Wednesday, March 31, 2010

Tabik Kepada Muhyiddin

"Saya adalah Melayu terlebih dahulu tetapi tidak bermakna sebagai Melayu saya bukan rakyat Malaysia,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata demikian sebagai reaksi kepada pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang mencabarnya untuk menyatakan sama ada dia adalah Melayu atau rakyat Malaysia terlebih dahulu.

"Dia tak faham erti apa itu Persekutuan Malaysia,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, tengah hari tadi.

“Mana boleh saya kata saya rakyat Malaysia terlebih dahulu dan Melayu di tempat kedua? Semua orang Melayu akan bidas saya...dan ini tak betul,” katanya.

Lim Kit Siang Tiada Isu Lagi: Muhyiddin Itu Tetap Melayu!!!

Lim Kit Siang tiada isu lagi. Mempersoalkan Muhyiddin melayu kah? 1Malaysia?. Persoalan begini ini, nampaknya Kit Siang sendiri memang tidak mahu memahami apa itu konsep 1Malaysia.

1Malaysia bukan mencinakan melayu, bukan juga memelayukan cina, demikian juga bukan memelayukan india dan seterusnya.

1Malaysia adalah konsep untuk mempererat hubungan antara kaum yang manjemuk di negara ini. Sama seperti kata Najib semasa PM itu pulang ke Pekan, Pahang sebaik sahaja dilantik sebagai perdana menteri, 1Malaysia adalah konsep yang telah lama ada, namun belum dizahirkan ketika itu.

Cabaran Lim Kit Siang kepada Muhiyiddin untuk meletakan jawatan jika gagal mengakui mana yang utama 1Malaysia kah melayu, adalah cabran provokasi dan dangkal. Cabaran ini bermotifkan politik murahan, kerana Lim sendiri tahu bahawa Muhiyiddin itu melayu.

Boleh kah ditanya semula,kenapa kerajaan DAP Pulau Pinang, di ketuai oleh Lim Guan Eng, kalau benar-benar Lim Kit Siang itu berpernisip Malaysian Malaysia yang gagal itu dan sekarang ini middle Malaysia, berikan jawatan ketua menteri Pulau Pinang kepada Melayu, dan buktikan bahawa kerajaan DAP tidak menindas kaum melayu.

Cabaran Lim Kit Siang ini, seolah-olah dalam 1Malaysia itu, tiada lagi ras di Malaysia ini, kerana melayu telah bertukar jadi cina, cina bertukar jadi bajau, india bertukar jadi iban.

Begini lah sikap manusia yang tidak faham apa itu konsep 1Malaysia, kerana ikut-ikutan, maka memperdangkal pengertiannya, sehingga menimbulkan polimek.

Cabaran Lim Kit Siang dirasakan kerana konsep DAP yang sebelum ini adalah Malaysian Malaysia dan sekarang pula menajdi middle Malaysia, tidak mendapat sambutan dan sokongan, kerana itu, konsep yang mula bertapak di hati rakyat seperti 1Malaysia, diputar belit, agar rakyat menjadi keliru.

Tugas kerajaan selepas ini semakin berat untuk memberi penjelasan konsep 1Malaysia, kerana nampaknya pihak pembangkang mencipta berbagai isu untuk mengagalkannya.

Sebelum ini Anwar Ibrahim mengatakan bahawa konsep 1Malaysia ada kaitan dengan One Israel, dan terkini pula Lim Kit Siang membuat cabaran kepada TPM.

Bagi AYT, apapun cabaran dan dakwaan pemimpin Pembangkang, samada Anwar atau Lim Kit Siang, rakyat tidak lagi mudah terpengaruh, kerana rakyat telah tahu bahawa pembangkang hanya mampu menipu dan berbohong.

Pendedahan beberapa bekas pemimpin pembangkang, menunjukkan, bahawa para pemimpin pembangkang adalah pakar tipu helah.

Khairy Bina Imej Baru: Kini Konsisten Menghentam Anwar: Ada Apa Disebaliknya

Kini Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda Umno dan juga meragkap ahli parlimen Rembau Negeri Sembilan membina "imej" baru dengan secara konsisten mengecam Anwar Ibrahim.

Namun yang pelik adalah setiap kecaman Khairy, ada sahaja isu baru yang dilempar Anwar, sehingga isu itu membuatkan pihak kerajaan perlu menjawab. Kesimpulannya setiap persoalan yang Khairy timbulkan, pasti ada sahaja isu baru atau lama yang dibangkitkan oleh Anwar.

Antara Khairy dan Anwar ibarat reaksi fizik, aksi dan reaksi, aksi pasti ada tindak balas.

Semasa ucapan Anwar di dewan rakyat pada 17 Mac lalu yang memakan masa 3 jam, Anwar menyentuh, bahawa syarikat beer negara di punya oleh orang Umno, Khairy mencelah supaya Anwar menyebut siapa orang Umno itu, Anwar menjawab anak Tun Mahathir.

Demikian juga kini, apabila Anwar membangkit isu APCO worlwide, di mana Anwar mendakwa bahawa APCO menasihatkan Najib untuk melahirkan konsep 1Malaysia. Anwar juga mendakwa, bahawa APCO juga merupakan penasihat mantan Perdana Menteri Israel Ehud Barak untuk melahirkan konsep One Israel.

Semasa ucapan Anwar di dewan rakyat itu, Anwar juga mendakwa bahawa APCO adalah diterajui oleh orang Yahudi antaranya mantan duta israel ke German dan Amerika.

Apabila Khairy membidas Anwar mengenai dakwaannya bahawa APCO mempunyai peranaan terhadap kelahiran 1Malaysia, maka Anwar membalasnya bahawa sebenarnya perlantikan APCO oleh kerajaan Najib didalangi oleh Khairy melalui, kawan rapat Khairy Omar Mustapha melalui syarikat Ethos Consulting. Anwar mendakwa bahawa Omar Mustaphalah yang memperkenalkan APCO kepada Najib.

Bagi menjawab dakwaan Anwar tersebut, Ahli parlimen Rembau itu,mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap selektif dalam mendedahkan maklumat mengenai Apco Worldwide sedangkan ketua umum PR itu juga didakwa mengenali dan bersahabat dengan tokoh-tokoh dalam syarikat perunding tersebut.

Khairy berkata, maklumat berkenaan tidak didedahkan Anwar yang ingin membina imej yang baik di gelanggang antarabangsa.

Tambahnya, Anwar mengaitkan kerajaan dengan isu Apco untuk mengalih pandangan masyarakat terhadap isu-isu yang menyentuh peribadi ahli parlimen Permatang Pauh itu.

Katanya lagi, Anwar juga gagal menjelaskan bagaimana Apco terlibat menasihati negara dalam membentuk gagasan 1Malaysia.

Jelasnya, 1Malaysia mula disebut oleh Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan sulung sebaik menjadi perdana menteri, sedangkan kontrak lantikan Apco itu dibuat pada Ogos tahun lalu.

Mengulas mengenai peranan Ethos Consulting, Khairy berkata perkara itu sengaja dibangkitkan oleh Anwar untuk memburuk-burukkan imej beliau.

Tuesday, March 30, 2010

Sidang DUN Perak Yang Tidak Kecoh; Namun Ditangguh Ke Esok Hari

Mesyuarat pertama penggal ketiga persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berjalan lancar dengan istiadat pembukaan berlangsung di pekarangan bangunan Perak Darul Ridzwan pagi ini.

Ia tanda-tanda awal menunjukkan ketegangan politik yang melanda negeri itu sejak setahun yang lalu mulai reda.

Istiadat bermula pada kira-kira pukul 9.35 pagi dengan Pemangku Raja Perak Raja Nazrin Shah berkenan memeriksa kawalan kehormat Pasukan Gerak Am (PGA).

Sebelum itu, Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, speaker Datuk R Ganesan serta semua Adun Barisan Nasional Bebas dan Pakatan Rakyat mula tiba pada jam 8.50 pagi dan menunggu di tempat masing-masing.

Semua 28 Adun pembangkang tiba secara berkumpulan.

Menteri Besar yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengambil tempatnya di barisan kerusi pembangkang.

Manakala speaker DUN Perak yang disingkirkan, V Sivakumar juga berada di barisan pembangkang tanpa memakai jubah speakernya yang dikoyakkan dalam pergelutan setahun lalu.

Suasana sekitar kawasan berkenaan berjalan seperti biasa meskipun dikawal ketat oleh polis yang mengadakan beberapa sekatan jalan masuk menuju kawasan berkenaan.

Berbeza dengan persidangan sebelum ini tahun lalu, tiada pihak berkumpul di sekitar kawasan hingga menimbulkan keadaan tegang apabila polis terpaksa mengarahkan mereka bersurai.

Bagaimanapun sebelum Raja Nazrin Shah menyampaikan titah perasmiannya, ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mula bertikam lidah.

Dewan kali ini tidak sama dengan keadaan dewan persidangan dahulu, kerana masa kini dewan dilengkapi bilik kaca kalis bunyi, di mana wartawan di tempatkan.Tidak seperti sidang DUN negeri yang lalu kali ini , wartawan tidak dibenarkan memasuki dewan berkenaan.

Persidangkan kali juga pihak pembangkang dan wartawan dikehendaki memasuki melalui pintu yang berlainan selain melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat berbanding rakan BN.

Persidangan bermula dengan titah ucapan diraja yang langsung tidak menyentuh mengenai krisis Perak itu.

Ganesan kemudiannya menangguhkan sidang sehingga jam 10 pagi esok.

Berbeza keadaan pada oktober lalu, adun Pakatan dan BN pada sidang kali menunjukkan sikap mesra sesama mereka.

Nizar dilaporkan sempat bergurau dengan Ganesan selepas itu sambil berjabat tangan. Beliau secara berseloroh kemudiannya memukul lengan speaker itu dengan sebuah fail sambil tersenyum sebelum meninggalkan dewan.

Bagaimanapun keadaan keselamatan dilaporkan ketat sejak awal pagi dengan polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Namun jalan di hadapan bangunan sekretariat kerajaan negeri yang menempatkan DUN Perak terus dibuka.

Monday, March 29, 2010

Parti Gerakan Melampau: Pertikai Ucapan Tun Mahathir dan Perjuangan Perkasa


Ketua Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nam bersifat melampau kerana menyelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peranannya merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Melalui kenyataannya hari ini Teng juga membidas negarawan itu yang menyampaikan ucapan yang didakwanya bersifat perkauman dan 'menjijikan'. Kenyataan pemimpin gerakan ini tidak boleh diterima. Perkasa berjuang untuk kaumnya, samalah parti gerakan yang berjuang untuk kaum mereka.

Apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir semasa perasmian itu adalah benar-benar terjadi pada masa ini. Salah kah bumiputra berjuang untuk membela kaumnya sendiri.

Perkasa adalah Ngo bumiputra, bukan parti politik. Salah kah Perkasa  memartabatkan hak kaumnya yang akan hilang?

Kenyataan yang mengatakan bahawa Perkasa mempunyai pemikir yang merupakan pelampau bangsa dan agama. Ia jelas bertentangan dengan idea tolak ansur, berniat baik serta konsep harmoni sosial yang cuba diterapkan dalam 1Malaysia bersifat hasutan untuk mengeruhkan keadaan yang samakin kusut kini.

Perkasa mengingatkan bahawa kerajaan jangan sama sekali menggadai hak kaum melayu dan bumiputra, kerana semata-mata tuntutan politik.

