Wednesday, November 10, 2010

Rupanya kepimpinan Anwar itu lemah!!!

Sebelum ini apabila para wakil rakyat PKR keluar parti dikatakan kerana Umno. Apabila kerajaan Pakatan Perak jatuh, dikatakan kerana Umno. Apabila kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di bawa ke mahkamah juga kerana Umno.

Kini terbongkar sudah semua kelemahan Anwar, apabila Zaid Ibrahim yang menjadi HERO sementara PKR dan Pakatan mendedahkan siapakah Anwar.

Zaid yang juga penyelaras PKR Wilayah Persekutuan dan Penyelaras Pakatan Rakyat, serta calon Timbalan Persiden PKR dalam pemilihan MPP PKR telah menarik diri daripada pertandingan dan melepaskan semua jawatannya dalam parti. Sebab musabab yang diberikan Zaid adalah kecelaruan dan penipuan dalam proses pengundian dalam pemilihan parti itu.

Zaid juga menyeru agar Anwar perlu berundur daripada PKR, kerana Anwar lah punca semua kecelaruan dalam parti.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdaldipetik sebagai berkata kekecohan dan kontroversi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah petunjuk Allah supaya rakyat Malaysia menolak mereka dan sebaliknya memilih Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah bagi negara ini.

Beliau berkata kontroversi itu juga bukan berpunca daripada Umno malah menunjukkan bahawa landasan perjuangan mereka yang kononnya untuk membela rakyat adalah palsu semata-mata dan parti itu bukanlah sebagai payung tempat rakyat berlindung.

"Tetapi (kontroversi) ini membuktikan kepincangan itu. Ini adalah kebenaran yang mengatasi segala kebatilan. Petunjuk Allah kepada umat(Nya).

"Sebenarnya pilihan yang ada tempat kita berteduh dan berpayung adalah Umno dan BN. Walaupun ada sedikit sebanyak kepincangan dan kelemahan tetapi dalam pada itu kita melihat prestasi (Umno) selama 64 tahun berbanding dengan parti itu (merujuk kepada PKR).

Datuk Zaid Ibrahim, yang semalam mengejutkan ramai dengan melepaskan semua jawatan dalam PKR dan menarik diri daripada bertanding timbalan presiden, hari ini mendesak penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presiden Mohamed Azmin Ali berundur.

Zaid juga menyalahkan kedua-dua Anwar dan Azmin berhubung penyelewengan dan penipuan dalam proses pemilihan yang sedang berlangsung.

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata pergelutan pimpinan, sistem pemilihan parti PKR menunjukkan bahawa mereka tidak mampu mentadbir dan belum pun memikul tanggungjawab lebih besar memerintah kerajaan persekutuan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, semua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mempunyai keyakinan kepada sistem pilihan raya parti itu sendiri.

Liow, yang juga Timbalan Presiden MCA menyifatkan keputusan Zaid menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden mengambarkan bahawa parti itu tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam perjuangan.

"Pemimpin parti itu sendiri tidak yakin dengan sistem pilihan raya mereka sendiri dan tidak mempunyai matlamat, bagaimana nanti dengan rakyat," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Hospital Ampang oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini Selasa.

Sementara itu seorang lagi Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno sentiasa membuka pintu kepada Zaid jika beliau mahu kembali kepada parti itu.

Beliau berkata Umno merupakan parti yang kukuh dan terbaik buat Zaid dalam meneruskan karier kepimpinannya.

"Kalau kita mengalami ketidakpuasan terhadap Umno dan melepaskan Umno serta mencari parti baru...kemudian nampak kelemahan parti baru itu, ini menunjukkan parti Umno lebih baik daripada parti baru itu,"

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata tindakan Zaid itu membuktikan bahawa wujudnya kepincangan dalam tampuk kepimpinan parti terbabit.

"Individu dalam parti itu (PKR) sedang dalam keadaan bergeser dan berkecai serta menunggu masa terkubur tanpa batu nisan.

"Oleh itu (Zaid) baliklah ke panggal jalan bersama Umno dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam parti lain serta ingin kembali kepada Umno dan Barisan Nasional, kami sedia menerimanya," kata Ahmad Zahid.

Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata penarikan diri Zaid menunjukkan parti itu mengamalkan nepotisme.

Beliau berkata PKR bukan sahaja gagal menjaga kepentingan para anggotanya malahan gagal mengamalkan pemilihan parti dengan adil dan saksama.

"Bukan beliau sahaja (Zaid) malah seorang lagi calon Mustaffa Kamil Ayub turut mempertikaikan proses pemilihan dan ini tidak seperti yang dilaungkan oleh Anwar dan menunjukkan kelemahan bukan sahaja dalam sistem pentadbiran kerajaan negeri (Selangor) tetapi juga sistem pemilihan parti yang mengamalkan nepotisme,"

Rosnah berkata, PKR turut sanggup mengabaikan para anggotanya demi memastikan calon pilihan Anwar iaitu Azmin Ali dapat menjawat jawatan Timbalan Presiden.

"Ini adalah parti sahabat handai dan pada mereka yang tidak berada dalam kelompok Anwar, akan terpinggirlah dan jelas menunjukkan Anwar mahu Azmin untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden," katanya.

No comments:

Blog Archive