Apa yang berlaku? Sebuah parti politik seperti BN atau Umno hanya mampu menarik kehadiran yang begitu sedikit.

Penanda aras kepada sokongan sesebuah parti adalah dilihat daripada sokongannya. Melalui kehadiran yang ramai, maka moral sesiapa yang melihat atau hadir akan terbangkit.

Namun kehadiran yang sangat sedikit, maka kelesuan adalah jawapannya.

Apapun orang kata, kehadiran rakyat pada sesi jelajah tawan selangor menunjukkan bahawa moral para penyokong BN dan Umno agaknya belum pulih akibat psunami politik mac 2008.

Apa kah melalui jelajah tawan Selangor ini akan berimpak tinggi terhadap BN dan Umno?

Isu semasa yang dibangkitkan hanya berkisar pada pencurian pasir, isu lama mengenai Anwar Ibrahim dibongkar semula. Tiada isu atau agenda baru yang perlu diketengahkan kepada rakyat Selangor kenapa mereka perlu mengembalikan kerajaan BN.

Beri lah alternatif kepada rakyat Selangor, jika BN ingin menang semula.

Elok Juga Jika Kerajaan Pakatan Tidak Ikut PRU-13 Serentak

Pakatan Rakyat (PR) Selangor telah memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jikapun Barisan Nasioanl (BN) memanggil pilihan raya umum tergempar di peringkat pusat dalam waktu terdekat.

PR Selangor salah satu negeri dikuasai Pakatan telah memutuskan bahawa mereka mahu menggunakan tempoh mandat lima tahun sepenuhnya, tanpa mahu terikat dengan rentak BN bagi membolehkannya menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu.

Selangor salah satu daripada empat negeri yang kini diterajui PR. Tiga negeri yang lain ialah Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh memutuskan untuk memanggil pilihan raya negeri dengan memperoleh perkenan Sultan ataupun Yang Dipertua Negeri.

Perdana Menteri pula boleh berbuat demikian di peringkat pusat dengan menperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Lazimnya pilihan raya umum negeri dan pusat akan diadakan serentak.

Bagaimanapun pemerhati dan penganalisis menjangkakan kelainan ekoran perubahan landskap politik negara sejak 8 Mac 2008.

Ketua Penerangan PAS Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir ketika mengesahkan perkara itu berkata, PR memerlukan masa yang secukupnya memandangkan Umno-BN terus-menerus mendakwa pihaknya tidak melaksanakan program yang dijanjikan ketika kempen pilihan raya.

Mandat semasa bagi semua kerajaan negeri kecuali Sarawak akan berakhir Mei 2013.

Namun pendirian kerajaan Pakatan yang tidak akan ikut serta PRU-13 bagi kerusi-kerusi DUN bertentangan dengan pendirian Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub semasa sesi pemukiman di Port Dickson baru-baru ini telah mengambil pendirian untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 akhir tahun ini. Malah Sallehuddin meramalkan bahawa pilihan raya umum (kemungkinan) diadakan hujung tahun ini.

Dalam temu bual dengan sebuah portal berita dua minggu lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau berharap kesemua negeri sama ada yang dipimpin BN ataupun PR akan mengadakan pilihan raya umum serentak.

Tanda dan bayangan pilihan raya umum tergempar mula muncul dengan Umno-BN memulakan serangan terhadap kerajaan negeri dengan memfokus isu pasir.

Semalam, Umno Selangor telah memulakan penganjuran 19 program ceramah sempena jelajah Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE), yang akan berlangsung hingga 8 Ogos ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, program ceramah itu merangkumi 19 bahagian Umno di negeri itu, bermula dengan Shah Alam.

Noh berkata, program SSDE fasa satu itu akan memberikan gambaran lebih jelas kepada rakyat Selangor mengenai isu-isu kontroversi termasuk membabitkan dakwaan penyelewengan anggota pentadbiran, tadbir urus anak syarikat yang buruk dan isu peribadi serta moral pemimpin kerajaan PR.

