Sunday, February 28, 2010

Satu Lagi Muslihat Anwar Terbongkar Di Dewan Kian Kok Kota Kinabalu

Hari ini di dewan Kian Kok Kota Kinabalu, sempena menyambut tahun baru cina anjuran Pakatan dimana Anwar dan Lim Kit Siang ikut serta dan memberi ucapan.

AYT hanya tertarik dengan isu yang dibawa oleh Anwar. Anwar dalam ucapannya seperti biasa menyerang BN dengan berbagai fakta yang diputar belit.

Sebagai contoh Anwar mendkawa bahawa Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak lagi mampu menangani merebaknya bantahan antarabangsa yang mempertikai kewibawaan sistem kehakiman negara.Demonstrasi yang didalangi Umno BN di kedutaan Australia 17 Februari lalu tidak mungkin berulang kerana semakin banyak negara menyatakan bantahan termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Turki dan beberapa negara serantau.

Anwar dengan nada bersungguh-sungguh merayu agar semua pihak di negara ini supaya mengambil kira bantahan antarabangsa terhadap amalan sistem perundangan di Malaysia.

Anwar dengan nada sinis mencabar puak-puak yang pernah membantah campur tangan Australia itu, kena juga membantah campur tangan Amerika, Turk, Filipina dan India.

Selain negara-negara berkenaan, Anwar turut mendakwa bahawa dia mendapat sokongan jitu daripada negara Islam termasuk tokoh ulama paling terkemuka termasuk Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusuf al-Qaradawi.

Bagi AYT boleh percaya kah apa yang didakwa Anwar ini? Seingat AYT bantahan negera-negara yang disebutkan Anwar ini lebih hebat lagi semasa sodomy I. Namun, negara ini tetap tegak dengan sistem demokarsi dan sistem perundangannya.

Negara-negara luar seperti mana yang disebutkan Anwar adalah negara-negara yang memang dari dahulu lagi merupakan musuh dalam selimut negara ini. Negara-negara ini tidak mahu Malaysia maju, negara-negara ini tidak mahu Malaysia stabil.

Masih ingat lagi kah sebelum krisis mata wang pada tahun 1997, persiden IMF Micheal Camdesuss masa itu sungguh memuji sistem kewangan Malaysia. Namun apabila bantuan IMF ditolak mentah-mentah oleh Dr Mahatahir, maka Presiden IMF itu mengentam dan mencemoh Malaysia. Malaysia mengambil jalan melalui jalannya sendiri untuk mengatasi krisis mata wang yang melanda negara ini. Negara-negara yang disebutkan Anwar itu juga yang mempersoalkan tindakan Malaysia. Namun hakikatnya tindakan Malaysia itu ternyata jitu untuk mengatasi krisis mata wang yang melanda negara ini.

Demikian juga dalam kes sodomy I, masa itu kritikan dan masuk campur negara-negara yang disebutkan Anwar itu sungguh hebat, malah Dr Mahathir digelar sebagai pemimpin keras kepala,pemimpin yang bersifat diktator,mahafiruan dan gelaran yang semua jelek-jelek dilimparkan kepada Dr Mahathir.

Bagi AYT, kritikan dan usaha campur tangan negara-negara luar yang disebutkan Anwar itu, adalah sokongan pribadi para pemimpin itu, bukan lah sokongan negara itu sebagai negara yang menjadi anggota PBB. Kerana sebagai anggota PBB, setiap negara tidak dibenarkan campur tangan terhadap urusan sesebuah negara.

Anwar juga mengambil contoh, bahawa Malaysia juga menyokong pembebasan pemimpin demokrasi Mnymar Aung San Suu Kyi. Perlu diingat, kes Anwar dan Aung San Suu Kyi ibarat langit dan bumi. Aung Saan menang dalam pilihanraya namun dinafikan memerintah negara itu, namun Anwar adalah menyangkut kes perbadi, yakni kes sodomy. Kalau memanding sesuatu perkara, biarlah bandingkan antara epal dan epal, jangan bandingkan epal dengan nenas.

Anwar dalam ucapannya di dewan Kian Kok hari ini, cukup pandai memutar belitkan fakta, sehinggakan kira-kira 2000 orang penyokong pembangkang termasuk presiden SAPP Yong Teck Lee dan Pensihat DAP Lim Kit Siang yang hadir bertepuk memberi sokongan kepada Anwar.

Bagi AYT BN-UMNO kena bertindak sekarang memberi penerangan yang seluas-luasnya mengenai dakwaan Anwar ini, kerana dalam masa singkat,mungkin ada rakyat yang terpenagruh dan percaya.

Di Kelab Sultan Sulaiman Hari Ini Tertubuh MPM: Bukan Bermaksud Bersiang dengan 1Malaysia

Hari ini di Kelab sultan Sulaiman, 76 NGO bergabung bagi membentuk Majlis Perundingan Ngo Melayu (MPM).

Tujuan penubuhan MPM ini untuk mempertahankan dan melindungi hak-hak Melayu serta agama Islam di negara ini.

Antara NGO yang menyertai MPM ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang bertindak sebagai wakil pertubuhan itu berkata, peranan MPM adalah sebagai pelindung dan benteng kepada pihak yang semakin hari cuba mengganggu-gugat hak-hak keistimewaan serta ekonomi orang Melayu, kedudukan agama Islam dan ketuanan Raja-Raja Melayu di negara ini.

"Pada masa sama, kita juga akan jadi pendesak yang berhemah kepada kerajaan supaya kerajaan tidak lari dan menyeleweng daripada perkara asas dalam Perlembagaan negara berdasarkan Perkara 153," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran MPM di Kelab Sultan Sulaiman di ibunegara hari ini.

Beliau berkata satu persidangan meja bulat bersama-sama semua anggotanya akan diadakan pada 7 Mac ini untuk membincangkan hala tuju ekonomi orang Melayu apabila model ekonomi baru diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelak.

"Kita juga berharap dapat jumpa perdana menteri sebelum model ekonomi baru itu diumumkan supaya kita tak mahu bila pengumuman dibuat ada NGO Melayu yang bersikap 'rumah dah siap pahat berbunyi'...sebab kita nak apa sahaja dasar yang telah kerajaan buat ia harus mendapat sokongan daripada semua pihak.

"Tetapi kerajaan juga perlu proaktif pada NGO Melayu, maksudnya ada tolak ansur kalau kerajaan nak sokongan daripada NGO, kerajaan juga kena ambil kira perasaan dan hati kami," kata Anggota Parlimen Pasir Mas itu.

Dalam kenyataan MPM yang diedarkan kepada media, MPM menetapkan bahawa setiap anggota hendaklah bersama-sama mengkaji setiap isu yang ada kepentingan orang Melayu, agama Islam, Kesultanan Melayu, keselamatan dan kesejahteraan negara sama ada ditimbulkan atau dipersoalkan oleh orang lain atau yang perlu diketengahkan dan diperjuangkan oleh orang Melayu.

Selain itu, MPM akan menyedia dan melaksanakan pelan tindakan bagi menangani atau menentang provokasi terhadap perkara-perkara menyentuh kepentingan orang Melayu dan Islam apabila ia ditakrifkan sebagai usaha pihak-pihak berkenaan sebagai menghasut atau membenci.
Bagi AYT jangan lah ditafsirkan bahawa penubuhan MPM ini adalah mengaggalkan konsep 1Malaysia Najib, Konsep 1 Malaysia adalah konsep bernegara, sementara itu MPM memperjuangan hak-hak melayu dan bumiputra. Itu sahaja.

Saturday, February 27, 2010

Anwar Tahu Betul Impak Wang Ehsan

Tahun 90 pada pilihanraya Umum negara, parti bersatu Sabah (PBS) secara tiba-tiba keluar BN dan menyertai Barisan Alternatif, yang masa itu adalah gabungan antara DAP-S-46 dan S-46-Pas.

Apabila keputusan PRU diumumkan, nyata di Semenanjung, BN terlalu kuat bagi BA atau APU, hanya Kelantan jatuh ke tangan APU (S-46 dan Pas). Sementara di Sabah, semua kerusi yang ditandingi PBs, PBS menang sementara yang ditandingi USNO, usno menang.

Bermulalah pemerintahan PBS sebagai negeri pembangkang. Royalti minyak 5% tetap dibayar, komitmen bayaran per kepala tetap dibayar kepada kerajaan negeri,namun sebarang peruntukan kepada kerajaan negeri Sabah daripada peruntukan kerajaan persekutuan terus disalurkan kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah (PPPNS). Jumlah peruntukan pembangunan kerajaan persekutuan berlipat ganda jumlahnya dibanding royalti minyak dan bayaran perkapita penduduk Sabah. Anwar benar-benar tahu ini semua.

Akibat peruntukan pembangunan yang begitu besar oleh kerajaan persekutuan melalui PPPNS, ternyata memberi impak kepada kawasan-kawasan yang dimenangi PBS. Saluran peruntukan dalam bentuk pembangunan di salurkan kepada kawasan-kawasan tersebut, Anwar juga tahu ini semua. Akibatnya, kawasan-kawasan PBS yang sebelumnya sungguh kukuh sejak PBS menang pilihanraya pada tahun 1985, semakin goyang. Rakyat mula mengalih arah dan menyokong BN, akibatnya pada tahun 1994, PBS hanya mendapat 25 kerusi daripada 48 kerusi. Akibat majoriti kecil ini maka PBS tumbang apabila 2 ADUN PBS kelaur dan menyertai Umno. Bermula dari ketika itu lah BN memerintah Sabah hingga kini.

AYT merasakan berasaskan kepada pengalaman Sabah ini, maka kerajaan persekutuan memberikan wang ehsan kepada Kelantan, walaupun sebenarnya negeri itu tidak berhak. Adalah dirasakan melalui wang ehsan ini, rakyat Kelantan yang dahagakan pembangunan untuk mencipta peluang-peluang pekerjaan akan mendapat manafaat dan pada gilirannya nanti rakyat yang mendapat manafaat ini akan merasa berterima kasih dan akhirnya akan memilih BN pada PRU-PRU akan datang, mungkin PRU-13,masa belum mencukupi untuk rakyat kelantan menilainya, namun setelah itu, adalah pasti rakyat Kelantan akan merasa bersyukur.

Anwar tahu ini semua, kerana itu lah Anwar membuat dakyah demi dakyah termasuk Nik Aziz dan Hussam Musa,bahawa Kelantan adalah pengeluar minyak. Tujuannya hanya untuk memancing undi bukan berdasarkan kepada fakta,bahawa memang Kelantan itu bukan termasuk sebagai negeri pengeluar minyak. KULI mencuba memesongkan fakta,kerana KULI tahu, masa untuknya tiada lagi.

Keputusan kerajaan Persekutuan untuk memberikan wang eshan adalah tepat,kerana rakyat Kelantan juga peru dibela, kecuali penyokong NIK Aziz yang tidak mahu dibela. Lambat laun, rakyat Kelantan akan faham niat murni kerajaan Persekutuan ini.

Bagi Orang Islam: Hati-hati Menjamu Selera Di KOPITIAM

Bagi umat islam berhati-hatilah menjamu selera di KOPITIAM. Amaran ini bukan kerana jenama francise ini di miliki oleh pemimpin DAP, namun ianya berasaskan halal tidaknya hidangan yang disediakan pada rangkaian cafe itu.

Amaran ini sebenarnya dikeluarkan oleh JAKIM, kerana menurut JAKIM, setakat ini hanya merekodkan dua outlet KOPITIAM sahaja yang mempunyai logo HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM. Dua outlet KOPITIAM itu KOPITIAM Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. (luput pada 15-2-2012) dan Jonker Walk Kopitiam (luput pada 15-2-2013).

Mengulas mengenai trend menjamu selera di kopitiam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihat umat Islam negara ini mengelakkan daripada menjamu selera di premis yang tidak ada sijil halal Jakim.

"Langkah ini bagi saya adalah lebih baik. Cuba lihat logo halal yang dipamerkan. Sekiranya daripada Jakim tidak ada masalah tetapi jika bukan elakkanlah diri daripada makan di tempat berkenaan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen 1Malaysia 1Halal di Masjid Negara di sini hari ini.

Selain itu, Jamil Khir berkata, mereka yang keliru dengan logo halal yang dipamerkan di premis-premis tertentu juga boleh menghubungi Jakim untuk mendapatkan kepastian.

"Logo halal Jakim sahaja yang diiktiraf oleh kerajaan. Oleh itu, saya minta rakyat tidak terkeliru dengan pengeluaran logo halal daripada pihak lain.

"Pengeluarannya juga telah diselaraskan iaitu Jakim akan mengeluarkan logo halal manakala permohonan, audit dan sebagainya akan dilakukan Jabatan Agama negeri-negeri," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ciri-ciri logo halal yang diiktiraf oleh kerajaan adalah berbucu lapan di tengah-tengah bulatan.

"Mempunyai perkataan Arab 'halal' di tengah bintang dan diikuti tulisan rumi 'halal'. Bulatan logo tertulis perkataan 'MALAYSIA dalam tulisan rumi dan Arab.

"Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab," katanya.

Sodomy Tetap Sodomy

Apapun putar belit Anwar, sodomy tetap sodomy. Pelakuan luar tabii dengan memasuk zakar ke dudur adalah sodomy. Itu lah yang dituduh kepada Anwar sekarang ini.