Mahathir adalah antara segelintir pemimpin dan bekas pemimpin Umno yang menghadiri mesyuarat itu. Yang lain termasuk anaknya, Datuk Mukhriz yang juga timbalan menteri perdanganan antarabangsa dan industri serta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

The Little Napoleons: Bukan Sahaja Zulkefli Buat Pendedahan Wee Choo Keong Juga

(Petikan daripada sebahagian ucapan YB Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) semasa sesi bahas titah DiRaja hari ini Isnin 14 Rabi'ul Awal 1431/29 Mac 2010)

Datuk Yang di-Pertua,

FITNAH MENFITNAH

Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit".

Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin.

Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan kerja ini pun di putar belitkan fakta untuk mencapai matlamat agenda poltitik orang dan kumpulan tertentu.

Fakta di forum CSIS adalah wartawan Malaysiakini dari San Francisco sahaja yang berada di forum CSIS pada hari tersebut tetapi laporan dengan putar belit fakta dengan serangan peribadi yang tidak berasas tidak diterbitkan di Malaysiakini tetapi di portal lain. Selepas sehari dua barulah terbitkan di dalam Malaysiakini lebih kurang sama dengan apa yang di laporkan di dalam portal tersebut tetapi tanpa serangan pribadi.

Lawatan kerja kami untuk satu tujuan sahaja iaitu untuk memulihkan perhubungan antara USA dengan Malaysia dari segi diplomatik dan trade supaya Malaysia boleh memulakan better diplomatic and trading relationship dengan izin. YB Padang Regas tidak menfitnah sesiapapun dan semasa beliau menjawab soalan dengan fakta bila satu soalan ditimbulkan oleh representative Amesty International mengenai kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, YB Permatang Pauh. YB Padang Regas menyatakan dengan terus terang bahawa YB Permatang Pauh adalah sahabat baik beliau dan conscience beliau tidak membenarkan beliau menfitnah sahabatnya dan kes ini adalah antara majikan dan perkerja, dan laporan polis telah dibuat oleh pekerja. Jikalau tiada tindakan diambil, maka pihak pekerja akan menuduh kerajaan tidak adil.

Dalam fakta ini, saya amat kesal dengan tindakan yang tidak bertangungjawab dan untuk menjejaskan kepentingan negara dengan laporan tertentu. Kemungkinan matlamat pihak tertentu mahu menjahanamkan negara. Saya minta maaf bahawa saya tidak boleh memainkan peranan senyap lagi dalam keadaan yang amat jelas dimana fakta-fakta diputar belitkan oleh spin doctor dengan izin dan membenarkan mereka mencemarkan imej negara dengan agenda sempit yang didorong oleh motif memengtingkan diri semata-mata.

Tugas utama saya sebagai Ahli Parlimen adalah untuk mempertahankan kepentigan rakyat dan act as a check and balance against the government of the day in the interest of the people, dengan izin, dan bukan untuk memutar belit fakta untuk menjejaskan imej dan kepentingan negara tanpa mengambilkira samada peranaan YB Padang Regas adalah benar atau tidak. Sebagai Ahli Parlimen saya mesti memihak kepada fakta dan bukan personaliti.

Dato Yang DiPertua

The Little Napoleons

Tetapi saya amat sedih apabila beberapa Little Napoleons di sebelah sini menyoal kedudukan saya dalam mesyurat rasmi kenapakah saya dipilih oleh Parlimen Malaysia sebagai ahli untuk lawatan kerja di Amerika baru-baru ini dan kenapa mereka tidak dipilih. Saya tahu Little Napoleons dan Ahli-Ahli YB dari PAS dan DAP pun pernah dipilih sebagai ahli lawatan kerja dengan Menteri-Menteri atau Sepaker ke Parlimen atau kerajaan negara lain. Saya tidak pernah mempertikaikan perlantikan mereka kerana saya tidak ada perasan cemburu walaupun Little Napoleons tersebut sideline saya dan has classified me as a junior MP. Walaupun saya tidak bersetuju dan saya tidak pernah mempertikaikan YB Batu, YB Bukit Lanjan dan YB Macang apabila mereka telah dilantik untuk “to chase after Ahli Parlimen BN di Taiwan to cross-over” walaupun tiada hasil. Saya telah menerima hakikat bahawa saya adalah amat junior dan Little Napoleons inilah amat senior yang amat hebat dalam peranan mereka di Parlimen dan politik di negara.

Ada Little Napoleons yang pintar sedikit, mereka yang melemparkan batu sembunyikan tangan.

September 16

Saya juga amat kesal dengan tingkah laku Little Napoleons. Isu-isu yang dibangkitkan mengenai dengan September 16 atau isu-isu yang lain di Dewan yang Mulia ini atau di luar tidak dijawab langsung. Jawapan mereka adalah serangan pribadi “in the hope that all will be well and the public will be fooled again”. You can fool some of the people some of the time but not all the people all the time, my Little Napoleons. Little Napoleons, nasihat saya adalah: If you have no answers to what have been said In and ot of Parliament just hide under the saying “SILENCE IS GOLDEN’.

Saya juga berharap bahawa the Little Napoleons disebelah sini jangan memaksakan saya untuk membongkarkan politics of deceit, politics of expediencies mereka dengan izin dan politik cakap tak serupa bikin.

Dengan ini saya berharap these Little Napoleons berhentikan kegiatan politik kotor mereka untuk satu tujuan semata-mata iaitu “POLITICS OF EXPEDIENCY” and “PUTRAJAYA AT ALL COSTS”, dengan izin.

Terima kasih

YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju)

Anda Pernah Dengar USBO?: Ikuti Penjelasan Datuk Salleh Said

Ikuti penjelasan Datuk Salleh Said mantan Ketua Menteri Sabah dan kini sebagai Timbalan Pengerusi Umno Negeri Sabah mengenai USBO (Persatuan Bajau Bersatu Sabah)

Penjelasan ini adalah catitan arkib untusan Borneo sebuah Surat Khabar berbahasa Melayu, Sabah pada 22 Oktober 2006.

Perjelasan tersebut berbentuk temuramah:

Berikut diperturunkan semula transkrip temuramah yang disiarkan dalam Utusan Borneo itu.

SOAL: Akhir-akhir ini, USBO begitu aktif dan ia menarik perhatian ramai. Apakah USBO itu sebenarnya?

JAWAB: Saya sedar dan mengakui cerita USBO ini banyak dibualkan. Malah di kedai-kedai kopi orang bercerita mengenainya. Ini menunjukkan mereka prihatin dengan perkembangan semasa. Mengikuti cerita yang berlaku di sekeliling mereka. Ia juga gambaran bahawa masyarakat kita tidak lagi ketinggalan dalam pencarian maklumat.

Sebenarnya tidak ada yang baru dalam USBO ini . Cuma namanya saja berubah. Dulu ia dikenali sebagai PSBB atau Persatuan Seni Budaya Bajau di mana fokus kegiatannya lebih menjurus kepada kesenian dan kebudayaan. Dari segi dasar, objektif dan keahlian, USBO kekal macam PSBB dulu. Cuma skopnya kini diperluaskan sedikit merangkumi banyak bidang, terutama ekonomi dan pendidikan yang kini beri keutamaan sekarang ini.

SOAL: Orang cakap USBO ini menjurus kepada politik?

JAWAB: Tidak. USBO hanyalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bermatlamat membela nasib dan kepentingan masyarakat rumpun Bajau keseluruhannya. Dalam semua aspek dan segala lapangan. Jangan silap dan keliru dalam hal ini. Sebab itu dalam beberapa siri perjumpaan saya dengan ahli akar-umbi, saya menjelaskan kepada mereka pendirian kita untuk menyokong dan mengukuhkan kedudukan UMNO sebagai tulang belakang kerajaan. USBO berdiri bersandar pada tiang UMNO.

Kita bergerak seiringan dengan kerajaan. Tidak menentang. Tidak berkonfrantasi. Jauh sekali mahu bermusuhan. Kita tidak akan menjadi kumpulan pendesak atau `pressure group’. Kita faham kemungkinan ada segelintir orang yang memandang perjuangan USBO ini secara sinis. Tapi kita percaya, majoriti lebih matang dan memahami. Majoriti tidak mudah untuk dikelirukan.

SOAL: Datuk konsisten dengan istilah rumpun Bajau, apakah yang Datuk maksudkan itu?

JAWAB: Ya, perjuangan USBO merangkumi masyarakat rumpun Bajau keseluruhannya. Ia mengandungi banyak kumpulan etnik dan sub-etnik, kalau tidak silap saya, lebih 12 sub-etnik semuanya. Ia disebutkan dalam keahlian pertubuhan ini, sejak PSBB dahulu hinggalah sekarang dikenali USBO. Kita tidak ada mengubah status keahlian. Yang saya ingat, antara sub-etnik yang terangkum ialah Irranun, Sama, Suluk, Binadan/Bannaran, Ubian, Sama Delaut, Sibutu’, Sikubung, Simunul, Samal, Yakan dan Jama Mapun.

Saya menggunakan istilah masyarakat rumpun Bajau kerana skop kita besar dan luas. Dan saya ingin menegaskan bahawa istilah rumpun Bajau ini tidak bermaksud mengikis atau menghapuskan identiti mana-mana etnik atau sub-etnik. Mereka kekal dengan identiti, budaya dan adat warisan masing-masing. Tidak sama-sekali meminggirkan mereka. Jadi, soal kaum-kaum dalam sub-etnik ini takut kehilangan jati diri tidak berbangkit sama-sekali.

Saya ingin mengambil contoh rumpun Melayu yang merupakan rujukan kepada mereka yang bernaung di bawah UMNO. Kita yang menjadi ahli UMNO, sama ada suka atau tidak, secara langsung menjadi rumpun Melayu. Baik Bajau, Berunai, Kadazandusun/Murut atau Rungus, yang menyertai perjuangan UMNO sudah dikira sebagai rumpun Melayu. Ia tidakpun menghakis identiti kaum-kaum ini. Mereka bebas dan terus dengan amalan etnik masing-masing. Begitu juga di Semenanjung, mereka yang bernaung di bawah UMNO dikira rumpun Melayu – biar dari kaum Jawa, Minang, Bugis mahupun orang Pattani (masyarakat Melayu di sempadan Malaysia/Thailand). Mereka tidak hilang jati diri.

Jadi, saya ingin memberi jaminan di sini bahawa semua etnik atau sub-etnik dalam rumpun Bajau ini tidak akan hilang identiti atau jati diri mereka. Dalam USBO, kita mempunyai beberapa pemimpin dari sub-etnik ini dan mereka berasa cukup selesa.

SOAL: Dulu Datuk melepaskan jawatan Presiden PSBB tapi kini masuk semula dan memimpin USBO, apa pendirian Datuk sebenarnya?

JAWAB: Ya, betul. Dulu saya melepaskan jawatan Presiden PSBB kerana saya berpendapat pada ketika itu matlamatnya dalam bidang kesenian dan kebudayaan yang merupakan objektif utamanya, sudah tercapai. Lagipun saya berpendapat, ramai pemimpin pengganti boleh menyumbang dan meneruskan perjuangan.

Tetapi kemudiannya, mereka (kepimpinan PSBB) meminta saya untuk terus membantu. Saya katakan okay kepada mereka dengan syarat supaya skop persatuan itu diperluaskan, barulah saya menyertai mereka, kerana ada perjuangan baru. Lantas mereka terus mengambil langkah baru, menukar nama dan memperluaskan skop kegiatan, Maka, lahirlah USBO. Beberapa waktu kemudian, mereka berjumpa saya semula dan memaklumkan perubahan itu. Saya akur dan menerima pelawaan mereka. Dengan objektif yang lebih luas ini, saya rasa lebih selesa dan gembira untuk memberi sumbangan. Dan alhamdulilah, ternyata kini USBO semakin mendapat sambutan dan perhatian ramai. Sebenarnya tidak ada yang baru dalam USBO ini. Apa yang berlaku hanyalah proses `penjemanaan semula’ atau `re-branding’. Macam lagu lama yang diberi nafas baru.