Saya Bertemu Harussani: Hassan Ali

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali hari ini mengakui bertemu dengan Mufti Perak,Tan Sri Harussani Zakaria pada kira-kira dua bulan yang lalu tetapi tanpa agenda sulit.

Katanya, pertemuan yang diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak itu bertujuan bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat.

“Pertemuan tersebut bukan pertemuan sulit, malah diadakan secara terbuka ditempat yang terbuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun Hassan berkata pertemuan berkenaan tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara mereka berdua selepas itu.

“Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, mereka yang mempunyai prasangka dan agenda jahat terhadapnya digesa merenung semula dan bermuhasabah diri agar tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak memberi manfaat kepada kemajuan agama, parti dan umat seluruhnya.

18 Julai lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mengalu-alukan mana-mana pihak yang bersedia untuk menjadi perantara atau orang tengah bagi membantu proses mewujudkan persefahaman di antara Umno dan PAS.

Muhyiddin mengulas kenyataan Harussani, sehari sebelum itu bahawa terdapat pemimpin kedua-dua parti Umno dan PAS yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Harussani bagaimanapun tidak mendedahkan siapa pemimpin berkenaan yang berbincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti yang bermusuhan itu.

Berikutan itu timbul pelbagai spekulasi, khususnya di laman blog dan antara pemimpin akar umbi PAS sendiri.

Sebuah blog yang tak jemu-jemu membangkitkan isu tersebut - dengan mengaitkannya dengan idea kerajaan perpaduan - Malaysia Waves dengan terang-terang mendakwa pemimpin yang dimaksudkan Harussani itu ialah Hasan Ali.

Saturday, July 24, 2010

Anwar Tanggung Guaman PI Bala

Bekas setiausaha sulit Anwar - Anuar Shaari mendakwa bahawa bayaran guaman PI Bala dibiayai oleh Anwar Ibrahim.

Anuar juga mempertikaikan siapa yang sebenarnya membiayai Balasubramaniam supaya beliau mampu tinggal di kota London.

Dia juga dilaporkan menggesa ketiga-tiga peguam yang mewakili penyiasat persendirian itu supaya mengisytiharkan gaji dan aset mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negara bagi membuktikan mereka tiada kaitan dengan Anwar.

Para peguam Anwar sebaliknya mendakwa bahawa perbelanjaan Balasubramaniam ditampung daripada dana RM750,000 yang didakwa 'diserahkan' kepada penyiasat persendirian itu melalui seorang kenalan rapat isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor - iaitu ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan.

Sementara itu, Manjeet berkata Balasubramaniam mungkin mendedahkan kenyataan yang dibuatnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Soalan tersebut mungkin ditandakan sebagai 'rahsia' tetapi jawapannya tidak. Akan tiba masanya bila kita mendedahkan jawapan itu,” katanya.

Pegawai SPRM membatlakan pertemuan mereka denagn Balasubramaniam di London, wealaupun telah berjanji untuk merakamkan kenyataannya. Sebaliknya suruhanjaya itu menghantar 52 soalan dan memintanya menghantar jawapannya dalam bentuk pengakuan bersumpah.

Wawancara itu adalah bagi SPRM menyiasat dakwaan Balasubramaniam bahawa adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak - Nazim juga “terbabit” dalam usaha supaya penyiasat persendirian itu menarik balik pengakuan bersumpah pertamanya yang menceritakan kaitan antara pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu dengan Rosmah dan juga Najib.

KSSB agen Kumpul dana Pakatan: Noh Omar

Umno Selangor memulakan kempennya secara rasmi malam tadi untuk merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat dengan mengadakan perhimpunan awam di Shah Alam, kawasan yang majoritinya pengundi Melayu.