Pembantu khas Anwar Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008 telah membuat laporan polis bahawa dia disodomais oleh Anwar beberapa kali. Atas laporan ini lah polis menangkap Anwar pada 16 Julai 2008, bersamaan  terjumpanya mayat Teoh Beng Hock setiausaha poltik kepada Ean Hin Yong Adun DAP bagi negeri Selangor di luar Tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam. (Nota: di Plaza ini lah terletaknya ibu pejabat SPRM Selangor, yaitu di Tingkat 14).

Ekoran tangkapan Anwar itu, esok harinya dia didakwa melalui seksyen 377B acara jenayah. Walaupun seksyen ini tidak boleh di ikat jamin, namun Anwar dibebaskan dengan ikat jamin peribadi berjumlah RM 20,000.

Sejak masa itu, Anwar berusaha menguggurkan kes ini. Dalam usaha Anwar menguggurkan sodomy II mahkamah telah memberi peluang kepada Anwar lebih 25 kali bagi maksud penanguhan kes sodomy II.

Penanguhan yang terakhir kali adalah pada 18 Februari yang lalu.

Sodomy II bukan sahaja mendapat liputan media masa di dalam negara,bahkan juga media asing. Rakyat Malaysia pun terikut mengikuti sodomy II ini. Malah penulis asing mendakwa, bahawa sodomy II ini telah pun merebak ke sekolah-sekolah ekoran liputan media massa seperti Utusan, berita Harian mahupun The Star.

Semalam seorang penulis yang di siarkan melalui Portal Pas Harakahdaily mempertikai keputusan mahkamah rayuan bahawa Anwar tidak dibenarkan "memancing bukti" terhadap sodomy yang dihadapinya sekarang.

Pembangkang mempotretkan bahawa Anwar tidak mendapat perbicaraan yang adil atas sebab bukti-bukti pertuduhan kepadanya tidak dibekalkan sebelum perbicaraan bermula.

AYT ingin mengingatkan pihak peguambela Anwar, bahawa dalam kes ini pembuktian adalah dipihak pendakwaraya. Pendakwaraya mempunyai tugas berat dalam memberikan hujah-hujah untuk membuktikan bahawa Anwar benar-benar meliwat Saiful.

Mahkamah berpendirian seseorang yang tertuduh (OKT) dianggap tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah. (not guilty until proven guilty). Dalam perbicaraan sodomy II ini, Anwar belum boleh dikatakan bersalah atau tidak. Bagaimana kah pihak pembangkang boleh membuat kesimpulan bahawa Anwar tidak menerima keadilan dalam perbicraan ini?

Bukti-bukti seperti rakaman CCTV dan DNA yang diperolehi daripada anus Saiful adalah bukti pendakwaraya. Bukti-bukti ini akan diberikan kepada Anwar semasa perbicaraan. Beza di sini, Anwar meminta terlebih dahulu bukti-bukti itu sebelum perbicaraan. Di sebabkan mahkamah tidak membenarkan Anwar "memancing" bukti-bukti daripada pihak pedakwaraya, maka pihak pembangkang membuat kesimpulan bahawa perbicaraan sodomy II ini tidak adil.

Bagaimana kah pihak pendakwaraya memberikan bukti-bukti secara fizikal terlebih dahulu kepada Anwar, sekira-kiranya dibekalkan, maka bagaimana pula pihak pendakwaraya boleh membuktikannya di mahkamah. Kecualilah bukti-bukti fizikal itu dipendua atau di salin dan disalin. Jika ini dilakukan, sudah tentu pihak penguam Anwar akan mendakwa bahawa semua bukti-bukti itu telah "ditempering" atau ditokok tambah. Sebenarnya ini lah muslihat sebenar pihak Anwar untuk meminta bukti-bukti fizikal lebih awal agar supaya mereka dapat mempersoalkan kreadibilti bukti-bukti fizikal itu dengan mengatakan bukti-bukti fizikal itu telah diubahsuai dan ditokok tambah.

Muslihat Anwar ini telah jelas dapat dihidu oleh pihak pendakwaraya, kerana itu lah berkeberatan memberikan bukti-bukti fizikal ini lebih awal sebelum perbicaraan bermula.

Dalam sodomy II, apa yang ingin dibuktikan oleh pihak pendakwaraya bahawa semua bukti-bukti fizikal yang akan dikemukakan nanti adalah original, tanpa alter atau usikan.Sebenarnya bukti orginal ini lah yang sangat ditakuti oleh Anwar.

Atas sebab itu lah pihak Anwar mempergunakan semua saluran agar supaya mendapat bukti-bukti fizikal ini lebih awal (misalnya salinannya). Seperti yang disebut di awal tulisan ini, jika ini berlaku, maka pihak Anwar akan mempertikai kesahian bukti-bukti fizikal ini. Inilah sebenarnya yang tidak diingini oleh pihak pendakwaraya. Pihak pedakwaraya telah menghidu muslihat Anwar ini.

Pihak pembangkang terus meniupkan bahawa sodomy II adalah usaha Najib dan BN untuk mengekang kerjaya politik Anwar, mereka bebas membuat tuduhan kepada Najib dan kerajaan, namun yang pastinya sodomy II akan terus menghantui Anwar dan Pakatan Pembangkang.

25 Mac depan akan diketahui apakah Hakim yang mendengar sodomy II akan meneruskan mendengar kes ini atau sebaliknya. Bagi AYT sodomy tetap sahaja Sodomy. Apa pun usaha untuk menghaluskan istilah ini, tetap sahaja sodomy=sodomy.

Usaha Pembangkang Putar Belit Sodomy II

Portal Pas Harakahdaily masih mempertikai keputusan mahkamah rayuan bahawa Anwar tidak dibenarkan "memancing bukti" terhadap sodomy yang dihadapinya sekarang. Laporan penuh portal berita itu disini

Pembangkang mempotretkan bahawa Anwar tidak mendapat perbicaraan yang adil atas sebab bukti-bukti pertuduhan kepadanya tidak dibekalkan sebelum perbicaraan bermula.

AYT ingin mengingatkan pihak peguambela Anwar, bahawa dalam kes ini pembuktian adalah dipihak pendakwaraya. Pendakwaraya mempunyai tugas berat dalam memberikan hujah-hujah untuk membuktikan bahawa Anwar benar-benar meliwat Saiful.

Mahkamah berpendirian seseorang yang tertuduh (OKT) dianggap tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah. (not guilty until proven guilty). Dalam perbicaraan sodomy II ini, Anwar belum boleh dikatakan bersalah atau tidak. Bagaimana kah pihak pembangkang boleh membuat kesimpulan bahawa Anwar tidak menerima keadilan dalam perbicraan ini?

Bukti-bukti seperti rakaman CCTV dan DNA yang diperolehi daripada anus Saiful adalah bukti pendakwaraya. Bukti-bukti ini akan diberikan kepada Anwar semasa perbicaraan. Beza di sini, Anwar meminta terlebih dahulu bukti-bukti itu sebelum perbicaraan. Di sebabkan mahkamah tidak membenarkan Anwar "memancing" bukti-bukti daripada pihak pedakwaraya, maka pihak pembangkang membuat kesimpulan bahawa perbicaraan sodomy II ini tidak adil.

Bagaimana kah pihak pendakwaraya memberikan bukti-bukti secara fizikal terlebih dahulu kepada Anwar, sekira-kiranya dibekalkan, maka bagaimana pula pihak pendakwaraya boleh membuktikannya di mahkamah. Kecualilah bukti-bukti fizikal itu dipendua atau di salin dan disalin. Jika ini dilakukan, sudah tentu pihak penguam Anwar akan mendakwa bahawa semua bukti-bukti itu telah "ditempering" atau ditokok tambah. Sebenarnya ini lah muslihat sebenar pihak Anwar untuk meminta bukti-bukti fizikal lebih awal agar supaya mereka dapat mempersoalkan kreadibilti bukti-bukti fizikal itu dengan mengatakan bukti-bukti fizikal itu telah diubahsuai dan ditokok tambah.

Muslihat Anwar ini telah jelas dapat dihidu oleh pihak pendakwaraya, kerana itu lah berkeberatan memberikan bukti-bukti fizikal ini lebih awal sebelum perbicaraan bermula.

Perbicaraan OJ Thomson di Amerika Syarikat umpamanya, OJ tidak dibenarkan mengkases semua bukti-bukti pendakwaan kerana menurut para juri, jika ianya diberikan lebih awal, maka peguam OJ akan menyangkal bukti-bukti telah ditokok tambah. Namun akhirnya kerana usaha yang sangat panjang daripada peguam OJ, akhinyar bukti-bukti fizikal diberikan juga kepada OJ. Apa kesimpulan kes ini, OJ dibebaskan kerana pihak peguamnya berjaya mengyakinkan para juri, bahawa semua bukti-bukti ditokok tambah, jadi originality telah terhapus.

Dalam sodomy II, apa yang ingin dibuktikan oleh pihak pendakwaraya bahawa semua bukti-bukti fizikal yang akan dikemukakan nanti adalah original, tanpa alter atau usikan.Sebenarnya bukti orginal ini lah yang sangat ditakuti oleh Anwar.

Atas sebab itu lah pihak Anwar mempergunakan semua saluran agar supaya mendapat bukti-bukti fizikal ini lebih awal (misalnya salinannya). Seperti yang disebut di awal tulisan ini, jika ini berlaku, maka pihak Anwar akan mempertikai kesahian bukti-bukti fizikal ini. Inilah sebenarnya yang tidak diingini oleh pihak pendakwaraya. Pihak pedakwaraya telah menghidu muslihat Anwar ini.

Pihak pembangkang terus meniupkan bahawa sodomy II adalah usaha Najib dan BN untuk mengekang kerjaya politik Anwar, mereka bebas membuat tuduhan kepada Najib dan kerajaan, namun yang pastinya sodomy II akan terus menghantui Anwar dan Pakatan Pembangkang.

25 Mac depan akan diketahui apakah Hakim yang mendengar sodomy II akan meneruskan mendengar kes ini atau sebaliknya.

Sodomy II: Putar Alam Anwar: Kali ini Guna Orang Asing Pula

Anwar ini memang hebat. Jika dalam negera disamping dirinya memanggungkan sodomy II adalah komplot jahat kerajaan, juga dibantu oleh kawan-kawannya seperti Azmin Ali, Saifudin Nasution dan juga isterinya sendiri, di pihak orang asingpun ada para penulis upahannya. Dalam blog anwaribrahimblog.com disini

Satu lagi putar alam penulis ini adalah mendakwa bahawa perbicaraan sodomy II adalah di mahkamah tertutup, dan menyalahkan bahawa sistem kehakiman adalah bias, kerana bagaimana transkrip mahkamah bebas di siarkan melalui surat surat khabar dan internet. Di sini lah fakta bagaimana penulis upahan Anwar ini memutar alamkan fakta sebenar. Rakyat Malaysia yang telah celik hurup sudah tahu bahawa perbicaraan sodomy II adalah di makhamah terbuka, yang dianggap tertutup adalah adegan ranjang antara Anwar dan Saiful (itu pun atas permintaan peguam Anwar,Karpal Singh). Selain daripada itu, seluruh perbicaraan itu adalah terbuka.

Anwar dalam mengelak sodomy II mempergunakan berbagai saluran, apakah saluran mahkamah untuk menguggurkan sodomy II, melalui saluran negara asing dimana negara asing tersebut membuat desakan agar sodomy II digugurkan, NGO negara asing dan juga penulis-penulis asing, termasuk lah penulis artikel yang terdapat dalam blog Anwar itu.

Anwar mencuba mensenasikan sodomy II seolah-olah memberi kesan buruk kepada negara, namun maksud tersiratnya adalah dia lah yang terkena kesan buruk itu.

Penulis upahan Anwar ini juga memutar alamkan sodomy II yang konon-kononya perkataan "sodomy" adalah taboo di negara ini, namun kali ini perkataan "sodomy" sudah merbak di sekolah-sekolah, konon-konon angkara media aliran perdana,yang kononya di bawah kekuasaan kerajaan.

Penulis ini juga mencuba memoteritkan bahawa sodomy II adalah komplot kerajaan untuk menjatuhkan Anwar,kerana Anwar lah yang menjadi ancaman kepada kerajaan yang diterajui oleh Umno.

Dalam artikel upahan Anwar ini juga mencuba mempoteritkan, bahawa seksyen 377B acara jenayah hanya 7 kali sahaja dipergunakan sejak negara ini merdeka, dan 4 daripadanya adalah digunakan pada Anwar.

Berjaya kah Anwar memutar alamkan sodomy II? Hanya mahkamah yang dapat menentukan.

Friday, February 26, 2010

Kisah Anwar Dan Saiful

Mohd Saiful Bukhari bin Azlan menurut laporan polisnya menyatakan dia telah beberapa kali diliwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim secara paksa. Menurut Saiful kejadian terakhir telah berlaku pada 26 Jun 2008 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, Kuala Lumpur.

Susulan daripada laporan polis tersebut Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan media menafikan dakwaan Saiful Bukhari itu. Beliau turut menyatakan bahawa tindakan ini juga ada kaitan dengan bukti yang beliau perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan beliau pada tahun 1998-99.

Anwar Ibrahim kemudian telah mengeluarkan satu lagi kenyataan media dari Kedutaan Turki yang mengesahkan beliau berada di situ. Beliau berada di kedutaan Turki kerana bimbang tentang keselamatan dirinya. Ini berdasarkan beberapa sumber yang boleh dipercayai dari dalam kerajaan dan juga perisikan tentera yang menasihati beliau tentang terdapat beberapa orang tertentu yang merancang untuk mencederakan beliau, keluarga serta penyokong beliau.