SOAL: Ada yang mengaitkan USBO ini dengan USNO?

JAWAB: Satu soalan bagus. Saya ada juga mendengar suara-suara begitu. Tetapi saya ingin menegaskan di sini bahawa kita bukan entiti politik, USBO adalah sebuah NGO. NGO yang komited menyokong UMNO. Dan dalam konteks negeri Sabah , kita menyokong penuh kepimpinan UMNO yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, yang dipilih oleh UMNO. Kita menyokong segala pendekatan dan dasar yang dibawa oleh UMNO, termasuklah menjayakan Misi Nasional yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Orang mengaitkan kita dengan USNO kerana sentimen barangkali. Almaklumlah, USNO itulah yang memberi laluan yang membolehkan UMNO bertapak di Sabah . Ini satu realiti yang tidak boleh disangkal. Jadi, orang-orang yang tebal sentimen ini, barangkali rindukan semangat sedemikian. Tapi satu hakikat jelas, USNO telah tiada dan tidak mungkin bangkit semula.

Mungkin secara kebetulan ada bekas pemimpin USNO dahulu ada dalam bot USBO ini. Lantas mereka membuat kesimpulan sendiri. Bagi kepimpinan USBO, kita komited memberi sokongan dan kekuatan kepada UMNO. Inilah parti kita. Tempat kita berteduh dan tiada sebab untuk kita berkonfrantasi dengannya.

SOAL: Apa agenda Datuk dalam USBO?

JAWAB: Sebagaimana yang kerap saya jelaskan, agenda kita adalah untuk menentukan pembelaan sewajarnya masyarakat rumpun Bajau, dalam semua bidang agar tidak ketinggalan daripada bangsa lain. USBO akan ‘motivate’ untuk mengubah sikap mereka. Kita tidak mahu masyarakat ini menjadi penonton pembangunan dan penunggu bantuan saja. Kita mahu mereka berdikari, meneroka segala peluang, kemudian merebut apa juga potensi yang tersedia.

Sebab itu dalam bidang ekonomi, kita mahu menentukan masyarakat rumpun Bajau ini menjadi pesertanya. Jangan ketinggalan. Jangan terlepas peluang. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) misalnya membawa banyak ruang untuk disertai. USBO mahu orang kita, yang merupakan kumpulan Bumiputera Islam terbesar, turut serta dalam proses menjayakan Misi Nasional.

Kita juga mahu menikmati kek ekonomi kerana inilah hasil kemerdekaan yang diperjuangkan oleh nenek moyang kita terdahulu. Umum mengetahui, ramai pemimpin dan tokoh daripada masyarakat rumpun Bajau terlibat secara langsung dalam proses kemerdekaan negeri ini dahulu. Inilah agenda besar USBO. Jika tiada usaha diambil, kita khuatir akan tertinggal dalam arus persaingan global.

SOAL: Apa harapan dan matlamat akhir USBO?

JAWAB: Harapan kita ialah supaya masyarakat rumpun Bajau atau bangsa USBO ini keseluruhannya mencapai kemajuan dalam semua bidang. Menerusi USBO, kita menggerakkan aktiviti yang berorientasikan kepentingan masyarakat – misalnya dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Kita sudahpun menubuhkan biro khas untuk kedua-dua biro ini, masing-masing diketuai golongan professional serta ahli ekonomi, dengan harapan ia mampu membawa perubahan kepada masyarakat kita.

Matlamat akhir USBO ialah memastikan masyarakat kita tidak terpinggir atau disisihkan. Untuk mencapainya, kita terus berusaha dan berganding bahu bersama kepimpinan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO. Kita gembira dan senang hati kerana ramai tokoh politik menyertai perjuangan USBO. Kita sekarang sudah ada Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Setiausaha Agung dan Datuk Amir Kahar Tun Mustapha sebagai Bendahari Agung selain ramai golongan intelektual dan professional. Tidak lama lagi berkemungkinan ramai lagi yang akan menaiki `lepa’ USBO ini. Kita tidak menolak sesiapapun yang bersedia untuk bersama kita.

PRK Ulu Selangor Ujian Ke-2 1Malaysia Setelah Bagan pinang

Setelah Bagan Pinang, kini Ulu Selangor menjadi medan pertembungan antara 1Malaysia konsep Najib dan BN melawan Middle Malaysia konsep Lim Guan Eng dan Pakatan.

Jika melalui pilihanraya kecil (PRK) Bagan Pinang, Umno-Bn menang besar melalui calonnya Isa Samad. Walaupun Isa sebelum dicalonkan mewakili BN bagi PRK tersebut, terlalu ramai pemimpin UBN termasuk mantan perdana menteri Tun Mahathir tidak merestui pencalonan Isa, kerana dikatakan Isa adalah pemimpin yang mempunyai PEKONG.

Walaupun berbagai tohmahan terhadap Isa, namun bahagian Umno Teluk Kemang, di mana Isa adalah ketuanya, tidak berganjak, malah kalau calon lain diketengahkan bagi PRK Bagan Pinang, maka mereka akan melakukan boikot.

Kebenaran daripada bahagian Umno teluk Kemang ini memang benar, apabila keputusan PRK Bagan Pinang (oktober 2009) diumumkan, Isa bukan sahaja menang, akan tetapi memperoleh rekod tersendiri, yakni rekod mojiriti yang belum pernah dicapai oleh mana-mana calon UBN sebelum ini. Dalam keputusan tersebut Isa mendapat undi 8,013 berbading lawannya daripada Pas yang mendapat 2,578, Isa mendapat majoriti 5,435 undi.

Kemenangan UBN melalui PRK Bagan Pinang merupakan pengubat kepada kekalahan berturut-turut UBN kepada Pakatan (7-0) sebelum itu.

Melalui kemenangan Isa Samad dalam PRK Bagan Pinang, ramai para pemimpin UBN termasuk Najib memperakui, bahawa konsep 1Malaysia mula diterima oleh rakyat. Untuk rekod, jumlah pemilih Bagan Pinang adalah seramai 13,664 dengan pecahan 62.77% melayu, 10.96% cina, 20.74% india dan 5.54% kaum lain.

Namun baru kali ini melalui PRK Ulu Selangor akan teruji semula konsep 1Malaysia. Untuk rekod, para PRU-12 lalu, parlimen Ulu Selangor dimenangi oleh calon PKR Datuk Zainal Abidin Ahmad dengan mengalahkan Timbalan Presiden MIC G. Palanivel dengan kelebihan undi hanya 198. Untuk rekod juga semua ADUN Ulu Selangor dimenangi oleh UBN (2 Umno dan 1MCA).

Kawasan Parlimen Ulu Selangor mempunyai pengundi berdaftar seramai 63,593 orang dengan pecahan 53.9% melayu, 26.7% cina, 19% india dan 0.4% kaum lain.

Melihat kepada taburan pengundi ini, tidak jauh bezanya dengan DUN Bagan Pinang, Teluk Kemang Negeri Sembilan. Persamaanya selain kedua-dua kawasan tersebut kosong kerana penyandangnya meninggal dunia. Persamaan kedua, adalah kedua-dua kawasan tersebut adalah majoriti melayu.

Berasaskan trend pengundian di Bagan Pinang, seharusnya UBN tidak ada masalah merebut semula parlimen Ulu Selangor, namun kemenangan adalah terletak pada calon UBN yang akan dikemukakan nanti.

G. Palanivel adalah individu yang telah ditolak oleh rakyat Ulu Selangor. Kenapa ditolak? kawasan-kawasan DUN Ulu Selangor semuanya dimenangi oleh UBN. Sekiranya UBN yang ditolak, maka semua DUN juga akan kalah. Namun itu tidak berlaku, yang kalah adalah G.Palanivel.

Dikhuatirkan jika G.Palanivel di calonkan semula sepertimana kemahuan Presdien MIC Samy Vellu, kemungkinan besar dia ditolak lagi.

Jika G. Palanivel ditolak,maka akan membawa kepada konsep penerimaan 1Malaysia. Kalau G. Palanivel kalah apakah konsep 1Malaysia juga ditolak? atau kah hanya G.Palanivel.

Demi memudahkan analisis dan persepsi serta untuk mendapatkan memontum, adalah lebih baik mengemukakan calon lain, bukannya G.Palanivel yang telah ditolak. Fikir-fikirkan lah

Sebagai Bumiputra: Ingin Juga Tahu Kemana Saham RM 52 Billion Bumiputra Itu Lesap

Lim Guan Eng wakil rakyat Bagan dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang, bertanya ke mana saham bumiputra yang berjumlah RM52 billion itu lesap. Pertanyaan LGE ini berasaskan kepada laporan Bernama bertarikh 30 Jun 2009.

AYT sebagai seorang bumiputera ingin juga mengetahui bagaimana saham yang berjumlah bergitu besar hilang daripada pegangan bumiputra? Apa kah kehilngan saham bumiputra ini ada kaitan dengan pendedahan Tun Mahathir selepas sahaja merasmikan AGM Perkasa Pribumi Negara pada 27 Mac lalu, bahawa kawan rapat Anwar ada kekayaan berjumlah RM239 juta. Apa kah kawan Anwar itu salah seorang yang memegang saham bumiputra itu.

Di kalangan rakyat Malaysia, saham bumiputra itu lebih dikenali sebagai "PINK FORM". Biasanya PINK FORM ini akan diberikan kepada mereka "Yang Tahu Siapa".

AYT ada lah seorang bumiputra, walaupun berumur lebih setengah abad, belum merasakan apa itu keistimewaan sebagai seorang bumiputra.Baik semasa menjadi pelajar mahupun semasa bekerja, tidak merasakan keistimewaan sebagai bumiputra. Yang ada adalah persaingan antara kaum. Malah semasa belajar semasa sekolah rendah, AYT bersekolah pada sekolah yang serba kekurangan dari semua aspek keperluan asas yang diperlukan oleh seorang manusia, apatah lagi seorang manusia yang hidup di alam kemerdekaan.

Hingga kini, kampung di mana AYT dibesarkan dan masih duduk dan tinggal belum ada keperluan asas seperti bekalan air bersih.

Hanya pada tahun 1991, bekalan litrik menjamah kampung AYT, walaupun kampung itu tidak lah jauh sangat daripada pekan di mana sumber litrik berada. Hanya 30 minit dengan kenderaan berkelajuan 40km/jam begitu lah jaraknya.

Apabila bercakap dengan saham bumiputra yang disebut PINK FORM, jauh sekali, hanya pernah nampak (orang lain punya).

Malalui laporan bernama itu, target pemilikan ekuti bumiputra melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB-telahpun dimansuhkan) adalah 30%, namun sehingga DEB dimansuhkan, pemilkikan ekuiti bumiputra hanya 19%. Yang menyedihkan, bahawa daripada sejumlah saham milik bumiputra yang mencecah angka RM54 bilion, hanya RM2 bilion kekal di tangan bumiputra.

Satu persoalan lagi, siapa kah bumi-bumiputra yang pernah memiliki saham berjumlah RM52 biilion yang telah hilang itu? Ini lah barangkali yang ingin di tanya oleh Lim Guan Eng.

Sebagai kerajaan yang telus, seharusnya kerajaan mendedahkan siapa-siapa pemilik saham itu, agar sesama bumiputra tidak saling menuding jari, demikian juga kaum-kaum lain memandang serong kepada bumiputra yang berjaya dalam hidup, ada kemungkinan dituding kerana mendapat "PINK FORM".