Ia sebahagian daripada kempen Umno-BN untuk mendedahkan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam industri perlombongan pasir di Selangor dan kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji-janji pilihan raya.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar merupakan penceramah utama malam tadi, mendakwa Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat milik kerajaan yang bertanggungjawab untuk menguruskan aktiviti perlombongan di negeri itu, telah disalahgunakan untuk membiayai jentera pilihan raya Pakatan Rakyat.

“Mereka telah mula untuk mengumpul dana sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.” kata Noh.

“Saya pasti bahawa kroni mereka akan memainkan peranan dalam kempen pilihan raya,” katanya.

Barisan Nasional kehilangan kuasa kerajaan negeri pada pilihan raya umum 2008.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mendakwa beberapa syarikat perlombongan pasir telah diberikan layanan istimewa oleh Kumpulan Semesta, antara diskaun besar dan kemudahan kredit yang membolehkan mereka melombong tanpa membuat bayaran deposit.

Kerajaan negeri telah menafikan wujudnya penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan memandangkan permit perlombongan pasir hanya boleh diperoleh menerusi tender terbuka, yang membawa kepada kutipan royalti.

Dalam pada itu, Senator Ezam Mohd Nor pula dalam ceramahnya memberi amaran kepada penyokong parti tentang bahaya Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal pentadbiran negeri itu.

“Isu sekarang menjangkaui soal pasir di Selangor, ini berkaitan dengan maruah kita,” kata bekas ketua sayap pemuda PKR yang menyertai Umno pertengahan 2008.

“Jika kita masih ada maruah lagi, kita tidak harus membenarkan orang ini (Anwar) daripada melangkah ke Selangor. Tetapi, sekarang beliau bukan sahaja berada di sini, beliau juga penasihat ekonomi kepada Selangor dan boleh ke mana-mana pejabat kerajaan negeri,” kata Ezam dengan mendakwa Anwar adalah boneka Amerika Syarikat.

Ezam merupakan bekas setiausaha politik Anwar.

Kelmarin Noh berkata Umno Selangor akan menganjurkan 19 program ceramah sempena program jelajah Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) sehingga 8 Ogos ini.

Kata Noh lagi, program ceramah itu merangkumi 19 bahagian Umno di negeri itu yang bermula dengan bahagian Shah Alam.

Noh berkata program SSDE fasa satu itu akan memberikan gambaran lebih jelas kepada rakyat Selangor mengenai isu-isu kontroversi termasuk membabitkan dakwaan penyelewengan anggota pentadbiran, tadbir urus anak syarikat yang buruk dan isu peribadi serta moral pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat.

Friday, July 23, 2010

Benarkah Kuasa Melayu Hilang Selepas Pru-13? Atau Umno Hilang Kuasa?

Benarkah Melayu hilang kuasa selepas PRU-13? atau Umno hilang kuasa? Demikian pertanyaan segelintir pemerhati politik.

Umno akan hilang kuasa jika kawasan-kawasan yang ditandinginya pada PRU-13 akan datang dimenangi PAS atau PKR. Kawasan-kawasan Umno itu tentulah kawasan melayu dan sudah tentu calon melayulah yang mewakili Pas dan PKR.

Jika kawasan-kawasan yang ditandingi Umno kalah, maka calon Pas dan calon melayu PKR akan menjadi majoriti.

Gabungan Pakatan itu akan dikuasai juga oleh wakil rakyat kaum melayu. Anggapan bahawa melayu hilang kuasa selepas pru-13 hanya persepsi,kerana melayu akan menunjangi kerajaan, kerana jumlah wakil rakyat melayu lebih banyak dibanding wakil rakyat bukan melayu.

Malaysia tetap mendapat perdana menteri melayu samaada daripada Pas mahupun PKR.

Jika Anwar Ibrahim masih lagi dibenarkan bertanding dalam pilihanraya, sudah tentunya dia dilantik perdana menteri, kerana itulah cita-citanya. Jika Anwar hilang kelayakan kerana dijatuhi hukuman penjara kerana sodomy II, maka perdana menteri adalah daripada Pas. Jika daripada Pas, sudah tentulah Hadi Awang akan dilantik sebagai PM yang ke-7 Malaysia.