Siapakah Mohd Saiful Bukhari bin Azlan ini?

Mohd Saiful Bukhari adalah anak kelahiran Johor yang akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 25 pada 6 Julai ini. Beliau dibesarkan dan bersekolah di Damansara. Beliau adalah bekas penuntut jurusan kejuruteraan elektrik Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Bangi tetapi tidak menamatkan pengajiannya.

Saiful BukhariMohd Saiful ini disifatkan sebagai seorang yang ligat berpolitik dan bijak mengambil peluang. Semasa di UNITEN beliau telah terpilih sebagai Majlis Perwakilan Pelajar dan memegang jawatan Timbalan Presiden bagi sesi 2006/2007.

Mohd Saiful mula dilihat di kem Parti Keadilan Rakyat semasa bermulanya kempen Pilihan Raya Umum ke 12 pada bulan Mac lalu. Beliau dipercayai dapat mendekati pejabat Anwar Ibrahim melalui rakan sekolah menengah, Rahimi Osman yang memang sudah sedia bertugas di pejabat berkenaan.

Benarkah Anwar Ibrahim meliwat Mohd Saiful Bukhari?

Adan orang percaya bahawa Anwar Ibrahim tidak melakukannya tetapi tidak kurang juga mereka yang mempercayainya. Di samping itu ada juga yang menganggap semua ini adalah perancangan Anwar Ibrahim sendiri seperti yang disebut di blog Aizuddindanian bertajuk Anwar is playing you a fool.

Sementara itu mungkin dengan membaca dan melihat apa yang telah dikumpul di blog DarnMalaysia bertajuk Did Anwar Perform Sodomy? Some Video Confessions boleh membantu untuk menjelaskan apa yang sedang berlaku sekarang.

Bagaimana pula jika semua ini bukannya berpunca daripada Najib maupun Anwar? Ada sekumpulan orang lain yang telah merangka dengan teliti demi kepentingan mereka. Satu penulisan di FutureFastForward dengan tajuk Abdullah Badawi, The Political Chameleon And The Anwar Saga – What Everyone Should Know About The Real Badawi! boleh membuat kita semua berfikir semula tentang apa yang sedang berlaku sekarang.

Ini diperkuatkan lagi dengan teori bahawa usaha memalukan Anwar dah lama di rancang oleh beberapa pihak tertentu.

Dalam perkembangan litu Raja Petra di blog beliau Malaysia Today mendakwa terdapat seorang doktor yang telah memeriksa Saiful dan mendapati Saiful tidak pernah diliwat. Doktor ini telah diarah untuk memalsukan laporan dengan menyatakan Saiful pernah diliwat. Cerita lanjut tentang perkara ini boleh dibaca di How, yet again, they are trying to fabricate evidence against Anwar.

Di samping itu Raja Petra juga telah menulis dalam blog beliau bahawa Saiful memang ada berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri untuk berbincang tentang isu liwat. Beliau berkata mempunyai saksi dengan rakaman video berkenaan perkara ini, cerita penuhnya boleh dibaca di An evening with an ‘accomplice’.

Walau apapun kebenaran pasti akan terbukti.

Sebahagian Dakyah Anwar Untuk Menarik Sokongan Rakyat

Anwar terus mempotretkan bahawa sodomy II adalah konspirasi.

Perubahan dalam Umno hanya lakonan atau wayang.

Mengapi-apikan rakyat kelantan,kononnya rakyat negeri Kelantan layak diberi royaliti minyak bukan wang ehsan.

Umno dan BN bukan memperjuangkan rakyat sebaliknya diri sendiri.

Membebaskan tahanan ISA hanya gimik kerajaan,kerana tersedar kesilapan lampau.

Kononnya kerajaan lah yang menaikkan harga barangan.

Merampas kerajaan rakyat di Perak.

Sistem kehakiman masih gagal dipulihkan.

Rasuah bermaharajarela, tiada usaha kerajaan menghapusnya.

Umno dan BN tetap macam dulu rakus dan ego

Menyentuh mengenai kononya Pakatan Rakyat di Pulau Pinang tidak mengutamakan orang melayu Anwar mendakwa, isu ini sepatutnya tidak berbangkit kerana Umno lebih dahulu berkuasa di sini apa yang parti itu buat untuk orang-orang melayu melainkan perjuangan peribadi memperkayakan kepimpinan.

"Rakyat miskin terus menderita, papa dan kedana semasa diperintah oleh BN tetapi ia tidak difokuskan sebaliknya bila Pakatan Rakyat menang di Pulau Pinang hasil penolakan rakyat semua isu itu kembali menghiasi dada akhbar melayu.

Cadangan-cadangan untuk memperkuatkan ekonomi melayu diabaikan dan dipandang sinis bila dikemukakan,

Hati-Hati Mansuh Subsidi Minyak

Sistem subsidi minyak berdasarkan kapasiti injin yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Mei depan ditangguh untuk sementara waktu. Kerajaan kemungkinan akan memperkenalkan sistem baru yang berasaskan kepada "tier", namun mekaniseme pelaksanaannya belum dikenal pasti.

Hati-hati memansuhkan subsidi minyak. Perlu ingat, semasa minyak dinaikkan kepada 2.70 seliter pada zaman Abdullah Badawi, bukan sahaja hampir menumbangkan kerajaan barisan nasional, namun harga barangan yang menandak naik akbit kenaikan harga minyak itu, hingga kini tidak pernah turun atau kembali semula pada harga sebelum minyak naik, walaupun harga minyak telah dikembalikan kepada harga asal.

Memang betul bahawa subsidi minyak yang ditanggung kerajaan sungguh besar jumlahnya, namun kerajaan juga kerana ingat, minyak mempunyai impak yang berganda.

Kerajaan perlu mencari kaedah atau cara untuk mendapat perolehan bagi maksud subsidi minyak. Minyak terus disubsidi akan tetapi jumlah subsidi itu adalah hasil daripada perolehan di tempat lain.

Contoh yang boleh dilakukan kerajaan adalah mengenakan cukai tertentu kepada penjualan kereta perorangan,menaikan cukai kepada penjualan rokok, arak dan sebagainya. Yang penting adalah mempertahankan agar harga barangan yang dikonsumsi rakyat majoriti tidak terjejas dan pada masa yang sama pendapatan mereka mencukupi untuk menyara kehidupan bagi diri mereka sendiri dan juga keluarga.

Jangan biarkan pasar menentukan harga minyak, namun biarkan pasar menentukan harga bagi barangan harian yang diperlukan rakyat.

Kerajaan sebenarnya tidak perlu menentapkan harga barangan yang termasuk barangan ruji, yang penting kerajaan menyediakan barangan ruji sesuai dengan keperluan rakyat negara ini, apabila supply dan demand seimbang, maka secara otomatis,harga akan ditentukan, di mana harga itu adalah harga di mana pembekal dan pembeli sama-sama mempunyai kepuasan yang sama., ini yang kerajaan perlu lakukan.

Namun, bagi barangan mewah yakni barangan yang berunsur lifestyle, kerajaan perlu mencipta mekanisme percukaian, harga cukai yang diperolehi daripada barangan lifestyle itu boleh menampung subsidi minyak yang ditanggung kerajaan. Jika kerajaan lakukan ini, maka adalah "fair and square" kerana kerajaan mempertahan keinginan ramai di banding keinginan yang bercorak kemewahan.Fikir-fikirkan lah

Nik Aziz Lebih Suka Dipimpin Cina Daripada Melayu

Gambar Nik Aziz semasa berarak menyokong dirinya sendiri

Nik Aziz membuat kesimpulan mengenai keputusan EGM MCA yang diadakan pada 10/10/2009. Melalui EGM itu MCA menolakan Presiden dan Timbalan Presiden mereka yang bermasalah pribadi.

Berasas kepada pilihan MCA itu; Nik Aziz memcipta Fatwa baru, bahawa kaum cina lebih layak memimpin islam dan melayu kerana cina lebih bijak memilih pemimpin.

Hanya dengan satu kejadian, Nik Aziz terlalu mudah membuat kesimpulan dan fatwa, benar lah kata Umno, Nik Aziz dengan mudah boleh menggadai negara jika diberi kuasa.

Prinsip negara islam pun yang diperjuangankan Pas sejak parti itu ditubuhkan, kini telah menjadi sejarah, kerana perjuangan itu tidak mendapat restu DAP. Demi kuasa, maka Pas menghilangkan dan menghapuskan prinsip perjuangan mereka yang berdekad-dekad itu.

Nik Aziz lupa, bahawa Melayu boleh memimpin. Kemerdekaan negara ini diukir, dirantis oleh melayu dengan sokongan kaum-kaum lain. Negara ini di pimpin melayu sejak meredeka. Kepesatan pembangunan negara ini kerana pemimpin melayu.

Nik Aziz perlu bercermin, siapakah pemimpin Kelantan sekarang. Kalau lah Niz Aziz kebetulan terserampak cermin, pasti akan terpampang wajahnya! Nik Aziz bukan melayu kah?

Kalau ya pun mengeluarkan kenyataan politik kerana gimik, untuk menarik kaum cina mengundi Pas, jangan lah lupa asal usul diri, jangan lupa bumi dipijak.

Perjuangan Pas yang dirantis dan dirintis berdekad lamanya terhakis, kerana kerakusan hendakan kuasa. Dalam masa singkat pendekatan ini boleh berjaya, akan tetapi jangka panjang, Pas akan kehilangan taring, kerana penyokongnya mula terbangun dari lena, bahawa perjuangan mereka jauh terpesong.

Betul lah melalui PRK-PRK gabungan Pas-DAP-PKR terus menang, kerana dalam spin masa yang singkat, emosi rakyat masih pada mereka, namun penerangan dan penjelasan yang berterusan, bahawa perjuangan Pas sudah jauh terpesong, perkahwinan Pas-DAP-PKR adalah perkahwinan SEMU, maka rakyat mula tersedar, kerana itu melalui PRK DUN Bagan Pinang penyokong PAS mengundi UMNO/Isa Samad. Aliran ini tidak boleh dinafikan, kerana majoriti yang diperolehi Isa Samad merupa rekod bagi DUN Bagan Pinang dan sungguh mengkagumkan.

Rakyat berbilang kaum negara ini telah sedar, bahawa kempimpinan Umno masih perlu, dengan erti kata lain, melayu boleh memimpin rakyat negara berbilang kaum ini. Umno telah membuktikan, apapun krisis yang melanda parti itu, penyelesaian yang berhemah terus menjadi sandaran merungkainya.

Asas kepada ini semua adalah sifat keikhlasan pimpinan umno/melayu, bahawa perjuangan melayu/umno adalah untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Najib telah mencanangkan konsep 1Malaysia, kesamaan semua kaum, penerimaan semua kaum, berpandukan kepada KEKITAAN. Kita adalah perkataan majemuk yang bererti SEMUA.

Kerana itu wahai Nik Aziz, berkata lah yang benar, kata kan lah apa yang benar dan sebenar-benarnya, jangan kerana kuasa maka menyembunyikan yang Hak.

Selamat menyambut Maulidur Rasul bagi pembaca yang merayakannya.

Ada Yang Tahu Kah Kenapa Anwar Takut Mahkamah?

Terkini Anwar begitu rancak membuat pertemuan dengan berbagai pihak samaada pertemuan dengan rakyat negara ini atau pun rakyat asing.Kenapa perlu ada pertemuan? perbicaraan sodomy II adalah dimahkamah terbuka, semua orang boleh mengikutinya. Apa muslihat Anwar sebenarnya?

Demikian juga roadshow Anwar yang diketuai oleh Azmin Ali dan dibantu oleh Saifuddin Nasution menjelajah negara hanya membawa satu isu yakni isu sodomy.

Dirasakan juga semakin pelik, Anwar begitu rancak mengatur strategi bagaimana menguggurkan sodomy II. Selain usahanya menangguh-nagguh kes ini, Anwar juga mempenagruhi negara asing terutama Australia dan Amerika bahawa sodomy II adalah konspirasi.

Wawancara wan Azizah dengan station tv Australia misalnya, presdien PKR itu mendakwa, bahawa sodomy II adalah usaha kerajaan untuk mematikan kerjaya politik Anwar.

Apa yang terasa pelik adalah , Anwar adalah seorang ahli politik, jika tuduhan terhadapnya itu merupakan komplot, maka, Anwar sepatutnya lebih gembira kerana boleh membuktikan dirinya tidak bersalah dan sudah tentu selepas itu, sokongan terhadap dirinya akan bertambah. Namun Anwar menggunakan pelbagai alasan teknikal sehingga memperolehi penangguhan lebih 20 kali. Berasaskan kepada keadaan ini, ia hanya menguatkan persepsi ada sesuatu yang tidak kena di pihak Anwar sendiri. Malah lebih menghairankan, semakin hampir hari perbicaraan, pihak Anwar semakin merancakkan usaha untuk ‘memanggungkan’ isu kes liwatnya.

Kenapa Anwar begitu takut pada mahkamah? satu pertanyaan yang perlu dijawab oleh Anwar sendiri. Anwar terasa sangat mengelabah dan cuba mempengaruhi dunia luar melalui pertemuan bagi memberikan gambaran seolah-olah beliau dianiayai, ini satu konspirasi dan mahkamah sudah dibeli.

