Monday, August 16, 2010

Tsunami politik 2008 punca MCA berubah arah

Keputusan pilihan raya umum 2008 jelas mencerminkan perubahan dalam pemikiran rakyat.

Berasaskan kepada tsunami politik itu Kepimpinan baru MCA yang diketuai Chua Soi Lek cuba memahami keadaan tersebut dan bahawa MCA mesti berubah untuk mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat," kata Chua.

Katanya, MCA menghormati pandangan Hishammuddin tetapi tegasnya, naib presiden Umno itu tidak boleh menuduh MCA beralih daripada matlamat dan perjuangan BN, hanya kerana parti itu mempunyai suara yang berlainan daripada beliau (Hishammuddin) atau pemimpin parti komponen yang lain.

Menurut Chua lagi, MCA tidak takut berkongsi pandangan yang sama dengan DAP dari segi faedah kepada masyarakat cina dan tidak akan lari daripada menyatakan pendiriannya.

Menurutnya, MCA akan berusaha keras bagi pelaksanaan 12 resolusi yang diluluskan dalam kongres ekonomi Cina Sabtu lalu di mana dalam resolusi itu kaum cina mendesak agar pemilikian ekuiti bumiputera dikurangkan daripada 30% secara berperingkat. Dalam masa yang sama menginginkan agar ekuti bukan bumiputera terus dipertahankan malah kalau perlu ditingkatkan.

Katanya, ia kerana resolusi tersebut bukan sahaja berkaitan dengan masyarakat Cina tetapi juga masa depan pembangunan ekonomi negara.

MCA, katanya, menerima hakikat bahawa ia mempunyai tanggungjawab untuk menyuarakan hasrat masyarakat Cina ekoran globalisasi.

Jika tidak, tegasnya, bukan sahaja MCA yang akan kehilangan sokongan masyarakat, tetapi ia juga tidak akan dapat menjustifikasikan kewujudan politiknya.

Kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam yang mengingatkan MCA supaya jangan lupa perjuangan BN, menunjukkan sesetengah pemimpin BN belum belajar daripada tsunami politik 2008, kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Beliau berkata, ia menunjukkan bahawa mereka tidak memahami desakan rakyat untuk perubahan.

Hishammuddin dilapor mengingatkan MCA supaya tidak mengambil pendirian menyimpang daripada apa yang diperjuangkan bersama rakan-rakan lain dalam BN.

Naib presiden Umno itu berkata MCA tidak boleh 'melarikan diri' daripada apa yang disepakati selama ini.

MCA, tambah Hishammuddin, tidak seharusnya kelihatan seperti menentang kesepakatan itu terutama membabitkan sesuatu isu seperti apa yang berlaku sekarang.

No comments:

Blog Archive