Ada lah diakui, jika anda berkesempatan melawat kampung-kampung di mana bumiputra terutama Sabah dan Sarawak tinggal, anda akan merasa sedih dan pilu. Jangkauan apa itu keistimewaaan bumiputra ibarat langit dan bumi.

Muak Dakwaan Fitnah Sodomy II: Ramai Ahli PKR Keluar Parti

Dalam kesibukan pencacai Pakatan Pembangkang melebel Sodomy II sebagai Fitnah II, semakin pula terbongkar usaha pemimpin Pakatan pembangkang cuba merekayasa perbuatan FITNAH. Terbentang di hadapan mata kita kini bahawa mereka yang mendakwa diri difitnah rupanya "Juara Membuat dan Merekacipta Fitnah".
Pendedahan Yb Zulkifli Nordin, MP Kulim Bandar Baharu "Antaranya saya diminta membuat akuan bersumpah Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah terlibat dalam kes tersebut. "Malah saya sendiri pernah diminta membuat surat akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya. "Ganjaran yang ditawarkan boleh menggoyangkan iman. Namun Datuk Yang Dipertua saya bersyukur kerana Allah melindungi saya daripada terlibat dalam fitnah tersebut," kata Zulkifli, adalah BUKTI YANG NYATA bahawa mereka yang mengatakan FITNAH adalah juga  orang yang sama MEREKA-CIPTA FITNAH. Siapa yang mendengar dan menerima fitnah ini?
Oleh kerana bahang permainan FITNAH ini, rakyat mula hilang kepercayaan dan keyakinan. Amat malang bagi negara ini jika pemimpin seperti ini diberikan peluang untuk memimpin.

Semakin DSAI kata dia difitnah semakin ramai meninggalkan PKR. Ramai sudah tidak yakin dengan kepimpinannya. Semakin ramai yang menolak tuduhan itu, Sodomi II, satu fitnah.
Kehilangan keyakinan ini jelas ternyata apabila seramai 300 ahli dan penyokong PKR di Kawasan Telupid , Sabah dalam kawasan Parliment Kinabatangan, meninggalkan PKR dan menyertai komponen Barisan Nasional, iaitu UPKO pada 22 Mac, 2010 yang lalu.. Kumpulan itu diketuai oleh Alexius Michael Angkangon. Alexius menyatakan bahawa "kami telah kehilangan kepercayaan kepada kepimpinan PKR". Alexius juga menyatakan bahawa akan berlaku exodus yang lebih ramai dari PKR ke Barisan Nasional selepas ini. Penyertaan mereka disambut oeh YB Datuk Ewon Ebin, Naib Presiden UPKO

Jika fitnah II yang digembar-gembur Pakatan Pembangkang berasas, kenapa semakin ramai yang meninggalkan PKR?. Ringkasnya, jika pembohongan semakin tersingkap, maka menuduh Fitnah II juga merupakan gerakan sia-sia dan membuang masa. Semuanya memuakkan rakyat.

Semalam seramai 700 angkatan muda keadilan (AMK) PKR kawasan parlimen Ipoh Barat keluar parti itu dengan dakwaan yang serupa, yakni para pemimpin PKR hanya berjuang untuk diri sendiri, menabur fitnah dan pembohongan.

Akibat keluarnya 700 AMK secara beramai-ramai tersebut, maka 12 cabang pemuda PKR kawasan parlimen Ipoh Barat, di mana wakil rakyatnya adalah K.Gunasegaran daripada DAP.

Cabang PKR Ipoh Barat ini juga membuat tuduhan palsu kepada BN pada Februari 2009, apabila ketua cabangnya membuat akuan bersumpah kononya dia ditawarkan 50 juta oleh pemimpin BN untuk memancing wakil-wakil rakyat keluar Pakatan. Untuk nota kerajaan Pakatan Perak yang diketuai oleh Nizar Jamluddin tersunggur pada 5 Februari 2009, apa 2 ADUN PKR dan 1 ADUN DAP keluar Pakatan menjadi wakil bebas mesra BN

Lagi Ahli PKR Keluar: Kali Ini 700 AMK PKR Ipoh Barat Keluar

AMK PKR Keluar Beramai-ramai
Lebih 700 anggota Pemuda PKR Cabang Ipoh Barat hari ini mengisytiharkan keluar parti, menyebabkan 12 cawangan Pemuda dalam cabang itu lumpuh.

Wakil kumpulan itu yang merupakan ketua Pemuda cabang itu sebelum ini, V Subramaniam berkata mereka mengambil keputusan berkenaan berikutan kecewa dengan kepimpinan peringkat cabang, negeri dan pusat yang tidak berpegang kepada prinsip perjuangan parti.

"Keputusan ini diambil setelah memikirkan semasak-masaknya kedudukan kami di dalam parti yang mengamalkan corak kepimpinan yang sering menabur fitnah bagi menguntungkan parti...sebanyak 12 cawangan akan ditutup," katanya dalam sidang akhbar di Ipoh.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah ADUN Manjoi dari BN Datuk Mohd Nadzri Ismail.

Pada Februari 2009 Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda membuat akuan bersumpah di Mahkamah Sesyen di sini , mendakwa pernah dijanjikan RM50 juta oleh seorang pemimpin Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa akan memperoleh ganjaran itu sekiranya berjaya menarik sekurang-kurangnya dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti pembangkang di Perak menyertai BN.

Tawaran itu, dakwa Fauzi, dikemukakan kepadanya pada satu pertemuan pada 11 Mac 2008.

"Walaupun pertemuan itu berlaku hampir setahun lalu, saya terpaksa membuat akuan bersumpah hari ini kerana mengesyaki kehilangan dua ADUN dari PKR ketika ini ada kaitan dengan pemimpin itu,'' katanya pada sidang akhbar di sini.

Mengenai pertemuan itu, Fauzi berkata, pada tarikh tersebut, dia telah diajak rakannya, Sulaiman Osman ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan.

Bagaimanapun katanya, apabila sampai di Plaza Tol Jalan Duta, tiga lelaki sedang menunggu mereka dan telah membawanya ke satu tempat di mana beliau dijanjikan RM50 juta itu.

Akhirnya pembohongan demi pembohongan tidak lagi mampu sebagai senjata PKR, akhirnya, ini lah padahnya

Nota:M Kulasegaran adalah ahli parlimen Ipoh Barat daripada DAP.

Sunday, March 28, 2010

Chua Soi Lek Akhirnya Pemenang!!! Presiden MCA

Pagi ini apabila Datuk Chua Soi Lek ditanya apa kah peluangnya dalam pertandingan jawaran presiden, Soi Lek menjawab dengan tenang "Awak nampak saya risau ke?" Rupanya Soi Lek yakin untuk menang. Keyakinan Soi lek ini terbukti apabila dia diumumkan sebagai pemenang, mengatasi mantan presiden parti Ong Ka Ting dengan kelebihan 68 undi.

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan presiden MCA manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden.

Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung.

Chua mendapatkan 901 undi, menewaskan Tan Sri Ong Ka Ting yang mendapat 833 undi manakala Datuk Seri Ong Tee Kiat memperolehi 578 undi.

Bagi jawatan timbalan pula, Liow mendapat 1,171 undi, menewaskan Datuk Kong Cho Ha yang memperolehi 1,106 undi.

Bagi jawatan naib presiden, Dr Ng mendapat 1,528 undi, Donald Lim (1,469) manakala Chor dan Gan masing-masing mendapat 1,202 undi.

Yang paling menarik ialah mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat.

Liow merupakan regu kepada Ka Ting, manakala bagi naib presiden pula, Dr Ng dikaitkan dengan Chua, Chor (Ka Ting), Gan (Tee Keat) manakala Donald Lim dilihat tidak memihak.

Manakala 25 pemenang jawatankuasa pusat ialah:

1. Tan Ken Ten
2. Koh Nai Kwong
3. Loh Seng Kok
4. Tan Cheng Liang
5. Gan Tian Loo
6. Chong Itt Chew
7. Hou Kok Chung
8. Lee Chee Leong
9. Wee Jeck Seng
10. Chuah Poh Khiang
11. Hoh Khai Mun
12. Heng Seai Kie
13. Kong Sing Chu
14. Teh Kim Poo
15. Wong Koon Mun
16. Tee Siew Kiong
17. Tan Ah Eng
18. Ti Lian Ker
19. Tan Chai Ho
20. Por Choo Chor
21. Lee Wei Kiat
22. Ong Ka Chuan
23. Liew Yuen Keong
24. Yoo Wei How
25. Toh Chin Yaw

Sejumlah 2,318 perwakilan MCA mula mengundi bagi 31 jawatan tertinggi parti, termasuk presiden, timbalan dan naib presiden di ibupejabat parti itu hari ini.

Siapa Persiden MCA?? Ka Ting? Tee Kiat ?? atau Loi Lek??

Petikan kata-kata: Ong Ka Ting "saya puas hati kerana pengundian berjalan lancar" Chua Loi Lek " Awak nampak saya risau ke?" Ong Tee Kiat "saya senantiasa optimstik"

Sejumlah 2,318 perwakilan MCA mula mengundi bagi 31 jawatan tertinggi parti, termasuk presiden, timbalan dan naib presiden di ibupejabat parti itu hari ini.
1.53pm: Petugas MCA telah mengira 2,315 undi. Tiga perwakilan tidak mengambil kertas undi.

1.20pm: Pengiraan bermula. Semua ejen dan pengawas pemilihan dilarang bawa telefon bimbit ke dalam dewan.

12.25pm: Tempat pengundian ditutup secara rasmi.
12.19pm: Proses pengundian selesai. Proses pengiraan undi akan bermula jam 1 tengahari.
11.23pm: Selepas mengundi Ka Ting beredar dari bangunan ibupejabat MCA. Sebelum beredar, Ka Ting berkata beliau gembira dan puas hati dengan proses pengundian kerana semunya berjalan lancar.

11.19am: Selepas mengundi, Tee Keat memberitahu pemberita yang beliau tidak percaya yang beliau adalah 'underdog' dalam pertandingan jawatan presiden, dan menyifatkan ia 'satu putarbelit media tertentu'. Mengenai peluangnya, Tee Keat berkata beliau sentiasa optimistik.
10.53am: Dari Twitter Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Sing's: Saya harap selepas hari ini tiadalah krisis dalam parti.
10.54am: Yip berkata beliau telah mempengerusikan lebih banyak EGM MCA berbanding orang lain, dan mengucap terima kasih kepada perwakilan atas sokongan mereka.

10.15am: Timbalan ketua Pemuda MCA, Dr Mah Han Soon dilantik sebagai penyelia pemilihan.
10.10am: Pengerusi EGM, Yip Phooi Hong mengumumkan bahawa 2,318 daripada 2,380 atau 97 peratus perwakilan hadir.
9.30am: Calon-calon berbaris di sepanjang laluan ke Dewan San Choon di mana EGM akan diadakan, untuk mengalu-alukan kedatangan para perwakilan. Sestengah calon gagal mendapatkan tempat di tepi laluan tersebut, pula kelihatan berada di anak tangga menuju ke dewan tersebugt.
9.05am: Datuk Seri Ong Ka Ting tiba di ibupejabat parti dan bergambar untuk jurufota bersama regunya, Datuk Seri Liow Tiang Lai.

8.05am: Datuk Seri Ong Tee Keat tiba di ibupejabat parti sambil tersenyum lebar.

Beliau memberitahu pemberita yang beliau tidak terganggu dengan spekulasi akhbar bahawa beliau hanya mampu memperolehi tiga lebih daripada 15 peratus undi.