Yang pelik juga apabila keputusan mahkamah memihak kepadanya, mahkamah akan dikatakan adil tetapi jika tidak, mahkamah dan hakim sudah dibeli dan segalanya telah diatur.Ini lah peliknya Anwar.

Anwar secara logiknya tidak perlu gentar berhadapan dengan perbicaraan kerana jika isu liwat itu adalah satu komplot, Anwar sudah tentu akan dapat membuktikan dirinya tidak bersalah kerana beliau tentu punya alibi yang kukuh untuk menangkis semua fakta yang bakal dikemukakan.

Secara psikiologinya semakin takutnya Anwar berhadapan dengan mahkamah, maka semakin kuat lah persepsi, bahawa sodomy II ini memang-memang benar-benar berlaku.Ini lah persepsi rakyat yang mengikuti kes sodomy II ini.

Thursday, February 25, 2010

Azmin Mendakwa Diugut Polis Supaya Mengaku Diliwat Anwar? Kalau Mangsa Tak Diugut Bagaimana?

Hebat sungguh  Azmin ini, diugutpun tidak mengaku, malah didera dengan maha hebatnya pun tidak mengaku. Sungguh hebat. Hebat bukan kerana dakwaannya, tetapi hebat mulutnya yang bercakap.

Kalau tidak diugut bagimana Encik Azmin? SaifulBukhari Azlan itu, bukan diugut, tetapi SUKARELA. AYT ingin bertanya pada saudara Azmin apa pula kes yang ini?

Apa pun dakwaan pembangkang; rakyat tetap menunggu keputusan mahkamah mengenai kes sodomy II Anwar ini. Rakyat pelik, kenapa Anwar begitu gerun dengan kes sodomy II.

Dalam menghadapi sodomy II bukan sahaja rakyat asing bukan islam yang menjadi sasaran Anwar meminta tolong, malah mempergunakan nama ulamak islam pun disebar luaskan, kononnya ulamak itu mahukan kes sodomy II digugurkan.

AYT ingin bertanya, bagaimana ulamak itu tahu yang Anwar tidak buat benda tu? Ulamak yang dimaksudkan adalah Yusof Qadrawi dari Mesir. Yang pelik lagi, kenapa hanya Anwar sahaja yang tahu, bahawa ulamak Mesir itu mahukan kes Sodomy II digugurkan. Tak kan cerita yang begitu penting tidak disiarkan oleh mana-mana media, baik di Mesir mahupun media asing yang menyokong Anwar.

Portal yang menyiarkan berita bahawa Yusof Qadrawi mahukan Sodomy II digugurkan hanya daripada Anwar dan lidah rasmi Pas, Harakah. Pelik kan.

Nah, kali ini Azmin pula, kata dia pernah diugut polis untuk mengaku diliwaat Anwar? Pelik juga bunyinya.Kalau lah perkara ini pernah berlaku, dah lama dah Azmin buat laporan dan dedahkan ini semua. Kenapa pula secara tiba-tiba cerita karut marut ini hanya keluar dalam roadshow PKR untuk menafikan sodomy II?

Biasalah yang mendengar itu pun penyokong Pas, tiada cerita pun, para penyokong ini tetap berkumpul, kerana yang datang itu para pemimpin mereka. Kalau pun pada malam itu, hanya buat-buat lawak,para penyokong Pas juga tetap datang.

Cara Azmin membela Anwar inilah yang membezakannya dengan Ezam Mohd Nor dulu. Ezam walaupun satu ketika adalah penyokong Anwar yang ulung, namun mereka-reka cerita begini, Ezam tak sanggup buat. Ini lah kelebihan Azmin dibanding Ezam terhadap Anwar. Kerana itu, Azmin merupakan kepercayaan Anwar, demikian juga Anwar kepercayaan Azmin. Mereka berdua saling lengkap melengkap, win-win lah katakan.

Pakatan Pembangkang Yakin Anwar Tak Boleh Jadi PM

Pakatan pembangkang yakin Anwar tidak boleh jadi perdana menteri. Atas sebab keyakinan itu lah mereka mengubah taktik. Taktik kali ini melagakan Najib dan Muhyiddin.

Berbagai analisis termasuk penganalis luar negara, ada juga penganalisis yang berupa ahli akademik.

Ahli akademik Greg Lopez menggambarkan bahawa Muhiyiddin sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melawan ketuanya, Najib Razak. Malah, analisis ahli akademik itu menjangkakan bahawa "Najib yang baru memegang tampuk kuasa mulai April 2009, kini dalam bahaya gagal menyempurnakan tempoh satu penggal sebagai Perdana Menteri". is Najib on his way out disini

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang menghangatkan "bahang" apabila mencabar dan mendesak Muhyiddin untuk menyatakan pendirian sama ada mendukung gagasan "1Malaysia" cetusan idea Najib, ataupun mewarisi legasi Mahathir Mohamad. Lantas Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan media, malah setiap gerak-gerinya diteliti di bawah kanta pembesar, termasuk pendiriannya terhadap konsep 1Malaysia.

Kenapa Pakatan Mengubah Taktik?

Sebelum Najib menjangkau kemuncak kuasa, pakatan pembangkang telah menyebarkan berbagai isu yang berupa negatif kepada Najib. Merka mencuba menyelami hati Abdullah yang ketika itu sebagai perdana menteri. Mereka memberi gambaran bahawa apabila Najib dilantik ke jawatan nombor satu negara, dianya tidak akan menjaga kepentingan Abdullah. Mereka mencuba menyakinkan Abdullah, namun semua usaha Pakatan pembangkang itu berkecai, apabila Abdullah tetap melantik Najib sebagai penggantinya.

Pakatan pembangkang juga meniupkan berbagai isu negatif terhadap Najib, dan mereka mempotretkan jika Najib tetap sebagai perdana menteri, maka keperibadaian Najib yang dikatakan penuh dengan persepsi negatif itu terdedah kepada serangan pembangkang.

Pakatan pembangkang dari awal-awal lagi sebelum Najib dilantik sebagai PM telah menetakkan imej yang negatif kepada Najib. Misalnya dari segi moral, Najib dikaitkan oleh pembangkang dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu; dari segi integriti pula, beliau tercalit dengan isu komisen pembelian kapal selam Scorpene dan jet Sukhoi.

Pakatan pembangkang sekurang-kurangnya berjaya meletakkan imej yang negatif kepada sesiapa sahaja yang menjadi perdana menteri malaysia. Di zaman Tun Mahathir, Pakatan pembangkang mampu meletakankan imej "zalim", "rasuah"; dan Abdullah Badawi pula disifatkan sebagai "lemah", "lambat" pemimpin plif plop sebelum PRU ke-12.

Melalui imej ini para pemimpin ini mendapati diri mereka sukar untuk menangkis serangan sedemikian yang dilontarkan oleh pembangkang dalam ceramah politik.

Pada masa kini, apabila imej nagatif yang pakatan pembangkang calitkan kepada Najib dianggap kurang berbisa. Rakyat atau akar umbi kurang menerima imej Najib yang mereka cipta itu, maka Pakatan pembangkang mengubah taktik dan arah, meraka kini mencuba melaga-lagakan Najib dan Muhyiddin, sepertimana mereka telah lakukan sejak zaman Tun Dr Mahathir lagi.

Tujuan mereka agar ikatan yang kukuh antara No 1 dan No.2 terjadi konfilk, jika perkara ini berlaku maka mudah bagi mereka melemahkan kerajaan yang diitulangi oleh Najib.

Kenapa Pakatan Pembangkang Tidak Yakin Anwar Jadi Perdana Menteri?

Tuduhan sodomy II membuatkan Pakatan Pembangkang merasa gerun, kerana tuduhan kali ini sangat kukuh dan lengkap.Pihak peguambela Anwar pun menghadapi masa yang sangat sukar untuk membangun hujah-hujah yang kukuh untuk menepis hujah-hujah pendakwaraya.

Lim Kit Siang yang juga seorang peguam telah mencium semua kemungkinan ini, kerana itu LKS meniupkan bahang bahawa terdapat konflik antara Najib dan Muhyiddin. Mereka sekarang menggambarkan bahawa TPM itu tidak sabar-sabar menjadi perdana menteri. Mereka juga mempotertkan, bahawa Muhyiddin tidak cukup dengan kedudukkan sebagai TPM, Muhyiddin juga mahu kedudukkan Perdana Menteri.

Tetapi perlu ingat Muhyiddin pernah berkata "sebagai nombor 2 kena lah berlaga sebagai No. 2, Kapten hanya seorang, tidak mungkin ada 2 kapten". Melalui kenyataan ini, jelas dan terang Muhyiddin tetap dengan pendiriannya bahawa jawatan TPM adalah untuknya, (untuk sementara).

Wednesday, February 24, 2010

Anwar Menepis Sodomy II: Hanya Dengan Satu Perkataan "KONSPIRASI" Kenapa??

Anwar menganggap dirinya hanya dia merupakan pesiang perdana menteri. Siapapun perdana menteri, bagi Anwar dia lah pesiang atau lawan perdana menteri itu.

Atas sebab itu lah apabila Anwar dituduh melakukan salah laku sex luar tabii yakni sodomy, maka dengan pantas, Anwar mendakwa itu semua adalah konspirasi menghalangnya menjadi pesaing atau lawan kepada perdana menteri.

Anwar memberi tahu rangkaian antarabangsanya bahawa kerajaan Malaysia melakukan konspirasi jahat bagi menghalangnya menjatuhkan perdana menteri.

Anwar memberi pengertian kepada jariangan antarabangsanya dan juga para penyokongnya bahawa dia akan menjadi perdana menteri Malaysia, jika konspirasi tidak menghalangnya.

Anwar meyakinkan jariangan antarabangsanya serta simpatisannya, bahawa jika pilihanraya diadakan adalah pasti parti pimpinannya mampu menumbang kerajaan yang ada sekarang. Atas sebab itu lah, kerajaan yang ada sekarang yakni barisan nasional terpaksa melakukan konspirasi untuk mencalarkan imejnya termasuk menyumbatnya dalam penjara.

Ini lah taktik Anwar untuk mengabui jaringan antarabangsanya serta penyokongnya. Atas sebab itu lah ramai rakyat asing atau banyak negara asing yang beranggapan demikian. Disebabkan anggapan itu lah mereka mendesak agar kerajaan Malaysia menggugurkan tuduhan sodomy ke atas Anwar.

Perkataan "KONSPIRASI" adalah satu kata azimat bagi Anwar. Hanya dengan satu kata ini, maka isu sodomy II seolah-olah tenggalam di mata rakyat asing termasuk para penyokong Anwar dan kemungkinan juga mereka yang berada di atas pagar.

Ini lah tugas berat yang dipikul oleh bahagian pendakwaraya dan mereka yang terlibat dalam siasatan sodomy II. Anwar akan terus menyalakan bahawa sodomy II ini adalah Konspirasi Najib dan kerajaan BN, ini sahaja lah senjata Anwar.

Namun bagi rakyat yang mengikuti perjalanan sodomy II, mereka tidak ragu-ragu lagi bahawa sodomy II memang berlaku. Melalui keterangan mangsa serta hasil siasatan pihak polis, jabatan kimia, forensik serta doktor yang melakukan pemeriksaan terhadap mangsa, maka fakta kukuh memang sukar ditepis oleh Anwar.

Sodomy II ini memberi banyak keistimewaan kepada Anwar. Pertama Anwar masih bebas dengan hanya ikat jamin peribadi sebanyak RM20,000 walaupun seksyen dibawah 377B ini tidak boleh diikat jamin. Kedua, Anwar dapat mempergunakan mahkamah untuk menangguh-nangguhkan kes ini sehingga 25 kali sejak Anwar di tangkap pada 16 Julai 2008. Ketiga Anwar bebas memutar belit kan fakta melalui ceramah-ceramah politiknya. Kelima, Anwar mampu menyakinkan para ulamak seperti Nik Aziz dan Yusof Qadrawi bahawa sodomy II ini adalah tuduhan tidak berasas, keenam, kerajaan tidak pun menjalankan penerangan bahawa sodomy II ini adalah kes peribadi Anwar dan mangsa. Hanya para bloger simpatisan kerajaan seperti theunspinners, parpukari, GAP dan yang lain-lain mencuba memberi penerangan melalui alam siber, yakni melalui blog persendirian. Ini lah sebahagian keistimewaan Anwar, kerana itu lah Kata "KONSPIRASI" SEKERAP MUNGKIN AKAN DIGUNAKAN OLEH ANWAR DAN PARA PENYOKONGNYA TERMASUK PARA PEMIMPIN PAKATAN (tidak semua).

Masih Ingat Kah PRK Bukit Gantang Dan Bukit Selambau?

Masih ingat kah semasa pilihanraya kecil (PRK) Bukit Gantang dan Bukit Selambau, masyarakat cina mengecam Muhiyiddin kerana ulasan TPM itu sebaik keputusan di dua-dua bukit itu di ketahui, di mana calon BN tewas.

Ulasan TPM itu berasaskan trend pengundian di dua bukit itu. Berasaskan trend, maka didapati bahawa pengundi cina dan india menolak calon BN.

Berasaskan keputusan itu, TPM memberi kenyataan bahawa pengundi cina dan india tidak mengenang budi.

Disebabkan kenyataan itu, maka surat-surat khabar cina negara menghentam TPM itu, tidak juga terlepas para pemimpin cina komponen BN juga membuat kecaman terhadap TPM yang baru dilantik itu.