Kegusaran inilah yang melanda pimpinan Umno semenanjung (bukan Umno-Sabah). Walaupun telah berlaku pertukaran kepimpinan daripada Tun Abdullah kepada Najib, namun transformasi pemimpin Umno terlalu perlahan. Budaya lama Umno masih digunapakai oleh para pemimpin umno. Faktor inilah yang menyebabkan kegusaran pemimpin pembaharu Umno seperti Najib dan Muhyiddin.

Pemerhatian AYT dalam persidangan Umno kali ini, tidak terdapatpun apa-apa perubahan daripada segi budaya. Perebutan jawatan G7 misalnya, cara lama tetap digunakan oleh calon-calon.

Para pemimpin yang dikaitkan dengan Umno masih lagi mengamalkan lagak lama: menunjuk-menunjuk, bersifat VVIP, ego dan tidak mesra.

Lambatnya transformasi kepimpinan Umno pernah disuarakan oleh timbalan presiden; Tan Sri Muhyiddin baru-baru ini. Akibat lambatnya transformasi kepimpinan tersebut, maka untuk mengatasi kelemahan tersebut, maka kerjasama Umno-Pas perlu diwujudkan, demi menang-menang untuk kaum melayu.

Para pemimpin Umno sangat sedar bahawa pada Pru-13 akan datang, saingan calon-calon Umno adalah daripada Pas dan calon-calon melayu PKR.

Komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan tidak akan boleh bersaing dengan DAP dan calon-calon bukan melayu PKR. Keadaan inilah yang ingin diantisipasi oleh pucuk pimpanan Umno.

Para pemimpin Umno tahu benar bahawa keputusan PRU-13 akan datang, jumlah kerusi antara Umno dan Pas serta Melayu PKR akan seimbang. Jika ini berlaku, maka benarlah kekuatiran para pemimpin melayu termasuk para mufti, bahawa melayu akan hilang kuasa. Hilang kuasa bagaimana? hilang kuasa kerana jumlah kerusinya di parlimen telah terbagi dua dan parti mana pun yang memerintah dikuasai oleh wakil rakyat bukan melayu. Walaupun PM adalah melayu (seperti kerajaan Pakatan Perak dimana Nizar adalah menteri besar,namun kuasa adalah ditangan kaum bukan melayu).

Jika melayu tidak mahu kehilangan kuasa, maka tiada pilihan melainkan Umno-Pas mesti berkerjasama. Jika Umno-Pas berkerjasama, adalah pasti kerusi melayu di dewan rakyat adalah majoriti dan boleh menjadi pendokong kuat kepada kerajaan yang bakal dibentuk.

Keadaan sebenarnya adalah Pas dan PKR tidak akan mampu menguasai semua kerusi melayu, demikian juga Umno. Namun DAP dan bukan melayu PKR boleh menguasi semua kerusi MCA, MIC dan gerakan. Ini lah keadaan yang bakal berlaku pada PRU-13 akan datang di Semenanjung.

Namun apapun keadaan pada PRU-13 akan datang; Sabah dan Sarawak adalah penentu kepada BN. Manakala kawasan-kawasan melayu di Semenanjung adalah penentu kepada Pas dan PKR.

Jika Sabah dan Sarawak masih lagi sebagai simpanan tetap BN,maka Umno di semenanjung hanya perlu 65 kerusi untuk mempertahankan kerajaan BN dengan majoriti mudah.

Sabah sudah pasti akan menyumbang sekurang-kurang 22 kerusi parlimen, Sarawak pula sekurang-kurangnya 25 kerusi parlimen. Kedudukan ini akan menjadikan BN masih boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Sabah dan Sarawak masih jauh menerima cabaran perubahan politik sepertimana rakyat di Semenanjung. Rakyat Sabah dan Sarawak masih selesa dengan BN apa tak lagi masa kini, pimpinan BN pusat telah merangka keseimbangan pembangunan antara semenanjung dan Sabah serta Sarawak.