7.45am: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek merupakan calon presiden pertama yang tiba di ibupejabat. Dia ditemani anak lelakinya yang juga ahli parlimen Labis, Tee Yong.

Ditanya sama ada mengenai peluangnya, Chua tersenyum sambil bertanya: "Saya nampak risau ke?"

Sayapun Mangsa Konspirasi Anwar: Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya licik merancang konspirasi termasuk dengan menggunakan akuan bersumpah.

Oleh itu, katanya, beliau tidak terkejut dengan pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berhubung konspirasi mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu.

Menurut Dr. Mahathir, beliau sendiri turut menjadi mangsa Anwar yang bijak bermuka-muka di hadapannya tetapi secara diam-diam merancang konspirasi menjatuhkan beliau.

"Dia pernah membuat konspirasi untuk menjatuhkan saya, semua orang tahu dia arah orang serang saya, kata saya ada kroni tetapi Anwar sendiri berpura-pura baik (sebagai) orang nombor dua dalam Kabinet.

"Belakang saya dia lakukan tetapi di depan saya kami boleh duduk semeja, itulah dia, jadi saya tidak pelik dengan tuduhan bahawa dia ada konspirasi untuk menjatuhkan Najib," katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang pertama, di sini semalam.

Pada Rabu lalu, ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat, Zulkifli mendakwa pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan warga Mongolia tersebut.

Tanpa mendedahkan pihak terlibat, Zulkifli berkata, antara tugasnya ialah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan isteri selain diminta membuat surat akuan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Dr. Mahathir pada sidang media itu juga turut membidas Anwar kerana mempersoalkan salah seorang anaknya yang tersenarai sebagai antara orang terkaya di negara ini sedangkan ia berlaku selepas beliau tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri.

Beliau turut menempelak Anwar kerana telah mengkayakan kawan-kawannya sewaktu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada pertengahan tahun 90-an.

"Ada seorang kawan dia memiliki kekayaan RM239 juta, kalau jadi Perdana Menteri macam itulah (lagi teruk) sebab baru jadi Timbalan Perdana Menteri kawan-kawan dia semua jadi kaya, banyak duit juga tapi tidak tahulah dari mana," katanya.

Dalam isu berasingan, Dr. Mahathir menyifatkan Pas telah bersubahat dengan Anwar dalam budaya fitnah dan pembohongan apabila Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar perbuatan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kerana mendedahkan rahsia impian 16 September.

"Nik Aziz kata Zahrain tak patut dedah perbuatan jahat yang dilakukan, jika kita tahu benda itu salah tapi kita tak ambil tindakan untuk mendedahkan kesalahan, itu semacam bersubahat.

"Nik Aziz sokong Zahrain jangan dedah, jadi dia bersubahat dengan Anwar," tegasnya.

Di Sebalik Sokongan Negara Luar Kepada Anwar

Semalam Sultan Kedah bertitah pilih pemimpin yang tidak dicocok hidung oleh orang luar. Maksud Sultan Kedah itu tidak menyebut mana-mana pemimpin, namun secara tersirat mungkin ada kaitan dengan pemimpin umum PKR Anwar Ibrahim.

Anwar telah terkenal dengan kepercayaannya kepada pemimpin luar negara. Semasa krisis kewangan tahun 1997, Anwar menerima pakai nasihat IMF yang diketuai oleh Micheal Camdessuss. Hasilnya  ekonomi negara hampir tersunggur.

Setelah Anwar dipecat daripada kerajaan pada September 1998, Anwar memperkuat jalinan hubungannya dengan para pemimpin luar negara. Pemumpukan jalinan Anwar dengan para pemimpin luar negara bermula sejak tahun 1974, semasa dia masih memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Namun jalinan hubungan Anwar dengan para pemimpin luar negara semakin erat tatkala Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Semasa TPM, Anwar memotretkan dirinya adalah pengganti mutlak Dr Mahathir Mohammad, perdana Menteri ke-4 negara.

Hubungan Anwar dengan negara-negara luar semakin rapat apabila isu sodomy I nya di hadapkan ke mahkamah. Negera-negara seperti Amerika, Austarlia, Britin dan Kanada berusaha untuk ikut campur dalam urusan dalaman negara dan membuat desakan agar tuduhan kepada Anwar digugurkan.

Demikian juga halnya dengan sodomy II, negara-negara yang sama turut juga cuba campur tangan dalam urusan dalaman negara.

Pemimpin luar negara yang cuba mencampuri urusan dalaman negara adalah Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John Kerry.

John Kerry menggesa kerajaan memastikan perbicaraan yang adil dan saksama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berhadapan dengan kes liwat kali kedua sejak 1998.

Pendirian itu merupakan gesaan kedua selepas satu petisyen dikemukakan oleh lebih 50 ahli Parlimen Australia awal februari lalu agar kes Anwar digugurkan.

John Kerry sepertimana kenyataannya di Washington pada 17 Februari lalu menyatakan “Saya meminta kerajaan Malaysia dan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memastikan satu prosiding perundangan adil dan saksama dalam perbicaraan yang sedang berlangsung terhadap bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim,".

Sambung Kerry lagi, Anwar pernah menghadapi perbicaraan yang sama buat kali pertama lebih satu dekad lalu tetapi ia telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan kemudian.Pertuduhan semasa mirip kes yang dibawa beberapa tahun lalu dan ia dikenakan sebaik sahaja Anwar memulakan balik peranannya sebagai Ahli Parlimen.

"Saya menggesa kerajaan Malaysia menyediakan perlindungan perundangan yang sewajarnya, yang beliau berhak perolehi selaku seorang Ahli Parlimen dan seorang rakyat dan untuk menyelesaikan kesnya dalam cara yang boleh membina keyakinan dari segi ia tidak memihak dan kewibawaan sistem kehakiman Malaysia," katanya.

Gesaan itu dikeluarkan beberapa hari selepas Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat menghadiri Forum Amerika-Islam Ketujuh di Doha yang turut disertai Kerry.

Awal Februari lalu lebih 50 ahli Parlimen Australia termasuk anggota kerajaan memerintah dan wakil pembangkang yang diketuai oleh Danby pejuang Gay dan Yahudi  menggesa kerajaan Malaysia agar menggugurkan tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar Ibrahim.

Tindakan itu mendapat bantahan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan serta parti-parti politik.

Beberapa parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan mahu mengemukakan memorandum bantahan kepada Kedutaan Australia mengenai cubaan 50 ahli parlimen negara itu.

Kumpulan 50 wakil rakyat itu menghantar satu surat menuntut agar tuduhan liwat kali kedua terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu digugurkan.

Pengerusi jawatankuasa kecil bagi hal ehwal luar Parlimen Australia, Michael Danby menyerahkan surat itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra Salman Ahmad.

Surat itu berbunyi, “adalah perlu untuk dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia bahawa pada pandangan kami sanjungan global terhadap Malaysia akan terjejas dengan tuduhan-tuduhan ke atas Anwar ini.”

Pehin Seri Taib Mahmud Akui Populariti Najib Masa Kini Tinggi; Sesuai Untuk PRU-13

Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Abdul Taib Mahmud tidak menolak kemungkinan pilihan raya negeri itu diadakan serentak dengan pilihan raya peringkat parlimen pada masa depan kerana ia selaras dengan undang-undang.

Walaupun pada kebiasaannya pilihan raya negeri tidak wajar diadakan semata-mata atas permintaan ramai, Pengerusi Barisan Nasional negeri itu berkata terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian jika masa kedua-duanya bertembung secara kebetulan.

"Saya boleh terima tetapi saya tidak akan membuat tindakan tergesa-gesa, ia bertentangan dengan sikap saya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa koordinasi BN Sarawak, di Kuching hari ini.

Pada masa sekarang hanya Sarawak masih mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan dan penggalnya akan berakhir pada Julai tahun depan.

Ditanya sama ada beliau mendengar desas-desus pilihan raya negeri akan diadakan pada masa yang sama dengan pilihan raya umum, Taib berkata: "Tidak. Saya belum lagi sampai kepada peringkat untuk bercakap mengenai bila pilihan raya... Tidak, saya tidak bergurau dengan anda (wartawan).

"Saya tidak tahu, sesetengah pihak (media) menulis bahawa saya sedang berusaha mengembalikan sokongan," kata Ketua Menteri yang merujuk kepada prestasi BN pada pilihan raya negeri lepas yang menyaksikan parti itu kehilangan sembilan daripada 71 kerusi.

Bagaimanapun beliau bersetuju populariti Najib yang genap setahun meneraju pentadbiran negara pada 3 April ini adalah tinggi pada masa ini, dan merupakan syarat perlu untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal jika perlu.

Pilihan raya umum lalu diadakan pada 8 Mac 2008 hanya melibatkan kawasan parlimen di Sarawak.

"Saya tidak boleh baca apa yang ada dalam fikiran Perdana Menteri seperti mana saya belum lagi boleh baca untuk diri saya," katanya.

Mengenai mesyuarat hari ini, beliau berkata perbincangan adalah berhubung koordinasi antara anggota Parlimen dan anggota DUN di bawah kawasan masing-masing bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan projek luar bandar di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM3.4 bilion yang harus dijalankan menjelang 2012. Bernama

Saturday, March 27, 2010

Keyakinan Kaum Melayu Terhadap UMNO Sebagai Pelindung Terhakis: Tun Mahathir

Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Menurut Mahathir, prestasi Umno pada pilihan raya tahun 2008 adalah terlalu buruk dan Barisan Nasional (BN) hanya mampu menubuhkan kerajaan yang lemah, yang dilihat sebagai tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu.

“Kita lihat seolah-olah kerajaan memberi layanan kepada mereka daripada apa yang ada pada kita. Saya tak kata kerajaan berat sebelah tetapi lemah kerana ada sipolan yang tak tau Umno dan BN hampir kalah.

Jangan biadap

“Masa saya jadi PM, ada juga tuntutan, tapi jangan la biadap ,” kata Mahathir.

Beliau berkata tuntutan dan desakan pada zaman itu tidaklah sebiadap seperti hari ini.

“Saya bukan rasis, saya keturunan orang Melayu.nak aman,hidup rukun dan damai.negara dapat dibangunkan. hampir 50 tahun tak ada masalah yang besar dihadapi kecuali tahun 1969 dan 1987. Tak ada tuntutan yang bukan bukan dari mana-mana pihak..

“Zaman Tunku (Abdul Rahman), Tun Razak, (Tun) Hussein dan zaman saya, tak ada tuntutan yang bukan-bukan. Apa yang saya perkatakan adalah benar belaka, negara kita unik, penduduk pelbagai kaum, negara lain, penduduk tempatan tak akan beri hak kepada pendatang,orang lain melainkan guna syarat-syarat yang ketat seperti guna bahasa tempatan, budaya tempatan,” kata Mahtahir.

Katanya, orang Melayu amat bermurah hati dan sanggup berkongsi negara ini hampir tanpa sebarang syarat yang ketat.

Umno lemah

Bagaimanpun akibat kerajaan BN yang ditunjangi oleh Umno adalah lemah, maka golongan berkenaan mula berani menuntut perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan ia ditambah burukkan lagi dengan bantuan parti pembangkang yang memuatr-belitkan perkara itu.

“10 peratus anak Melayu yang berada di universiti, anak Melayu yang melanjutkan pengajian ke luar negeri, pun tak ramai. Kita boleh buat banci,,siapa yang lebih ramai?

“Ramai penuntut Melayu dapat biasiswa.kita beri sebab tak ada duit atau duit tak cukup. Yuran setahun RM60 ribu, mana ibu bapa Melayu yang mampu. Zalimkah kita bagi biasiswa untuk tambah Melayu berpelajaran?” soal Mahathir lagi.