Malah, jurucakap MCA menganggap kenyataan TPM itu, masa itu berkata bahawa pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN.

Malah ahli CC pusat MCA berkata "Bukan Melayu tidak suka dilayan seperti peminta sedekah, hanya ketika pilihanraya kecil, lebih banyak penaikan taraf jalan dilakukan, peruntukan kepada sekolah, NGO dan badan amal meningkat,".

Bagi MCA apa jua jenis bantuan dalam apa jua bentuk kepada sesuatu masyarakat sentiasa dialu-alukan, pengundi ingin melihat ketekalan dalam peruntukan dan pengagihan kerajaan dan bukannya memuncak sewaktu pilihanraya kecil.

Punca kepada kenyataan TPM itu adalah bagi menjawab soalan Mingguan Malaysia "bukankah setiap kali pilihanraya kecil, permintaan kaum bukan Melayu dipenuhi, malah di Bukit Gantang walaupun peruntukan RM1 juta diberikan tetapi kaum Cina tidak juga menyokong BN".

Dalam memberi jawaban kepada soalan ini, TPM itu berkata: "Ya, kadang-kadang kita berasa terpedaya juga kerana zahirnya nampak macam 'OK', sambutan dengan tepukan gemuruh tetapi mungkin sudah ada tertanam dalam hati iaitu sesuatu tidak mudah hendak berubah, pokoknya masalah isu Perak terutamanya di kalangan masyarakat Cina yang mungkin telah dipengaruhi dengan sentimen simpati kepada Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, kononnya dia 'dijatuhkan', lepas itu kononnya dasar memberi pegangan tanah selama 99 tahun dilihat dasar yang menguntungkan. "Ini yang mungkin menyebabkan sukar BN mendapat sokongan walaupun kita fikir bila mereka hendak sekolah Cina dibantu, kita bantu, sepatutnya mereka membalas budi. "Pada waktu itu, kita pun tidak berharap sokongan kaum Cina akan meningkat 40 peratus dan sebagainya cuma kita berharap ada peningkatan sedikit tetapi apa yang berlaku ia mencatatkan penurunan, macam tidak ada penghargaan terhadap apa yang kita lakukan."

Wawancara pertama dengan Muhyiddin - selepas dilantik pemimpin nombor dua negara - mendapat liputan meluas akhbar-akhbar utama berbahasa Cina msa itu yang semuanya menonjolkan wawancara tersebut yang dianggap negatif kepada pengundi bukan Melayu.

Sin Chew Daily melaporkan "Muhyiddin – Cina tidak bersyukur kepada BN", Nanyang Siang Pau "Cina kenakan BN. Muhyiddin – Dapat manfaat tetapi tidak beri undi" dan China Press pula "BN rasa tertipu. Muhyiddin - Penuhi tuntutan Cina tapi masih tiada sokongan".

Selain MCA, Gerakan dan DAP juga membidas analisis Muhyiddin itu yang mendakwa pengundi Cina dan India kini menganggap diri mereka "kuasa penentu" kekuasaan selepas lima negeri, termasuk Kelantan, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Bagi AYT dengan melihat keadaan ini maka perubahan sebenarnya telah berlaku. BN tidak lagi dapat bersandar bahawa komponen BN seperti MCA, MIC, gerakan dan PPP boleh menarik undi kaum mereka. Telah terbukti di semua PRK, kecuali Bagan Pinang, masyarkat cina dan india telah membuat keputusan bahawa mereka menolak parti-parti yang berasaskan kaum mereka.

AYT juga merasakan dalam suasana atau senario politik baru ini, selepas kerajaan BN tumbang di lima buah negeri, kaum cina dan india sudah menjadi kuasa penentu? Orang Cina rasa sekarang, walaupun mereka kumpulan minoriti, merekalah menjadi penentu kerana masyarakat Melayu sudah berpecah kepada tiga kumpulan.

"Masyarakat Cina tidak berpecah, mereka bersatu, setidak-tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan. "Dalam keadaan ini, mereka boleh menentukan keputusan sesuatu pilihanraya dan apabila kesan itu dapat dilihat dalam pilihanraya umum lalu dan beberapa pilihanraya kecil, mereka fikir sekarang mereka lebih ada kuasa penentu, bukan sahaja Cina, malah masyarakat India pun begitu, apatah lagi apabila mendapat kedudukan dalam kerajaan yang ditubuhkan pakatan pembangkang dengan menjadi timbalan ketua menteri, speaker dan exco kerajaan negeri, jadi ini bagi mereka seolah-olah tawaran yang diberikan oleh pihak sana lebih baik daripada kita pernah tawarkan dalam konteks BN, jadi ini kita harus teliti," Muhyiddin dipetik berkata dalam wawancara tersebut.

"Kebimbangan saya orang yang tidak menjadi penentu sudah menjadi penentu, orang Melayu yang majoriti sepatutnya menjadi penentu sudah tidak menjadi penentu. "Justeru bagi kita kalau boleh sebaik mungkin mereka bernaung di bawah sayap Umno, tetapi Umno yang relevan dan memahami cita rasa rakyat, Umno yang adil, Umno yang lebih bersedia untuk melihat dengan lebih saksama, ini kita kena fikirkanlah." sambung muhiyiddin dalam wawancara itu.

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Yuan berkata pengundi Cina di dua kawasan tersebut sukar mengaitkan diri mereka dengan BN kerana ia tidak lagi menegakkan yang terbaik di Malaysia.""Amalan biasa (BN) menaburkan peruntukan tidak lagi membawa kesan kerana ramai yang melihatnya sebagai cubaan tidak bijak untuk meraih undi. Masalah mereka mesti ditangani berterusan dan menyalurkan peruntukan sewaktu pilihanraya kecil, tidak lagi berkesan dan meyakinkan," katanya.

"Isu-isu yang lebih pokok seperti rasuah, penyalahguanaan kuasa dan kesaksamaan dalam kepemimpinan nasional dan sistem penyampaian kerajaan harus ditangani dahulu, barulah pengundi yang lari daripada BN pada 3 Mac 2008 akan bersedia kembali (bersama BN)."Chang sebaliknya mencadangkan idea "Satu Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" yang dipromosikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak haruslah diberikan lebih penekananan kerana ia boleh memberi makna sebenar perjuangan BN.

Selain mencadangkan kempen bersama antara pemimpin Melayu dan bukan Melayu untuk semua kaum, Chang menambah, ramai pengundi kini terpengaruh dengan slogan keadilan dan kesaksamaan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Wayang Kalimullah

Pengerusi Eksekutif ECM Libra Financial Group Bhd., Datuk Seri Kalimullah Hassan menafikan beliau berjumpa dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di London pada 7 November lalu.

Kalimullah turut menegaskan yang beliau tidak mempunyai hubungan dengan Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu polis apatah lagi mahu membenarkan pengendali portal berita Malaysia Today itu menetap di apartmen miliknya di London.

''Saya tidak pernah berjumpa Anwar Ibrahim di London atau di mana-manapun pada 7 November lalu. Pada hari tersebut, saya berada di Malaysia.

"Keduanya, saya tidak mempunyai apa jua hubungan dengan Raja Petra dan tidak membiayai beliau di mana jua beliau berada," tegasnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menyangkal sekeras-kerasnya kenyataan-kenyataan yang cuba membabitkan namanya dengan kedua-dua individu tersebut.

Kalimullah berkata demikian bagi mengulas dua laporan akhbar ini yang disiarkan semalam dan hari ini berkenaan pertemuan dengan Anwar di London dan penglibatannya dalam portal berita propembangkang seperti Malaysiakini.com dan The Malaysian Insider.

Selain itu, dalam laporan blog seperti dipetik akhbar ini turut menyatakan beliau menaja pengendali portal berita Malaysia Today itu yang kini dilaporkan bersembunyi di London

"Memang benar saya ada sebuah apartmen di London tetapi Raja Petra tidak pernah menetap di apartmen itu.

"Seperti yang diketahui umum, Raja Petra banyak melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap saya, keluarga saya dan sahabat saya seperti bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,'' jelas Kalimullah.

Dalam pada itu, tegasnya, beliau juga langsung tidak terlibat dengan kedua-dua laman berita propembangkang seperti dilaporkan sama ada dalam pembiayaan, pengendalian, pemilikan saham atau penubuhan organisasi itu.

AYT

Penafian Kalimullah ini ramai yang menganggapnya hanya wayang. Ada yang mengatakan Kalimullah hanya buat lawak. Ada yang mengatakan Kalimullah hanya buat kerja Menafi cerita-cerita dalam akbar tetapi Kalimullah tidak pula memberi penjelasan atas sebab musabab yang berlaku sehingga namanya dikaitkan dengan pertemuan dengan Anwar Ibrahim dan seorang individu yang memberi perlindungan dan bantuan kewangan kepada RPK..

Ada yang mendakwa penafian Kalimullah ini hanya sekadar membuat penafian untuk tujuan mengelak. Biasanya kata mereka yang mengetahui bahawa memang Kalimullah bertemu dengan Anwar pada 7/11 dan Kalimullah melindungi Raja Petra buruan polis Malaysia itu di sebuah rumah miliknya di London apabila perkara yang dirashiakan terbongkar, maka penafian adalah jawabannya.

Kematian Teoh Beng Hock Masih Misteri; Kini Anak Tunangnya PUN Anak Misteri

Mayat mendiang Teoh Beng Hock di jumpai mati pada 16 julai 2009 di luar tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam. Di Plaza itu juga pejabat SPRM beribu pejabat,yakni di tingkat 14.

Teoh Beng Hock dicekup SPRM pada 15 Julai dan kira-kira 6 petang, Beng Hock dilihat memasuki bangunan itu melalui rakaman CCTV.

Beng Hock dikehendaki memberi keterangan berhubung salah guna peruntukan ADUN di bawah pengawasan ADUN-ADUN DAP Ean Yong dan Roonie Liu.

Dalam inkues kematian Beng Hock telah diberitahu bahawa Beng Hock masih kelihatan hidup pada kira 5:30 pagi 16 Julai,namun setiausaha politik DAP itu kelihatan sangat gelisah pada masa itu. Dalam mahkamah yang sama juga, bahawa Beng Hock terdengar bertengkar dengan Tan Boon Wah, saksi SPRM juga yang masih berada dalam bangunan SPRM kerana enggan pulang walaupun rakaman keterangannya telah usai pada 12:30 tengah malam 16 julai.

Sebenarnya rakaman percakapan Beng Hock juga sudah usai pada 3:45 pagi pada 16 julai, namun dia memilih lepak di sofa ruangan pejabat SPRM.

Kematian Beng Hock dipolitik oleh pihak pakatan terutama DAP, atas sebab itu, kerajaan menubuhkan mahkamah inkues untuk mencari punca sebenar kematian Beng Hock.

Dalam merungkai kematian sospol DAP itu, pakar pathologi hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (postmortem 1) dan pakar pathologi hospital sungai Buloh (postmortem II) mengatakan bahawa kematian Beng Hock berpunca daripada impak dari tempat yang tinggi. Analisis pathologi juga menemukan bahawa kecederaan pada mayat mendiang sangat konsisten dengan impak jatuh dari tempat yang tinggi. Analisis ini menyankal dakwaan parti Pakatan terutama Lim Guan Eng bahawa Beng Hock mati dibunuh sebelum dijumpai pada pagi 16 julai 2009.

Sebelum ini kematian Beng Hock menjadi dramatik apabila pakar Thai mengatakan bahawa 80% Beng Hock mati dicekik, namun melalui postmortem ked-II andaian pakar Thai itu tidak konsisten dengan kecederaan pada mayat mendiang Beng Hock.

Hingga kini misteri punca kematian Beng Hock masih misteri, namun yang masih menjadi misteri juga adalah kelahiran anak tunang Beng Hock, juga dikatakan bukan zuriat Beng Hock.

Ada yang menyarankan agar tunang Beng Hock Soh Cher Wei yang juga seorang guru sekolah menjalankan ujian DNA untuk menentukan siapakah ayah sebenar anak lelakinya yang dilahirkan di sebuah hospital di Johor  pada 22 Februari lalu dengan berat 2.9kg dinamakan TEOH ER JIA.

Soh Cher Wei kini menjadi menantu keluarga mendiang Teoh Beng Hock selepas menjalani ritual keagamaan dan upacara mempersembahkan minuman teh kepada mentuanya di Taman Seri Kelemak, pada 16 Ogos lalu, setelah genap sebulan Beng Hock dijumpai sebagai mayat.

Disebalik Hubungan Anwar dan Amerika

KENAPA Amerika Syarikat (AS) bersikap campur tangan dalam kes-kes yang melibatkan Anwar Ibrahim sahaja? Ini adalah pertanyaan yang dikemukakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO masa itu, Datuk Hishammuddin Tun Hussein (lihat Utusan Malaysia 2 Julai 2008).

Agensi berita AFP telah melaporkan jurucakap Jabatan Negara AS, Tom Casey yang menyatakan ia menentang siasatan atau pendakwaan yang bermotifkan politik.

Mengapa AS begitu cepat memberikan reaksi? Kata Menteri Dalam Negeri masa itu; Datuk Seri Syed Abdul Hamid Albar, Anwar sendiri yang melaporkan perkara tersebut kepada AS. (lihat Utusan Malaysia 3 Julai 2008).