Adalah benar keputusan PRU-13 melayu semenanjung hilang kuasa, tetapi bukan sepenuhnya. Kuasa melayu semenanjung bertukar kepada kuasa melayu Semenanjung- bumiputra Sabah- bumiputra Sarawak.

Keputusan PRU-13 akan bermula era baru dalam Malaysia. jika selama ini anak watan Sabah dan Sarawak dianggap sebagai warganegara ke-2, maka keputusan PRU-13 akan disedari bahawa rakyat Sabah dan Sarawak bukanlah warganegara ke-2.

Pakatan jangan lah bermimpi untuk membentuk kerajaan persekutuan. Negeri-negeri seperti Selangor, Perak,Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang mungkin Pakatan tetap kuasai, namun bukan kerajaan persekutuan, jauh sekali Sabah dan Sarawak.

Datuk Harris Salleh Saman Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee Rm 50 Juta

Dakwaan Yong Teck Lee bahawa Datuk Harris Salleh terlibat dengan kemalangan kapal terbang milik Sabah Air Sdn Bhd pada 6-6-1976 yang menyebabkan kematian ketua menteri Sabah Tun Fuad Stephens 34 tahun lalu berakibat fatal,kerana Datuk Harris telah memfailkan saman fitnah sebanyak RM 50 juta di mahkamah Kota Kinabalu semalam.

Saman terhadap Teck Lee tersebut difailkan oleh peguam Harris Tetuan Maringking and Co.

Teck Lee adalah mantan ketua menteri Sabah semasa sistem penggiliran ketua menteri tajaan Tun Dr Mahathir Mohammad.

SAPP telah keluar daripada BN Sabah pada tahun 2008 selepas sahaja PRU-12 kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Tun Abdullah Badawai sebagai Perdana Menteri.

Teck Lee juga dikaitkan dengan gerakan 16 September Anwar, dan jika gerakan itu berjaya Teck Lee akan dilantik sebagai Timbalan Perdana III.

Kini SAPP merupakan parti pembangkang di negeri Sabah, namun tiada kaitan dengan Pakatan yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Ramai yang membuat spekulasi sekiranya SAPP diketuai oleh pemimpin Bumiputra sama islam maupun bukan, parti tersebut mampu menggugat kedudukan BN Sabah yang diterajui Umno.

Hubungan CINTA Saiful-DPP Sodomy II Hantui Pendakwaraya

Dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwa kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam hubungan 'romantik' dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan mula menghantui pendakwa raya, tetapi status staf muda berkenaan masih belum diputuskan.

Pasukan pendakwa raya belum memutuskan sama ada akan menggugurkan rakan mereka itu apabila perbicaraan disambung semula pada 2 Ogos ini.

Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin awal hari ini mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan mereka, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

Mohd Yusof enggan mengatakan sama ada anggota wanita itu akan digugurkan kelak.

“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.

“Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof.

Mohd Yusof menekankan, peranan staf itu adalah kecil memandangkan dia bukan “anggota rasmi” dalam pasukan itu apabila kes itu mula didengar.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif.

Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.

“Jadi, saya tidak boleh mengatakan dia telah digugurkan daripada pasukan ini kerana dia sebenarnya bukan sebahagian daripada pasukan saya, tidak seperti (timbalan pendakwa raya) Noorin (Badaruddin) atau Wong (Chiang Kiat), atau diri saya.

“Dia dibawa untuk membantu tetapi kini kami ada sekurang-kurangnya tiga peguam yang boleh melakukan kerja-kerja menghimpunkan (data) dan kadangkala Noorin juga mengambil nota,” katanya.

Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain.

“Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia... ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan,” kata Mohd Yusof lagi.

Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi.