Selain itu, menurut Mahathir, bukan Melayu juga tidak seharusnya mempertikaikan kedudukan Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan.

“Keris ialah simbol bangsa kita. Kita hargai. nak guna simbol kita pun tak kan nak kena minta maaf? Hanya kerana satu kaum nak hidup bahagia, kaum satu lagi hidup sengsara?” soalnya.

Justeru, kerana keadaan sedemikian orang Melayu, kata Mahathir memerlukan NGO seperti Perkasa bagi memperjuangkan hak mereka.

Rintihan rakyat

Kata beliau lagi, tanpa menamakan pihak yang bertanggungjawab: “Kita taklah tuntut banyak banyak..dia dah pergi, biarlah dia pergi.”

Mahathir bagaimanapun mengingatkan kerajaan supaya perlu mendengar pandangan dan rintihan daripada semua rakyat tanpa mengira kaum. Ini kerana, katanya, sebagai sebuah negara yang demokratik, membentuk sebuah kerajaan bergantung kepada sokongan undi.

“Oleh itu, penting bagi kerajaan dengar rintihan rakyat, di samping cuba mengambil kira pandangan mereka (rakyat). Bukan daripada satu kaum tetapi daripada semua kaum.

“Orang Melayu perlu mengambil kira orang India serta Cina dan di Sabah atau Sarawak,” katanya.

Beliau berkata walaupun jumlah mereka tidak ramai dan tidak dapat menentukan siapa yang akan memerintah, namun orang Melayu perlu beringat bahawa kemenangan bukan bergantung kepada ratusan ribu undi tetapi kelebihan satu undi sahaja,

“Satu undi itulah yang akan menentukan menang atau kalah seseorang atau sesebuah parti. Hendak menang atau kalah bukan kerana ribuan undi, dua tiga undi pun boleh menentukan menang atau kalah.

"Kalau mereka ada rintihan dan perasaan tidak puas hati, harus dengar. Kalau tutup telinga atau desakan mereka tidak didengar, dalam pilihan raya, akan kalah," katanya.

Media Cina, India diberi amaran

Pada ucapannya itu, Mahathir turut meminta media bahasa Cina dan India supaya melapor dengan benar.

“Tolong buat laporan yang benar. jangan putar belit kenyataan saya. Saya harus prihatin kepada nasib orang Melayu. Saya yakin ahli perkasa bukan berniat tidak adil terhadap bukan Melayu tapi tuntut hak mereka. Tuntut hak adalah tindakan yang adil,” katanya.

Beliau juga mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya jangan melupakan rintihan dan tuntuan orang Melayu.

“Nak negara berada dalam keadaan aman, adil, saksama sesama kaum, nak keadilan dalam pengagihan kekayanaan dalam negara kita. Bukan kita nak rebut tapi jangan ambil yang sedikit yang kita ada untuk diberi kepada mereka yang dah ada,” katanya lagi.

Mahathir mengakhiri ucapannya dengan meminta Perkasa supaya berperanan secara bijak, dan bukan untuk mendabik dada.

Selesai ucapannya, Mahathir dianugerahkan 'Bintang Perkasa Pribumi Negara' yang pertama oleh presiden NGO itu.

Beliau dianugerahi selendang merah bertulis "Bintang Pribumi Perkasa" serta kalimah Allah dan Muhmmad. Songkok hitamnya juga turut diganti dengan tengkolok berwarna emas.

Ia diikuti dengan laungan “Hidup Tun” sebanyak tiga kali.

Kempen "Selamatkan Negara" =PRK Ulu Selangor: 1001 Janji Palsu Pakatan Taburkan

Pakatan Rakyat memulakan kempennya malam tadi untuk mempertahankan kerusi parlimen Hulu Selangor dengan perhimpunan kira-kira 5,000 penyokongnya di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu.

Pemimpin utama Pakatan termasuk timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali; naib presiden PKR, Azmin Ali; pengarah strategi PKR, Tian Chua; ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Hatta Ramli dan ADUN DAP bagi Kampung Tunku, Lau Weng San adalah antara mereka yang menghadiri majlis tersebut.

Turut hadir ialah penyelaras Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim, yang disebut-sebut mungkin dipilih sebagai calon PKR untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Manakala ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tiba sejurus sebelum jam 11 malam.

Para pemimpin Pakatan itu berucap dengan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad - wakil rakyat Hulu Selangor yang meninggal dunia kelmarin kerana barah otak.

Menurut Tian Chua, Zainal Abidin yang pernah menjadi timbalan menteri besar Selangor ketika di bawah pentadbiran BN, telah bekerja keras berkhidmat untuk rakyat sehingga ke akhir hayatnya.

Mereka yang berucap malam tadi kemudiannya beralih kepada nada kempen, dengan masing-masing menyentuh isu-isu panas, antaranya kes kehilangan enjin pesawat pejuang TUDM, kontrak kapal selam Scorpene, rasuah dan lain-lain lagi.

Khalid pula menegaskan bahawa dalam pilihanraya umum lalu, rakyat Malaysia telah membuat keputusan untuk membawa perubahan.

Di Selangor, katanya, Pakatan telah diberi mandat untuk memerintah dan "kami membalasnya dengan memberi perkhidmatan yang terbaik", dengan diikuti tepukan gemuruh para hadirin.

Difahamkan perhimpunan malam tadi dirancang lebih awal sebelum Zainal Abidin meninggal dunia.

Menurut Dr Hatta, Pakatan sedang membuat persiapan untuk mengadakan perhimpunan tersebut apabila Zainal Abidin menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ekoran itu, "kempen selamatkan negara" telah bertukar menjadi kempen untuk pilihan raya kecil.

Azmin yang juga ahli parlimen Gombak pula, dalam ucapannya berkata, PKR mahu meletakkan seorang calon yang boleh menrealisasikan impian Pakatan.

Menteri besar Selangor, tegasnya, menggunakan harta kerajaan negeri untuk rakyat dan "bukan membina istana bernilai RM24 juta untuk dirinya".

Anwar mula berucap mulai jam 11.45 malam. Mengambil kira jumlah pengundi kaum India yang besar di Hulu Selangor, beliau menegaskan bahawa dua aktivis utama Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kini bersama Pakatan.“(T) Vasanthakumar, yang menyertai PKR, berada di sini," kata Anwar sambil menambah, V Ganabatirau, yang turut hadir, telah menjadi ahli DAP.

PRK Ulu Selangor akan menjadi medan menabur 1001 janji palsu Pakatan. Hati-hati adalah nasihat awal yang boleh diberikan kepada para pengundi Ulu Selangor.

Kepada Mohamad Ezam: Dedahkan Siapa Arah? 'KAMU BEDALLAH DULU"

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Noor menawarkan diri untuk membantu polis menyiasat pendedahan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin berhubung tawaran ganjaran lumayan pihak tertentu bagi memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Mohamad Ezam berkata beliau sedia dipanggil pihak polis pada bila-bila masa bagi tujuan itu.

Pendedahan ini suatu dakwaan serius tapi tidak memeranjatkan kerana semasa saya masih bersama PKR isu untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu telahpun berlaku, katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.

Mohamad Ezam berkata beliau pernah meminta pihak yang berkenaan agar mengemukakan bukti dan fakta berhubung isu itu namun diberikan arahan yang berbunyi: "kamu bedallah dulu".

"Saya masih ingat lagi kata-katanya (pihak berkenaan) itu," katanya.

Rabu lepas, Zulkifli yang sebelum ini dipecat daripada PKR mendedahkan pada persidangan Dewan Rakyat bahawa beliau pernah ditawarkan dengan ganjaran yang boleh 'menggoncangkan iman' untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya.

Rentetan pendedahan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dilapor berkata pihaknya akan menyiasat perkara tersebut dan akan memanggil Zulkifli bagi menentukan kesahihannya.

Sementara itu, mengulas perkara berlainan Mohamad Ezam menggesa agar pemimpin PKR yang arif dengan tembelang kepimpinan tertinggi parti tersebut agar tampil dan membuat pendedahan berani seperti yang dilakukan Zulkifli.

Menyatakan Hak Melayu BUKAN Racist: Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir dalam ucapanya menjelaskan Kita orang Melayu bukanlah RACIST, namun kita menyuarakan hak kita yang termaktub dalam perlembagaan. Apa yang telah kita menterai semasa di dalam perjanjian kemerdekaan.

Jika kita RACIST sudah pasti kaum kaum lain tidak mendapat kebebasan sepertimana yang mereka perolehi pada masa ini. Sekolah Cina dan India di bina bagi menjamin bangsa mereka dalam menuntut ilmu, Kita beri Biasiswa kepada mereka yang layak mengkut kuota yang telah di menterai dalam persepakatan. Apakah ini mengambarkan kita RACIST?

Apa yang ada dalam Malaysia ini adalah hasil dari perjanjian kemerdekaan yang telah di capai dahulu. Tidak ada pihak yang tidak berpuas hati dalam mencapai kemerdekaan. Namun mengapa kini banyak pihak cuba menimbulkan ketidak puashatian dalam apa yang telah disepakati?

Kerana Kuasa dan Politik songsang maka perlembagaan yang ada telah cuba di nodai bagi membangkitkan dan menyemarakkan sengketa antara kaum. Perpaduan antara kaum di porak perandakan bagi mencapai kejayaan menjadi kuasa utama di Malaysia ini.

Tun juga mengatakan ada pihak mengatakan Melayu adalah kaum pendatang dari luar. Jika Melayu adaah pendatang mengapa Malaysia ini di panggil Malay sia??? Carilah di mana mana kitab dan arkib dari negara Arab ke negara Cina Malaysia ini dulunya di panggil Tanah Melayu. Apakah Melayu itu pendatang sedangkan Tanah Melayu namanya?

Kita orang Melayu berhak untuk mempertahankan diri kita dari terus terusan di kecam dan di Fitnah sehinggakan Maruah kita di injak injak. Orang melayu bukan Bisu, bukan Pekak, kita punya maruah dan hak dalam menyuarakan kebebasan kita di Tanah Melayu ini.

Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia, namun dalam perlembagaan juga di sebut agama lain boleh di anuti oleh bukan Islam. Apakah itu tidak adil kepada kaum lain? Apakah itu di panggil kita Melayu ini RACIST?

Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, namun bahasa lain boleh di gunakan bagi bangsa bangsa lain. Apakah kita menyekat kebebasan mereka dalam menggunakan bahasa Ibunda mereka? Apakah ini juga di kira kita orang Melayu RACIST?

Mereka katakan Kontrak kontrak di berikan kepada Melayu dan keroni keroni sahaja. Tetapi harus diingat bukan semua diberikan kepada melayu. Orang bukan Melayu juga mendapat Kontrak dari pihak Kerajaan.

Namun mengapa kita tidak bertanya, apakah Syarikat Swasta meberikan Kontrak kepada orang Melayu? Apakah pihak Swasta mengagihkan kontrak syarikat mereka kepada syarikat Melayu?

Kita sungguh adil sehingga kita di tuduh RACIST, kita sayang kepada Bangsa kita dan negara kita ini. Kita orang melayu tidak pernah membuang kad pengenalan jika kita tidak sayang kepada Malaysia ini. Namun ada pihak yang membuang kad pengenalan bagi hidup di luar Malaysia. Apakah itu bukan satu kebenaran?

PERKASA memperjuangkan HAK orang Melayu dan tidak salah walau di mana sekalipun selagi berlandaskan perlembagaan.

Saya mengharapkan Dato Sri Najib mendengar rintihan kaum kaum lain namun jangan lupa rintihan kaum Melayu. Jika Melayu di abaikan maka takut akibat yang parah pada yang ada hari ini.