Sebelum ini, Datuk Mukhriz Mahathir pernah mendedahkan di Dewan Rakyat tentang kaitan Anwar dengan perancang perang AS, Paul Wolfowitz yang turut bertanggungjawab terhadap Perang Iraq yang mengorbankan kira-kira sejuta nyawa, majoriti orang Islam. (sila lihat The Star 17 Mei 2008).

Mukhriz mengingatkan rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan Anwar kerana Penasihat PKR itu adalah pengerusi sebuah yayasan antarabangsa (Foundation of the Future) yang latar belakangnya boleh dipersoal. Yayasan itu menerima sumbangan AS$35mil (RM112mil) daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat, AS$10 juta (RM32 jutal) daripada Bahrain dan AS$11 juta (RM35.2 juta) daripada sumber-sumber yang tidak diketahui.

Maka ada sebab bagi rakyat Malaysia untuk mencurigai campur tangan Jabatan Negara AS dalam kes Anwar.

Selain para pemimpin UMNO yang tidak senang dengan kenyataan Tom Casey, kalangan Pas juga mulai gelisah. Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub semalam turut mengingatkan Washington supaya tidak mencampuri urusan dalaman Malaysia berhubung kes Anwar (lihat Utusan Malaysia 3 Julai 2008).

Hanya Karpal Singh, Pengerusi DAP yang berpendapat bahawa kenyataan Casey tidak wajar dilihat sebagai campur tangan negara lain.

Anwar sering ke Amerika sejak zaman memimpin ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dan menjadi ahli lembaga pengarah International Institute of Islamic Thought (IIIT) yang beribu pejabat di Herndon, Virginia, AS tidak jauh dari Washington. IIIT pada asalnya ditubuhkan sebagai pelopor gerakan Muslim-Christian Understanding yang kemudian berkembang ke Malaysia sebagai Inter Faith Council (IFC) yang cuba mewujudkan persamaan antara agama atas nama merapatkan jurang perbezaan bagi maksud kedamaian.

Bagaimanapun ibu pejabat IIIT disyakki menjadi sarang pengganas dan pernah diserbu oleh FBI pada 20 Mac 2002, tapi tiada tangkapan dibuat. (sila lihat Wikipedia).

Antara pengasas IIIT ialah Dr. Ismail Farouqi, dekan pengajian Islam dan Timur di Universiti Temple, Philadephia. Allahyaham mati ditikam di rumahnya pada akhir 80-an. Kes pembunuhannya tidak dapat diselesaikan dan tidak diketahui siapa pembunuhnya. Anwar mempunyai hubungan yang rapat dengan Allahyarham Ismail Farouqi semasa hayatnya.

Ramai anggota ABIM (Angkatan Belia Islam di Malaysia) yang suatu masa dulu dipimpin Anwar, menuntut dengan Ismail di Universiti Temple pada akhir 80-an. Malah semasa zaman puncaknya, ABIM mempunyai cawangan di universiti-universiti Amerika yang ramai terdapat pelajar Malaysia.

Menjadi kehairanan bagaimana Anwar yang suatu masa dulu memimpin ABIM dan dianggap salah seorang pemimpin muda pergerakan Islam antarabangsa akhirnya boleh menjalin hubungan rapat dengan Washington. Bagaimana ABIM boleh membuka cawangan di universiti-universiti di Amerika. Dan IIIT masih dibenarkan bergerak walaupun FBI pernah menyerbu ibu pejabatnya?

Dan bagaimana pula kemudiannya Anwar boleh menjadi pengerusi Future di mana teman wanita Wolfowitz, Shaha Riza bekerja dengan gaji yang mahal dan akhirnya mencetuskan skendal.

Terlalu banyak muslihat dan faktor yang boleh ditulis mengenai hubungn antara Anwar dan Amerika sehinggakan Syed Hamid Albar pun mengakuinya bahawa semasa Hamid menjadi menteri luar, tajuk mengenai Anwar merupakan satu agenda semasa berucap di luar negara terutama pada rakyat Amerika.

Syed Hamid mengakui bahawa jaringan antarabangsa Anwar sungguh kukuh,kerana itu apabila sodomy II diaktifkan, maka campur tangan negara-negara asing ini datang bagaikan air bah selepas ribut yang panjang.

Tugas utama menempis serangan negara-negara asing ini, sekarang ini terletak di pundak Anifah Aman, sebagai menteri luar yang baru.

Apa Kah Konsep Parti Tidak Releven Lagi Pada BN???

KONSEP ahli terus bukan sahaja mungkin menjadi pendekatan barisan nasional apabila gabungan 14 parti itu bersidang pada akhir tahun ini, akan tetapi pendapat mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyarankan agar BN mempertimbangkan direct membership perlu juga menjadi pertimbangan.

Dalam perkembangan lain mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Salleh Said Keruak sebelum ini pernah menyarankan bahawa sudah tiba masanya BARISAN Nasional (BN) melakukan penjenamaan semula agar gabungan 14 parti itu tetap relevan sesuai perubahan masa, citarasa rakyat dan keadaan negara.

Selain itu konvensyen BN yang akan diadakan pada penghujung tahun ini yang membincangkan pindaan perlembagaan parti dianggap sebagai langkah memantapkan perjuangan dan menjadikannya lebih bersifat terbuka dan inklusif.

Bagi tujuan itu, satu jawatankuasa khusus telah ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, untuk mengkaji cadangan pindaan perlembagaan itu.

Perdana Menteri berkata pada konvensyen itu juga nanti, satu dasar formal akan dibentuk bagi memberi pengiktirafan kepada tiga kumpulan yang cenderung menyokong kerajaan.

Tiga kumpulan tersebut adalah individu yang hendak menyertai BN, parti-parti politik yang berminat untuk menyokong BN serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang mesra BN.

Keputusan Dewan Tertinggi BN itu mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik, termasuk media alternatif. Menyusul selepas itu, terdapat berbagai komen dan reaksi, ulasan dan pendapat dilontarkan.

Dalam pada itu Salleh Said, timbalan pengerusi Umno negeri Sabah itu berkata, bahawa dia turut tertarik untuk berkongsi pandangan mengenai cadangan tersebut kerana sudah tiba masanya bagi BN melakukan anjakan paradigma dalam perjuangan memperkasa BN di persada politik tanahair.

Salleh secara peribadi, sependapat dengan Perdana Menteri mengenai pentingnya BN melakukan suatu perubahan bagi menjadikannya lebih bersifat terbuka dan inklusif. Bagi tujuan tersebut, BN perlu memiliki dasar formal sebagai landasan perjuangan, termasuk dalam konteks memberi pengiktirafan terhadap mereka yang berada di luar BN tetapi menyokong atau sealiran dengan misi BN, umpamanya tiga kumpulan yang disebutkan dan dikenal pasti itu.

Bagi Salleh, BN perlu menyajikan atau menghidangkan sesuatu yang menarik dan "fresh" kepada masyarakat, suatu polisi yang dianggap saksama dan adil, serta memberi penekanan kepada kepentingn masyarakat umum, bukannya untuk segelintir golongan elit semata-mata.BN perlu mempunyai daya tarikan kepada anak-anak muda terdiri dari semua kaum supaya ia sentiasa relevan kepada setiap generasi, dan gagah mengharungi sebarang ancaman politik.Yang penting, BN kena menjadi parti yang moden dan peka melihat masa depan.

Bagi AYT timbul satu persoalan, apa kah konsep parti tidak lagi relevan? atau kah konsep parti membeban kan?

AYT merasakan jika pendekatan direct membership merupakan satu pendekatan meramaikan, itu boleh- boleh saja, akan tetapi peranan parti tetap diutamakan. Bagi AYT parti merupakan pillar atau tiang kepada pemerintahan yang bercorak demokrasi, kerana dalam sistem ini angka lah yang menentukan.

Bagi AYT, keahilan terus dalam konsep komponen yang menggabungkan berbagai parti tidak perlu, namun bagi memberi peranan kepada kumpulan yang mesra BN itu dicipta satu ruang di mana kumpulan itu dapat bernaung. Pendekatan ini akan lebih berkesan dan afdal kerana keahilan yang berasaskan parti merasa tidak tersaing, malah akan menganggap kehadiran kumpulan yang mesra BN itu sebagai pelengakap (komplemen) untuk mendukung teras perjuangan.

Kumpulan yang mesra BN yang nampak sangat ketara masa kini adalah NGO seperti Perkasa Pribumi negera,para bloggers pembela negara, NGO yang berasaskan persatuan kaum dan sebagainya sangat efektif dalam membela teras perjuangan BN. Namun ketiadaan wadah dan ruang lingkup yang jelas, mengakibatkan tidak sinkronisenya perjuangan para NGo"s ini. fikir-fikirkan lah

Sodomy II: Tiada Jalan Keluar Bagi Anwar

Mahkamah Rayuan 17 Februari lalu sebulat suara menolak permohonan Anwar untuk menguggurkan sodomy II. Mahkamah rayuan memberi keputusan bahawa pertuduhan terhadap Anwar adalah lengkap dan tidak menyalahgunakan proses mahkamah.

Sebelum keputusan pada 17 Februari itu, Anwar beberapa kali menanguh perbicaraan sosomy II melalui berbagai sebab antaranya permohonan dokumen yang digunakan oleh pihak pendakwaan diserahkan terlebih dahulu kepada Anwar sebelum perbicaraan bermula.

Sebelum perbicaraan sodomy II pada 3 Februari lalu, Anwar berjaya menangguhkan kes ini untuk bermula sehingga 20 kali.

Apabila perbicaraan bermula pada 3 Februari, maka rakyat umum sedikit sebanyak mengetahui kisah sebenar sodomy II. Dalam keterangan Saiful Bukhari Azlan pada hari pertama dan kedua, beberapa kata laluan terbongkar dalam proses meliwat Saiful. Antara laluan tersebut adalah "Mokhtar" dan "can i fuck you today".

Melalui perbicaraan itu juga Karpal Singh sebagai ketua peguam Anwar merasa marah apabila Anwar dipotretkan sebagai peliwat. Perkataan "LAGI" menjadikan peguam cara II negara Mohammad Yusof Zanial Abiden berbalas hujah dengan Karpal Singh.

Selain itu ayat-ayat yang ada kaitan "LAGI" menjadi asas kepada Anwar membuat permohonan agar hakim yang mendengar sodomy II yakni YA Mohammad Zabidin Mohd Diah dilucutkan atas sebab menurut Anwar, kerana hakim itu enggan mengeluarkan arahan "menghina mahkamah" ke atas laporan Utusan Malaysia yang membawa tajuk " Tak Rela Diliwat Lagi" serta persoalan Anwar, kenapa gambar-gambar yang menonjokkan Saiful memberi petunjuk kepada katil di mana perlakuan sodomy ke atas berlaku.

Dalam proseding mahkamah rayuan sebelum itu, mahkamah rayuan juga membenarkan permohonan barisan pendakwa untuk tidak menyerahkan dokumen kepada Anwar sebelum perbicaraan. Dokumen hanya diserahkan semasa hari perbicaraan. Mahkamah Rayuan juga menolak rayuan balas Anwar terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mendapatkan sampel spesimen daripada pengadu dalam kes liwat itu, iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh Hakim Datuk Hasan Lah, yang mengetuai panel dianggotai Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Sulaiman Daud.

Antara dokumen penting yang diminta oleh Anwar sebelum ini adalah kenyataan yang direkodkan daripada saksi iaitu Mohd Saiful Azlan (saksi utama), Dr Osman Abdul Hamid (Hospital Pusrawi), Hassanuddin Abdul Hamid (pemilik kondominium tempat kejadian kes), serta kenyataan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.

Dalam keputusannya, Hakim Hasan berkata dokumen yang diminta Anwar tidak termasuk dalam ketetapan Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah kerana terdapat batasan bagi pihak pendakwaan untuk membekalkan dokumen tertentu kepada tertuduh."Dalam prosiding jenayah, mahkamah tidak membenarkan sebarang cubaan bagi mendapatkan siasatan,"

AnwaPada 2 Februari 2010 Anwar sekali lagi cuba menganggu perjalanan mahkamah dengan membuat rayuan agar pihak mahkamh tinggi wajar menunggu keputusan mahkamah rayuan (17 Februari itu) sebelum proseding mahkamah tinggi bermula.Namun, YA Zabidin memerintahkan agar pihak pendakwaan boleh meneruskan hujah mengemukakan bukti-bukti termasuk memanggil saksi-saksi, dokumen-dokumen, DNA, laporan doktor yang membuktikan bahawa Anwar meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari seperti yang didakwa sebelum ini.

Dengan penuh dramtik akhirnya pendakwaraya berjuga memberi hujah pada 3 Feberuari lalu.

Tetapi dalam kes liwat Anwar-Saiful ini,Anwar nampaknya keberatan untuk meneruskan kes. Anwar dilihat sedaya upaya untuk mengelakkan kes ini disebut. Persoalanya kenapa, mengapa dan sampai bila Anwar mampu mengelak ?

Nampaknya kes liwat Anwar-Saiful ini penuh dengan dramatik:

1. Ketika Saiful membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008, Anwar melarikan diri berlindung di kedutaan asing (Turki). Kenapa dan mengapa sampai melarikan diri berlindung di kedutaan asing ?

2. Pada mulanya Anwar mendakwa tidak kenal siapa Saiful Bukhari Azlan. Tetapi apabila dikeluarkan video Saiful menemani Anwar dalam satu ceramah politik dan video Anwar berfoto dengan bapa Saiful (Azlan), Anwar terdiam hingga sekarang.