“Saya tidak periksa kehidupan peribadi mereka... jadi saya tidak tahu. Saya tidak boleh komen. Apakah anda boleh percaya Raja Petra? Dia selaku menyebarkan khabar angin,” katanya.

“Saya memberitahu anda yang ini... saya perlu menemui anggota pasukan saya (terlebih dahulu) dan saya akan kembali kepada anda. Bagaimanapun dia bukan bahagian penting dalam pasukan saya, dia hanya akan membantu kami bila kami memerlukannya,” tegas Mohd Yusof.

Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang, ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Khalid Samad Mahukan Pemimpin Pas Tidak WALA Dipecat Daripada Pas

PAS diingatkan supaya bertindak tegas terhadap pemimpinnya yang mengadakan pertemuan dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bagi meminta beliau mengusahakan kesatuan parti itu dengan Umno.

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata sekiranya terdapat mana-mana pemimpinnya terlibat walaupun atas kapasiti peribadi, pemimpin berkenaan boleh dikatakan tidak wala' (setia),

"Ini kerana dasar parti jelas dan ditegaskan dalam tiga muktamar berturut-turut. Kukuhkan Pakatan Rakyat dan tolak perpaduan dengan Umno!" kata Khalid tanpa menyebut secara langsung nama pemimpin itu.
Setakat ini, isu pertemuan yang didedahkan Harussani itu masih menjadi misteri apabila mufti veteran itu memilih tutup mulut berhubung perkara itu.

Bagaimanapun tersebar di laman-laman blog dan menjadi buah mulut di kalangan pemimpin akar umbinya bahawa pemimpin yang dimaksudkan ialah pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Dr Hasan yang juga exco kerajaan negeri sendiri setakat ini belum tampil mengesah atau menafikan dakwaan itu.

Menulis dalam blognya hari ini, Khalid berkata, tindakan "pemimpin itu" menyulitkan PAS, mengelirukan ahli-ahli dan menimbulkan fitnah di kalangan parti-parti rakan dalam Paktan.

Tambahnya, tindakan tersebut berpotensi untuk melemahkan Pakatan dan pastinya disahut oleh musuh politknya Umno dan parti komponen dalam BN.

"Pemimpin tersebut patut diberi surat tunjuk sebab. Dan sekiranya didapati benar beliau bertemu dengan tujuan tersebut (menyatupadukan Umno-PAS), maka beliau patut diminta tinggalkan parti.

"Dan sekiranya enggan, (hendaklah) dipecat dari parti," katanya lagi.

Khalid - kini masih digantung sebagai ahli jawatankuasa pusat PAS - berkata sekiranya pertemuan itu benar-benar berlaku ia merupakan sesuatu yang malang kerang masih ada pemimpinnya "menganggap Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu".

"Ini bermakna ada pimpinan yang 'tidak cukup tarbiahnya' (didikan) dan oleh itu mereka perlu diturunkan daripada kedudukan mereka sebagai pemimpin.

"Mereka bukanlah seperti saya, seorang ahli biasa (sehingga hujung bulan ini) tetapi mereka 'pemimpin' dan oleh itu perlu dipertanggung-jawabkan atas tindakan mereka dengan lebih tegas lagi.

"Kalau tidak, maka (PAS) akan semakin celaru," tambahnya.

Perlu ada Parti alternatif satukan melayu dan islam jika Umno dan Pas gagal:Perkasa

Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) mencadangkan Umno dan PAS dibubarkan dan ditubuhkan sebuah parti baru yang menggabungkan ciri Islam dan nasionalisme Melayu sekiranya kedua-dua parti terus enggan duduk semeja dan mengadakan perbincangan bagi menyatupadukan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata bagaimanapun tindakan drastik itu hanya perlu diambil sekiranya kedua-dua parti tetap enggan berbuat demikian.

Buat permulaan, katanya pertubuhan itu mencadangkan ditubuhkan sebuah jawatankuasa yang bebas daripada pengaruh politik untuk menjadi perantara rundingan antara Umno dan PAS.