Diharapkan seluruh Melayu bersatu bagi memperjuangkan HAK kita orang Melayu.

FUHHHHH..........
itulah ucapan Tun yang penuh dengan makna tersurat dan tersirat. harap kita semua memikirkan sebaik yang boleh.

HIDUP TUN
HIDUP TUN
HIDUP TUN

Tun Dr Mahathir Mohamad menerima anugerah Kehormat Pribumi PERKASA bagi mengenang jasa dan pengorbannya dalam memartabatkan Melayu dan Malaysia ini. sumber papagomo

BN Banyak Bahan Berdepan Pakatan Di Ulu Selangor: Muhiyiddin

Barisan Nasional (BN) mempunyai banyak "bahan" untuk berdepan pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP-PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, yang kini kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata "bahan" itu akan digunakan bagi menyedarkan pengundi di kawasan berkenaan tentang siapa sebenarnya pakatan PKR-DAP-PAS.

"Waktu kempen, macam-macam boleh berlaku tetapi kita mempunyai banyak bahan sekarang yang boleh kita gunakan dalam pilihan raya kecil itu nanti," katanya kepada pemberita selepas melawat Makmal Kualiti Guru Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di Kementerian Pelajaran di sini.

Pada pilihan raya umum lepas, Dr Zainal Abidin yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor menewaskan calon BN, Datuk G.Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Allahyarham yang menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi. Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata dalam situasi sekarang, banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri Selangor yang ditadbir parti pakatan.

Beliau berpendapat jika pilihan raya umum 2008 dianggap tsunami politik, keadaan kini berbeza kerana rakyat sudah mulai sedar bagaimana pakatan PKR-DAP-PAS mentadbir Selangor.

"Sudah terdengar banyak suara yang tidak puas hati dan sentimen sebegini saya kira menyeluruh dan atas dasar itu, kemungkinan mereka sudah insaf dan tahu bahawa yang lebih mampu dan berupaya ialah BN.

"Atas pertimbangan itu, saya mengharapkan keadaan yang lebih baik daripada segi sentimen politik di situ kepada BN. Apa pun kita tidak boleh rasa selesa atau terlalu yakin kerana kita faham situasi politik boleh berubah," katanya.

Mengenai calon, Muhyiddin berkata calon yang dipilih itu ialah individu yang paling disukai, terbaik, boleh menjalankan amanah sebagai wakil rakyat BN serta dapat menyelesaikan masalah rakyat dan sebagainya.

"Kita akan bincangkan, pasti kita letak calon yang terbaik untuk menjadi wakil rakyat di situ. Setakat ini, calon yang akan mewakili BN pada pilihan raya kecil itu ialah daripada MIC.

"Apa pun keputusan muktamad nanti akan dibuat oleh Pengerusi parti (BN) dan beliau biasanya berbincang dengan Presiden komponen parti seperti MIC dan sebagainya dan kita akan umumkan pada masa yang sesuai," katanya.

Ditanya sama ada Umno akan bertanding semula kerusi parlimen itu, Muhyiddin berkata: "Walaupun ada pandangan sebegitu (supaya BN diwakili oleh Umno) tetapi biasanya pimpinan parti (yang membuat keputusan) dan bukan di peringkat saya yang akan menimbangkan situasi dan keadaan."

Muhyiddin berkata BN sudah bersedia dan telah membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil itu dan menunggu pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR akan mengadakan mesyuarat Jumaat depan untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Muhyiddin turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dr Zainal Abidin.-- BERNAMA

Friday, March 26, 2010

Perkasa Tetap Perkasa: Esok AGM Pertama

Mesyuarat agung tahunan pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) esok akan berlangsung penuh dengan adat istiadat Melayu termasuklah (membawa) sireh junjung dan pulut kuning.

Mesyuarat PERKASA esok di Dewan Tun Razak, PWTC mendapat perhatian banyak pihak ekoran populariti NGO pimpinan ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, yang melonjak dalam masa yang singkat.

Pertubuhan itu terkenal dengan kelantangannya mereka, antaranya apabila terlibat dalam demonstrasi membantah pentadbiran Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang didakwa “meminggirkan Melayu” di negeri itu.

Esok sebelum ucapan dasar presiden, mesyuarat agung PERKASA itu akan turut diserikan dengan persembahan silat.

Kira-kira 200 orang  pesilat akan membuat persembahan silat sebelum acara bermula.

Mesyuarat sulung PERKASA - yang kini masih dalam penajaan - dijadual bermula dari jam 9 sehingga 5 petang, melibatkan sekurang-kurangnya 8,000 anggotanya di seluruh negara.

Mesyuata akan dimulakan dengan ucapan Ibrahim dan perasmian oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga jam 12.30 tengah hari.

Bermula jam 2 petang, sesi tertutup dan seterusnya akan memilih anggoata jawatankuasa yang baru.Sabah diwakili oleh Musli Oli sebagai YDP Perkasa Sabah.


Dalam Mesyuarat juga akan membincangkan empat usul berkaitan agama, keselamatan, ekonomi dan pendidikan.

Zulkefli Main Wayang Lagi: Media Baru Pula Dituduh Putar Belit

Apa sebenarnya matalamat Zul-Kulim ini? Semasa dalam PKR pun bermasalah, sehingga dipecat daripada parti itu.

Semasa berucap di dewan rakyat bagi menjunjung kasih ucapan Yang Dipertuan Agong, dia membuat pendedahan bahawa ada orang ke-3 yang mempengaruhinya mensabitkan Najib dan Rosmah dalam projek Altanyua. Selain itu, Zul juga mengaku bahawa diapun sempat membuat akuan bersumpah untuk orang lain bagi membabitkan Najib dan Rosmah.

Dalam blognya hari yang bertajuk THE TRUTH mempertikai laporan-laporan yang memetik pendedahannya itu seolah-olah media baru seperti blog tersalah tafsir aka berunsur fitnah.

Zulkefli mengulangi tidak seorangpun nama disebutnya,melalui ucapannya tersebut. Namun para penulis memberi tafsiran bahawa pendedahannya itu mengarah kepada orang-orang tertentu.

Zulkefli juga tidak mahu disamakan dengan Zaharin kerana semasa pendedahannya pada 17 Mac lalu, dengan jelas menyebut nama-nama orang-orang tertentu.

Ini lah bezanya Zaharin dan Zul. Zaharin suka berterus terang tanpa berselindung, namun Zul hingga kini suka bermain wayang.

AYT ingin bertanya pada saudara Zul, sampai bila wayang ini akan selesai. Kalau tidak mahu orang menginterpasikan macam-macam, maka alangkah baiknya kalau berterus terang.

Zaharin perlu diberi TABIK kerana keberaniannya dan keterus terangannya. Seseorang pemimpin yang diinginkan adalah bila seseorang itu berkata lurus,jelas, terus terang tanpa berselindung.

AYT berharap kepada saudara Zul berhentilah bersandiwara.

Projek Altantuya: Pendedahan Zulkefli Ada Orang Ke-3: Pasti Atasan Zul??

SIAPA orang ke-3 yang dimaksudkan oleh Zulkefli Noordin? Disebabkan orang ke-3 itu mampu mempengaruhi Zul adalah pasti orang itu berpengaruh dan juga atasan wakil rakyat Kulim-Bandar Bharu itu.

Kalau orang ke-3 itu bukan atasan Zul, tidak mungkin boleh mengarahkan YB dari Kedah itu.

Atasan Zul dalam PKR adalah Presiden Parti itu Wan Azizah Wan Ismail dan juga pemimpin Umum Parti itu Anwar Ibrahim.

Semalam apabila dikemukakan soalan mengenai projek Altantuya sepertimana pendedahan Zulkefli di dewan rakyat kepada Anwar, Anwar melenting malah menuduh wartawan yang bertanyakan soalan itu dibayar orang tertentu.

Anwar yang dikerumuni wartawan sebaik sahaja keluar daripada perbicaraan sodomy II semalam berkata, beliau tidak perlu menjawab soalan itu sebaliknya menegaskan dakwaan tersebut sepatutnya dijawab sendiri oleh Zulkifli.

"Kenapa awak nak tanya saya? Lebih baik awak tanya Zulkifli sendiri berhubung dakwaan itu, dia tidak sebut nama saya semasa membahaskan ucapannya di Parlimen..

"Berapa banyak dakwaan dia pun saya tak tahu. Anda sebagai wartawan sepatutnya bertanya kepada Zulkifli bukan bertanya kepada saya.

"Pertanyaan ini tidak mematuhi etika kewartawanan. Siapa yang membayar anda untuk menanyakan soalan ini?" katanya ketika ditemui selepas sebutan kes liwatnya terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Semalam, Zulkifli semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat membuat pendedahan yang beliau pernah diberi tawaran supaya mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya.

Tanpa mendedahkan pihak terlibat, Zulkifli berkata, antara tugasnya ialah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan isterinya selain diminta membuat surat akuan bersumpah Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Sementara itu, pada Rabu minggu lalu, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) juga menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila 'memecahkan tembelang' Anwar berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat pada 16 September 2008.

Ibrahim Ali: Tuduhan Saifuddin Nasution Adalah Jahat, Biadap dan Tidak Berakhlak

Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali melahirkan rasa terperanjat dan menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution bahawa dia mempunyai saham dalam syarikat judi, Ascot Sports sebagai jahat, biadap dan tidak berakhlak.

“Saya terperanjat dengan sifat jahat, biadap dan tidak berakhlak langsung tuduhan Saifudin Nasution yang membuat dakwaan saya ada saham saham judi dalam syarikat Ascot Spots kepunyaan Vincent Tan.

“Kenyataannya terbit dalam Malaysiakini yang ditulis oleh Salhan K Ahmad. Penulis dajal ini wujud atau pun tidak atau guna nama samaran,” tulisnya.

Menurut Ibrahim kenyataan berkenaan bertujuan memburukkan namanya kerana kelantangan beliau memperjuangkan agenda Melayu.

“Saya bersumpah dengan nama Allah, wallahi wabillahi dan sedia junjung al-Quran bila-bila masa untuk membuktikan saya tidak ada kaitan, tidak ada saham, langsung atau tidak langsung (menguna proxi) dalam yarikat judi Vincent Tan,” tulisnya lagi.

Beliau juga mencabar supaya semakan dibuat dengan Suruhanjaya Sekuriti bagi membuktikan bahawa dakwaan MP Machang itu tidak benar.

Ibrahim juga berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang dan akan mengarahkan peguamnya untuk bertindak.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) adalah wakil rakyat bebas di parlimen.

Kemelut Istana Kelantan Semakin Parah

Kemelut istana Kelantan terus meruncing apabila Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra mengumumkan Tengku Sri Utama Raja, Tengku Abdul Aziz Hamzah dilucutkan jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Perajaan Negeri (MPN) berkuat kuasa semalam, 25 Mac 2010.

Menurut perisytiharan yang dibacakan oleh Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd Aiseri Alias hari ini berkata, Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Al-Haj dilantik sebagai Yang DiPertua MPN yang baru.

"Bagi menjunjung titah perintah Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra bahawa Yang Mulia Tengku Abdul Aziz Hamzah (Tengku Sri Utama Raja) dibatalkan perlantikan dan dilepaskan daripada menjadi Yang Di Pertua Majlis Perajaan Negeri berkuat kuasa 25 Mac 2010.

"Saya juga ingin memaklumkan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra telah mengampuni perkenan dan melantik Yang Berhormat Mulia Tengku Abdul Halim Al-Haj (Tengku Laksamana Kelantan) sebagai Yang Dipertua Majlis Perajaan Negeri berkuat kuasa 25 Mac 2010," katanya sebentar tadi.