3. Sekitar September 2008, Anwar mendakwa dia tidak meliwat Saiful dan dia mempunyai sekurang-kurang lima alibi untuk mengesahkan dia tiada di tempat kejadian pada tarikh dan masa yang didakwa. Tetapi sehingga sekarang, Anwar tidak menggunakan hujah alibi dalam mana-mana alasan hujah pengguguran kes. Kenapa dan mengapa Anwar tidak menggunakan hujah alibi, sedangkan (kalau benar dia ada alibi), hujah itu paling kuat ?

4. Sekarang Anwar mendakwa dia mempunyai 'hujah kuat' iaitu tiga laporan doktor yang mengesahkan dia tidak meliwat Saiful. Kalau benar dia mempunyai 'hujah kuat' itu, kenapa dan mengapa Anwar masih bersunguh-sungguh merayu dan meminta dokumen-dokumen, DNA, nota perubatan dan laporan doktor daripada pihak pendakwa sebelum dibicarakan ?

5. Penyokong-penyokong PKR mempersoalkan kenapa setelah Saiful kena liwat sebanyak 9 kali, baru dia melaporkan kepada polis. Kenapa tidak laporkan ketika kali pertama kena liwat. Ini bukti konspirasi. Persoalannya macam mana penyokong PKR tahu, Anwar meliwat Saiful sebanyak sembilan kali ? Kalau sudah meliwat sebanyak sembilan kali maknanya apa ?

Sekarang terletak di tangan Anwar untuk menghadapi atau terus mengelak lagi. Kalau mahu mengelak lagi, tetapi sampai bila?

Persoalannya, jika benar, Anwar tiada di tempat kejadian, jika benar Anwar mempunyai alibi, jika benar Anwar mempunyai tiga laporan doktor yang mengesahkan dia bukan peliwat, kenapa Anwar perlu meminta-minta bukti lagi ?

Biarkan pendakwa mengemukakan bukti-bukti mereka, kemudian Anwar lawan secara anak jantan dengan bukti-bukti Anwar yang dikatakan 'kuat' itu. Biar mahkamah menentukan.

Tetapi, oleh kerana Anwar sentiasa berdolak dalik dan melakukan pelbagai perkara yang ditafsirkan untuk mensabotaj, ini semua menunjukkan bahawa Anwar merasakan bahawa sodomy II tiada jalan keluar baginya lagi.

Apa pun muslihat Anwar kini, rakyat sudah hilang kepercayaan kepada dirinya, kecuali para pemimpin seperti Lim Kit Siang dan Nik Aziz,itupun kerana alasan politik. Sejarah telah mengajar kita, sepanjang setahun setengah yang lalu, Anwar terbukti seorang politikus yang bangkrap dan pembohong. Bukti yang paling nyata adalah 16 September!

Tuesday, February 23, 2010

Karpal Memang Tahu Anwar Peliwat

Pelik juga apabila melihat kembali perbicaraan Sodomy II yang berkesempatan berlangsung hanya 3 hari , peguam utama Anwar Karpal Singh begitu sangat tidak senang dan marah apabila Anwar dipotretkan sebagai peliwat.

Cuba semak semula petikan-petikan perjalanan perbicaraan sodomyi II tersebut, antaranya seperti berikut.

Mengapa Karpal Singh begitu marah kepada Utusan Malaysia dan Sinar Harian yang dapat mengambil gambar Hakim dan Saiful sedang melihat katil tempat beliau diliwat di kondominium Damansara?

“Sebelum prosiding hari itu berakhir, peguam utama Anwar, Karpal Singh memohon mahkamah mengeluarkan amaran kepada Utusan Malaysia berhubung gambar yang disiarkan di muka hadapan akhbar itu hari ini dengan keterangan gambar “Saiful menunjukkan katil tempat beliau mendakwa diliwat oleh Anwar Ibrahim kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah”.

Karpal Singh (KS): Bagaimanakah maklumat ini boleh bocor? Begitu juga dalam Sinar Harian. – Utusan Malaysia

Karpal Singh sekali lagi marah dan minta pertuduhan mengugurkan perkataan ‘diliwat kali terakhir’.

Hari terakhir perbicaraan Karpal meminta sekali lagi agar keterangan Saiful yang menyebut ‘tidak rela diperlakukan sebegitu lagi’ dibuang daripada nota hakim sebagai bahan bukti, namun mujurlah Hakim menolak permintaan beliau.

Karpal juga mengambil asas tajuk Utusan "Tak Rela Diliwat Lagi" untuk melucutkan YA Mohammad Zabidin Mohd Diah.(Nota: keputusan samaada hakim tersebutkan melucutkan dirinya daripada mendengar sodomy II akan diketahui pada 25 Mac depan).

Kenapa Anwar Itu "Tuhan" Bagi Pakatan??

Kenapa Anwar itu jadi "Tuhan" kepada Pakatan? Sebabnya adalah hanya Anwar saja lah yang pernah memberi mereka kuasa. Hanya melalui Anwar saja lah Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri.

Anwar sedikit masa dulu juga Tuhan kepada pemimpin Umno terutama para ketua bahagian. Tahun 1995, apabila Anwar mencalonkan diri untuk jawatan timbalan presiden Umno, hampir seluruh bahagian Umno mencalonkannya kecuali 6 (1 berkecuali yakni bahagian Kubang Pasu di mana Dr Mahathir adalah ketua Bahagiannya dan bahagian yang tidak mencalonkan Anwar termasuk Kota Marudu-Sabah, di mana Tun Mustapha menjadi ketua Bahagiannya). 4 lagi sudah tentu Jasin, Melaka, Gua Musang, Pasir Mas (Ibrahim Ali) dan Titiwangsa, di bawah Drs Sulaiman Mohammad.

Setelah Anwar dipecat pada tahun 1998, para penyokong Anwar membentuk reformasi dan menubuhkan parti KeADilan di bawah pimpinan Dr Chandra Muzaffar dan kemudian diambil alih oleh Wan Azizah.

Pada PRU 1999 KeADilan mampu mendapat 3 kerusi, tahun 2004; 1 kerusi, namun tahun 2008; 31 kerusi. Pada tahun 2008 ini lah KeAdilan-DAP-PAS bergabung satu lawan satu dengan BN. Keputusannya gabungan ini mendapat 80 kerusi parlimen, sekaligus menafikan kuasa 2/3 BN dimana pada setiap pilihanraya umum adalah pasti BN mendapat kerusi 2/3 dewan rakyat.

Sejak 1998, Anwar adalah ikon kepada pembangkang. Tujuannya adalah agar parti pembangkang dapat menumpang kepada populariti Anwar untuk mengecap kuasa dalam politik. Atas sebab itu, apabila Anwar menghadapi tuduhan salah laku sex luar tabii, pakatan pembangkang berusaha memutarbelitkan semua fakta yang berhubung kait dengan pertuduhan itu kepada satu slogan"konspirasi" untuk menafikan Anwar menjadi perdana menteri.

Bagi pembangkang, untuk sementara waktu, hanya melalui Anwar saja lah impian mereka untuk merebut kuasa daripada BN, tanpa Anwar impian mereka itu akan berkecai seperti debu-debu berterbangan. Berasaskan kepada faktor ini lah Anwar itu dinggap bagaikan Tuhan kepada pakatan pembangkang.

Kita saksikan sekarang, apabila Tuhan mereka menghadapi tuduhan liwat, semua cara mereka pergunakan, termasuklah Nik Aziz. Menteri Besar Kelantan itu terpaksa memberi fatwa bahawa kes liwat dan zina itu tidak boleh dibicarakan di mahkamah kerana ianya mengaibkan sepelaku.

Bagi Pakatan selagi Anwar dilanda masalah, selagi itu lah kegusaran luar biasa akan terus mengocang iman mereka. Mereka akan perbuat apa saja, termasuk menghalalkan apa yang haram.

Pembongkaran Zulkefli Nordin baru-baru ini bahawa apabila Pakatan memerintah negara ini, kemungkinan besar sistem raja berperlembagaan akan dihapuskan dan digantikan dengan sistem presiden seperti di Indonesia dan Amerika.

Hujah mereka, jika dahulu Indonesia juga dikuasai oleh raja dan sekarang menjadi republik, kenapa pula Malaysia. Hujah mereka lagi, demi kemasarataan, maka mengurus negara hendaklah di kembalikan kepada rakyat bukan kepada sistem monarki.

Pendedahan Zulkefli itu selain mengambil contoh visi baru DAP yakni middle malaysia, juga pendirian para pemimpin Pakatan mengenai agama rasmi negara, yakni islam. Bahkan Anwar sendiri menulis dalam satu runangan forum antarabangsa, nyata dan jelas Anwar mengatakan bahawa kalimah ALLAH itu bukan monopoli penganut agama islam.

Siapa Mencipta? Najib Itu Ada Tangan Ghaib??

JANGAN tuduh pembangkang bahawa mereka lah yang mencipta bahawa ada tangan ghaib di belakang keputusan dan tindakan Najib.

Salahkan para pemimpin Umno-BN sendiri kerana terciptanya persepsi bahawa ada tangan ghaib disebalik keputusan dan tindakan Najib.

Dalam PKR kita semua tahu bahawa Wan Azizah adalah persiden parti itu dan Anwar adalah pemimpin umum PKR. Boleh percaya kah apabila Anwar membuat keputusan, maka Wan Azizah ignorance dan tidak tahu? Tentu bukan demikian. Keputusan Anwar adalah keputusan Azizah juga.

Namun berlainan dengan Najib dan Rosmah. Najib adalah perdana menteri dan presiden Umno, sementara Rosmah hanya isteri kepada perdana menteri dan juga ketua BAKTI (badan amal isteri-isteri menteri). Kalau pun Rosmah ada aktiviti yang bercorak keamsyarakatan ianya berupa program NGO dan bukan berkaitan dengan perjalanan pentadbiran kerajaan.

Mungkin para pemimpin Umno dan BN melihat bahawa sejak Najib menjadi perdana menteri, Rosmah kelihatan begitu aktif, ada sahaja program atau aktivti Rosmah yang tentunya mendapat liputan media masa terutama station TV3.

Apa kah melalui aktiviti-aktiviti Rosmah yang kenampakan "hyperactive" itu sebagai petanda "tangan ghaib"?

Datin Rosmah sendiri mengakui bahawa beliau mendengar persepsi itu, namun baginya semuanya itu hanya khayalan kosong, kerana semuanya tiada kebenaran.

Bagi Rosmah salah kah sebagai isteri berbincang-bincang dengan suami? memberi pendapat? namun semuanya hanya pendapat, tiada sesiapa yang boleh mempengaruhi Najib dalam membuat keputusan dan tindakan. Keputusan dan tindakan Najib adalah keputusannya sendiri.

Rosmah juga mengakui mungkin persepsi "tangan ghaib" itu ada kaitan dengan sifat terbukanya yang suka melontarkan peendapat secara terang-terangan, mungkin itu lah yang mengakibatkan ada pihak tertentu menganggap bahawa semua keputusan dan tindakan Najib itu terpengaruh dengan pendapat Rosmah.

Rosmah menganggap Najib selain sebagai suami juga sebagai rakan karib. Salah kah kami berbincang? Bagi Rosmah perbincangan itu membuat seseorang itu hilang stress, dan apabila sterss diketepikan, maka baru lah seseorang itu dapat membuat keputusan yang jitu dan bernas.

Bagi Rosmah, dia tahu batas-batas sebagai isteri. Tugas menjaga kesihatan dan makan minum serta pakaian suami ada lah tugasnya. Tugas mengurus negara adalah tugas Najib.

Bagi Rosmah suasana kondusif di rumah adalah tugas utamanya agar supaya suaminya tidak terfikir hal remeh-temeh dan boleh merungsingkan. Itu lah tugas saya kata Rosmah semasa diwawancara station TV tempatan baru-baru ini.

Rosmah juga berharap kikiskan lah persepi "tangan ghaib" itu, kerana istilah itu hanya khayalan pihak-pihak tertentu. Betul kah??

Dapat Kuasa Cara Pembangkang

Saya pernah mengupas mengenai kecenderungan penyokong pembangkang melalui “Budaya ingin ditangkap”, untuk itu, dakwan LIM Kit Siang bahawa dalam tempoh 2 minggu bulan April lepas, bahawa terdapat 140 orang penyokong pembangkang ditangkap polis membuktikan bahawa analisis itu mempunyai kebenaran.

Tugas polis, dimana-mana adalah sama. Polis bertugas berasaskan kepada skop tugas sepertimana termaktub dalam senarai tugas mereka. Polis diperlukan untuk menjaga ketenteraman awam berpaksi kepada lunas-lunas undang-undang.

Aktiviti penyokong pembangkang, setelah Anwar keluar daripada penjara Sungai Buloh kebanyakannya mempunyai kecenderungan mencabar tugas-tugas polis. Berbagai aktiviti mereka lakukan apakah secara halus dan terancang umpama- mogok lapar, pemasangan lilin dan ada yang merebak kepada pertunjukan kekuatan umpamanya demonstrasi.

Pemimpin dan seterusnya pihak pembangkang tahu benar, bahawa indeks jenayah di negara ini mempunyai kecenderungan ke arah peningkatan. Dalam fikiran mereka pemanfaatan situasi dan kondisi ini adalah jalan terbaik untuk ikut serta dengan cara-cara mereka sendiri agar supaya keamanan dan ketenteraman ternampak kacau dan tidak aman; agar supaya kelihatan bahawa kerajaan tidak berdaya mengawal keamanan.