Beliau yang mencadangkan jawatankuasa itu dinamakan Jawatankuasa Pemandu Ke arah Pembentukan Perpaduan Melayu Islam, berkata ia perlu dianggotai 15 orang terdiri daripada tokoh agama seperti mufti, cendekiawan dan bekas pegawai tinggi kanan kerajaan.

"Salah satu langkah awal ialah pertemukan Umno dan PAS secara rasmi tanpa syarat dan jika gagal jawatankuasa ini mungkin perlu membuat draf parti baru yang berteraskan Umno dan PAS," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat kepimpinan tertinggi PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata jika gagal berunding adalah lebih baik kedua-dua parti dibubarkan dan dibuat suatu parti baru yang menggabungkan ciri-ciri Islam dan nasionalisme Melayu kerana segala usaha untuk menyatupadukan kedua-dua parti ini sering gagal dan menjadi satu polemik yang membuang masa.

"Dengan itu (parti baru) rakyat boleh menilai mana yang positif, ikhlas dalam mengikuti tuntutan agama iaitu mengeratkan hubungan silaturrahim...biar rakyat menilai," katanya.

Beliau berkata PERKASA memberikan cadangan itu berikutan banyak usaha bagi menyatupadukan Umno dengan PAS untuk menyatupadukan orang Melayu dan Islam sering kecundang.

"Perpaduan di antara orang Melayu dan Islam adalah teras perpaduan di Malaysia. Kalau orang Melayu tidak bersatu jangan harap ada perpaduan dan teras keamanan negara adalah perpaduan ini (orang Melayu)," kata beliau.

Ditanya sama ada PERKASA akan menjadi sekretariat kepada jawatankuasa itu, Ibrahim berkata PERKASA hanya mencadangkannya sahaja dan tidak menawarkan diri untuk menjadi sekretariat melainkan diminta.

"Kalau ada pihak mahu jadi sekretariat kita setuju, pihak lain seperti persatuan ulama," katanya.

Thursday, July 22, 2010

Sekiranya Perpaduan Umno-Pas Wujud Wiranya adalah Dr Hasan Ali

Datuk Dr Hasan Ali tidak pernah lekang dirundung kontroversi dan kali ini pesuruhjaya PAS Selangor dan pakar motivasi itu, dikaitkan lagi dengan isu kerjasama Umno-PAS.

Selepas selamat daripada diheret ke muktamar khas seperti cadangan awal Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat tahun lalu, tersebar pula khabar angin Dr Hasan menemui mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria - yang menawarkan diri sebagai pengantara - bagi membincangkan perkara itu.

Semuanya bermula apabila Harussani baru-baru ini mendedahkan terdapat pemimpin PAS dan Umno menemuinya bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua yang bermusuh itu.

Bagaimanapun, ekoran pendirian Harussani yang enggan mendedahkan nama pihak terbabit, timbulnya lebih banyak spekulasi, khususnya di laman blog dan antara pemimpin akar umbi PAS sendiri.

Sebuah blog yang tak jemu-jemu membangkitkan isu tersebut - dengan mengaitkannya dengan idea kerajaan perpaduan - Malaysia Waves dengan terang-terang mendakwa pemimpin yang dimaksudkan Harussani itu ialah Dr Hasan.

"Seperti saya kata sebelum ini, ada video yang diambil perjumpaan Harussani dengan Hasan Ali (dan mungkin Khairuddin Othman sekali)," katanya penulisnya Abdul Rahman Talib.

Khairuddin Othman merupakan setiausaha PAS Selangor.

Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai 'Tulang Besi' bagaimanapun berkata beliau bersangka baik dan "kemungkinan Hasan Ali cuma mahu berjumpa untuk mendapat maklumat sahaja".

ADUN PAS akui pertemuan

Pertemuan tersebut dirakam dalam bentuk video dan pemiliknya tidak mahu mendedahkannya kecuali Dr Hasan Ali menafikan sendiri pertemuan itu, tulisnya dalam artikel berjudul 'Harussani jumpa Hasan Ali' semalam.