Pada sidang media sama beliau juga turut menjelaskan, majlis penganugerahan pingat kebesaran negeri pada 30 Mac ini tiada kaitan dengan sambutan hari keputeraan raja Kelantan.

Menjelas lanjut beliau berkata, ianya dibuat berdasarkan undang-undang tubuh negeri mengikut peruntukan perkara 43 (1).

Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud mengumumkan Sultan Kelantan melucutkan jawatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja dan diganti YDP MPN, Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah.

Bagaimanapun Setiausaha MPN, Datuk Mohd Aiseri Alias semalam berkata, perlucutan kedudukan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhamad Faris Petra adalah tidak sah kerana didakwa tidak mewakli keputusan MPN.

Kata beliau, Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan Majlis Perajaan Negeri tidak akan menjadi sah dan terbatal melainkan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu.

Oleh itu, katanya, Tengku Faris kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan.

Disebalik Perebutan Kuasa Kesultanan Kelantan

Apabila Sultan Kelantan jatuh gering tahun lepas dan terpaksa dirawat di Hospital Mount Elizabeth Hospital Singapura, maka majlis permesyuaratan negeri (MPN) terpaksa melantik pemangku raja, kerana ketiadaan Sultan.

Pada 24 Mei dengan undi 2/3 daripada MPN, maka anakanda baginda sultan Tengku Faris Petra dilantik memangku Sultan.

Selama kegeringan Sultan, pemangku Sultan kelihatan sangat akrab dengan kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz Nik Mat.Namun ada juga yang pelik, walaupun kerajaan kelantan pimpinan Pas begitu akrab dengan Tengku Faris, namun tiada seorangpun pimpinan kerajaan negeri sudi melawat Tuanku Sultan semasa gering di Singapura. Perkara ini diakui sendiri oleh Raja Perempuan Kelantan.

Ekoran keberangkatan pulang baginda Sultan untuk tujuan mendekatkan diri dengan rakyat, berbagai spekulasi telah menyelubungi kesultanan Kelantan.

Kemelut ini berlaku apabila mantan setiausaha kerajaan negeri Datuk Wan Hashim Wan Daud "mengaku" sebagai setiausaha Sulit Sultan mengumumkan berbagai tindakan yang tidak seiringan dengan kerajaan negeri serta titah pemangku sultan.

Tindakan pertama Wan Hashim adalah pengumunanya bahawa semua istiadat pengerunian darjah kebesaran sempenana sambutan keputraan baginda Sultan yang ke-60 dibatalkan. Bagi membalas pengumuman tersebut, Pemangku Raja, menitahkan bahawa acara sambutan keputraan baginda Sultan yang ke-60 tetap diteruskan.

Tiga hari lalu, Pemangku Sultan, Tengku Faris Petra mengumumkan bahawa ayahandanya masih gering, oleh kerana itu mengikut klausa (1)(b) Artikel 22A undang-undang itu, baginda yang telah dipilih menjadi Pemangku Raja pada 24 Mei tahun lepas, kini menjalankan tugas-tugas pemerintah dan Yang Dipertuan Negeri sehingga Sultan Ismail Petra sembuh.

Namun semalam, Wan Hashim Wan Daud membuat kejutan dengan pengumuman pelucutan jawatan Pemangku raja dengan sertamerta.

Ekoran daripada pengumuman tersebut Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri itu, Datuk Wan Hashim Wan Daud telah ditahan polis di rumahnya di Taman Seri Aman, Kubang Kerian di Kota Bharu, malam semalam.

Penahannya itu pada jam 8.40 malam semalam itu, dipercayai berhubung pengumumanya berhubung pelucutan jawatan Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebagai Pemangku Raja.

Beliau kemudiannya dibawa dengan kenderaan polis ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Wan Hashim semalam yang mendakwa dirinya sebagai `Setiausaha Sulit' Sultan telah membuat pengumuman rasmi pagi semalam dengan mendakwa Sultan Kelantan telah menitahkan pemecatan pemangku raja

Menurut Bernama yang memetik sumber polis, Wan Hashim akan disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu melakukan penipuan.

"Kita telah menahannya pada malam semalam untuk mengambil keterangan," katanya ketika dihubungi.

Laporan awal semalam menyatakan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Yahya Petra didakwa melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.

Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Pengerusi Majlis Perajaan Negeri Tengku Abdul Aziz Hamzah dan dibacakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud di Istana Mahkota .

Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman itu yang dihebahkan di laman web media utama, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) Datuk Mohd Aiseri Alias berkata Tengku Muhammad Faris Petra kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei tahun lalu.

Bagaimanapun, berita itu disambut tenang oleh Tengku Muhammad Faris Petra apabila tiba dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Ismail, di Kota Bharu.

Kerusi PKR Di Parlimen Berkurang Kepada 26 Ekoran Meinggalnya Ahli Parlimen Hulu Selangor

Al-Fatihah untuk keluarga Allahyaram Datuk Zainal Abdin Ahmad.

Dengan kembalinya Datuk Zainal Abidin Ahmad ahli parlimen Hulu Selangor daripada PKR kerahmatullah, maka kedudukan kerusi PKR kini menjadi 26, DAP 28 dan Pas 23.

Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.Asal sebagai cikgu Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.

Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Dalam Umno, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan Umno Cheras (1987) serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.

Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.

Beliau turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.

Semasa dalam Umno, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.

Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.

Mengikut peraturan, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah speaker Dewan rakyat dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.

Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.

Sejak bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan uzur, khabar angin bertiup kencang bahawa Umno cuba mendapatkan kerusi itu semula yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC.

4 Bekas MP PKR Pula Cabar Karpal Singh

KUALA LUMPUR, 25 Mac — Empat anggota Parlimen Bebas hari ini mencabar Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh untuk menyatakan pendiriannya mengenai enam perkara termasuk kedudukan agama Islam di negara ini.

Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baru) yang menjadi jurucakap kepada tiga lagi Anggota Parlimen Bebas iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) membuat kenyataan itu bagi menjawab cabaran Karpal yang meminta mereka mengosongkan kerusi masing-masing.

“Pertama, sebelum nak menjawab Yang Berhormat (YB) Karpal Singh, kami nak mencabar YB Karpal Singh untuk menjawab kenyataan Wangsa Maju, YB Wee Choo Keong yang menuntut supaya beliau meminta maaf melalui entri dalam laman webnya pada 8 Mac 2010, yang mendesak YB Karpal Singh meminta maaf kerana kenyataan yang dibuat pada 8 Feb 2009, yang mempertikaikan kedudukan Datuk Seri Anwar sebagai Ketua Umum bagi Pakatan Rakyat,” katanya pada sidang berita di lobi Parlimen di sini.

Beliau berkata Wee dalam kenyataannya menyebut bahawa “saya meminta YB Karpal Singh untuk isytihar segera bahawa beliau kini telah bertaubat dan ingin menarik balik kutukan terhadap ketua pembangkang dan meminta maaf secara tidak bersyarat dengannya.”

“Jadi, kami nak cabar YB Karpal Singh, sebelum dia nak cabar orang, jawab ni dulu, apa pendirian dia,” katanya.

Kedua, kata Zulkifli, mereka meminta pengerusi DAP itu menyatakan pendiriannya berhubung Islam.

“Adakah dia masih lagi berpendirian bahawa kalau mahu laksanakan Islam, langkah mayat dia dulu, apa dah jadi dengan pendirian dia, adakah badan dia dah lembik ka apa ka, ataupun dia dah jadi mayat hidup, tidak mampu mempertahankan pendirian dia,” katanya.

Seterusnya, keempat-empat anggota Parlimen Bebas itu mencabar Karpal menyatakan pendiriannya berhubung desakan Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang supaya rukun pertama dalam Rukun Negara ditukar daripada Kepercayaan Kepada Tuhan kepada Kepercayaan Kepada Allah.

“Kemudian kami nak tanya YB Karpal Singh apa pendirian dia tentang kenyataan PAS yang menyatakan bahawa pemimpin DAP sudah boleh terima Islam, sudahpun insaf dan boleh terima Islam, adakah YB Karpal Singh sudah boleh terima Islam, dan sudah insaf berkaitan dengan kedudukan Islam,” katanya.

Selanjutnya, Zulkifli berkata mereka ingin mengetahui mengapa Karpal berdiam diri semasa Anggota Dewan Undangan Negeri Bota Datuk Nasaruddin Hashim melompat parti daripada Umno kepada PKR.

“Kenapa dia tidak ambil sebarang pendirian pada masa itu tetapi hari ini dia nak buat pendirian nak cabar kami.

“Yang akhir, kita nak cabar YB Karpal Singh kenapa dia tidak mendesak supaya YB Ipoh Timur Lim Kit Siang mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang kalau dia benar-benar mempertahankan nilai-nilai demokrasi seperti yang dia sebut.

“Jadi, sebelum kami jawab cabaran dia untuk mengosongkan kerusi, kami minta YB Karpal Singh jawab dulu apa yang kami sebut hari ini dan kita akan tengok dari situ,” katanya.

Zulkifli berkata tindakan Karpal itu memberi gambaran bahawa beliau lebih mementingkan politik daripada prinsip kerana jika seseorang itu berprinsip, individu tersebut akan mengekalkan prinsipnya walau di mana dia berada.

“Macam saya, walau di parti manapun, walaupun seorang (Anggota Parlimen) Bebas, kita kekal prinsip, kita tetap cakap benar di mana sahaja,” katanya.

Mengulas mengenai ungkapan “empat ekor” yang digunakan Karpal untuk merujuk beliau dan tiga rakan Anggota Parlimen Bebas lain, Zulkifli berkata itu menunjukkan standard mentaliti Anggota Parlimen Bukit Gelugor tersebut.

Zulkifli turut diminta mengulas keengganan Anwar memberi komen terhadap siapa yang dimaksudkannya mengarahkan beliau menyediakan surat akuan sumpah dalam pendedahannya semalam di Dewan Rakyat.

“Saya tak sebut nama sapa-sapapun, sebab you kena faham konteks ucapan saya itu, dalam konteks besar dia (mengenai) budaya fitnah yang sedang melanda politik negara dan saya bagi contoh, contoh fitnah terhadap dia (Anwar), fitnah terhadap tok guru Nik Aziz, fitnah terhadap Perdana Menteri, itu tujuannya, bukan tujuan nak dedahkan siapa-siapa,” katanya.

Beliau berkata pendedahan hanya akan dibuat jika dirasakan perlu atau dirinya diletakkan dalam keadaan terpaksa.

“Baru saya akan sebutlah, tapi dalam konteks ucapan saya, tak perlu,” katanya.

Zulkifli turut diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang ingin mendapatkan keterangan beliau berhubung beberapa dakwaan yang dibuat menerusi pendedahannya semalam.

“Pertama, selamat Hari Polislah kepada Tan Sri KPN, tahniah dapat elaun baru untuk anggota polis. Keduanya, memang menjadi tugas polis untuk menyiasat kalau ada laporan, dia siasatlah, dan bila dia panggil saya nanti, saya akan tengoklah, teliti kedudukan sama ada perlu atau tidak.

“Sebab pada masa ini, setakat yang saya lihat, dari segi undang-undangpun tak ada keperluan sebab konteks yang saya sebut tu adalah nak membayangkan budaya fitnah yang sedang melanda, sesuai dengan kekhuatiran Tuanku (Mizan Zainal Abidin), tapi kalau Tan Sri KPN nak panggil saya untuk berbincang lanjut, saya tengoklah macam mana keadaan, apa yang dia nak tahu,” katanya. sumber disini

Blog Archive