Taktik mengambil alih kerajaan adalah berbagai: Apakah melalui proses demokarsi yakni melalui pemilihan, boleh juga melalui pelumpuhan ekonomi, dan boleh juga melalui kekacauan atau kombinasi ketiga-tiganya.

Pihak pembangkang dalam usaha mengambil alih kerajaan negara ini telah melakukan taktik dan perancangan melalui ke-tiga-tiga cara yang disebut di atas. Kita sama-sama mengetahui; sejak berakhirnya PRU-12, telah beberapa pilihanraya kecil (PRK) diadakan untuk menjamin agar memontem sokongan rakyat terhadap parti mereka berterusan.

Di luar negara mapun dalam negara pimpinan mereka menjahirkan bahawa pembangunan ekonomi tidak kondiusif disebabkan kestabilan politik negara tidak menentu, kerana bila-bila masa sahaja tampuk pemerintahan akan berubah.

Dalam menguatkan taktik dan perancangan bagi pihak pembangkang mengambil alih tampuk kerajaan, pihak mereka secara terus menerus mengwujudkan dan mencipta suasana yang kacau, atau aktiviti yang mengundang pihak kerajaan melalui pasukan polis mengambil tindakan agar supaya memontem taktik dan perancangan mereka terus hidup (alive).

Taktik dan perancangan pihak pembangkang yang dilakukan kini adalah doktrin yang memang sinonim dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). DSAI memang arif dalam mempergunakan taktik seumpama ini. Selain itu,keupayaan dan kemampuan DSAI dalam mengwujudkan suasana reiotik, yang menyebabkan rakyat tanpa persoalan menerima dan menyokongnya merupakan kelebihan pemimpin ini. Dr Mahathir Mohammad, pernah berkata: kelebihan DSAI, melalui ucapan maupun tulisannya merupakan “edge” beliau dalam usaha melumpuhkan lawan-lawan politiknya.

Kelahiran DAP, anak angkat People Action Party (PAP) Singapura, kewujudan PAS, lebih 40 tahun lalu semata-mata untuk memerintah negara tidak pernah kesampaian. Telah berapa PRU dijalankan,pun demikian DAP dan PAS belum pernah mendapat kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerjaan pusat. Perkara ini, disebabkan rakyat berbilang kaum negara ini, belum boleh menerima LIM Kit Siang ultra kaum cina ataupun pemimpin PAS yang ulrta Islam sebagai pemimpin negara.

Kehadiran DSAI, sebagai pemimpin jalan tengah bagi DAP dan PAS, merupakan temuan perjuangan DAP dan PAS selama ini. Apabila DSAI dipecat dalam kerajaan dan UMNO serta barisan nasional, maka kegembiraan DAP dan PAS pada waktu itu sangat luarbiasa. Ramai kalangan pemimpin PAS pada masa itu telah menawarkan tempat kepada DSAI sebagai pemimpin mereka.

Kaum cina dan india di negara ini tahu benar, bahawa mereka tidak akan pernah memerintah secara sendirian, tanpa sokongan kaum melayu dan bumiputera. Mereka juga tahu,kepimpinan cina dan india belum boleh diterima oleh rakyat di mana majoritinya adalah kaum pribumi. Atas dasar itu, kaum ini berjuang bersama kaum pribumi untuk membentuk perikatan agar supaya senantiasa bersama-sama membentuk kerajaan dan memerintah.

Perikatan antara tiga kaum ini terus membentuk dan memerintah negara hingga kini. Lubang-lubang kesempatan ini, pada masa kini, dimanafaatkan oleh mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan, yakni parti pembangkang. Mereka mengambil kesempatan, bahawa melalui ikatan 3 kaum terbesar di negara ini sahaja, maka cita-cita untuk memerintah adalah cerah dan terbuka luas. DAP dan PAS, tahu ini semua dari awal-awal lagi, hanya mereka menunggu masa dan ketika, kapan perancangan ini akan tiba.

Berslogan dan bermoto- barisan alternatif, yang serupa dengan kerajaan memerintah, maka pemanfaatan kehadiran DSAI dengan cita-citanya menjadi perdana menteri dan mendiami Putrajaya, dimana beliau terlibat dalam pembangunannya, terus dinyalakan, terus dibakar, kerana DAP dan PAS tahu, tanpa DSAI, cita-cita mereka untuk menguasai kerajaan persekutuan akan terkubur selama-lamanya.

DAP dan PAS berserta pemimpin dan penyokongnya tahu, bahawa DSAI merupakan segala-galanya. Mereka berdoa mengikut kepercayaan masing-masing agar DSAI dipanjangkan usia, sehinggalah cita-cita mereka tercapai. Lim Kit Siang, Datuk Seri Hadi Awang, serta Tok Guru Nik Aziz akan merasa kerugian, serta kepimpinan mereka tidak bererti tanpa DSAI.

Kemampuan DSAI memimpin sangat terserlah, contohnya apabila DSAI mencetus idea dan taktik memancing wakil rakyat BN agar melompat parti agar supaya DSAI melalui pakatan membentuk kerajaan pada 16 September, 2008 disambut dengan baik dan dihargai oleh semua pemimpin pakatan dan penyokongnya. Taktik dan perancangan DSAI melalui usaha mengambil kerajaan secara pintu belakang dianggap usaha bermoral dan jitu dalam usaha menyelamat negara serta rakyatnya menurut versi mereka. Namun demikian, apabila cara-cara DSAI ini, berlaku di Negeri Perak, maka tindakan versi DSAI ini dikatakan tidak bermoral dan tidak bertamadun.

Adalah jelas, bahawa taktik dan perancangan DSAI hanya boleh digunapakai oleh pihak Pakatan, bukan oleh sesiapa. DSAI yang dinggap merupakan pemimpin Pakatan benar-benar memanafaatkan pengertian pemimpin “Leadership: power and will to control events, the understanding to chart a course, and the power to get job done, cooperatively using the skills and abilities of other people”.

Anwar Dah Akur: Sodomy II Mematikan Kerjaya Politiknya

BUKAN mudah bagi Anwar mengaku kalah. Anwar akan menyanggah apakah kebenaran di pihaknya atau pun tidak. Sabtu lalu semasa berucap dalam majlis sambutan Tahun Baru Cina di Macang Bubok, Pulau Pinang, mendakwa bahawa rakyat akan bersama-sama Pakatan, walaupun dia dipenjarakan atau pun tidak.

Nada Anwar ini seolah-olah dia sudah akur bahawa sodomy II akan mematikan kerjaya politiknya. Anwar bukan bersifat mudah mengalah, namun kali ini, dia tiada pilihan lain terpaksa mengakui bahawa sodomy II begitu kukuh dan sukar ditempis.

Portal propaganda Pakatan Malaysiakini pun sudah bermula dengan reversed psikologi dengan mengatakan "many believe that even more voters will support Pakatan if Anwar were to be jailed. In fact, BN stands a better chance at the polls if it stopped the charges against him" (Malaysiakini 22-2-2010 at 8:11am).

AYT merasakan bahawa pada hakikatnya bahawa perbicaraan kali ini pasti akan memeningkan Anwar dan para peguamnya memandangkan hujah pendakwaraya nampaknya terlalu kuat dan' kukuh.

Sebab itu para peguam belanya berusaha mencari apa saja lubang atau sebab musabab yang mustahaknya sodomy dapat lewat-lewatkan untuk dibicarakan.

Anwar dan Karpal Singh terpaksa menangkis hujah-hujah pihak pendakwa yang diketuai oleh peguam cara negara Mohammad Yusof Zainal Abiden seperti berikut ini:-

1.Pihak pendakwaraya akan membuktikan bahawa kesan air mani Anwar ditemui dalam dubur Mohd Saiful.

2. Pihak pendakwa akan membuktikan kesnya melalui keterangan oleh Mohd Saiful dan laporan ahli kimia, pakar forensik dan doktor.

3. Pihak pendakwaraya akan memanggilkan lebih 20 saksi

4. Pihak pendakwa akan membuktikan kesalahan tertuduh melampaui keraguan munasabah melalui keterangan langsung dari Mohd Saiful dan keterangan forensik dari doktor serta ahli kimia, selain keterangan mengikut keadaan serta keterangan dokumentari.

5. Pihak pendakwaan akan membawa keterangan bahawa pada 26 Jun 2008, lebih kurang jam 10.30 pagi ketika di pejabat Anwar, tertuduh meminta Mohd Saiful, yang juga pembantu khas pejabat Anwar, tertuduh meminta Mohd Saiful, yang juga pembantu khas tertuduh ketika itu, untuk pergi ke Kondominium Desa Damansara (tempat kejadian) pada jam 2.30 petang pada hari sama.

"Pada jam 1.45 petang hari berkenaan, Mohd Saiful keluar dari pejabat tertuduh menuju ke Kondominium Desa Damansara dan tiba di situ pada jam lebih kurang 3 petang.

"Di Kondominium Desa Damansara itu, Mohd Saiful kemudian ke unit 11-5-1 di Tingkat 5 dan apabila beliau masuk ke situ, beliau lihat tertuduh sedang duduk di meja makan seorang diri.

"Di unit ini, Mohd Saiful diliwat oleh tertuduh dan beliau meninggalkan unit berkenaan kira-kira jam 4 petang,"

6. Pihak pendakwaan seterusnya akan membawa keterangan pada 28 Jun 2008, Mohd Saiful membuat laporan polis di Balai Polis Travers berhubung kejadian liwat yang berlaku pada 26 Jun 2008 (dua hari sebelum itu) di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara berkenaan.

"Pada hari sama, Mohd Saiful juga membuat pemeriksaan doktor di Hospital Kuala Lumpur berhubung kejadian liwat itu. Sampel tisu termasuk dari bahagian luar dan dalam dubur Mohd Saiful diambil oleh doktor yang memeriksanya untuk ujian DNA.

"Pihak pendakwaan akan membawa keterangan di mahkamah bahawa kesan air mani dari spesimen yang diambil dari dalam dubur Mohd Saiful disahkan oleh pihak Jabatan Kimia sebagai kepunyaan tertuduh.

Disebabkan Anwar dan Ketua Peguambelanya sukar untuk menepis 6 faktor hujah pihak pendakwa ini lah, pihak Anwar terpaksa (a) mengkambingkan hitamkan akhbar Utusan malaysia (b) mencuba melucutkan hakim YA Mohammad Zabidin Mohd Diah. Di samping itu, Anwar juga cuba menakut-nakutkan pakar DNA dan Forensik Malaysia melalui perlantikan 3 "Pakar" DNA dan Forensik asing; 2 daripada Australia dan seorang daripada India.

Sebagai maklumat tambahan, Anwar sudahpun mencuba menggugurkan sodomy II melalui mahkamah rayuan,namun mahkamah itu menolak rayuan Anwar sebulat suara pada 17 Fenruari lalu.

Monday, February 22, 2010

Kedutaan Asing Yang Mana??? Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi!!!

BERIKUT adalah petikan laporan yang dikeluarkan oleh menteri pertahanan Malaysia pada:

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat kedutaan asing di negara ini yang menggunakan Atase Pertahanan mereka bagi mengintip maklumat sulit negara terutamanya berhubung soal ketenteraan.

Menurutnya, kerajaan mempunyai bukti bahawa ‘kerja jahat’ itu turut dibantu oleh ‘orang dalam’ yang merupakan kakitangan Kementerian Pertahanan dan segelintir pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kita mempunyai maklumat bahawa kedutaan asing menggunakan Atase Pertahanan mereka dengan dibantu orang dalam untuk mendapatkan maklumat sulit negara yang mungkin dibayar dan pihak kami telah kenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

“Saya akan jelaskan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang perkara ini sebelum tindakan susulan diambil dan maklumat terperinci mengenainya didedahkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah timbalannya, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah; Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Zulkifeli Mohd. Zin.

Sudah dua minggu AYT menunggu jawaban daripada pendedahan ini. Namun hingga kini belum berjawab.

Persoalan besar kepada AYT apa maksud tersirat menteri pertahanan Malaysia itu mendedahkan perkara ini? Apa kah hanya satu gimik? atau mempersenda pegawai angkatan bersenjata malaysia (ATM) termasuk para pegawai di kementerian pertahanan? Atau kah menteri pertahanan itu hanya serakap jarang, kerana tiada isu untuk memaparkan namanya di dada-dada akhbar atau menjadi kutipan para blogger?

Jika benar lah dakwaan menteri pertahanan itu, bahawa maklumat kebocoran pertahanan negara itu akan terlebih dahulu dipersembahkan kepada DS Najib. Apa kah sudah dipersembahkan? Jika sudah apa kah DS Najib menyembunyikannya?

Rakyat perlu tahu negara mana yang terlibat dalam pencurian maklumat pertahanan negara itu? Rakyat juga ingin tahu benar kah ada individu-individu kementerian pertahanan dan ATM terlibat berkolaborasi dengan negara asing tersebut.

Kerana maklumat ini sudah dihebahkan kepada rakyat, maka keputusan dan maklumatnya juga perlu lah dihebahkan kepada rakyat. Jika tidak dihebahkan; persoalannya kenapa dari awal-awal lagi tidak terfikir oleh menteri pertahanan yang bergelar PhD itu bahawa pendedahan itu adalah perkara sulit yang perlu dilipat baik-baik sebelum diketahui kebenarannya.

Rakyat menunggu keputusan pendedahan ini. Jangan pura-pura lupa pula.

Blog Archive