Tidak jelas butiran lanjut pertemuan tersebut, bagaimanapun difahamkan pertemuan tersebut diadakan di sebuah hotel di Ampang pada penghujung bulan lalu selama kira-kira 20 minit.

Desas-desus berhubung kesahihan pertemuan itu dikuatkan lagi apabila seorang pemimpin PAS Perak Khalil Idham Lim mengakui kewujudan pertemuan itu.

Menurut ketua penerangan PAS negeri itu Khalil Idham Lim, beliau tahu dengan siapa Harussani bertemu, di mana pertemuan itu diadakan - lengkap dengan tarikh dan jam pertemuan.

"Tetapi saya masih tidak berhasrat untuk mendedahkan dengan lebih jelas maklumat yang saya miliki ini," katanya yang juga ADUN Titi Serong.

Menulis dalam blognya pada 18 Julai, Idham bagaimanapun mendakwa pertemuan tersebut sebenarnya bagi tujuan lain - yang tidak dinyatakan.

"Matlamat pertemuan itu saya sahkan bukan untuk membincangkan isu perpaduan antara PAS dengan Umno seperti yang didakwa olehnya (oleh Harussani)," katanya dalam artikel berjudul 'Saya tahu siapa jumpa Harussani'.

Usaha Malaysiakini mendapatkan ulasan Harussani dan Dr Hasan buat masa ini masih belum berhasil.

'Tunggu Dr Hasan dari UK'

Bagaimanapun, Khairuddin ketika dihubungi menafikan perkara itu.

Manakala ketua penerangannya PAS negeri Roslan Shahir Mohd Shahir pula ketika dihubungi pula memberitahu pihaknya sedia maklum terhadap dakwaan tersebut.

Mengakui sudah mempunyai penjelasannya, beliau bagaimanapun berkata biarlah perkara itu dijawab oleh Dr Hasan sendiri.

"Beliau sekarang berada di United Kingdom. Esok malam insya-Allah beliau pulang," katanya yang juga bekas setiausaha akhbar kepada preden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sejak 2008, tidak berapa lama setelah Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, Dr Hasan dilanda pelbagai kontroversi, antaranya berhubung isu penguatkuasaan penjualah arak, hubungannya dengan DAP dan rombakan kontroversi dalam PAS Selangor.

'Kemarahan' Nik Aziz pada Oktober tahun lalu yang mencadangkan PAS mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk Dr Hasan dianggap sebagai cabaran paling getir buatnya.

Isu Pasir: Pakatan Selangor Kepanasan

Timbalan pengerusi perhubungan Umno, Selangor, Datuk Noh Omar berkata dakwaan persaingan di antara beliau dengan Datuk Seri Khir Toyo dalam mengetengahkan isu pasir sengaja ditimbulkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang tidak berupaya menjelaskan masalah berkenaan.

Sekaligus, beliau menafikan wujudnya konflik di antara beliau dan bekas menteri besar itu dalam membongkar isu kecurian pasir.
"Ini merupakan strategi pembangkang (Pakatan Rakyat). Bila dia tidak boleh jawab menuding jari kepada kita pula," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia di Pusat dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menjelaskan, tumpuan beliau dalam isu kecurian pasir lebih kepada pembongkaran penyelewengan dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Khir pula memfokuskan mengenai penerangan di peringkat akar umbi.

"Kalau anda tengok, kenyataan saya dengan (Khir) memang berbeza," katanya.

Tambahnya lagi, Umno Selangor akan meneruskan penerangan mengenai isu tersebut melalui 18 siri ceramah yang akan diadakan sepanjang tiga minggu depan.

"Bila kita bongkar (dari) kiri dan kanan, kita lihat rakyat telah nampak kepincangan oleh kerajaan negeri," katanya lagi.

Blog Archive